Ramai ibu-ibu yang mempunyai masalah dalam penyusuan susu ibu. Antaranya cara untuk tentukan kedudukan untuk menyusukan anak dan bayi.
Percaya atau tidak, semua ibu baru gagal selesakan diri ketika menyusukan anak secara direct. Bila ibu tidak berjaya, anak turut tdak selesa dan ini akan menimbulkan masalah antara ibu dan anak. Jika dibiarkan, ianya boleh menjadi penyebab kurangnya penghasilan susu ibu. kenapa? Sebab ibu stress dan sakit.
Bila stress dan terasa sakit, makin susahla nak meneruskan proses menyusukan susu anak ini.
Langkah berikut ini menerangkan cara memegang bayi dengan betul supaya ia dapat menghisap susu dengan banyak dan mengelakkan puting dari kesakitan.
1. Betulkan kedudukan ibu ketika menyusukan anak.
Adalah lebih mudah jika anda dapat duduk untuk memulakan penyusuan. Duduklah di atas katil, kerusi menyandar yang selesa atau kerusi goyang. Gunakan bantal untuk mengampu belakang anda, di bawah siku dan di atas peha untuk menyokong bayi. Lapikkan dengan bantal atau kusyen yang lembut untuk meninggikan sedikit lutut anda. Anda perlu bertenang dan relaks tanpa menegangkan mana-mana otot.
Cara saya, saya akan duduk di tempat yang sama, sofa yang sama, yang mana saya dah setkan bantal dan kedudukan yang sama sahaja setiap kali saya nak menyusukan anak. Ini permulaan terbaik untuk ibu baru. Selain itu, sediakan meja ditepi untuk letakkan botol air yang berisi penuh 3 liter untuk kegunaan sehari serta pam susu. Jika semua kelengkapan sudah lengkap, mudah untuk ibu minum air semasa menyusukan anak dan mudah juga ibu nak belajar teknik tendem nursing semasa menyusukan anak. Bila dah mudah, perjalanan penyusuan ibu menjadi semakin lancar.
Saya sehingga sekarang akan beli katil yang mempunyai kepala yang menegak untuk memudahkan saya menyusukan anak duduk. Namun bila dah lama, saya dah pandai menyusukan anak secara baring. Ianya juga satu cara untuk memudahkan ibu.
Perhatikan cara ibu pegang kepala dan badan baby. Ianya boleh berubah mengikut keadaan baby itu sendiri.
2. Betulkan kedudukan bayi.
Bayi seharusnya baring mengiring menghala ke badan anda. Kepalanya hendaklah diletak dalam pelukan anda manakala belakangnya diampu dengan lengan dan pegang punggung atau paha atasnya dengan tapak tangan anda. Kepala, bahu dan pinggang hendaklah diluruskan. Bayi harus dipegang di paras payu dara untuk membolehkan anda membongkok sedikit dan tidak menyukarkan bayi untuk mencapai puting anda. Meletakkan bantal di atas riba anda akan mengurangkan masalah ini.
Cara saya, sebaiknya cari bantal yang selesa dan cukup-cukup untuk diletakkan di bawah tangan anda. Agar anda tidak rasa strees untuk mengampu anak. Bila stress tangan, bahu ibu akan jadi sakit dan berdenyut-denyut. Masalah ini akan membuatkan ibu terasa susah untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Kerana ibu rasa susah dan sukar.
Posisi yang sering ibu gunakan. Perhatikan tapak tangan dan tangan ibu dimana
3. Hulurkan payu dara anda kepada bayi.
Genggam payu dara anda dengan tangan dan diampu oleh jari-jari anda di bahagian bawahnya dan ibu jari di atas. Ibu jari dan jari telunjuk anda sepatutnya membentuk seperti huruf 'C'. Pastikan jari-jari anda jauh dari areola.
Cara saya, selepas dah buat bentuk C, saya akan acukan payudara ke arah mulut baby, jika menyusukan anak sebelah kanan, tangan sebelah kanan akan mengampu anak manakala tangan sebelah kiri, akan memegang payudara untuk acukan kepada anak. Dan sebaliknya. Jika payudara ibu lebih besar (sebab baby masih kecil), sebaiknya jangan lepaskan tangan yang memegang payudara kerana berkemungkinan bayi boleh terlepas dari puting atau bayi boleh lemas. Awas, ini kerap terjadi.
Selain itu, jangan pegang payudara terlalu kuat, ianya boleh menutup duktus susu. hanya pegang dengan lembut sahaja.
4. Galakkan bayi anda melekap dengan betul.
Sentuhkan puting ke bibir bayi beberapa kali. Jika bayi berpaling ke arah lain, cuitkan pipinya yang dekat dengan anda perlahan-lahan. Bila ia memandang ke arah anda, sentuhkan bibirnya semula dengan puting sambil bercakap-cakap dan menggalakkan bayi membuka mulutnya.
Apabila mulutnya terbuka, cepat-cepat acukan puting ke tengah mulutnya dan rapatkan badannya ke badan anda. Adalah penting untuk anda menarik bayi rapat kepada anda dan bukan sebaliknya. Anda perlu melakukan percubaan ini beberapa kali sehinggalah reaksi bayi bersesuaian dengan tindakan anda untuk memastikan proses pelekapan ini berjalan lancar. Jika bayi gagal menyusu dengan betul, anda mungkin terpaksa berhenti dan memujuknya sebelum mencuba sekali lagi.
