Sejujurnya dah lebih dari 10 vitamin Shaklee saya makan dan diatas beberapa sebab. Saya mengambil:
1-Set Asas Family Wellness - Vitalea, Bcompleks, Vitamin C
2-Set Penyusuan Budget - ESP, Alfalfa, Ostematriks
3-Set Detox Usus dan Detox Hati - DTX Compleks, Herb Lax
4-Set Kurus - Lecithin, Omega Guard
5-Set Stabilkan Period - Gla
SET PENYUSUAN ASAS - antara produk Shaklee yang pertama saya makan untuk masalah Penyusuan saya |
Dan beberapa lagi seperti Mealshake, Performance Drink, Vivix, Nutriferon, Cinch Tea, Carotomax, Cinch Latte dan Basic-H. Semua vitamin ini memang ada di rumah saya untuk penggunaan seisi keluarga. Mak, ayah dan suami saya pon makan juga. Dan saya akan susun jadual pengambilan untuk mereka. Makan sama-sama boleh sihat sama-sama. Untuk set anak-anak saya akan beri Mealshake, Nutriferon dan Omega Guard.
Vitamin yang sama kan untuk mak dan ayah boleh makan kan? Banyaknya vitamin kami ambil? Itu pentingnya jadual pengambilan yang betul, fungsi vitamin dapat diserap sebaiknya jika vitamin diamalkan secara konsisten dan berkesan. Bukan main celup-celup aja.
Tapi bila ditanya vitamin mana yang saya paling suka?
Rasa macam nak nanges bila nak jawab sebab semua pon saya suka. Banyak khasiat yang saya dapat bila amalkan vitamin ni. Tapi sebab nak berkongsi vitamin yang ''terpaling tersuka'', saya pon terpaksa pilih. Pemenang adalah
Ini cerita saya,
Saya kenal Shaklee sejak saya mengandungkan Ariq Ikhwan lagi. Tahun 2010. Time tu saya survey berkenaan set bersalin dan makanan penambah susu badan. Kebanyakan testimoni merujuk kepada SET BERSALIN SHAKLEE & SET MENYUSU SHAKLEE. Saya simpan info dalam buku sebagai kes kecemasan.(tulis pon kecik-kecik, sekadar nak lengkapkan nota je). Saya tak amik peduli pon Shaklee ini sebab kononnya saya nak natural sahaja. Tak mahu makan ubat-ubatan untuk susu banyak. Dan saya hanya fokuskan pada konsep penyusuan sahaja. Lagi banyak permintaan, lagi banyak susu dihasilkan. Tips penyusuan lain, saya kurang ambil kesah.
Dan untuk pengetahuan semua, saya terlalu taksub nak menyusukan anak sehingga setiap hari saya akan study pasal penyusuan. Saya tanya pengalaman kawan-kawan yang menyusukan anak. Dan saya juga berjaya mempengaruhi kawan baik saya untuk menyusukan anak bila dia lahirkan anak nanti. Ketika tu, jarak kandungan kami hanya sebulan sahaja. Kami beli barang pon sama-sama. Sanggup main kutu nak beli pam yang terbaik untuk penyusuan. Sikit pon tak ada dalam hati ''...kalau susu tak ada, nanti membazir..''..Punyalah taksub ketika itukan. Positif terlebih.
Kuatkan pengaruh breasfeeding dalam hidup saya ni. Saya dah siapkan nota untuk makanan penambah susu (natural produk), untuk suami saya belikan bila saya dalam pantang nanti. Nampak tak ketaksuban di situ..hahaha.. Suami ikutkan aja. Anak pertama katanya.
Bermula la kisahnya..
Apabila saya pulang ke rumah seawal sehari melahirkan Ariq Ikhwan. Saya diuji dengan masalah Ariq tak mahu direct feeding, memang menangis la saya. Dan keluarga ketika itu memaksa saya bagi Formula Milk(FM) instead of memaksa Ariq menyusu secara direct. Disebabkan Ariq belum membuat saluran susu sendiri dan saya berada dalam keadaan stress yang amat, penghasilan susu memang terbantut. Saya mula pam susu dalam keadaan stress dan menangis sahaja. Keadaan ini membuat susu tak keluar banyak dan saya memaksa diri untuk makan semua produk natural yang saya dah listkan sebelum ini. Namun, tak berhasil jugak.
Nampak tak bila kita dalam keadaan tak terkawal, semua yang kite belajar pon tak akan di praktik kan? Semua tips penyusuan pon saya dah lupa. saya tak jaga kesihatan saya dengan baik. Saya kerap cirit birit akibat set bersalin XY yang saya beli sehingga saya stop pengambilan set bersalin XY itu seawal 3 hari berpantang. Lagilah badan jadi tak menentu. Jahitan belum pulih sepenuhnya malah cirit birit makin memburukkan keadaan. Dan saya rasa mau lari..
