Haritu ada bagi TIPS REZEKI MENCURAH-CURAH kat semua bisnes partner saya. Dan antaranya ialah sedekah. Sebenarnya kita memang semua maklum yang sedekah ini memang membanyakkan rezeki kita kan. Tapi ada caranya juga.
Saya berpeluang ke satu seminar free yang mana ianya memang membantu membuka mata saya tentang matlamat bersedekah ni. Dalam seminar, penceramah bagi 4 tips kejayaan dan kekal positif sepanjang hari.
1- bangun pagi terus amalkan konsep bersyukur. Terus luahkan perkara-perkara yang membuatkan kita bersyukur sepanjang waktu. Senyum dan bersyukur bersungguh-sungguh.
2- amalkan teknik pernafasan dengan baik. Tarik nafas dalam-dalam dan hold sekejap. Sambil doakan apa yang kita nak. Selepas beberapa minit tu, lepaskan nafas dengan kuat.
3- bersedekah setiap hari. mulakan dengan rm1, tapi perlu setiap hari konsisten.
4- bangun pagi elakkan baca/tengok benda-benda yang negetif. Jangan terus baca fb, jangan tengok berita, jangan baca surat khabar dulu. Hanya buat konsep diatas dan terus mandi dan solat. Sebaiknya cium suami/isteri dan anak-anak dulu. Amik aura positif. Elakkan baca/tau hal-hal duniawi sekejap.
Lepas ke kelas, saya sharekan dengan semua bisnes partner saya. dan alhamdullilah, ada seorang bisnes partner, Kak Hidayah bagi kami satu idea yang best. Sama konsep yang no 3 tadi bersedekah setiap hari. Tapi kita buat betul-betul di awal pagi. Sedekah Subuh namanya.
Caranya, letak satu bekas duit kat tempat yang kita senang nampak. Setiap hari bangun je pagi, kita terus masukkan duit (sebaiknya amoun yang sama) untuk kita sedekah. dah cukup sebulan, kita sedekahkan kepada orang yang memerlukan. Atau boleh juga kita buat makan dan sedekahkan kepada mereka-mereka yang berjumaat. Yang penting ianya dibuat setiap hari dan konsisten. Ianya tanda kita bersyukur dan berniat untuk berkongsi rezeki. Amalkan bermula dengan rm1 dulu sebagai permulaan dan untuk tidak membebankan, lama-lama tingkatkan sedekah anda bulan demi bulan mengikut kemampuan. Islam itu indahkan. Tidak memaksa kita namun mendorong kita untk jadi lebih baik. Bila ianya dibuat di waktu pagi/subuh, ianya lebih afdal sebab diawal waktu.
Sebelum ni saya akan buat online transaction sahaja. namun bukan setiap pagi. lepas tau konsep sedekah subuh ni, insyallah akan dipraktikkan setiap hari. Insyallah.
sedekah - membanyakkan harta
zakat - menyucikan harta (wajib didahulukan)
No comments:
Post a Comment