Sunday, 28 September 2014

PENGHARGAAN DARI SHAKLEE - MOTIVATION RALLY BAHAGIAN 1

Syukur alhamdullilah..
Sebulan lepas saya dah terima surat dari Shaklee.terkejut jugak sebab jarang dapat surat shaklee hujung-hujung minggu ni. Bila bukak.taraaaa

Saya dijemput untuk amik award sempena Motivation Rally yang Shaklee anjurkan.
Terima kasih kerana memberi penghargaan kepada kami yang masih bertatih dalam Shaklee ini.

Biasakan,manusia sukakan pada penghargaan.tak payah besar-besar penghargaan pon tak pe.sekecil ucapan terima kasih pon dah sangat bersyukur.dan rasa dihargai.

Dan yang paling tak sabar sebenarnya sebab nak jumpa kawan-kawan dalam shaklee dan adik beradikku yang lain.yea..
Walau jual shaklee sama-sama,kami tak de istilah bersaing pon.

Terima kasih suami dan anak-anak.sanggup teman mama.nanti kita update cerita kat bahagian 2 ye.


Posted via Blogaway

Thursday, 25 September 2014

JADUAL PAM SUSU UNTUK IBU BEKERJA

Assalammualikum semua. 

Harini saya nak kongsikan jadual pam susu untuk ibu bekerja. Boleh ibu buat rujukan ye. Print cantik-cantik then tampal kat rumah. Untuk bakal ibu yang bekerja, ini peluang hebat untuk kalian persiapkan diri.

Jom jenguk bawah ni.



Jadual ini saya dapat dari carian google dan ada di sebuah blog. Tapi saya dah lupa nama blog itu. Benda baik saya kongsikan pada semua ya. Terima kasih kerana buat jadual yang sangat bagus dan cantik ini. Semoga pahala berganda di atas kemudahan yang puan berikan.

Jadual ini lebih praktikal digunakan untuk ibu bekerja. Atau pon ibu yang membuat kerja diluar dan meninggalkan anak dirumah. Kalau kita tengok, jadual ni sangat bagus sebab mengikut konsep more demand, more supply (banyak permintaan, banyak pengeluaran). Jadual ni sangat mesra ibu gitu kan.
Kena bangun awal? Tak apa, ibu sanggup apa saja demi anak tersayang.

Saya nak ambil kesempatan berkongsi jadual pam saya ketika saya gunakan semasa bekerja dulu. Disebabkan anak lelaki saya Ariq Ikhwan ni kuat menyusu, ibu kene gagahkan la juga. 

Hari bekerja (Isnin - Jumaat)

7am - pam dalam kereta
10.30am - pam 
2.30pm - pam (selepas lunch)
5.30pm - pam (sebelum balik ke rumah)
Dan kat rumah saya direct sahaja Ariq Ikhwan sebab Ariq tak boleh bau mama, sure kene disambar aja.hehehe

Kalau hari jumaat, saya akan pam sebelum tidur, sebab saya anggapkan hari Jumaat ialah hari saya buat bekalan susu untuk Ariq dan anak susuan saya.

Hari Cuti (Sabtu - Ahad)

Saya akan direct anak sahaja.
Tapi malam Ahad, saya akan pam untuk bekalan hari Isnin. Alhamdullilah kalau stock ada, saya akan beri yang fresh untuk bekalan Ariq setiap hari.

Kalau saya balik kampung mertua, perjalanan ke Temerloh ambik masa 2 jam, dan selalunya Ariq akan tidur, jadi saya akan pam juga. Dapatlah saya simpan sikit-sikit. Dan kalau saya dan suami bercuti ketika hari bekerja (pegi dating kan), saya pasti akan usung juga beg pam dan cooler beg. Syukur, sikit pon tak rasa terbeban, dan saya yang pilih untuk buat camtu. saya yakin ibu-ibu pon boleh kan?

Saya pernah ke Thailand 4 hari atas urusan kerja, ketika tu Aisyah Imani baru 3 bulan, kemana sahaja saya pam, termasuk dalam kapal terbang dan van. Balik dari seminar dan meeting, saya terus pam di hotel. Dan ketika seminar, saya akan ke toilet untuk solat dan pam. Ambil 15 minit pon mencukupi. Semuanya demi anak tersayang dan anak susuan saya. Terima kasih Allah.

Inilah perkongsian saya, jika ibu-ibu nak tanya apa-apa, boleh komen kat bawah ye. Saya bantu. Jangan malu kalau nak berjaya.

Terima kasih sudi baca blog saya. Jika anda sukakan perkongsian saya tentang tips breasfeeding, parenting dan kehidupan saya, bolehla follow blog saya. Tekan butang follow sebelah kanan atas blog ini ye.

Jika ibu inginkan SET PENYUSUAN SHAKLEE, boleh dapatkan consultation dan berkongsi pengalaman penyusuan anda dengan saya.



Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

PERBEZAAN PENYUSUAN ANAK LELAKI DAN ANAK PEREMPUAN SAYA




Tiada kata indah yang saya mampu katakan atau luahkan dengan keizinan rezeki melalui keberkatan usaha dariNya. Allah Maha Basar.

Satu masa dahulu saya sangat taksub nak menyusukan anak, dan Allah uji saya. Dalam tak sedar, saya melawan kelemahan diri sendiri dan saya berjaya meneruskan impian saya. Impian nak menyusukan anak sehingga 2 tahun lebih. Impian yang telah dibina beserta segala usaha dan pengorbanan, tak kan nak tinggalkan lupus sahaja kan. Kene kuat lawan dan lawan.

Akhirnya dengan izinNya, selepas pelbagai ujian, saya berjaya kenal siapa diri saya sendiri. Saya tak kan lupa kerana jika sesuatu benda yang berlaku, hanya Allah la tempat kita mengadu. Syukur Ya Rahman, Ya Rahim

Cerita berkenaan jatuh bangun saya diawal Penyusuan Ariq Ikhwan telah saya kongsikan sebelum ini. Jemput baca, semoga memberi manfaat kepada semua.

Entry kali ini, saya nak berkongsi berkenaan Perbezaan Penyusuan Dua Orang Cinta hatiku - Ariq Ikhwan dan Aisyah Imani (sedang menginjak usia 1 tahun 5 bulan pada Oktober 2014). Bertuah Aisyah Imani, seawal  usia 4 bulan, saya sudah berhenti kerja untuk memberi peluang pada diri untuk membesarkan dan menjaga kedua anak-anak manja saya. Ariq Ikwan dan Aisyah Imani.

Sebenarnya terdapat beberapa perbezaan yang saya alami ketika menyusukan kedua orang anak saya ini. Perbezaan ini saya ukur sejak mereka lahir sehingga usia mereka ketika ini. Dan saya tahu, apa yang saya kongsikan merupakan pengalaman saya sendiri dan tidak semestinya sama dengan orang lain. Kita kongsi-kongsi ilmu ya ibu semua.





