Thursday, 2 October 2014

PENGHARGAAN DARI SHAKLEE - MOTIVATION RALLY BAHAGIAN 2

28 September 2014 haritu pihak shaklee membuat jemputan kepada semua leaders Shaklee yang terdiri daripada Supervisor, Senior Supervisor, Coordinator, Senior Coordinator, Key Coordinator dan Senior Key Coordinator untuk sama-sama diraikan di SACC Shah Alam.

Penghargaan ini dibuat oleh pihak Shaklee diatas kerja keras semua leader Shaklee yang sangat komited dalam useha untuk menambah income keluarga. Secara lazimnya, bisnes Shaklee ini dibuat oleh golongan yang berpendapatan sederhana. Sebab kebanyakan yang terlibat sangat berusaha untuk membantu keluarga dan memang nak ubah cara hidup dengan lebih selesa lagi. Dan bisnes Shaklee ini didaftarkan secara berpasangan, suami dan isteri. Kira macam bisnes family la. Memang nampak macam isteri peneraju bisnes ini, tapi sebenarnya suamilah pendokong kuat dibelakang tabir. Nama pon bisnes family kan.



Kebanyakan yang buat bisnes Shaklee dibuat secara part time dimana zahirnya bisnes ini boleh dijual secara online di internet. Dan ramai juga yang buat bisnes secar offline. Boleh approach orang atau bukak booth. Tapi tak boleh dijual secara terang-terangan di kedai-kedai. Selepas dah berjaya menguasai medan barulah mereka akan fikirkan untuk berhenti kerje..idaman semua ibu-ibu kan. Yang mana hanya duduk dirumah buat bisnes dan bergaji CEO. Siapa tak nak kan?
Saya berjaya di WAHM (Work At Home Mama) kan dek penangan Shaklee.

Saya bermula dari Feb 2013 dan ketika itu masih bekerja. Saya hanya buat secara part time. Selepas 4 bulan saya dah dapat income 4 angka yang pertama..alhmdullilah..

Dan sekarang masih berusaha untuk melebarkan empayar dan tak jemu-jemu nak bantu lebih ramai lagi mereka kat luar sana untuk kecapi income besar melalui bisnes Shaklee ini..Tapi tak perlu sampai berhenti kerja. Hanya perlu lebihkan kerja untuk dapat income yang lebih. Selebihnya, terpulang lah pada individu itu sendiri.

Inilah yang Shaklee akan berikan. Penghargaan dan penghormatan kepada semua agen Shaklee agar mereka lebih bermotivasi tinggi. Dengan motivasi inilah membuahkan hasil yang besar dimasa akan datang. Percayalah!
Sedangkan bekerja di syarikat pon kita tidak diberi penghargaan sebegini rupa kan. Apatah lagi kelebihan lain. Kelebihan seperti bonus bulanan,bonus kereta dan bonus percutian 5 stars. Serius saya tak pernah dengar kelebihan begini rupa walaupon anda bekerja dari company besar sekali pon, melainkan anda seorang bos berpangkat atasan. Kalau ada, anda sangatlah bertuah. Tapi tidak pelik jika anda di dalam Shaklee, semua layak dapat jika anda kuat usaha, tak kira apa pangkat anda ketika itu. Cukup semua syarat, anda boleh dapat. Tak perlu kira siapa upline anda. Dalam Shaklee, semua kelebihan hanya dari usaha anda sahaja. Tidak bergantung pada usaha upline anda.

Sejujurnya gembira tak terhingga bila dapat jemputan ini. Terus saya kosongkan jadual minggu tu. Baju pon dah dipilih. Memang ekksited betul. Bila sampai disana, saya jumpa kawan-kawan Sirim saya yang turut sama-sama dapat award. Lagi super gemira. Tahniah korang. Jumpa kite di Shaklee kan. Berganda kegembiraan saya.



Tapi ada yang sedih, bila dah ada kat atas pentas, bateri fon terus kong. Tak dapat nak bergambar sakan. Mujur ada orang prihatin yang membantu ambilkan gambar. Yea..Mekasih korang.

Dan ada juga yang menyedihkan saya bila 2 orang leaders saya sepatutnye diraikan tapi tak dapat surat jemputan. Jadi mereka tak datang. Tak apa, insyallah ada rezeki, kalian pon naik ye. Hari ini untuk kalian jugak.
Tahniah ye sebab sudi jadi leaders bawah empayar group RICH MASTER SHAKLEE saya.


Kalau ada yang berminat nak tau berkenaan bisnes Shaklee atau peluang besar yang Shaklee boleh berikan, terus contact saya ye. Atau terus komen kat bawah ni..saya balas laju-laju. Jom kita tengok gambar-gambar ceria kami kat sini.
Alhamdullilah...syukur dengan nikmat Allah ini








No comments:

Post a Comment