Akhirnya saya mengalah. Saya buat tekad baru setelah dipujuk suami dan kawan-kawan baik saya. Mereka cakap, biarkan Ariq minum FM dulu sehingga saya benar-benar sihat dan saya perlu positifkan diri. Time ni 70% Ariq minum FM dan selebihnya susu yang saya pam. Ariq masih tak mahu direct feeding, itu yang membuatkan saya hilang arah. Sikit-sikit saya pam ikut jadual sehingga susu saya jadi banyak, bila dah banyak, perasaan saya makin kuat dan percaya yang saya boleh. Saya mula ajar Ariq untuk direct, pujuk elok-elok dan akhirnya no FM.(sebulan sahaja) Ariq Ikhwan dah addict susu mama. Syukur Alhamdullilah.
So bila saya start Shaklee?
Semasa saya dalam masalah penyusuan, kawan baik saya nasihatkan untuk beli Energizing Soy Protein (ESP). Ye, ada dalam nota saya. Tapi dulu saya buat tak kisahkan. Kawan saya consume ESP ini dan berhasil dalam penyusuannya. Susu jadi banyak dan anak mudah tidur dengan lama. Dan ketika itu, saya terus cari agen shaklee untuk beli ESP, tapi saya kene ceramah free.
Katanya ''...consume ESP sahaja bukan boleh banyakkan susu. Kene paham konsep penyusuan. akak tak nak awak salahkan produk nanti. Awak kene sihatkan badan awak dulu..cuba amik.....''
Arggg.memang nak jual produk. Orang tengah ada masalah, ketika tu nak ceramah bagai. Dan akhirnya, selepas kene ceramah free tula, saya pon tekad ubah cara saya, untuk ikut semua tips penyusuan dari A to Z.
Bulan kedua, Ariq selesa direct dengan saya. dan susu yang dipam hanya cukup-cukup makan sahaja. Selepas bulan ke 3, kawan yang lain juga agen Shalee kenalkan SET PENYUSUAN ASAS yang ketika itu dalam trial pack untuk sebulan. SET PENYUSUAN ASAS SHAKLEE mengandungi Vitalea, B Compleks, Vitamin C dan Alfalfa.
Dan hasilnya...
saya dapat pam lebih dari 30 oz susu sehari (3x pam) untuk saya kongsikan dengan 2 orang anak susuan saya ketika 2011. |
ini hasil selepas saya makan sup petola yang ketika itu saya set mind bahawa jika saya makan sup petola ini, susu akan banyak. 2013 (Antara tips penyusuan - SET POSITIF MIND ON BREASFEEDING) |
Hasil selepas saya makan Chicken Black Paper Kenny Rogers 2014.Rasa berpeluh selepas makan Chicken Black Paper tu.(Antara tips penyusuan - PASTIKAN BADAN SIHAT DAN CERGAS) |
Dan selepas itu, saya mula menjaja kebaikan Set Penyusuan Shaklee walaupon saya bukan agen Shaklee ketika itu. Dan ramai yang terpengaruh dengan kisah penyusuan saya dan mereka pon mencuba. Alhamdullilah kebanyakannya berhasil.
Ini antara customer saya merangkap isteri kepada seorang kawan lelaki yang dah consume SET PENYUSUAN SHAKLEE. Dia suka dan nak tambah oder lagi. Malah terus jadi ahli untuk dapatkan harga ahli yang lebih berbaloi.
Nak tau sapa yang membebel bagi saya ceramah free tu?
Dialah upline saya sekarang Master Norita Idris.
Mesti dia dah tak ingat ada customer cerewet macam saya.
Dan sekarang, saya consume SET PENYUSUAN BUDGET + SET FAMILY WELLNESS ini untuk kekalkan kesihatan badan saya sekaligus bantu penghasilan susu badan saya. Lagi-lagi, saya merupakan suri rumah sepenuh masa dan bekerja menjana ekonomi di rumah. Lagi perlukan tenaga dan semangat kan. Kalau badan letih-letih, mana nak datang semangat nak buat kerja.
Dan ketika entry ini ditulis, anak kedua saya Aisyah Imani sudah 1 tahun 4 bulan full breasfeed dan saya masih tekad kuat untuk menyusukan Aisyah Imani sehingga lebih dua tahun jika diizinkan kesihatan oleh Allah SWT.
Inilah cerita saya. Shaklee Effect!
Sebab dialah saya mampu tersenyum lebar - Vitamin Kegemaran Saya.
Jika anda mahukan tips penyusuan, boleh klik disini ye
16 TIPS MEMBANYAKKAN SUSU IBU & MEMBUATKAN PENYUSUAN ITU INDAH - BAHAGIAN 1 (KETIKA MENGANDUNG)
TIPS MEMBANYAKKAN SUSU IBU & MEMBUATKAN PENYUSUAN ITU INDAH - BAHAGIAN 2 (SELEPAS MELAHIRKAN ANAK)
Atau jika nak dapatkan hasil penyusuan yang hebat macam saya, boleh consume SET PENYUSUAN SHAKLEE ikut budget anda. Saya akan consult sebaiknya disamping itu boleh kongsi tips penyusuan dan kenalpasti masalah penyusuan anda.
Tau nak cari saya dimana?
Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fb : Nastasha Nordin
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com
email: nastasha.nordin@gmail.com
No comments:
Post a Comment