Monday, 20 October 2014

BENARKAH SUSU IBU BOLEH TERCEMAR?

Assalammualaikum.


Pernah tak ibu yang menyusukan anak risau akan statement susu ibu boleh
tercemar?
Lebih-lebih lagi ibu bekerja yang membekalkan susu perahan kepada anak yang ditinggalkan kepada penjaga. Sebelum ini saya pernah kongsikan di ruangan facebook, harini terpanggil saya untuk kongsikan diruang blog saya ini. Dapat kita sebarkan ilmu sama-sama. Jom baca perkongsian yang telah 
disimpulkan dari perbincangan:

Wanita Hari Ini 20 Julai 2011
bersama Dr. Nurashikin merupakan O&G Specialist dari Hospital Sg. Buloh,
Pn Nor Kamariah dari susuibu.com, 
Dynas Pengarah DNA (Dynas Nursing Attire)
Pn Nurshima wakil MLO (Mom Little Ones)



Hasil perbincangan ini merujuk kepada beberapa faktor atau tanggapan orang diluar sana tentang susu ibu yang boleh tercemar jika dikeluarkan atau disimpan.
1. Potensi susu ibu untuk tercemar adalah sangat minima. Malah ianya menghampiri mustahil jika ianya tidak terdedah kepada yang tidak sepatutnya. (ibu perlu merujuk kepada tips pengendalian susu ibu). 

Antara tips pengendalian susu ibu yang utama ialah kebersihan yang perlu ibu patuhi. Lebih-lebih lagi pengendalian semasa memerah susu ibu, perlu pastikan tangan, peralatan, pam, bekas menyimpan susu adalah bersih. Pastikan ianya telah disteril dan dibersihkan terlebih dahulu dengan air bersih dan pencuci yang sepatutnya. Malah selepas dibersihkan, ianya perlu disimpan di tempat tertutup yang menghalang bakteria mencemarkan peralatan tersebut.

Pam susu yang digunakan perlu dibersihkan segera. Bukan disimpan terus di dalam cooler beg sahaja. kerana ianya boleh mengaktifkan bakteria. Ibu mungkin tak sedar yang bakteria ini yang boleh mengganggu sistem perut si anak kelak. 

Selepas susu ibu dipam, pastikan ianya disimpan di botol atau plastik yang bersih. Kemudian diletakkan di dalam cooler beg yang tidak berbau dan bersih.
Kebersihan ialah kesihatan. Utamakan kebersihan.

2. Susu ibu mungkin tercemar jika ibu terdedah kepada ubatan kimoterapi, heroin atau ubatan kuat. Dan kebiasaanya doktor akan cadangkan untuk ibu berhenti menyusukan anak kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan si manja jika mereka tidak mempunyai antibodi yang kuat.

Walau bagaimanapun badan kita ada sistem penapis yang menapis bahan-bahan yang tidak elok, jadi peratusan tersalur ke susu ibu sangat sedikit. Apatah lagi ubatan yang lain, ianya selamat dan ibu jangan terlalu risau. Jika masih ragu-ragu, dapatkan nasihat dari doktor.

3. Kawasan tempat tinggal yang kurang sihat atau terdedah dari pelbagai penyakit, boleh menyumbang kepada penyakit kepada ibu dan anak. Namun ianya bukan penyebab susu badan boleh dicemari dengan begitu sahaja. Ibu yang terdedah kepada persekitaran yang kurang sihat perlu menghabiskan masa bersama bayi dengan lebih lama untuk membentuk sistem pertahanan badan yang akan disalurkan kepada bayi apabila anak menyusu.

4. Susu basi adalah satu mitos. Susu ibu mengandungi prebiotic yang tahan lebih lama berbanding (Formula Milk) FM.
Baca sini untuk cerita mitos susu ibu yang perlu ibu tahu.

5. Payudara adalah sterile secara semulajadi sifatnya. Susu ibu tidak sejuk walaupon ibu berada di kawasan yang sejuk atau suhu badan ibu rendah. Malah ianya tidak terlalu panas jika ibu demam atau bersuhu tinggi. Ibu yang demam tidak mempunyai masalah yang besar untuk menyusukan anak. Susu ibu tidak akan tercemar jika ibu hanya demam. Dan jangan berhenti menyusukan anak sekiranya ibu demam. Kerana ada 2 kemungkinan:

(i) Jika ibu demam (selsema & batuk), badan ibu sedang lemah, jangkitan melalui udara boleh dipindahkan jika ibu batuk atau selsema. Namun jangkitan tidak boleh berpindah melalui susu badan. Jika ibu tidak hati-hati kawal batuk dan selseme di depan anak, ianya boleh berjangkit. Disebabkan itu, ibu perlu meneruskan penyusuan susu ibu untuk mengelakkan anak dijangkiti penyakit.

(ii) Jika anak dijangkiti demam/selsema/batuk semasa ibu sedang sakit (hasil berjangkit dari ibu), jangan berhenti menyuskan anak anda. kerana ianya akan lebih memburukkan keadaan. Ibu perlu kuat dan teruskan penyusuan. Antibodi dari susu badan yang akan bantu anak agar sihat semulajadi. Jangan risaukan tentang ibu yang makan ubat demam, selsema dan batuk. Atau lebih baik, ibu beritahu doktor untuk beri ubat yang sesuai untuk menyusukan anak.

Kesimpulannya, jangkitan demam/selsema atau batuk dari ibu kepada anak bukan melalui susu ibu. Tetapi melalui bakteria batuk atau selsema di depan anak. Jadi ibu perlu memakai penutup mulut untuk elakkan batuk di depan anak.

6. Jenis pemakanan ibu akan mempengaruhi warna & rasa susu. 

Jika ibu mengepam susu selepas makan makanan yang mengandungi karbohidrat dan lebih protein, susu akan kelihatan lebih pekat berbanding jika perut ibu kosong kerana susu mengandungi khasiat yang ibu makan tadi. Jika ibu kuat makan sayur hijau, susu berkemungkinan bewarna hijau. Dan jika ibu makan makanan yang menyakitkan perut atau yang boleh membuatkan kembung perut, berkemungkinan si anak boleh terkena juga. 

Jadi ibu perlu kawal pemakanan yang baik untuk pastikan khasiatnya sampai ke anak anda. Sebaiknya ibu perlu amalkan vitamin ibu menyusu untuk pastikan badan ibu sihat dan anak mendapat khasiat secukupnya.
vitamin ibu menyusu yang terbaik selain membanyakkan susu badan.

7. Anak-anak yang menyusu susu ibu biasanya mudah untuk makan pelbagai jenis makanan apabila berumur 6 bulan kerana telah diperkenalkan dengan pelbagai rasa sejak dari kecil melalui susu ibu.
 
8. Susu ibu adalah benda hidup berbanding (Formula Milk) FM sifatnya yang '"mati''. Tiada susu tiruan lain dapat menyerupai susu ibu. Malah susu ibu mempunyai bonding yang kuat antara ibu dan anak. Disebabkan itu, kajian mengatakan anak yang minum susu ibu lebih bijak. 

9. Kesimpulannya susah untuk susu ibu tercemar jika kebersihan dijaga dengan baik. Proses menyusukan bayi adalah suatu proses yang menakjubkan. Ibu memberi cukup nutrien dan kasih sayang hanya melalui aliran susu ibu.

10. Jom sahut seruan Dynas untuk menjadikan BREASTFEEDING IS A TREND!


Jika anda mempunyai masalah penyusuan, saya sedia bantu.
Terima Kasih.

Rakan Penyusuan Anda,

Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com


No comments:

Post a Comment