Saturday, 8 November 2014

PERLU KAYA UNTUK HIDUP?



Tindakan dan perasaan normal seorang manusia. Pernah tak kita jumpa orang yang kita rasa perfect dimata kita?

Terkadang kita jumpa seseorang yang cantik, pandai, kurus, ada suami dan keluarga yang baik, kerja yang stabil namun belum dikurniakan anak.
Kadang-kadang ada yang kita rasa dia tak cantik, tak pandai bercakap, anak-anak kecil ramai, mak ayah dah tiada, pelajaran sederhana namun masih mampu berjaya dalam bisnes jualan internet.

Ada juga yang tidak bertudung/tidak menjaga aurat dan kita tau mereka tidak menjaga keberkatan antara mak dan ayah atau jenis tidak suka beramal dan bersedekah, namun masih mampu berjaya dalam kerjaya serta mempunyai anak yang pandai dan suami yang kaya dan berjaya.

Ada juga yang nampak kuat berusaha, menjaga amal dan sedekah, menjaga keberkatan bersama keluarga namun masih bergaji sederhana. tidak semewah orang lain.

Ada juga jauh disudut hati tertanya-tanya macam mana Allah itu menilai seseorang hambaNya untuk diberi ganjaran. Namun akhirnya, saya hanya beristighfar. Berdosa rasanya saya menghakimi kerja Yang Esa.kerana hanya yang layak sahaja yang akan dipilih untuk mendapat ganjaranNya kan? SIAPA KITA nak menilai kerjaNya.

Bagaimana nak jadi mereka yang layak mendapat ganjaranNya?
Tinggal yang dilarang, buat yang disuruh.
Perbaiki hidup hari demi hari agar lebih baik.


Alhamdullilah, saya pon masih belajar untuk termasuk dalam golongan terpilih. Masih mencari diri sendiri agar sama-sama ada dalam golongan yang sedikit itu. Bermula dengan mencari ilmu, makin membuak-buak hati nak pergi lebih lagi. Sentiasa doa yang terbaik untuk dapat sesuatu yang bernilai untuk diri sendiri dan keluarga.

Hanya memikirkan kelemahan diri sendiri dan tidak bangga dengan kelebihan yang ada, saya terpaksa keluar dari zon selesa yang saya pernah cipta sendiri.yang sedikit tu pon saya dah rasa selesa sangat. (hehe). Dan sebenarnya saya lupa, ianya amatlah sedikit bilamana saya mula berkongsi kelebihan itu. Baru sedar ianya tidak cukup. Kini saya sedar, mengapa orang islam perlu menjadi kaya di dalam hidup.

Sebab kehidupan perlukan duit. Mungkin tidak perlu banyak. Tapi kita kene cari banyak untuk dikongsikan sorang sedikit. Jika orang islam tak bantu orang islam lain. Siapa yang akan datang bantu?

Fikir-fikirkan kenapa ornag islam perlu kaya.

Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment