Semasa hamil, badan akan meningkatkan penghasilan hormon yang dipanggil prolaktin. Hormon ini akan merangsang sel dalam payu dara untuk menghasilkan susu. Jumlah prolaktin ini akan meningkat semasa anda menyusukan bayi. Hormon ini akan dihasilkan dari ibu hamil sehingga selesai menyusukan anak. Mengikut kajian, hormon prolaktin lebih tinggi terhasil semasa waktu malam.
Lebih jelas dengan maksud gambar ni kan? comel je hormon oksitosin tu kan.
Oksitosin merupakan sejenis hormon lagi yang meningkat ketika hamil. Hormon ini menyebabkan sel otot kecil payu dara mengecut dan memerah susu keluar dari saluran susu ke puting. Proses ini dikenali sebagai refleks pengaliran turun yang berlaku setiap kali anda menyusukan bayi. Hormon ini akan dihasilkan dari ibu hamil sehingga selesai menyusukan anak.
Saiz payu dara bukanlah merupakan faktor yang mempengaruhi pengeluaran susu. Bayi yang sedang menyusu itulah yang mengawal pengeluaran susu. Dengan kata lain, semakin kerap anda menyusukan bayi semakin banyak susu akan dihasilkan.
Mengapa susu badan dianggap terbaik?
Susu ibu dan susu formula (susu tin) adalah berbeza. Susu ibu bukan sahaja menyediakan kesemua protein, gula, lemak dan vitamin yang diperlukan oleh bayi untuk menjadikannya sihat, tetapi faedah-faedah lain yang tidak terdapat di dalam susu formula. Ia membantu melindungi bayi dari serangan sesetengah penyakit dan jangkitan. Disebabkan bahan-bahan perlindungan (antibiotik) yang terdapat di dalam susu ibu inilah, maka kanak-kanak yang diberi susu ibu jarang sekali diserang penyakit/masalah berikut:
- Jangkitan dalam telinga (otitis media)
- Alahan
- Muntah
- Cirit-birit
- Pneumonia, bunyi ronkus, bronkiolitis
- Meningitis
Kajian juga telah menunjukkan bahawa penyusuan dengan susu ibu dapat melindungi bayi dari serangan Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).
Faedah.faedah susu ibu yang lain, termasuklah:
- Mudah untuk dihadamkan oleh bayi.
- Tidak perlu disediakan.
- Tidak memerlukan perbelanjaan dan sentiasa terdapat bekalan yang mencukupi.
- Ia baik untuk alam sekitar kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak yang perlu dibuang ke dalam tong sampah.
Penyusuan susu ibu juga dapat memberikan sentuhan fizikal, menjalin kemesraan dan mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayinya.
Dari segi kesihatan terdapat banyak faedahnya:
- Membakar lebih banyak kalori dan membantu mengembalikan semula berat badan anda yang dahulu dengan lebih cepat.
- Mengurangkan risiko mendapat kanser ovari dan kanser payu dara di kalangan wanita yang belum putus haid.
- Membina kekuatan tulang serta mencegah kepatahan tulang ketika usia lanjut.
- Melambatkan kedatangan semula haid selepas bersalin, oleh itu dapat menjarakkan kehamilan (anda perlu ingat bahawa menyusukan bayi sahaja tidak dapat mencegah kehamilan).
- Membantu rahim kembali kepada saiz asalnya dengan cepat.
Lebih lama anda menyusukan bayi anda dengan susu sendiri, lebih banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh anda dan bayi, dan lebih lama pula kebaikan itu dapat bertahan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pakar-pakar kesihatan menyarankan ibu-ibu supaya menyusukan bayi mereka seberapa lama yang boleh, satu tahun atau lebih lama, kerana susu ibu merupakan pemakanan yang terbaik di samping dapat melindungi bayi dari serangan penyakit atau jangkitan.
Siapakah yang dapat membantu di dalam penyusuan?
Selepas membuat keputusan untuk menyusukan bayi anda dengan susu sendiri, adalah baik jika anda memperolehi sokongan sosial dari keluarga dan rakan-rakan. Walaupun si bapa tidak dapat merasakan kemesraan yang wujud ketika penyusuan, mereka juga berpeluang berkongsi saat-saat indah dan istimewa yang lain bersama bayi mereka. Adik beradiknya yang lebih tua boleh membantu dengan memegang bayi, menukarkan lampin dan bermain -main dengannya.
