Friday, 12 September 2014

16 TIPS MEMBANYAKKAN SUSU IBU & MEMBUATKAN PENYUSUAN ITU INDAH - BAHAGIAN 1 (SEMASA MENGANDUNG)

Salam Satu Malaysia semua, gembira saya nak kongsikan topik hebat ini kerana saya memang penyokong setia ibu-ibu yang berminat untuk menyusukan anak secara eksklusif.

"menyusukan anak itu indah..tanggungjawab setiap ibu-ibu yg melahirkan anaknya"

Tahniah ibu kerana anda memilih untuk menyusukan anak anda. Anak merupakan permata dari syurga yang sangat bernilai. Sebagai seorang ibu, kita sanggup melakukan apa saja yang terbaik untuk si manja walaupon ianya susah dan perit untuk dilakukan. Dan kenyataannya, menyusukan anak merupakan satu cabaran hebat yang setiap ibu perlu hadapi. Dan saya pasti, ibu-ibu sanggup bukan?

Keputusan ibu adalah yang terbaik. Saya sokong 500%.




Namun pernahkah ibu buat sedikit research berkenaan Tips Menyusukan Anak atau Tips Membanyakkan Susu Ibu atau pon Tips Membuatkan Penyusuan Itu Menjadi Sangat Indah?

Kalau tak pernah, jemput baca 16 Tips Membanyakkan Susu Ibu & Membuatkan Penyusuan itu Indah ini selanjutnya. Untuk menjadikan entry ini lebih eksklusif dan bernilai, saya akan kongsikan secara berperingkat agar ibu mudah buat rujukan dikemudian hari. Selamat membaca =)

16 TIPS EKSKLUSIF MEMBANYAKKAN SUSU IBU & MEMBUATKAN PENYUSUAN ITU MENJADI INDAH.

BAHAGIAN 1 - (PERSEDIAAN KETIKA MENGANDUNG)

Persediaan bagi menyusukan anak yang bakal lahir perlu dibuat ketika mengandung lagi. Ini kerana, seperti yang saya sudah beritahu sebelum ini, penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang sangat sukar. Cabarannya sangat besar. Yang lemah akan mudah mengalah. Yang sudah bersedia, akan terus berjaya.

Ianya tidak boleh pandai hanya dalam satu hari atau satu bulan ataupon satu tahun kita belajar. Tapi sebenarnya ia akan pandai jika kita sudah menjalani proses penyusuan itu sendiri. Jadi, sebelum melahirkan anak, proses ini dikira sebagai proses teori bagi Tips Membanyakkan Susu Ibu & Membuatkan Penyusuan Itu Indah.

Soalan:
Bila ibu boleh bermula mengikuti 16 Tips Membanyakkan Susu Ibu & Membuatkan Penyusuan Itu Indah?

Jawapan:
Seawal ibu mengetahui yang ibu sudah mengandung.

Jom ikuti tips eksklusif ini,

1-Berniat untuk menyusukan anak 
Walaupon ketika belum berkahwin lagi, setiap wanita perlu ada niat untuk menyusukan anak. Ini kerana, Allah menciptakan wanita dengan sifat pelindung dan kasih sayang yang sangat kuat. Pertalian antara ibu dan anak sangat utuh. Jangan niat sebab nak ikut kawan atau sebab trend terkini. Berniatlah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

2-Minta izin suami untuk menyusukan anak
Kebanyakan ibu terlupa untuk meminta kebenaran suami. Jangan sedikitpon membelakangkan mereka. Berbincang dengan suami berkenaan kebaikan dan keburukan ketika proses menyusukan anak. Insyallah suami akan mudah faham dan menyokong ibu kerana keizinan suami akan memudahkan usaha ibu nanti. Malah mereka juga yang akan menjadi tulang belakang menjayakan proses penyusuan ini.


3-Mencari maklumat penyusuan susu ibu 
Ini sangat penting. Dah banyak maklumat yang boleh kita dapat dari internet atau buku tentang kebaikan penyusuan susu ibu. Rajinkan membaca dan kongsikan dengan suami anda. Percayalah, mereka sangat suka dan excited ingin belajar.

4-Cari kumpulan sokongan penyusuan susu ibu
Sekarang ini, sudah banyak kumpulan yang dibina untuk membantu bakal ibu dalam menjayakan proses penyusuan mereka. Untuk lebih mudah, di FB banyak kumpulan yang ibu boleh join dan bertanyakan pendapat atau baca setiap soalan dari kumpulan. Ini antara proses pembelajaran yang mudah dan cepat untuk ibu fahami proses penyusuan nanti. Sebaiknya cuba bina ukhwah dengan kawan maya yang ibu rasakan terbaik untuk ibu rujuk di kemudian hari.

