Wednesday, 15 October 2014

SOALAN-SOALAN POPULAR TENTANG BAYI YANG PERLU IBU TAHU

Harini saya kongsikan tentang soalan-soalan popular yang sering menjadi tanda tanya dan merisaukan ibu tentang anak kesayangan mereka (baby). Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak kerungsingan ibu ya.


1-Anak saya tidak mahu menyusu badan (direct feeding)

Yang penting didahulukan: Periksa dengan pakar Pediatrik untuk memastikan anak anda tidak sakit atau cedera. (seluruh badan) Jika anak dalam keadaan baik, dia mungkin enggan menyusu kerana rasa cemas atau kurang selese. Perasaan ini tidak boleh wujud diantara anak dan ibu. Ibu perlu elakkan perasaan kurang selese itu untuk wujudkan bonding yang baik. Anak boleh rasakan perasaan ibu yang tak selese itu. Bagi mengatasi masalah ini, ibu perlu cari rakan penyusuan untuk ajar cara atau posisi bagi menyusukan anak dengan selesa dan baik.

Selain itu, cuba bertenang. Selalunye ianya terjadi bagi ibu yang pertama kali menyusukan anak atau ibu yang dah lama tak menyusukan anak. Susukanlah anak di dalam bilik yang sunyi dan berikan sepenuh perhatian kepadanya. Tenangkan anak dengan sentuhan kulit ke kulit sepanjang proses penyusuan. Untuk menenangkannya, elakkan anak daripada dikerumuni oleh ahli keluarga yang datang menziarahi kalian, melakukan perjalanan jauh atau mengalami perubahan jadual yang ketara. Elakkan bunyi bising yang bayi belum biasa lagi di dunia baru ini. Biasalah, anak baru sahaja keluar dari perut ibu yang sempurna itu.

Antara saranan saya, selepas lahirkan anak, ibu perlu cari peluang untuk belajar secara langsung dengan nurse tentang cara untuk handle anak dengan baik serta lakukan praktikal menyusukan anak secara duduk atau baring agar nurse boleh advice ibu yang terbaik. 




2-Anak saya menangis dan meragam semasa proses penyusuan.  Apa yang patut saya buat?

Anak mungkin meragam ketika proses penyusuan susu ibu. Ibu perlu tahu anak masih baru dengan dunia baru mereka serta sedang membiasakan diri dengan proses tumbesaran hari demi hari. Kemungkinan juga, anak akan menangis atau meragam sekiranya mereka lambat dapat susu kerana tidak sabar dengan aliran susu ibu yang lambat atau terlalu laju. Jika alirannya lambat, ibu boleh stimulate dulu payudara ibu sebelum menyusukan anak. Tapi jika aliran terlalu laju, ibu digalakkan pam sedikit sebelum menyusukan anak. Simptom ini dinamakan nursing strike. Jika simptom ini berterusan, kemungkinan anak tidak mahu direct feeding lagi.

Jika anak meragam pada penghujung penyusuan, ini mungkin menandakan dia sudah kenyang, mahu disendawakan atau sekadar mahu menghisap terus (mengempeng). Jangan biarkan anak mengempeng terlalu lama takut jadi kebiasaan. sebaiknya bedung mereka dan tidurkan dengan baik. Anak cuma mahu dekat di dalam pelukan ibu namun akan jadi susah jika dibiasakan. Ibu perlu atasi dengan baik.

Anak meragam dan menangis juga mungkin berpunca daripada pemakanan ibu. Adakah ibu mengambil makanan tertentu seperti makanan berangin atau makanan yang membuatkan anak sakit perut? Jika ya, berhenti mengambil makanan tersebut selama seminggu dua dan perhatikan sama ada keadaannya bertambah baik. Kemungkinan makanan ini membuatkan perut anak tidak selesa seterusnya membuatkan mereka kerap meragam. Urut perut dan kaki anak elok-elok sehingga mood kembali ceria.

Anak meragam pada waktu petang merupakan satu perkara biasa. Cuba susukannya dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan disertai dengan dakapan dan membawanya berjalan-jalan. Kemungkinan ianya disebabkan anak tidak selesa dengan cuaca panas atau berangin.

3-Aduh! Anak saya menggigit puting ketika menyusu.

Apabila ini terjadi, alihkan anak perlahan-lahan dan katakan dengan tegas, “Jangan gigit mama ya sayang.”..Ibu perlu kawal mood tegang sebentar walaupon berada di dalam kesakitan. Kawal nada percakapan. Jangan menjerit atau gunakan nada tinggi kerana berkemungkinan anak akan merasa terkejut sekaligus merasakan ibu memarahi mereka. Ingat, anak boleh tau perasaan ibu.

Serahkan anak kepada orang lain untuk seminit sebelum mengambilnya semula untuk disusukan. Ini mengajarnya bahawa dia tidak dapat menyusu
jika dia menggigit. Namun ibu perlu senyum tegas menandakan ibu tidak marah tetapi memberi peringatan. Ibu perlu lebih main drama disini.

