Thursday, 4 December 2014

1001 SOALAN BERKENAAN PENYUSUAN SUSU IBU - BAHAGIAN 2

Bekalan susu yang tidak mencukupi, adakah ia kerana keturunan? 

Saya sedang mengandung anak yang pertama dan akan bersalin pada bila-bila masa sahaja. Bagi saya penyusuan susu ibu sangat penting. Saya akan menyusu bayi saya sepenuhnya dengan susu sendiri dan melakukan yang terbaik untuknya. Dulu ibu saya mencuba penyusuan dengan susunya sendiri tetapi beliau tidak mempunyai susu. Apakah saya akan mewarisi masalah yang sama seperti itu?

Sebelum melanjutkan pembacaan, saya harap ibu semua dapat membaca ini

Adalah sesuatu yang merisaukan jika kita mendengar cerita yang demikian rupa. Kebanyakan wanita merasa terganggu dan risau beberapa lama bila mengenangkan kisah dan cerita ibu mereka yang menghadapi masalah bersalin dan penyusuan. Sebenarnya, kemungkinan anda menghadapi masalah fizikal yang akan menghalang dari menyusukan sendiri bayi anda amatlah kecil.

Jarang sekali berlaku seseorang ibu itu kekurangan susu secara semula jadinya. Kebanyakan masalah yang wujud di awal-awal minggu penyusuan adalah sementara. Ini akan pulih apabila aktiviti penyusuan menjadi stabil. Bekalan susu yang tidak mencukupi selalunya boleh disebabkan oleh banyak faktor.

tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee sri penara, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya, keburukan set penyusuan Shaklee, esp banyakkan susu badan, set budget Shaklee, Shaklee, pakar penyusuan susu ibu


Anda harus menggalakkan bayi anda menyusu dengan lebih kerap dalam keadaan yang selesa. Bekalan susu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan, menghadkan masa penyusuan dan kedudukan penyusuan yang tidak betul. 

Bayi yang baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 -12 kali sehari. Tetapi kebanyakan bayi akan menyusu lebih dari itu. Semakin kerap bayi menyusu semakin cepat payu dara anda "kosong" dan semakin banyaklah susu dihasilkan. 

Kebanyakan bayi akan mengambil masa selama 30-40 minit untuk setiap penyusuan. Biarkan bayi anda yang mengawal penyusuan sehingga ia sendiri melepaskan puting susu itu setelah puas dan bersedia.

Beberapa faktor dari ibu yang menyebabkan susu tidak mencukupi ialah seperti merokok, megambil kafein berlebihan (mengambil lebih dari 5 cawan kopi sehari), penggunaan ubat penenang, antihistamina atau pil perancang keluarga. Pendarahan atau turun darah yang serius selepas bersalin, anemia dan beguk atau hipotiroidisme (tiroid yang kurang aktif), di samping pembedahan payu dara juga boleh menyebabkan kekurangan bekalan susu. Jarang sekali terjadi di mana seseorang wanita itu kekurangan tisu glandular.

Bayi juga boleh menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan susu. Masalah kesihatan bayi yang menyebabkan keadaan ini perlu dikenal pasti oleh doktor. Mungkin bayi menghadapi masalah menghisap (biasanya ia bersifat sementara). Bayi yang dilahirkan dengan frenulum (lipatan membran mukus di bawah lidah) yang pendek atau keras akan menghadapi kesukaran menyusu sehinggalah keadaan ini diperbetulkan atau kadangkala ia pulih dengan sendirinya.

Cukup ke hanya susukan anak sebulan sahaja?


Anda tidak perlu merasa terikat untuk menyusukan bayi anda sendiri bagi suatu tempoh yang lama, jika itu yang menggusarkan anda. Sebanyak manapun susu ibu yang bayi anda perolehi akan memberi faedah kepadanya. Tetapkan satu matlamat, contohnya anda ingin menyusu untuk 6 minggu pertama sahaja (jika ini boleh membuatkan anda berasa selesa). Lakukan segala yang mungkin dalam tempoh itu untuk memastikan bayi anda memulakan kehidupannya sebaik mungkin.


tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee sri penara, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya, keburukan set penyusuan Shaklee, esp banyakkan susu badan, set budget Shaklee, Shaklee, pakar penyusuan susu ibu


Untuk 6 minggu yang pertama itu, elak dari menggunakan susu botol atau puting tiruan. Luangkanlah lebih banyak masa untuk menyusukan dan mendampingi bayi anda. Anda mungkin terkejut kerana selepas 6 minggu tersebut anda masih belum bersedia untuk berpisah dan menghentikan penyusuan susu badan. Nikmati hubungan yang terjalin pada hari ini dan jangan terlalu memikirkan hari-hari seterusnya.

Hubungilah anggota kesihatan atau kumpulan sokongan ibu yang mungkin dapat membantu anda.

Sebaiknya ibu tetapkan matlamat 6 bulan pertama fully breasfeed anak. Jika niat dan usaha bersungguh, Allah akan permudahkan. Namun jika ibu memang tidak berniat untuk menyusukan anak, biarkan sahaja sehingga susu ibu benar-benar kering. Jangan pula ibu amalkan pil hentikan susu ibu ya. Kesian bayi anda.

Bolehkan anda menyusukan bayi dengan puting yang tenggelam?

Puting yang tenggelam bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan. Sebenarnya terdapat antara 28-35% dari wanita yang hamil kali pertama mempunyai puting yang tidak timbul dengan sempurna (Hyttch & Baird, 1958; Blaikeley, 1953; Waller, 1946).

Kehamilan merupakan tempoh penting perkembangan dan tumbesaran payu dara. Bakal-bakal ibu yang dahulunya memiliki puting tenggelam atau mendatar kini mungkin mendapati puting mereka mula menonjol apabila menghampiri masa untuk bersalin. Penonjolan dan pembentukan puting akan bertambah baik setiap kali kehamilan dan setiap kali anda melalui pengalaman menyusu anak.

Apabila anda berada dalam trimester terakhir kehamilan, anda bolehlah memeriksa puting anda. Tekan areola di bahagian pangkal puting. Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, tekankannya ke dalam dada. Jika puting kekal pada kedudukan yang sama dan tidak terjojol, ini bermakna anda memiliki puting yang leper. Tetapi jika tekanan ini menyebabkan puting anda masuk ke dalam, ini menandakan puting anda tenggelam. Sebenarnya , kes puting yang benar-benar tenggelam jarang berlaku.

Anda boleh terus menyusukan bayi dengan puting yang tenggelam. Tidak semestinya anda mesti mempunyai puting yang terjojol baru boleh berjaya menyusukan anak. Bentuk puting ketika rehat tidak menunjukkan setakat mana ia akan menonjol ketika bayi menghisapnya.

Kedudukan yang betul ketika menyusu adalah sangat penting. Sentuhkan bibir bayi dengan puting anda berkali-kali dan tunggu sehingga bayi membuka mulutnya dengan luas seperti menguap. Tarik sedikit payu dara anda ke belakang dengan memastikan ibu jari dan jari-jari anda jauh dari areola apabila mulut bayi mula melekap pada payu dara anda. Ini memberi ruang kepada bayi memasukkan seberapa banyak yang boleh bahagian areola ke dalam mulutnya. Apabila bayi diletakkan pada kedudukan yang betul, tisu payu dara dapat dihisap dengan sempurna seolah-olah seperti puting.

Menyusu bayi dengan puting yang tenggelam kadangkala merupakan satu cabaran. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai puting yang tenggelam atau leper lebih mudah terkeliru apabila menghisap. Keadaan ini berlaku apabila ia diberi puting tiruan di awal-awal minggu penyusuannya. Kenapa ini terjadi, penjelasannya adalah mudah. Meletakkan bayi ke payu dara anda selepas sahaja ia dilahirkan adalah sangat penting untuk 'mengingatkannya' bentuk puting ibunya. Bayi akan menjadi biasa dengan bentuk puting dan payu dara anda. Dalam kebanyakan kes, bayi boleh diletakkan terus ke atas dada anda. Biarkan ia menjilat dan menghisap puting anda.

tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee sri penara, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya, keburukan set penyusuan Shaklee, esp banyakkan susu badan, set budget Shaklee, Shaklee, pakar penyusuan susu ibu

Ini merupakan teknik perahan susu ibu menggunakan tangan (marmet). Kaedah ini juga boleh digunakan sekiranya puting ibu berada dalam keadaan tenggelam. Ibu perlu buat urutan ini sejak dari kehamilan lagi. Lama-lama puting akan terkeluar atau berubah sedikit. Pastikan Pict 6 itu tidak dilakukan ya. =)


Bayi yang dibiarkan berbuat demikian sejurus selepas dilahirkan lebih berjaya menghisap susu dari ibunya, walaupun ibu tersebut mempunyai puting susu yang tidak terjojol. Elakkan dari mengguna puting tiruan sehingga penyusuan dengan susu ibu telah benar-benar mantap. Jika terpaksa memberi tambahan susu formula, picagari atau cawan boleh digunakan dari awal sementara berusaha membina hubungan penyusuan antara anda dan bayi. 

Pastikan anda mendapat bantuan dan sokongan dari pihak hospital atau kaunselor penyusuan berkaitan dengan teknik dan kedudukan semasa menyusu sejak dari mula lagi. Dapatkan latihan yang cukup sehingga anda benar-benar mahir tentang teknik penyusuan ini ketika payu dara anda masih lembut dan mudah dipegang.

Amatlah berguna jika anda dapat memerah atau mengepam susu untuk beberapa minit sebelum memasukkan puting anda ke dalam mulut bayi. Ini akan membantu pengaliran susu yang baik. Memerah susu ke bibir bayi juga dapat menarik minat bayi anda.

Sumber dari FB ini. Terima kasih di atas perkongsian ilmu


Pakar Penyusuan Susu Ibu


Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

No comments:

Post a Comment