MUHAMMAD ARIQ IKHWAN B. MOHAMAD AZLI (MAIMA)

- mempunyai masalah polihydromial menyebabkan MAIMA terpaksa di check dahulu sebelum diberi minum susu mama
- seawal dilahirkan MAIMA merupakan seorang anak lelaki yang kuat menyusu.
- sehinggakan sejam sekali nak menyusu dan hanya tidur 20 minit sahaja.Tidur   lama jika saya peluk sahaja
- MAIMA tidak boleh tidur lama sehingga ada yang berpendapat mengatakan    anak saya tak kenyang
- bulan pertama MAIMA disokong dengan susu FM disebabkan masalah    penyusuan
- Bermula bulan kedua dan seterusnya, MAIMA dah boleh direct feeding dan    menerima susu saya sepenuhnya
- kerap bangun malam untuk menyusu.
- membesar tanpa ayah disisi membuatkan lebih rapat dengan saya. Hanya    dapat jumpa ayahnya weekand sahaja.
- MAIMA dijaga sepenuhnya oleh nenek dan atuk dan merupakan cucu sulung  kedua belah keluarga
- Bagi MAIMA, penyusuan ialah makanannya. Dia akan menyusu bersungguh-  sungguh sehingga benar-benar kenyang.
- MAIMA start disokong dengan susu kambing ketika umur 1 tahun 8 bulan    kerana ketika itu, saya mengandungkan Aisyah Imani bulan ke 4.
- pada umur 1 tahun 10 bulan, dia fully susu formula.MAIMA sendiri yang tak  nak susu badan disebabkan perbezaan rasa..tak sedap katanya.(hehehe)
- Berjalan pada usia 10 bulan
- Boleh bercakap pada usia 1 tahun 2 bulan
- Anak yang sangat aktif dan sangat independent
- Bulan ketiga sudah minum 3.5oz sekali minum dan bulan ke 5 sudah minum  5oz sekali minum.
- Sekarang 3 tahun 6 bulan, 110z susu setiap kali minum
- Sejak adik ada, sangat manja dengan ayahnya







NUR AISYAH IMANI BT. MOHAMAD AZLI (NAIMA)

- selepas dilahirkan terus diletakkan ke badan saya
- sangat mudah nak mencari susu badan ibu.selepas lahir, terus tidur sepanjang malam di sebelah saya
- minum sangat sedikit dan terus tidur
- jadikan susu sebagai pelepas lelah sahaja dan bukan untuk kenyang.
- tidak mahu bangun malam untuk menyusu. dan memaksa saya bangun untuk mengepam
- lebih kuat makan makanan dari menyusu badan
- bertubuh kecil dan halus dari baby lagi
- seawal 4 bulan saya sendiri menjaga dan membesarkan NAIMA. Jadi sangat manja dan tak boleh hilang sikit
- seawal 3 bulan susu hanya 2.5oz sahaja
- berjalan pada usia 11 bulan
- ketika 1 tahun 5 bulan belum mahu bercakap.tapi sangat paham cakap orang dan boleh minta disuruh.
- pernah diberi susu kambing ketika saya sakit teruk namun NAIMA tak mahu
- tidak menyusu botol sejak berumur 4 bulan
- sangat manja dan terlalu aktif

Ini lah perbezaan penyusuan 2 orang anak saya. memang terdapat perbezaan penyusuan di antara mereka. Sorang kuat menyusu, sorang tak kuat menyusu. namun mereka masih aktif dan kuat bermain. Manja juga tak sama.
Disebabkan ini juga yang membuatkan pelbagai pengalaman telah saya rasai. Seronok kan boleh menjadi ibu dan menyusukan anak.

Saya juga suka nak berkongsi berkenaan penyusuan susu ibu. Jika ada yang nak share, boleh tulis diruangan komen ya. Boleh tukar-tukar pengalaman.

Jika ibu inginkan SET PENYUSUAN SHAKLEE, boleh dapatkan consultation dan berkongsi pengalaman penyusuan anda dengan saya.


Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

AGEN SHAKLEE KEPERCAYAAN ANDA - PENGEDAR SHAKLEE CHERAS, AMPANG, BANDAR TUN RAZAK



Anda merupakan pengamal tegar vitamin Shaklee?
Selalu beli online dan tak kenal siapa Agen Shaklee dengan lebih rapat?
Nak dapatkan vitamin Shaklee tapi tak nak beli online?


Saya merupakan Agen Shaklee Kepercayaan Anda (Your Trusted Shaklee Independent Distributors). Saya bermula menggunakan Shaklee sejak tahun 2011 ketika menyusukan anak pertama Ariq Ikhwan. Dan sejujurnya dengan kesan yang saya dapat selepas consume vitamin kegemaran saya ini, saya bertekad untuk kongsikan kebaikan Shaklee ini dengan lebih ramai orang lagi. Lagi-lagi selepas saya dapat feedback yang baik dari kawan-kawan selepas mereka juga menggunakannya.

Untuk pengetahuan semua, terdapat banyak vitamin yang terbaik di dalam Shaklee. Dan ianya merangkumi semua jenis masalah penyakit. Sebagai Agen Shaklee kepercayaan anda, anda boleh meletakkan 100% kepercayaan terhadap servis dan consultation yang akan saya berikan. Ini disebabkan, terdapat ramai nutritionist di dalam Shaklee yang sering memberikan seminar dan tunjuk ajar untuk kami refer sekiranya terdapat masalah kesihatan yang meragukan.

Berada di bawah group hebat Euphoria dan upline yang sudah lama di dalam bidang ni juga menyebabkan saya 'terpaksa' belajar sesuatu yang terbaik dalam diri saya. Keterpaksaan inilah yang membawa kejayaan kepada saya. Tambahan pula kawan-kawan dan adik beradik (sidelines) yang tak kedekut membantu membuatkan anda perlu lebih yakin membeli dengan saya disebabkan kami sering berkongsi pendapat untuk vitamin yang dicadangkan tanpa perlu sambil lewa.

Bagi saya simple, jika anda mempunyai masalah, contohnya masalah Penyusuan Susu Ibu. Saya akan post mortem dulu kefahaman anda terhadap konsep penyusuan. Saya akan berikan pelbagai tips penyusuan sehingga anda faham kenapa anda perlu ikuti semua tips ini untuk berjaya dalam penyusuan. Apabila saya pastikan semua tips sudah dilaksanakan, namun ada juga masalah penyusuan, saya akan cadangan set penyusuan yang terbaik dan lengkap bergantung pada masalah anda. Namun, jangan stress jika anda kurang budget, kerana saya akan bantu anda untuk set budget yang mampu milik. Bukan cara saya memaksa untuk membeli tetapi saya akan berkongsi kebaikan vitamin Shaklee ini sehingga anda berpuas hati.

Kepuasan Anda Keutamaan Kami.


Selepas post mortem masalah penyusuan dan saya berikan tips penyusuan, customer ini setuju untuk mengamalkan set penyusuan budget dan yang utama sekali customer ini berjaya membanyakkan susu badan. Hanya kurang dari 2 minggu. Alhamdullilah


Alhamdullilah, kepakaran saya ialah dibahagian Penyusuan Susu Ibu, keperluan Ibu Mengandung dan Bersalin dan Vitamin Kesuburan Untuk Mudah Hamil. 