5-Mencari kawan rapat yang sudah berjaya dalam penyusuan mereka
Ini antara tips penyusuan hebat yang sangat bagus. Saya berjaya kerana ada kawan-kawan hebat yang sedia membantu ketika waktu susah saya. Sebaiknya cuba belajar secara direct ketika mereka menyusukan anak. Dengan ini, ibu akan nampak secara praktikal cara untuk menyusukan anak kelak. Malah senang ibu nak rujuk jika ada perkara yang tidak difahami kelak.

6-Bersalin di Hopital Rakan Bayi
Hospital Rakan Bayi ialah hospital yang support breastfeeding. Sekarag dah banyak hospital berdaftar yang memegang polisi 'ibu perlu menyusukan nak'. Mereka tidak akan benarkan ibu membawa formula milk melainkan atas nasihat doktor. Disebabkan polisi mereka inila, ibu akan dibantu oleh nurse dan doktor cara-cara untuk menyusukan anak. Bagi yang first timer, ianya satu bonus untuk kalian belajar secara live. Anda boleh google untuk survey Hospital Rakan Bayi yang terdekat.

7-Berkenalan dengan Lactation Counsellor
Lactation Counsellor antara pakar dalam penyusuan secara berdaftar. Boleh bertemu mereka di kelas-kelas penyusuan atau kawan terdekat dan ambil contact number agar mudah mengenali dan bertanyakan tentang penyusuan susu ibu kelak.

8-Rajin ke kelas penyusuan susu ibu
Kebanyakan hospital rakan bayi (hospital kerajaan pon banyak) sangat menyokong penyusuan susu ibu. Jadi mereka akan adakan kelas ringkas atau berbayar berkenaan penyusuan susu ibu. Ibu boleh bertanya dengan pakar penyusuan susu ibu untuk membantu melancarkan proses penyusuan ibu nanti. 

9- Membuat persediaan kelengkapan penyusuan susu ibu (pam,botol,milk storage dll)
Survey.Itulah yang terbaik.Ibu perlu tau kelengkapan untuk penyusuan susu ibu nanti. dan cari jenama yang terbaik yang sesuai dengan kerja ibu seharian. Bertanyalah kepada pakar.
baca sini untuk kelengkapan penyusuan

10- Fahami keadaan puting susu ibu sendiri (nipple)
Kejadian Allah ini pelbagai, ada ibu yang mempunyai puting yang timbu, ada juga yang tenggelam. Bagi puting yang tenggelam, itu bukan alasan untuk tidak menyusukan anak. Ada cara untuk timbulkan ia. 

Untuk puting tenggelam (flat nipple atau inverted nipple), ibu perlu menarik sedikit puting kehadapan ketika mandi, jika ianya kerap dilakukan, keadaan puting boleh timbul sedikit. Ibu amalkan selalu ya. Insyallah ianya berhasil.

Lagi satu saya cuba kongsikan, ibu jangan pernah berfikiran negetif denagn saiz payudara. Kecil tidak melambangkan susu ibu kurang. Sudah ramai kawan saya yang  berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun dengan payudara sebesar bola tenis. PERCAYALAH.


gambar normal nipple (puting timbul), flat nipple (puting tidak timbul), inverted nipple (puting tenggelam)

11-Ibu perlu selalu cuci puting susu ibu sendiri
Walaubagaimanapon bentuk puting ibu, ibu perlu cucikan selalu. Cuci bermaksud ibu perlu gunakan cotton bud (pengorek telinga) dan minyak zaitun untuk hilangkan daki-daki atau kekotoran di puting. Selama ini kita tak tau apa yang dah melekat di sana.mungkin ketika mandi,sisa sabun boleh juga melekat. Ia akan menyebabkan lubang/saluran susu tertutup dan tersumbat. Ini antara sebab susu tak keluar di awal kelahiran nanti. Tapi jangan terlalu over membersihkannya,takut puting luka.Hati-hati ibu.

Untuk pengetahuan ibu, saluran susu seperti shower mandian di toilet kita. Banyak lubangnya. Pada awal kelahiran, baby sendiri perlu membuat saluran susu sendiri. Disebabkan itu, baby perlu menyusu dengan ibu seawal mereka dilahirkan. Jika saluran susu kita tidak tersumbat atau tertutup, baby boleh membuat salurannya dengan mudah. dan penghasilan susu semakin lancar.