Sebelum bersalin, pelajari seberapa banyak yang boleh mengenai penyusuan susu ibu. Membaca, menonton televisyen atau video mengenai penyusuan dan berbincang sesama rakan lain yang pernah menyusukan bayi boleh membantu anda dalam perkara ini. Anda boleh menghadiri kelas mengenai penyusuan susu ibu. Kebanyakan hospital, klinik kesihatan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela kesihatan mengadakan khidmat ini. Sumber-sumber seperti yang tercatat di bawah ini boleh juga membantu anda:
- Pakar Obstetrik dan Pediatrik.
- Jururawat/Bidan.
- Kaunselor Penyusuan di hospital yang berhampiran.
- Anggota kesihatan di klinik yang berdekatan boleh membantu anda sekeluarga mengenai teknik-teknik penyusuan susu ibu dengan betul.
Sebelum bayi anda dilahirkan, anda perlu memberitahu doktor bahawa anda telah membuat keputusan untuk menyusukan bayi anda dengan susu sendiri. Cara yang terbaik untuk memulakan penyusuan bayi adalah selepas 1 jam bayi dilahirkan. Semasa anda berada di hospital, anda perlu berada di sisi bayi sepanjang masa. Mendampingi bayi setiap ketika dapat membantu menjayakan penyusuan anda.
Berbincanglah dengan pakar Obstetrik dan Pediatrik untuk memastikan ubat-ubat yang anda ambil tidak membahayakan bayi anda melalui penyusuan. Walau bagaimanapun, kebanyakan ubat tidak memudaratkan, oleh itu anda tidak perlu merasa risau.
Adakah saiz payudara penting bagi menjayakan penyusuan susu ibu?
Saiz payu dara bukanlah suatu masalah. Payu dara yang lebih besar bermakna ia mengandungi lebih banyak tisu lemak. Ini tiada kaitannya dengan penghasilan susu. Jarang sekali seseorang wanita itu dilahirkan dengan kekurangan tisu glandular sehingga boleh menjejaskan usahanya untuk menyusukan bayi secukupnya. (Sebenarnya, wanita yang mempunyai payu dara kecil lebih mudah mengaturkan kedudukannya ketika menyusu berbanding mereka yang mempunyai payu dara yang besar).
Apabila bayi anda dilahirkan, ia pasti akan mendapat susu yang cukup, jika:
- Ia disusukan sekurang-kurangnya 10 -12 kali sehari.
- Menjelang hari ketiga, bayi akan membuang air kecil sekurang-kurangnya 3 - 4 kali sehari dan air besar sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari. Pada hari ke 6 bayi akan membuang air kecil 6 - 8 kali sehari dan air besar 2-3 kali sehari.
- Air kencing berwarna kuning pucat dan bukannya berwarna kuning pekat atau berwarna oren.
- Bayi akan kehilangan tidak lebih 10% dari berat badannya semasa lahir, dan memperolehinya semula semasa melakukan pemeriksaan di minggu kedua . Selepas itu berat badannya akan stabil.
- Bayi akan tidur lena selepas menyusu dan kelihatan sihat dan ceria.
Jangan merasa risau semasa menyusukan bayi. Bayangkan yang anda sedang menyusukan bayi anda dan susu anda mengalir dengan begitu baik. Semuanya akan berjalan dengan baik.
Sumber dari FB ini. Terima kasih di atas perkongsian ilmu
Baca sini untuk 1001 Soalan Berkenaan Penyusuan Susu Ibu - Bahagian 2
Baca sini untuk 1001 Soalan Berkenaan Penyusuan Susu Ibu - Bahagian 2
Hanya berkongsi kegembiraan seorang kawan penyusuan. Beliau sangat gembira dapat hasil susu yang banyak dan kelihatan amat pekat untuk si manja tersayang. Sesungguhnya usaha murni beliau ini dipermudah Allah.
Jika anda mahukan Tips Penyusuan Susu Ibu serta inginkan teman penyusuan yang boleh 'post mortem masalah penyusuan anda' , saya sedia bantu.
Pakar Penyusuan Susu Ibu
Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fb : Nastasha Nordin
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com
email: nastasha.nordin@gmail.com
No comments:
Post a Comment