Jika anda berada berdekatan dengan saya, di Cheras, Ampang, Kajang, Bandar Tun Razak, saya galakkan kita COD (Cash On Delivery). Untuk anda lebih yakin dan boleh kita berkenalan. Tak la rasa risau untuk membelikan. Dan kita boleh kekalkan hubungan ini menjadi seorang kawan untuk elak kekok jika nak bertanya pendapat.

Namun jangan risau atau susah hati, jika anda di luar kawasan liputan saya, lebih senang untuk kita pos dan kita kan terus rapatkan hubungan dengan berkawan secara maya. Saya boleh poskan ke seluruh negara.

Anda boleh add FB saya Nastasha Nordin atau email saya di nastasha.nordin@gmail.com




Jika anda berminat untuk menjana pendapatan bersama group saya RICH MASTER SHAKLEE, lebih besar dari padang bola saya tadahkan. Sedia berkongsi maklumat sehingga ke pintu rumah anda (jika berada di dalam kawasan liputan saya). 

Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya. saya akan buktikan/berikan servis yang terbaik untuk anda!


Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com



Wednesday, 24 September 2014

KINI SAYA MAMPU TERSENYUM LEBAR - VITAMIN KEGEMARAN SAYA.

Apabila ada orang tanya saya, vitamin mana yang saya gemar bila consume Shaklee ini?

Sejujurnya dah lebih dari 10 vitamin Shaklee saya makan dan diatas beberapa sebab. Saya mengambil:

1-Set Asas Family Wellness - Vitalea, Bcompleks, Vitamin C 
2-Set Penyusuan Budget - ESP, Alfalfa, Ostematriks
3-Set Detox Usus dan Detox Hati - DTX Compleks, Herb Lax
4-Set Kurus - Lecithin, Omega Guard
5-Set Stabilkan Period - Gla 

SET PENYUSUAN ASAS - antara produk Shaklee yang pertama saya makan untuk masalah Penyusuan saya

Dan beberapa lagi seperti Mealshake, Performance Drink, Vivix, Nutriferon, Cinch Tea, Carotomax, Cinch Latte dan Basic-H. Semua vitamin ini memang ada di rumah saya untuk penggunaan seisi keluarga. Mak, ayah dan suami saya pon makan juga. Dan saya akan susun jadual pengambilan untuk mereka. Makan sama-sama boleh sihat sama-sama. Untuk set anak-anak saya akan beri Mealshake, Nutriferon dan Omega Guard. 

Vitamin yang sama kan untuk mak dan ayah boleh makan kan? Banyaknya vitamin kami ambil? Itu pentingnya jadual pengambilan yang betul, fungsi vitamin dapat diserap sebaiknya jika vitamin diamalkan secara konsisten dan berkesan. Bukan main celup-celup aja.

Tapi bila ditanya vitamin mana yang saya paling suka?
Rasa macam nak nanges bila nak jawab sebab semua pon saya suka. Banyak khasiat yang saya dapat bila amalkan vitamin ni. Tapi sebab nak berkongsi vitamin yang ''terpaling tersuka'', saya pon terpaksa pilih. Pemenang adalah 






Ini cerita saya,

Saya kenal Shaklee sejak saya mengandungkan Ariq Ikhwan lagi. Tahun 2010. Time tu saya survey berkenaan set bersalin dan makanan penambah susu badan. Kebanyakan testimoni merujuk kepada SET BERSALIN SHAKLEE & SET MENYUSU SHAKLEE. Saya simpan info dalam buku sebagai kes kecemasan.(tulis pon kecik-kecik, sekadar nak lengkapkan nota je). Saya tak amik peduli pon Shaklee ini sebab kononnya saya nak natural sahaja. Tak mahu makan ubat-ubatan untuk susu banyak. Dan saya hanya fokuskan pada konsep penyusuan sahaja. Lagi banyak permintaan, lagi banyak susu dihasilkan. Tips penyusuan lain, saya kurang ambil kesah. 

Dan untuk pengetahuan semua, saya terlalu taksub nak menyusukan anak sehingga setiap hari saya akan study pasal penyusuan. Saya tanya pengalaman kawan-kawan yang menyusukan anak. Dan saya juga berjaya mempengaruhi kawan baik saya untuk menyusukan anak bila dia lahirkan anak nanti. Ketika tu, jarak kandungan kami hanya sebulan sahaja. Kami beli barang pon sama-sama. Sanggup main kutu nak beli pam yang terbaik untuk penyusuan. Sikit pon tak ada dalam hati ''...kalau susu tak ada, nanti membazir..''..Punyalah taksub ketika itukan. Positif terlebih.

Kuatkan pengaruh breasfeeding dalam hidup saya ni. Saya dah siapkan nota untuk makanan penambah susu (natural produk), untuk suami saya belikan bila saya dalam pantang nanti. Nampak tak ketaksuban di situ..hahaha.. Suami ikutkan aja. Anak pertama katanya.

Bermula la kisahnya..

Apabila saya pulang ke rumah seawal sehari melahirkan Ariq Ikhwan. Saya diuji dengan masalah Ariq tak mahu direct feeding, memang menangis la saya. Dan keluarga ketika itu memaksa saya bagi Formula Milk(FM) instead of memaksa Ariq menyusu secara direct. Disebabkan Ariq belum membuat saluran susu sendiri dan saya berada dalam keadaan stress yang amat, penghasilan susu memang terbantut. Saya mula pam susu dalam keadaan stress dan menangis sahaja. Keadaan ini membuat susu tak keluar banyak dan saya memaksa diri untuk makan semua produk natural yang saya dah listkan sebelum ini. Namun, tak berhasil jugak.

Nampak tak bila kita dalam keadaan tak terkawal, semua yang kite belajar pon tak akan di praktik kan? Semua tips penyusuan pon saya dah lupa. saya tak jaga kesihatan saya dengan baik. Saya kerap cirit birit akibat set bersalin XY yang saya beli sehingga saya stop pengambilan set bersalin XY itu seawal 3 hari berpantang. Lagilah badan jadi tak menentu. Jahitan belum pulih sepenuhnya malah cirit birit makin memburukkan keadaan. Dan saya rasa mau lari..

Akhirnya saya mengalah. Saya buat tekad baru setelah dipujuk suami dan kawan-kawan baik saya. Mereka cakap, biarkan Ariq minum FM dulu sehingga saya benar-benar sihat dan saya perlu positifkan diri. Time ni 70% Ariq minum FM dan selebihnya susu yang saya pam. Ariq masih tak mahu direct feeding, itu yang membuatkan saya hilang arah. Sikit-sikit saya pam ikut jadual sehingga susu saya jadi banyak, bila dah banyak, perasaan saya makin kuat dan percaya yang saya boleh. Saya mula ajar Ariq untuk direct, pujuk elok-elok dan akhirnya no FM.(sebulan sahaja) Ariq Ikhwan dah addict susu mama. Syukur Alhamdullilah.

So bila saya start Shaklee?

Semasa saya dalam masalah penyusuan, kawan baik saya nasihatkan untuk beli Energizing Soy Protein (ESP). Ye, ada dalam nota saya. Tapi dulu saya buat tak kisahkan. Kawan saya consume ESP ini dan berhasil dalam penyusuannya. Susu jadi banyak dan anak mudah tidur dengan lama. Dan ketika itu, saya terus cari agen shaklee untuk beli ESP, tapi saya kene ceramah free. 

Katanya ''...consume ESP sahaja bukan boleh banyakkan susu. Kene paham konsep penyusuan. akak tak nak awak salahkan produk nanti. Awak kene sihatkan badan awak dulu..cuba amik.....''

Arggg.memang nak jual produk. Orang tengah ada masalah, ketika tu nak ceramah bagai. Dan akhirnya, selepas kene ceramah free tula, saya pon tekad ubah cara saya, untuk ikut semua tips penyusuan dari A to Z.

Bulan kedua, Ariq selesa direct dengan saya. dan susu yang dipam hanya cukup-cukup makan sahaja. Selepas bulan ke 3, kawan yang lain juga agen Shalee kenalkan SET PENYUSUAN ASAS yang ketika itu dalam trial pack untuk sebulan. SET PENYUSUAN ASAS SHAKLEE mengandungi Vitalea, B Compleks, Vitamin C dan Alfalfa.

Dan hasilnya...

saya dapat pam lebih dari  30 oz susu sehari (3x pam) untuk saya kongsikan dengan 2 orang anak susuan saya ketika 2011.


ini hasil selepas saya makan sup petola yang ketika itu saya set mind bahawa jika saya makan sup petola ini, susu akan banyak. 2013
(Antara tips penyusuan - SET POSITIF MIND ON BREASFEEDING)

Hasil selepas saya makan Chicken Black Paper Kenny Rogers 2014.Rasa berpeluh selepas makan Chicken Black Paper tu.(Antara tips penyusuan - PASTIKAN BADAN SIHAT DAN CERGAS)


Dan selepas itu, saya mula menjaja kebaikan Set Penyusuan Shaklee walaupon saya bukan agen Shaklee ketika itu. Dan ramai yang terpengaruh dengan kisah penyusuan saya dan mereka pon mencuba. Alhamdullilah kebanyakannya berhasil.

Ini antara customer saya merangkap isteri kepada seorang kawan lelaki yang dah consume SET PENYUSUAN SHAKLEE. Dia suka dan nak tambah oder lagi. Malah terus jadi ahli untuk dapatkan harga ahli yang lebih berbaloi.




Nak tau sapa yang membebel bagi saya ceramah free tu?
Dialah upline saya sekarang Master Norita Idris.

Mesti dia dah tak ingat ada customer cerewet macam saya.

Dan sekarang, saya consume SET PENYUSUAN BUDGET + SET FAMILY WELLNESS ini untuk kekalkan kesihatan badan saya sekaligus bantu penghasilan susu badan saya. Lagi-lagi, saya merupakan suri rumah sepenuh masa dan bekerja menjana ekonomi di rumah. Lagi perlukan tenaga dan semangat kan. Kalau badan letih-letih, mana nak datang semangat nak buat kerja.

Dan ketika entry ini ditulis, anak kedua saya Aisyah Imani sudah 1 tahun 4 bulan full breasfeed dan saya masih tekad kuat untuk menyusukan Aisyah Imani sehingga lebih dua tahun jika diizinkan kesihatan oleh Allah SWT.

Inilah cerita saya. Shaklee Effect!
Sebab dialah saya mampu tersenyum lebar - Vitamin Kegemaran Saya.

Jika anda mahukan tips penyusuan, boleh klik disini ye

16 TIPS MEMBANYAKKAN SUSU IBU & MEMBUATKAN PENYUSUAN ITU INDAH - BAHAGIAN 1 (KETIKA MENGANDUNG)

TIPS MEMBANYAKKAN SUSU IBU & MEMBUATKAN PENYUSUAN ITU INDAH - BAHAGIAN 2 (SELEPAS MELAHIRKAN ANAK)

Atau jika nak dapatkan hasil penyusuan yang hebat macam saya, boleh consume SET PENYUSUAN SHAKLEE ikut budget anda. Saya akan consult sebaiknya disamping itu boleh kongsi tips penyusuan dan kenalpasti masalah penyusuan anda.

Tau nak cari saya dimana?



Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

Sunday, 21 September 2014

WAJIB BACA!! MITOS PENYUSUAN SUSU IBU YANG KARUT- BAHAGIAN 2

Salam ibu semua. Berjumpa lagi kita. Ibu dah baca 

MITOS PENYUSUAN SUSU IBU YANG KARUT.WAJIB BACA! - BAHAGIAN 1

Entry kali ini merupakan sambungan daripada bahagian 1 di atas, harap ibu semua dapat manfaat dari bahagian di atas.

Tak sabar saya nak sambung entry ini, terlalu banyak idea yang saya ingin curahkan kerana saya terdedah kepada salah paham ibu-ibu berkenaan penyusuan susu ibu. Kadang saya merasa sedih sebab salah paham yang kita sendiri kurang paham ini telah menyebabkan ibu mengambil tindakan tidak mahu menyusukan anak atau tidak berusaha dengan lebih kuat lagi untuk menyusukan anak.

Namun begitu, saya hormati setiap keputusan ibu kerana yang pasti setiap ibu ada cara dan sebab tersendiri mengapa ianya berlaku. Respek!
Saya cuma berkongsi idea dan cuba merungkai permasalah itu. Selamat membaca (senyum)




Salah faham/Mitos dalam Penyusuan Susu Ibu: (sambungan)

MITOS 6:
Tidak mampu menyediakan peralatan menyusu kerana sangat mahal. (pam,storage bag, ice pack dan sebagainya)

Sebenarnya tiada alasan jika ibu memang berniat utk menyusukan anak dari awal lagi. Sebelum melahirkan anak, ibu perlu membuat sedikit kajian berkenaan pam dan harga mengikut penyesuaian ibu semasa bekerja. Ini ialah tips penyusuan yang berjaya yang pernah  saya kongsikan sebelum ini. Baca disini BAHAGIAN 1 - TIPS MEMBANYAKKAN SUSU IBU & MEMBUATKAN PENYUSUAN ITU INDAH (KETIKA MENGANDUNG)

Jika peralatan penyusuan mahal, ibu boleh simpan duit sikit mengikut budget dan berbincang dengan suami untuk membeli. Ibu boleh beli ketika offer di mana babyfair yang dianjurkan atau dari online seller yang boleh dipercayai. Malah sekarang ade pam manual serendah rm100. Ada juga online seller yang menganjurkan kutu pam untuk memudahkan ibu mendapatkan pam kesayangan dengan membayar secara ansuran. Ibu perlu bijak memilih.

Selain itu, jika masih tidak mempunyai budget yang banyak untuk membeli pam, ibu boleh belajar teknik mermet untuk 'mengepam' susu. Ianya satu teknik rangsangan secara manual dan testimoni mengatakan teknik ini menyumbang lebih banyak pengeluaran susu dari menggunakan pam biasa. Pasti ibu mampu. Tanamkan fikiran TIADA ALASAN UTK BERJAYA.

