Monday, 20 October 2014

PERUBAHAN SEJAK ARIQ AMALKAN MEALSHAKE - KISAH BENAR

Assalammualaikum.

Memang naluri seorang ibu suka berkongsi sesuatu lebih-lebih lagi hal kebaikan. Kadang-kadang benda kecil pon suka nak kongsikan bila ianya boleh mendatangkan manfaat kepada orang lain jika mereka mempunyai nasib yang serupa dengan saya. Ya, saya hanya seorang ibu biasa yang nak kongsikan cerita anak kesayangan saya Ariq Ikhwan yang susah sangat nak makan.

Sebenarnya sejak dilahirkan, Ariq sangat kuat minum susu. Selang 2 jam pasti menangis nak susu. Mujur Ariq menyusu badan. Kadang tak terkejar saya nak siapkan diri sendiri sebab takut anak bujang menangis kelaparan. Dan berat badan Ariq pon naik mendadak namun tidak sampai obese.

Tapi sejak boleh berjalan kira-kira 10 bulan, permintaan terhadap makanan amat kurang. Ketika ini Ariq dah makan solid food dan masih minum susu ibu. Perubahan sangatlah mendadak sehingga mak saya pon perasan. Mulalah mak minta saya pelbagai menu dan rasa. Sebab ketika ini, saya masih pantangkan gula dan garam dalam makanan Ariq. Katanya, mungkin sebab saya terlalu cerewet menyebabkan Ariq tak dapat makan makanan yang pelbagai seterusnya dia jadi picky eater.


 Ariq dan Aisyah semakin sihat dan aktif


Hati ibu mana yang tak sedihkan. Bukan nak anak jadi sangat tembam atau gemuk membuktikan saya seorang mak yang berjaya. Tapi jauh disudut hati, nak la anak kita kuat makan untuk dapat pelbagai khasiatkan. Bukanlah dari susu ibu sahaja. Hati saya makin risau bila ada yang mengaitkan tentang anak menyusu badan memang akan jadi picky eater sikit. Cuba nak tenangkan diri, saya percaya akan statement, selagi anak saya tak mudah jatuh sakit, walaupon Ariq kurus, masih dikira sangat bagus untuk saya.

Saya mula berikan Ariq Mealshake Shaklee, multivitamin yang sesuai untuk kanak-kanak. Ketika itu Ariq berusia 1 tahun 8 bulan dan dah start Formula Milk sebab saya sedang mengandungkan Aisyah Imani 5 bulan. Saya risaukan khasiat susu formula tidak dapat menampung seperti khasiat susu ibu yang saya bekalkan selama ini. Risau sebab ini first time kan. Dan antara sebab saya bagi Mealshake sebab banyak testimoni tentang anak picky eater yang berjaya tambahkan selera makan.

Saya letakkan sedikit sahaja dalam susu Ariq sebanyak 3 kali setiap hari. nampaknya Ariq tak sukakan rasanya. Ariq boleh rasa perbezaan rasa bila susu dutch lady dicampur dengan Mealshake. Disebabkan itu, Ariq rasa saya menipu setiap kali bancuh susu dia. Ariq dah mula tak percayakan saya. Jadi, setiap kali nak susu, dia akan cari nyai (nenek) atau papa dia. Dahla tak nak makan, taknak menyusu pulak. Jadi saya mengalah untuk tidak sambung pemberian Mealshake lagi. Eksperimen saya tidak berjaya?

Rupanya mak saya masih letak Mealshake itu dengan kuantiti yang sedikit sangat. Katanya membazir jika tak habis. Syukur Ariq tak sedar dan masih percayakan nenek dia. Dan hasilnya susu dari 9oz setiap kali minum kepada 11 oz. Dan pertambahan minum susu banyak kali. Namun Ariq masih tidak berselera makan.

Ada juga mak mertua saya belikan vitamin lain untuk naikkan selera makan. namun tidak berjaya.





Sehingga la Ariq berumur 3 tahun, corak pemakanannya sama sahaja. Tidakla terlalu tak makan namun tidakla asik nak makan. Sehari hanya sekali sahaja nasi dan selebihnya susu. Adakala langsung tak makan nasi tapi kadar kekerapan susu tinggi. Tapi kalau dapat makanan kegemaran, boleh la makan banyak sikit. Masih tak tentu selera makannya. 

Apa yang saya nampak, punca susu berlebihan sebab Ariq lapar tapi tak nak makan. Bukan sebab dah kenyang susu jadi tak nak makan. Sebabnya, Ariq masih berusaha nak makan nasi dan lauk yang saya masak tapi akan buang bila dia rasa tak suka. Ariq masih minta makanan, tapi akhirnya tak habis atau tak makan langsung.

Tapi saiz dan berat badan Ariq tidak terlalu kurus sebab tulang Ariq besar. Kalau dilihat dengan rakan sebaya, Ariq masih dianggap besar dan tinggi. Tapi itu bukan alasan untuk saya berhenti berusaha nak mencari selera makannya. Mungkin ada ibu diluar sana yang rasa tak serius tentang Ariq ini, tapi sebagai seorang ibu yang ada anak tidak mahu makan seperti ini, kadang-kadang merasa sedih sebab tak dapat tackle hati anak sendiri.

Sehinggalah saya bermula semula misi Mealshake buat kali kedua dalam hidup Ariq. Ketika itu Ariq sedang demam dan memang tak nak makan dan minum susu. Doktor sahkan ariq sakit tonsel (tekak) jadi semua makanan tak sedap termasuk susu. Saya tetap bagi Mealshake dekat setiap makanan yang saya rasa boleh selitkan.

Dan hasil mengecewakan, bila Ariq cakap dia dah tak nak susu. Sebab Mealshake lagi ke? Adoi..mati kutu mama. Katanya puting botol susu jadi tak sedap. Bila buat susu tanpa Mealshake pon Ariq cakap tak sedap. Maksudnya bukan sebab Mealshake. Mungkin dah sampai masa Ariq nak kurangkan susu dan makan banyak-banyak.

Alhamdullilah betul. Sekarang Ariq dah banyak makan. Selera makan dah jatuh dari langit berkat doa tak putus-putus. Mungkin selera die tak sama banyak macam anak-anak yang lain, namun kami dah rasa gembira dengan perubahan ini. Banyak yang saya maksudkan ialah Ariq dah makan nasi setiap waktu, suka makan roti cicah milo, makan buah, makan roti canai 2 keping pon boleh walaupon dah makan sebelumnya. 





Dan saya masih meneruskan misi Mealshake Ariq setiap hari dan waktu. Letak sikit dalam sarapan pagi, coco crunch. Dalam milo. Kadang buat smoothies buah letak sikit. Sekarang Ariq pulak yang minta makanan yang dia nak. Bukak peti ais sendiri dan amik makanan yang dia nak. Dan hasilnya memberangsangkan. Berat dah naik 3 kg. Nampakla perut buncit dan dagu berlapis sikit. Alhamdullilah Ya Rahman Ya Rahim.

Seperti ibu-ibu lain, apa yang penting kita nak anak kita sihat kan. Saya sedar kurus tidak bermaksud anak tak sihat. tapi dalam kes saya ni, Ariq memang tak ada selera makan dan bergantung sepenuhnya dengan susu formula. Syukur Yang Maha Esa, berkat keizinannya. Misi kali kedua ini tercapai. Bila dah kenyang, Ariq dah kurang minum susu. Waktu malam sahaja Ariq minta susu. Dan adakalanya Ariq minum milo dalam cawan dan masuk tidur.

Inilah hasil yang saya nak kongsikan pada semua. Sejujurnya Mealshake bukanlah serbuk yang boleh buat anak kita tambah selera makan. Perlu tau fungsinya dahulu. Ia merupakan multivitamin untuk bekalkan nutrien dan zat-zat yang seimbang untuk tumbesaran anak. Jika anak kita lengkap dengan nutrien, mereka tidak akan merasa letih dan penat. Dan mereka juga akan kurang permintaan kepada makanan ringan seperti jajan. Apabila sistem badan sudah sempurna, sel-sel yang dihasilkan menjadi lebih sihat. Seterusnya tumbesaran lebih baik.

Terima kasih sayang. Semoga Ariq Ikhwan membesar dengan sihat dan bijak. 

Jika ada soalan atau perasaan ingin tahu, boleh komen dibawah ye. Suka saya nak kongsikan bersama.

Ibu Prihatin,
Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com



No comments:

Post a Comment