Jika anak menggigit pada penghujung penyusuan, cuba lepaskan hisapannya lebih awal sedikit daripada kebiasaannya (setelah dia kenyang). Anak mungkin menggigit jika dia mengalami selsema atau hidungnya tersumbat kerana ini
boleh menjejaskan cara anak menghisap. Anak juga mungkin menggigit ketika mula tumbuh gigi kerana mereka rasa tidak selesa. Ianya dipanggil asah gigi. memang ibu akan jadi mangsanya. Ada lagi satu cara, jika ibu merasakan kelainan cara ketika anak menyusu, sedia untuk tutup sebentar hidung anak. Ini membuatkan anak akan berhenti menggigit dan beringat yang dia tidak boleh bernafas jika mengulangi perkara yang sama (menggigit). 

Cuba berikannya sesuatu untuk dikunyah sebelum dan di antara penyusuan seperti gegelang gigit, tuala muka yang dibekukan atau jari anda. Ini memang petanda anak nak asah gigi.




4-Anak saya enggan menyusu apabila dia tidak sihat. Perlukah saya terus cuba 
menyusukannya?

Sakit tekak atau jangkitan telinga boleh menyebabkan anak hilang selera. Selsema, batuk dan demam juga antara sebab anak tidak mahu menyusu. Galakkannya menyusu dengan posisi yang berbeza terutamanya bila dia dalam keadaan tegak. Suakan payudara anda kepada anak pada setiap jam. Adakalanya ketika menyusu anak merasa lemas akibat hidung yang tersumbat. Jika anak masih enggan menyusu, cuba berikannya perahan susu menggunakan sudu. 

Sebaiknya ibu atasi masalah kesihatan anak dahulu dengan baik. Cepat ke doktor untuk buat pengesahan kesihatan. Jika ianya tidak serius, ibu perlu pujuk anak sikit demi sikit untuk minum susu. sama ada secara direct, sudu atau syringe.

Perlu diingat, susu ibu merupakan ubat terbaik di dunia untuk anak kecil kita. Jadi, jangan berhenti untuk menyusukan anak lebih-lebih lagi ketika mereka sedang sakit.

5-Bagaimana saya boleh tahu jika anak saya mengalami cirit-birit?

Anak yang menyusu badan mungkin membuang air besar beberapa kali dalam sehari. Najisnya lembut, berwarna kuning cair atau coklat keemasan, cair dengan sedikit berbiji. Selagi najisnya mempunyai tekstur dan warna yang normal, usah khuatir dengan kekerapannya membuang air besar. Akan tetapi, jika anak anda tiba-tiba membuang air besar dengan kerap, atau jika najisnya cair atau berair dan berbau busuk, dia mungkin mengalami cirit birit yang berpanjangan, perlu lebih berjaga-jaga ya. Cepat berjumpa doktor, takut masalah jangkitan akan menjadi lebih teruk. Cirit-birit juga boleh menyebabkan punggung bayi menjadi merah dan melecet. Kesian mereka nanti.

Selalunye apabila anak mengalami masalah ketidakselesaan perut, anak akan mula meragam dan sering merengek. Itu petanda awal menunjukkan ibu perlu buat sesuatu. Jangan tunggu sehingga anak sudah cirit birit, perhatikan keadaan najis serta perangai anak dengan lebih sensitif dan peka ya.

Cirit-birit menyebabkan kehilangan cecair yang banyak dari tubuh dan boleh mengancam nyawa anak. Jadi, segeralah membawa anak berjumpa
doktor.

Namun, perlu diingat, anak yang menyusu badan berkemungkinan juga tidak akan membuang air besar selama seminggu. Ibu usah khuatir selagi anak tidak meragam atau kerap menangis. Ini perkara normal disebabkan susu ibu yang diskrit itu dapat menyerap dengan baik ke dalam badan anak. Tapi saranan saya, sebaiknya ibu kerapkan urut-urut badan dan kaki anak agar sistem badan mereka lebih lancar. Ini mungkin membantu proses pembuangan nanti. Saya juga galakkan ibu selalu perahkan sedikit air di dubur anak (tempat keluar najis) agar anak lebih selese. Kerana jika anak sembelit, najis akan jadi panas. Air perahan tadi membantu proses kemutan untuk anak anda.

Notakaki:
komen dibawah jika kurang jelas dengan penerangan ya.Saya akan bantu.

6-Anak saya di dalam hospital. Boleh saya masih menyusukannya?

Tentu boleh. Itulah ynag sebaiknya. Sila maklumkan pasukan penjagaan kesihatan tentang keputusan ibu untuk menyusukan anak. Jika anak tidak boleh menghisap, mereka akan mengajar anda cara untuk memerah susu baginya.

Jika anak sakit dan di tempatkan di hospital, inilah cara terbaik untuk menenangkan si manja. Peluk dan susukan mereka. Anak pasti akan lebih kuat untuk mengatasi masalah itu. malah susu ibu itulah penawar terbaik untuk cepatkan anak sihat dengan cepat.

Harap semua perkongsian ini bermanfaat. Jika ada soalaj, boleh komen di bawah ya untuk sama-sama belajar.
Terima Kasih.

Agen: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

No comments:

Post a Comment