MITOS 7:
Masalah puting tenggelam(inverted)/leper(flat) tak boleh menyusukan bayi 

Kalau ibu sudah baca teknik bagaimana untuk atasi masalah ini, pasti ibu lebih berkeyakinan. Baca tips menjayakan penyusuan yang saya kongsikan diatas ya. Selain itu, ibu boleh google berkenaan permasalah ini kerana pelbagai testimoni/cerita yang ibu-ibu lain pernah kongsikan untuk cara mengatasinya. Jika ibu malu, boleh hubungi lactation counsellor yang ibu sesuai. Pasti mereka akan bantu. (Boleh hubungi saya juga)

MITOS 8:
Baby tak pandai nak latching sejak kecik. 

Sebagai seorang yang baru di dunia ini, pastilah baby tidak pandai semua benda. Kita jangan samakan anak kita dengan anak orang lain kerana keadaan tidak sama dan anggap ianya sebagai ujian yang perlu kita tempuhi sebagai seorang ibu. Jangan tangisi ujian ini. Sedia untuk hadapi.

Macam mana ibu tidak pandai nak bagi anak latch dengan betul. Macam itulah anak kita lahir kat dunia tidak berapa pandai latching. Practice make perfect. Ibu kena belajar macam mana nak bagi anak latch dengan baik. Jangan mudah mengalah. Dan saya pasti setiap useha perlu diiring dengan doa padaNya. 

Saya pernah hadapi perkara yang sama selama sebulan(diawal kelahiran). Apa yang saya buat ialah bertanya dengan rakan penyusuan lain dan ajak mereka ke rumah untuk buat practical depan saya. Ianya berhasil. Elakkan bagi minum susu melalui botol susu terlalu awal. Baby akan nipple confuse seterusnya memilih untuk penyusuan botol kerana ianya lebih mudah.




MITOS 9:
Anak lagi suka susu FM dalam botol sebab susu FM lebih manis dan sedap 

Pernah dengar ''yang manis itu racun, yang pahit itu penawarnya''. Susu ibu lebih sedap. Ianya mengandungi pelbagai rasa, warna dan tekstur. Khasiat juga pelbagai dan yang pasti ianya magic milk untuk semua anak yang lahir. Anak suka minum susu dari botol sebab flow botol lebih laju dan anak tidak perlu berusaha gerakkan rahang untuk menyusu. Penyelesaian yang mudah ialah, ibu tidak perlu menyusukan anak dengan botol susu dengan lebih awal. Perkenalkan susu ibu melalui payudara dulu (direct feeding), seterusnya perlahan-lahan perkenalkan botol susu.

Jika anak menghadapi masalah di awal kelahirannya, ibu perlu pam susu dan berikan melalui sudu atau syringe agar baby tidak mudah nipple confuse. Namun teknologi terkini sudah menghasilakan puting botol susu yang sama bentuk dengan puting payudara ibu. Ibu perlu rajin bertanya dan cari info.





MITOS 10:
Anak sudah biasa dengan penyusuan botol susu dan tidak mahu meneruskan penyusuan susu ibu 

Masih boleh diselamatkan. Cuma ibu perlu banyak bersabar untuk latih semula baby latch. Antara cara terbaik ialah beri baby susu ketika mereka sudah menangis dengan kuat. Itu menunjukkan mereka lapar, dan jangan bagi mereka pilihan untuk memilih penyusuan susu botol, terus bagi direct feed ke payudara ibu dan baby akan pandai sendiri kerana mereka terpaksa minum susu ibu. Bukan kita mendera si manja, namun ini proses belajar. Azam dan semangat ibu akan menjadi kekuatan untuk ibu bertahan dan belajar. Anak akan rasa semangat ibu itu.

MITOS 11:
Saiz payudara ibu kecil, tidak banyak susu 

Maaf. Ramai ibu yang kurus dan kecil berjaya. Saiz payudara bukan penentu pengeluaran susu. Asalkan ibu semua amalkan konsep lebih banyak permintaan, lebih banyak pengeluaran. Pasti ibu tidak akan alami masalah susu kurang. Yang pasti, kikis dulu pemikiran negetif ini. Jika lama di dalam diri, sudah pasti ibu gagal dalam menyusukan anak, kerana saiz payudara tidak boleh diubah-ubah. Pemikiran mitos ibu yang perlu diubah.

MITOS 12:
Orang kurus tiada susu  

Konsep pengeluaran adalah berdasarkan supply dan demand. Bukan saiz badan atau jumlah lemak dalam badan. Susu ibu tidak dicipta dari lemak si ibu. Ianya ciptaan Allah yang indah dan dimiliki semua ibu. Jika ibu amalkan pemakanan yang berkhasiat, susu ibu akan mudah terhasil dengan banyak. Ditambah dengan permintaan yang tinggi dari anak, sudah pasti ibu akan berasa sangat hebat. Jangan fikirkan kelemahan diri sendiri sebagai alasan untuk tidak menyusukan anak.Jadilah model terbaik untuk anak dan orang tersayang anda.




MITOS 13:
Malu untuk menyusukan anak (seksi) 

Sekarang ini terdapat pelbagai baju atau gadjet penyusuan yang sesuai untuk ibu bergaya. Rata-rata ibu yang menyusukan anak akan pandai sendiri untuk menggayakan baju yang sesuai asalkan tidak nampak seksi ketika menyusukan anak. Ibu boleh belajar menggunakan nursing cover atau tutup dengan pemakaian tudung yang labuh. Dan sekarang ini, banyak shopping mall atau tempat awam sudah menyediakan nursing room untuk ibu menyusukan anak. Ibu boleh belajar dan lihat dari kelas-kelas penyusuan yang ibu perlu hadiri semasa mengandung agar ilmu dapat dipraktikkan nanti. Jika ibu masih menjadikan ini sebgai alasan, taktau nak komen apa sebab ini melibatkan ATTITUDE.(maaf)

MITOS 14:
Mengandung tak boleh breastfeed 

Selalunya masalah ini terjadi jika ibu mengandung lagi dengan jarak yang dekat. Kalau serius untuk menyusukan anak selama 2 tahun, ibu perlu berbincang dengan suami untuk planning. Namun sekiranya ibu mengandung dan anak masih menyusu, ianya boleh diteruskan melainkan kalau pernah mengalami kelahiran pra-matang, pendarahan dan atas nasihat doktor. Kalau mahu terima nasihat doktor pun, always get second opinion sebelum decide untuk berhentikan penyusuan ketika mengandung.

Saya pernah hadapi keadaan ini. Mitos mengatakan anak yang menyusu ketika ibunya mengandung, dianggap sebagai perampas khasiat adiknya. Adik boleh jadi cacat dan tidak pandai. Dan anak yang menyusu akan lahir sikap pentingkan diri dan bongkak sebab mengambil nutrien ibu ketika mengandungkan adiknya. Masyallah. Testimoni saya sendiri, anak-anak saya menjadi sangat rapat dan membuatkan saya lebih kuat untuk menghadapi sesuatu yang lain. Sebab itu pilihan saya.

