Al kisahnya, since encik suami tukar kerja ni, memang letih sikitla sebab kene berebut-rebut naik LRT dan asik kene hujan je. Yang mana aktiviti ni memang boleh dikatakan tak pernah nak buatla. Since balik kerja hari Khamis dah cakap nak demam sebab kena hujan. So lepas, mandi, terus berehat. Esoknya ke ofis, balik dan terus tidur jugak. Demam katanya.
Malam hari jumaat tu, plan nak balik Temerloh, tengok-tengok badan Ariq pon panas. Padahal sebelum tu berendam dengan adik Aisyah dalam bilik air sampai setengah jam, rilex je. Jarang Ariq demam sebenarnya, tapi sebab dia tak merengek, rasa macam tak demam je. Penjagaan pon kurang sikit sebab tak nampak macam sakit. Happy go lucky aja.
Malam pertama tidur kat rumah wan, Ariq tidur sendiri. Memang tak bagi ubat langsung hanya nutriferon sahaja. Nasib kat rumah wan masih ada bekalan, kat rumah kami dah habis dah..(hot stuff la katakan). Lepas makan, main jap terus tidur. 2 kali jugak mama bangun untuk check suhu Ariq, memang panas. Tak bawak termometer sebab tak sangka die demam kan.
Esok lepas subuh, Ariq bangun ajak borak, which is pelik sebab bangun awal in a good mood. Siap puji acu nana lagi. Dan cakap mama baik, nak tidur dengan mama, nak borak dengan mama, aish..pelik budak ni. Takpa lah, mama layan je. papa sambung tidur sebab demam lagikan (demam tak panas tapi ngades..hehehe..sori papa). Dah cukup tidur, bangun dalam pukul 10am, siap speaking dengan mama. Bila mama ajak makan, Ariq cakap, No!, jom mandi, No!...Wah, demam nak pandai speaking ke? hahahaha
Tapi alhamdullilah, walaupon badan panas, masih aktif macam tak de hal. Main kehulur hilir die harini. Sebab tula mama sampai terlupa nak check suhu dia. Lupa yang anak demam.hahaha..
Hope Ariq cepatla sihat. Risau kalau demam tetibe ni. Jarang demam tetibe macam ni melainkan kalau batuk or selseme yang menyebabkan infection. Doakan anak saya sihat ya.
Alhamdullilah Aisyah still steady. Orang cakap anak yang masih menyusu badan ni memang payah nak berjangkit demam. Sebab Ariq ketika masih menyusu pon susah nak berjangkit demam. Lepas stop susu badan, kebarangkalian berjangkit tu tinggi tapi cepat kebah la. Patutla orang cakap susu ibu ni magic milk. Memang magic pon.
Ok, hope kesihatan Ariq dan encik suami cepat pulih. Boleh pergi jenjalan. Dan tak la mama risau hati ja.
Pakar Penyusuan Susu Ibu
Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fb : Nastasha Nordin
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com
email: nastasha.nordin@gmail.com
Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fb : Nastasha Nordin
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com
email: nastasha.nordin@gmail.com
No comments:
Post a Comment