Cara saya, tarik bayi kepada badan anda, bukan badan anda kepada bayi. Ini akan meletihkan badan ibu. Ingat, kedudukan badan ibu itu penting. Bayi boleh sedar jika ibu dalam keadaan tidak selesa seterusnya mereka pon turut tidak selesa dan mula menjauhi penyusuan secara direct.
5. Teknik hisapan yang berkesan.
Untuk menghisap dengan berkesan, bayi perlu memasukkan sebahagian besar dari areola dan puting ke dalam mulutnya. Rerongga susu yang perlu diperah/ditekan untuk mengeluarkan susu terletak di bawah areola. Gusi bayi sepatutnya melepasi puting sejauh satu inci ke bahagian areola. Pastikan puting terletak di tengah-tengah mulut bayi dan di atas lidahnya. Bayi hendaklah dirapatkan ke badan anda sehingga hujung hidungnya menyentuh payu dara anda. Jika hidungnya terhalang oleh payu dara untuk bernafas, perbetulkannya dengan mengangkat payu dara anda sedikit atau menarik bayi lebih rapat ke badan anda.
Cara saya, saya akan pastikan mulut anak seperti mulut burung. Atas dan bawah. bila betul cara lekapannya, bayi akan selesa seterusnya meneruskan penyusuan dengan senang. Mula-mula agak susah nak ajar bayi untuk besarkan mulutnya sebab normally payudara ibu akan lebih besar dari mulut comel mereka itu, namun jika amalkan teknik pegangan C tadi, anda boleh adjust payudara untuk masuk ke dalam mulut bayi.
Sama juga jika bayi minum suus dalam botol, terus kembangkan bibir anak untuk pastikan mereka menyusu dengan betul samaada dengan botol atau direct payudara ibu.
Pastikan mulut baby seperti mulut burung
6. Kesakitan puting.
Jika bayi melekap dan menghisap dengan betul anda tidak sepatutnya terasa sakit. Jika bayi tidak menghisap dengan betul atau anda terasa sakit, penyusuan perlu dihentikan sekejap. Kemudian mulakannya semula.
Masukkan jari anda ke dalam mulut bayi (di sisi yang menekan payu dara) untuk menghentikan hisapan atau menarik pipi bayi dengan lembut. Jangan biarkan bayi terus menghisap dengan cara yang salah kerana ini akan menyebabkan puting anda membengkak dan corak hisapan yang tidak betul ini menjadi sukar untuk diperbetulkan kemudian nanti.
Jika puting masih terus membengkak dan sakit, kemungkinan ia disebabkan oleh hal-hal berikut:
(a) Jangan biarkan bayi menghisap puting anda, ini bukan cara yang betul. Pastikan bayi membuka mulutnya dengan luas supaya puting dapat masuk ke dalam mulutnya. Apabila bayi mencengkam terlalu kuat ketika hendak mula menghisap, tekan rahang bawahnya dengan jari sambil menolak turun dagunya. Minta bayi anda membuka mulutnya dengan suara yang jelas dan tegas.
(b) Jika puting anda masih sakit, tarikkan bibir bawah bayi semasa ia masih menghisap dan periksa sama ada lidahnya terletak di antara bibir bawah dengan payu dara anda ataupun tidak. Jika tidak dapat melihat lidahnya, bayi mungkin sedang menghisapnya bersama-sama puting anda. Lepaskan bayi dari penyusuan dan mulakan prosedur ini semula. Pastikan mulut bayi dibuka dengan luas dan lidahnya berada di bawah puting ketika melekap.
7. Cara menghisap dengan berkesan.
Kebanyakan bayi mengetahui cara menghisap dengan betul sejak mereka dilahirkan. Sesetengah dari mereka yang lain mengambil masa untuk belajar dan memerlukan panduan tertentu seperti yang dinyatakan di atas. Ia memerlukan keselesaan dan kesabaran yang tinggi.
Tetapi apabila bayi mula menghisap dengan penuh bertenaga, anda akan terasa puas apabila merenungnya. Ketika ini, otot-otot di mukanya akan bekerja lebih keras sehingga telinganya kelihatan bergerak-gerak. Anda dapat melihat kekuatan otot rahangnya dan dapat mendengar bunyi ia menelan. Apabila bayi telah kenyang, ia kembali tenang, dan hisapan diperlahankan, dan hanya menelan sedikit demi sedikit. Dia kelihatan sedang dilamun kenikmatan berada dalam pangkuan ibunya.
Saya pasti, jika kedudukan penyusuan ini berjaya di atur dengan baik, pasti perjalanan penyusuan antara ibu dan anak menjadi lebih mudha dan selesa. Hati ibu senang, anak pon gembira.
Jika ibu dah pandai menyusu duduk, boleh belajar untuk menyusu baring pula. ianya memudahkan ibu nanti.
Awas, apabila menyusukan anak secara duduk, jangan biarkan selalu menunduk untuk melihat anak menyusu. Sekali sekala tak apa. Jika berterusan, ibu akan terasa sakit bahu dan tengkuk. Urat-urat di badan akan terasa tegang sangat.
Jadi, pastikan ibu selesa dulu, baru selesakan anak. Bukannya sebelah pihak sahaja yang selesa, ianya tidka akan berjaya.
Pakar Penyusuan Susu Ibu
Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fb : Nastasha Nordin
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com
email: nastasha.nordin@gmail.com
No comments:
Post a Comment