MITOS 15:
Kena ambil supplement untuk tambah susu. Budget bertambah

Makan makanan seimbang secukupnya dah mencukupi. Supplement untuk membantu menambahkan kesihatan ibu. Bila ibu sihat, ianya membantu penghasilan susu dengan cepat. Supplement tidak perlu apabila ibu boleh pastikan pengambilan pemakanan ibu seimbang dan tidak berkurang dari segi zat dan nutrien. Perlu diingat, ibu makan dan menyalurkan khasiat untuk si anak. Jika khasiat tidak mencukupi, bagaimana anak mahu berkembang dengan sempurna dari segi fizikal dan mental. Ibaratnya ibu makan untuk dikongsikan bersama anak. pasti ibu mahukan yang terbaik. 

Namun terdapat banyak produk semulajadi yang dipercayai boleh membantu penghasilan susu ibu dengan banyak serta memastikan badan ibu kekal bertenaga seharian. Contohnya kurma,barli,pegaga madu dan sebagainya.


set budget penyusuan yang semua mampu miliki


MITOS 16:
Sudah makan pelbagai produk untuk tambah susu tapi tak berjaya 

Konsep utama penyusuan adalah supply dan demand. Jadi, kalau ibu mahu tambahkan pengeluaran susu perlu trick otak sendiri. Buat power pumping dengan kerap. Kalau makan macam-macam tapi direct feeding kurang, pam pun culas, bagaimana mahu trick otak untuk hasilakan lebih banyak susu ibu.

Produk penyusuan hanya membantu untuk memastikan badan ibu kuat dan berupaya untuk penghasilan susu. Bukan makan dan susu terus keluar mencurah-curah. Selagi tidak ikuti tips-tips penyusuan yang sebenar, jangan jadikan produk sebagai penyebab ibu tidak berjaya dalam penyusuan. Kesihatan ibu merupakan antara tips penyusuan yang perlu dipatuhi.

Dan, produk penyusuan, bukan hanya makan sekali, dan susu keluar, ianya perlu konsisten. Kalau ada produk penyusuan yang semudah sekali makan sahaja terus susu banyak, sudah pasti ibu tidak ada masalah penyusuan yang serius.


Macam kita nak jadi Engineer. Kena pergi sekolah bertahun tahun. Baca macam-macam buku. Macam tu juga hendak jadi seorang ibu. Nak menyusukan anak. Ianya dilihat mudah. Tapi bukan semudah yang disangka. Tetapi tidak susah sangat kalau kita sentiasa belajar dan rajin membaca menambah pengetahuan. Disebabkan itu, ilmu penyusuan perlu digali seawal ibu mengandung lagi ya.

Saya doakan ibu semua berjaya menukar persepsi negetif tentang penyusuan susu ibu dan jangan sesekali percaya mitos karut tentang penyusuan seperti ini. Anda akan kalah sebelum bermula jika ada antara mitos seperti ini di dalam diri.
Ubah kepada pemikiran positif. Ini kalilah (senyum)




JANGAN MENCIPTA ALASAN. MALAS BERUSEHA, MUDAH GAGAL.
USAHA + DOA + TAWAKAL = BERJAYA.

Jika ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi

Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

Tuesday, 16 September 2014

TEMPAT CUTI YANG FREE, BEST, SEJUK,MEMUASKAN HATI - AIR TERJUN SERENDAH

Cuti Hari Malaysia ni cadangnya nak bersantai di rumah sebab cuti tengah minggu kan.tiada plan nak pergi mana-mana.

Tapi anak bujang kesayangan mama papa si Ariq Ikhwan ni dah minta papa dia nak mandi sungai. Selalunya kami bawak mandi kolam kecik je. Ala yang kene tiup tu. Tapi kali ni papa dia rajin nak melayan ke air terjun.

Jadi, bermula la plan kami balik kampung kat Serendah. Tergesa-gesa mama kemas barang Ariq dan Aisyah nak pegi mandi Air Terjun Serendah. Perjalanan dari KL ke Air Terjun Serendah hanya makan 40 minit sahaja. Sebab kami dah biasa balik kampung, dah rasa tak lama sangat.

Sebenarnya saya ada plan nak pergi Sungai Congkak atau Sungai Gabai je since lagi dekat di KL berbanding kena balik kampung Serendah kan. Tapi saya pernah ada pengalaman 'indah' disana. Pernah ada ular air panjang di atas permukaan sungai. Time tu kami pergi berempat. Semua anak dara lagi. Baru nak berjinak-jinak rendam kaki dalam air, dah nampak ular panjang. Meremang bulu roma saya. Since saya memang sangat geli dengan reptilia, memang dah band la nak mandi kat sana.

So,saya setuju dengan keputusan suami untuk balik kampung.
Yea..mandi air terjun. Ariq dan Aisyah mesti suka. Merendam la korang dua beradik ye. Tapi tak sangka ramai sangat orang kat sana. Sampai kami tak dapat parking. Terpaksa naik ke atas lagi untuk mandi kat kawasan lain.

Sebenarnya, memang bagus tempat ni. Sebab ianya satu tempat yang sesuai untuk semua golongan umur. Ada kawasan rehat, kawasan taman permainan, ada toilet tempat tukar baju, ada pondok tempat rehat, kawasan lapang untuk bentang tikar atau kemah. Pendek kata semua kemudahan lengkaplah. Sekali sekala ada orang berniaga di sana. Jual keropok goreng atau pisang goreng. Sesuailah tempat yang sangat best dan memuaskan hati. Yang paling best,semuanya free disini. 

Sebelum ni, kawasan Air Terjun Serendah belum dibangunkan lagi. Kawasan Air Terjun ni kena melalui kawasan perumahan orang asli. Boleh kita tengok pembangunan rumah dan cara hidup mereka. 

Dulu sebelum kawasan Air Terjun ni dibangunkan, tak banyak kemudahan. Hanya orang kampung atau orang yang tau tempat ni je yang selalu ke sini. Setelah dibangunkan oleh kerajaan negeri, Air Terjun Serendah ni sangat femes. Tapi masih tidak mengenakan sebarang bayaran macam Sungai Gabai atau Sungai Congkak tu.


ramai pengunjung di Air Terjun Serendah

 
Disebabkan itu, ramai sangat orang harini.penuh kat kawasan air terjun. Terpaksa kami naik ke atas sedikit. Kawasan tu kurang menarik tapi masih berpuas hati. Ariq dan Aisyah pon sangat gembira.

Dah berendam 2 jam kami pon balik. Berbaloi percutian macam ni. Boring jugak asik ke shopping complex je kan. Nak balik kampung jauh pula. So boleh nanti korang plan short gateway macam ni dengan family ye.
Memang percutian yang free,best dan memuaskan hati.

Balik dari mandi Air Terjun ni memang akan bagi Ariq dan Aisyah nutriferon untuk tingkatkan imunisasi mereka. Sebab biasalah kalau dah berendam lama ni mudah dapat selseme atau demam. Jadi sebagai ibu prihatin, cepat-cepat bagi mereka nutriferon. (cewah) Syukur anak-anak sangat tergila kan nutriferon. Sebab rasa dan khasiatnye yang terbaik.

Jom layan gambar








Monday, 15 September 2014

TIPS MEMBANYAKKAN SUSU IBU & MEMBUATKAN PENYUSUAN ITU INDAH - BAHAGIAN 2 (SESUDAH MELAHIRKAN ANAK)

Tahniah ibu, setelah sabar menanti selama 9 bulan 10 hari, ibu kini bergelar seorang ibu. Ada yang panggil mama, ada yang panggil mummy, bonda, mak atau apa pon panggilan. Pastinya ianya indah bila sekecil yang memanggilnya. Bestnya, pasti ibu sungguh seronok kan.

Bagaimana dengan 16 Tips Membanyakkan Susu Ibu & Membuatkan Penyusuan Itu Indah - Bahagian 1 (Semasa Mengandung) yang saya kongsikan sebelum ini?

Ibu-ibu dah amalkan ketika mengandung?

Jika masih belum, jom baca dulu seketika untuk ibu dapat gambaran kenapa Tips Membanyakkan Susu Ibu & Membuatkan Penyusuan Itu Indah perlu diamalkan sebelum baby dilahirkan. Sedangkan ketika itu belum ada baby lagi kan? Bagaimana nak banyakkan susu?


Itulah kelebihan Tips Membanyakkan Susu Ibu & Membuatkan Penyusuan Itu Indah versi saya. Jemput baca disini 

16 Tips Membanyakkan Susu Ibu & Membuatkan Penyusuan Itu Indah - Bahagian 1 (Semasa Mengandung)

Jadi untuk entry kali ini, saya kongsikan pula Tips membanyakkan Susu Ibu & Membuatkan Penyusuan menjadi sangat indah tanpa ibu perlu rasa stress dan susah hati. Jika ibu berjaya ikuti tips penyusuan yang saya kongsikan sebelum ini, pasti 50% usaha ibu dalam penyusuan sudah berhasil. Hanya perlu buat dan buat. Lebih baik jika ianya dikongsikan kepada bakal ibu yang lain. Sharing is Caring kan.

Tarik nafas dalam-dalam dan selamat menyalin nota.


TIPS EKSKLUSIF MEMBANYAKKAN SUSU IBU & MEMBUATKAN PENYUSUAN ITU INDAH -

BAHAGIAN 2 (SESUDAH MELAHIRKAN ANAK)

Bahagian ini sesuai untuk ibu amalkan ketika berada di wad menunggu untuk bersalin dan seterusnya ketika proses berpantang anak.


1-Beritahu keinginan ibu untuk menyusukan anak

Seperti yang telah saya kongsikan sebelum ini, ibu perlu cari Hospital Rakan Bayi jika ingin melancarkan proses menyusukan anak. Lebih-lebih lagi untuk ibu yang mengandung anak pertama. Banyak yang perlu dipelajari dan perlu ditanya. Sebaiknya ibu perlu beritahu kepada doktor, mid wife ataupon nurse yang menjalankan proses bersalin yang mana ibu ingin menyusukan anak seawal anak dilahirkan.

Disebabkan itu, mereka akan meletakkan anak yang baru dilahirkan (masih berdarah) ke badan ibu untuk memastikan anak boleh bau, bau badan ibu mereka. Ini satu permulaan yang baik untuk anak mengenali ibunya selain si anak akan berasa sangat selesa.


2- Terus menyusukan anak seawal dilahirkan

Setelah selesai sesi menjahit dan menyelesaikan proses bersalin, ibu tidak perlu menunggu lama untuk menyusukan anak. Minta nurse untuk bantu kalian menyusukan anak. Nurse akan bantu kalian untuk mengajar cara-cara & teknik terbaik untuk memastikan kalian selesa dan berjaya menyusukan anak.

Jangan takut jika anda bersalin secara pembedahan, kerana nurse akan bantu cadangkan posisi terbaik untuk menyusukan anak.Pokol pangkal ibu yang ada keinginan untuk menyusukan anak.





3-Pastikan ibu sihat selepas proses bersalin
Kita memang jelas 10 minit pertama selepas melahirkan anak, ibu pasti terasa penat dan lemah-lemah badan disebabkan proses contraction atau meneran. Tapi kebanyakan ibu akan lupa kesakitan bila dengar tangisan si manja. Hebat penangan si manja kan.

Bila lupa sakit, ibu akan lupa pula untuk mengambil vitamin untuk menguatkan badan ibu semula. tak perlu tunggu esok hari untuk pengambilan vitamin. saya galakkan amik terus vitamin selepas makan sedikit alas perut untuk memastikan darah yang banyak keluar dapat digantikan.Lemah-lemah badan perlu disihatkan semula. 


Kerana, jika ibu masih terasa sakit, mood untuk menyusukan anak akan tergendala. Ibu memilih untuk berehat atau tidur sepanjang hari. Ibu tidak akan sihat dengan tidur tanpa mengambil sebarang vitamin untuk menyokong kesihatan badan secara menyeluruh.


4-Letak anak disisi (jika anak tidak bermasalah)

Yang ini ibu selalu terlepas pandang, ibu akan biarkan nurse uruskan si manja di nursary dan nurse akan datang sekiranya anak kelihatan lapar. Salah. Sebaiknya, ibu biarkan si manja di sebelah ibu agar bonding antara anak dan ibu semakin kuat. Anak akan bau, bau ibunya dan meminta disusukan. Ransangan dari anak akan menyebabkan penghasilan susu bertambah dan meningkat dengan cepat.

5-Jangan tunggu anak lapar baru nak susukan anak

Normal baby yang menyusukan anak akan cepat nak susu semula.Bukan sebab mereka tidak kenyang. Tapi susu ibu mudah dihadam dan melawaskan. Jadi, anak akan sentiasa nak susu. Disebabkan itu, ibu perlu set 2 atau 3 jam sekali anak perlu disusukan tanpa tunggu baby menangis minta disusukan.

Ini pon bagi mengelakkan anak terkena penyakit jaundice/kuning yang lama dan teruk. Susu ibu akan bantu kurangkan jaundice dengan cepat.


6-Berurut seawal pulang dari rumah
Sebaiknya terus berurut jika pulang ke rumah. Tak perlu tunggu 3 hari baru nak berurut. Nanti seksa badan. Boleh masuk angin atau badan semakin lemah. Biarkan badan selalu panas dan elakkan aircond atau kipas yang laju

Berurut juga boleh melancarkan pengeluaran susu.Sebab bila berurut, pengaliran darah menjadi lebih lancar dan badan jadi sangat selesa. Ibu akan cepat sihat.

7-Pam susu jika baby masih tidur
Rangsangan susu ibu bukan hanya dari baby, malah pam juga membantu. jika dah survey pam mana yang sesuai, percepatkan beli pam dan teruskan pam susu jika baby masih tidur. Minta bantuan lactation causelor atau rakan yang lain untuk bantu anda atasi masalah (jika ada)

8-Mohon bantuan suami/keluarga jika tidak sihat atau kurang selesa
Sepanjang tempoh berpantang, macam-macam boleh terjadi, jika ibu ada masalah kesihatan atau masalah yang tidak diketahui puncanya, terus berjumpa doktor. Jika ada lenguh-lenguh minta bantuan suami/keluarga untuk sapukan ubat. Kasih sayang dan perhatian keluarga juga mainkan peranan penting untuk pastikan kesihatan dan mood ibu dalam keadaan yang baik.

9-Makan makanan yang baik ketika dalam berpantang
Berpantang bermaksud makan makanan yang seimbang tanpa sebarang lemak,manis yang melampau, masin yang melampau,makanan menyebabkan gatal.Bukan semata-mata kurangkan makan. Kebanyakan ibu terlalu taksub ingin kurus dengan cepat. jadi ibu sanggup kurangkan makan. Ini boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu kerana susu ibu terbentuk dari semua nutrien dengan seimbang. Jika tak nak makan, sila amik makanan tambahan (vitamin) yang seimbang ye.




10-Banyakkan minum air masak
Tau tak ibu-ibu pengambilan air masak sangat penting walaupon dalam pantang. Jangan leka dan lalai. Ada pantang yang tidak membenarkan ibu minum air dengan banyak namun itu hanya mitos sahaja. Air boleh membantu pengeluaran susu ibu dengan lancar.

11-Berpantang dengan baik
Ini tips eksklusif yang sangat penting. Jangan tinggal pantang. Badan ibu nak pakai lama.Perlu rajin dan konsisten jaga pantang. badan ibu sihat, pengeluaran susu pon lancar.
Elakkan amik jamu jika anak masih mempunyai jaundice/demam kuning ya.

12-No formula milk
Jangan pernah fikir nak standby atau beli susu formula. Ini akan membantutkan proses penyusuan nanti. Sebab minda akan set, susu formula ada, jadi tidak perlu lah ibu beruseha bersungguh-sungguh sangat untuk menyusukan anak.

13-Tingkatkan amalan zikir dan berdoa untuk membanyakkan susu badan
Sepanjang proses menyusukan anak atau mengepam, rajinlah zikir Ya Matin (Maha Sempurna KekuatanNya) untuk membantu membanyakkan pengeluaran susu ibu. Selain itu membantu meningkatkan semangat dan kekuatan ibu untuk kekal menyusukan anak walaupon penat.

Rajinkan berdoa agar membanyakkan susu. Kena minta padaNya.Pasti boleh.



14-Jangan tunggu payudara penuh 
Jangan jadikan payudara penuh sebagai indicator susu sudah banyak. Konsisten menyusukan anak sekerap mungkin. Dalam 3 jam sekali, anak perlu disusukan atau dipam keluar. Jika kita sudah disiplin, penghasilan susu akan terjadi sendiri tanpa perlu dipaksa-paksa.

Yakinla bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila anak disusukan/dipam, payudara akan menghantar signal untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian mengatakan, jika anak kerap disusukan dalam tempoh masa yang singkat, kandungan susu manjadi lebih berlemak. Ini akan membantu menambahkan berat anak.

15-Fikir anak, fikirkan susu banyak
Berfikiran positif. Ibu hebat, ibu pasti boleh. Bila ibu menyusukan anak, belailah mereka. Ini dikatakan grooming. Langkah ini, mampu merangsang penghasilan susu ibu. Malah mampu mengeratkan bonding antara anak dan ibu. Ibu perlu lebih relax untuk memastikan penyusuan itu menjadi sangat indah.

16-Tendem Pumping
Latih diri untuk menyusukan anak dan perah susu serentak menggunakan pam susu. Ini dikatakan tendem nursing. Ini juga tips untuk membanyakkan susu ibu. Jika ibu ada double pam electric, ia lebih memudahkan.

17-Kerapkan Penyusuan Malam
Kebanyakan ibu yang gagal kerana mereka tidak menyusukan anak di malam hari. Adakala anak memang tidak bangun untuk menyusu ketika malam. Tapi ibu perlu kejutkan anak untuk menyusu ataupon ibu kena bangun untuk pam sebaik-baiknya 3 kali. 

18-Teknik Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupon sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang direndam dengan air suam. Belajar dan cari teknik yang terbaik untuk merangsang penghasilan susu ibu.




Alhamdullilah, selesai saya kongsikan Tips Membanyakkan Susu Ibu & Membuatkan Penyusuan Itu Indah - Bahagian 2 (Sesudah Melahirkan Anak).

Saya kongsikan tips eksklusif ini daripada pengalaman saya sendiri dan kawan-kawan. Saya suka berkongsi ilmu penyusuan dan berniat untuk membantu lebih ramai lagi ibu di luar sana yang mempunyai niat dan semangat untuk menyusukan anak mereka.Semoga ibu-ibu berusaha bersungguh-sungguh dalam proses penyusuan anak sehingga lengkap 2 tahun. Jika ibu percaya, ibu pasti boleh.

Sebab suka sangat bab penyusuan ini, saya selalu sertai flash mob atau apa-apa kelas penyusuan untuk menambah ilmu dan motivasi untuk menyusukan anak. Layan dulu la gambar-gambar saya ini.




capture in news paper..yea..suka sangat.siap kene interview lagi


Jika ada masalah penyusuan, boleh komen dibawah ye.Insyallah saya akan guide dengan baik. Lebih mudah boleh call/wasap saya.

Ingat, penyusuan susu ibu adalah kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas seorang wanita bergelar ibu (jika ibu sememangnya berkemampuan untuk menyusukan anak). Ketetapan ini telah disebutkan di dalam firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.” 
Malah Rasulullah S.A.W pernah bersabda,
” Dan tidak ada seorang pun perempuan yang hamil dari suaminya, kecuali ia berada dalam naungan Allah azza wa jalla, sampai ia merasakan sakit kerana melahirkan, dan setiap rasa sakit yang ia rasakan pahalanya seperti memerdekakan seorang hamba yang mukmin. Jika ia telah melahirkan anaknya dan menyusuinya, maka tak ada setitis pun air susu yang dihisap oleh anaknya kecuali ia akan menjadi cahaya yang memancar di hadapannya kelak di hari kiamat, yang menakjubkan setiap orang yang melihatnya dari umat terdahulu hingga yang kemudian. Selain itu ia dicatat sebagai seorang yang berpuasa, dan sekiranya puasa itu tanpa berbuka nescaya pahalanya dicatat seperti pahala puasa dan qiyamullail sepanjang masa.
Ketika ia menyapih (cerai susu) anaknya Allah Yang Maha Agung sebutan-Nya berfirman: ‘Wahai perempuan, Aku telah mengampuni dosa-dosamu yang lalu, maka perbaruilah amalmu.”
(Mustadrak Al-Wasail 2: bab 47, hlmn 623)
Jika ibu-ibu sudah mengikuti segala Tips membanyakkan Susu Ibu & Membuatkan Penyusuan menjadi sangat indah ini namun penghasilan susu ibu masih belum memuaskan hati, mari saya kongsikan SET PENYUSUAN SHAKLEE.
Set inilah yang membuatkan saya jatuh cinta dengan SHAKLEE seterusnya berniat lebih lagi ntuk bantu ibu di luar sana.

Testimoni set penyusuan shaklee




Jika ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi

Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com