**jika ibu tidak jelas dengan tips ini, boleh komen dibawah ya.Lebih baik contact saya terus.Saya akan terangkan dengan lebih jelas lagi untuk elakkan masalah/luka pada puting susu ibu.

12-Sediakan pakaian menyusu yang memudahkan ibu
Selain dari kelengkapan menyusu, ibu perlu juga survey berkenaan pakaian menyusu. Seperti bra menyusu, baju yang sesuai dipakai ketika menyusukan anak, nursing cover dan sebagainya. Ada ibu tutup dengan tudung besar yang dipakainya. Terpulang asalkan selesa. Be creative ibu. Beli atau survey sedikit dahulu kerana ibu belum fasa praktikal lagi.Baru dalam fasa teori.

13-Terangkan pada keluarga keinginan anda untuk menyusukan anak
Support keluarga sangat penting dalam hal yang sukar ini. Lebih-lebih lagi jika ibu berpantang dengan keluarga. Pastikan keluarga tahu kelebihan susu ibu dan sentiasa menyokong susah senang kalian ketika menyusukan anak. Kena sentiasa amalkan konsep, more demand, more supply.

14- Sentiasa berfikiran positif
Mesti ibu pernah dengar tentang kisah ngeri menyusukan anak bukan? Tutup telinga dan senyum sahaja. Sebab ibu perlu berfikiran positif, setiap yang berlaku kerana Allah ingin mengajar dan membuatkan kita lebih matang. Bagi saya, setiap cerita gembira, sedih atau ngeri perlu diambil kira dengan positif dan mula pertimbangkan sebagai pengalaman kita nanti.

15- Jangan berhenti belajar
Seawal mengandung sekali pon, ianya permulaan yang bagus untuk belajar. Jangan pernah fikir, selagi belum nampak perut, belum masa untuk belajar ilmu penyusuan. Teruskan belajar bersungguh-sungguh ya. Ambil sekerap mana ilmu dari buku, alam maya atau rakan taulan. Anda akan lebih bersedia nanti.

16- Makan makanan berkhasiat untuk ibu dan bayi
Rahsia untuk membanyakkan susu ibu bukan hanya ketika ibu sudah melahirkan anak. Ibu perlu membuat persediaan seawal mengandung lagi dengan makan makanan berkhasiat dan berkualiti. Ini akan membuatkan badan ibu kekal bertenaga dan bersemangat. Ibu tidak mudah jatuh sakit dan sentiasa positif. Sifat inilah akan membina mind set yang bagus sekaligus hormon prolaktin akan terhasil. 

Kebanyakan ibu tidak mahu makan vitamin yang dibekalkan oleh doktor berikutan bau dan rasa yang kurang memuaskan. Ini satu tindakan yang kurang baik kerana tindakan ini akan memakan diri sendiri dan bayi anda juga. Cari inisiatif terbaik bagi mengatasi masalah ini. Jangan dibiarkan sahaja. 




Saya mencadangkan pengambilan SET MENGANDUNG SHAKLEE kerana ianya satu pilihan yang bijak.Seawal mengandung saya amalkan set ini tanpa mengambil vitamin tambahan dari hospital. 

Baca disini kenapa saya memilih untuk amalkan SET MENGANDUNG SHAKLEE

Sebagai agen shaklee, saya tidak akan janjikan ‪#‎setpenyusuanshaklee‬ kami akan benar-benar membanyakkan susu ibu selagi saya tidak pastikan ibu-ibu semua ikuti semua 16 Tips Membanyakkan Susu Ibu & Membuatkan Penyusuan Itu Indah yang telah saya kongsikan. Semua tips ini saya lahirkan dari pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan sepanjang proses kami menyusukan anak.


Saya percaya, dengan perkongsian hebat ini, ibu akan menjadi semakin berkeyakinan tinggi dan menanam azam yang kuat untuk teruskan impian untuk menyusukan anak. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Bertemu kita di bahagian 2:
TIPS MEMBANYAKKAN SUSU IBU & MEMBUATKAN PENYUSUAN ITU INDAH - BAHAGIAN 2 (SESUDAH MELAHIRKAN ANAK)

Tanpa usaha,mimpi tidak menjadi kenyataan,
Usaha yang kuat dan keazaman yang tinggi mampu membuahkan hasil yang indah.
Percayalah ibu. Anda akan berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun!


Jika ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi

Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

2 comments: