Friday, 12 December 2014

MAKANAN TERBAIK UNTUK IBU TAMBAHKAN SUSU BADAN

Menyusu badan memberikan seribu kebaikan, samada kepada bayi mahupun si ibu itu sendiri.Kesan baik itu bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil, namun kekal sepanjang hayat meliputi efek terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi dan pembentukan peribadi seorang anak. Oleh itu, makanan yang berkhasiat dan seimbang sangat penting bagi ibu menyusu. Malah, makanan tersebut bukan sahaja berkhasiat tetapi mampu memperbanyakkan susu ibu.

Bagi ibu-ibu yang menyusu di luar sana, jom semak makanan yang anda perlu makan untuk banyakkan air susu.
tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee sri penara, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya, keburukan set penyusuan Shaklee, esp banyakkan susu badan, set budget Shaklee, Shaklee, pakar penyusuan susu ibu, testimony set penyusuan, testimony set budget Shaklee, testimony Shaklee, susu banyak, Shaklee murah, Shaklee berkesan

Makanan Terbaik Untuk Ibu Tambahkan Susu Badan

1. Lobak Putih
Anda boleh parutkan lobak putih tersebut dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.
2. Buah Longan Kering
Rebus segenggam longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli sehingga kembang. Untuk rasa yang lebih sedap,masukkan sedikit gula merah. Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina.
3. Kacang Tanah
Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, si ibu digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Kacang tanah sememangnya kaya dengan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus.
4. Kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu,maka dengan pengambilan kurma ini,ia dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Malah ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu.
5. Pucuk betik/Betik muda
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda dan minumlah dua hingga tiga kali sehari. Pucuk betik atau betik muda ini juga boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.
6Halba
Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Anda juga letakkan halba ini di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.
7. Habbatus Sauda
Habbatus Sauda adalah salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Ramai ibu tidak tahu bahawa ia dapat menambahkan susu si ibu. Malah ia amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda, bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.
8. Jantung Pisang
Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau lebih enak dimasak gulai lemak.Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan.
9. Kacang Soya
Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.

Pengambilan Air Putih Yang Banyak

Si ibu yang menyusu mestilah kerap minum air putih supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang.  Si ibu disarankan meminum air putih sekurang-kurangnya tiga  liter sehari.
Ibu tau cara terbaik untuk minum air masak untuk banyakkan susu tanpa perlu sering ke toilet? <--- baca sini.

Khasiat Susu Ibu Kepada Bayi

  • Susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan eczema.
  • Susu ibu tersedia bila-bila masa,mudah diurus,tidak perlu dicuci atau disteril dan bebas daripada sebarang kuman dan bakteria. Malah susu ibu  tidak akan basi.
  • Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan pertumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding bayi yang meminum susu formula.
  • Mencegah daripada penyakit rabun malam.
  • Mencegah bayi dari mendapat alahan.
  • Menggelakkan taun.
  • Menggelakkan bayi dari terkena jangkitan telinga.
  • Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang membantu pertumbuhan sistem otak dan saraf.

Khasiat Menyusu Bayi Bagi Ibu
Menyusukan bayi akan bantu si ibu kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Hormon oksotosin yang terdapat dalam susu ibu dapat membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi si ibu yang tidak menyusukan bayi,amat rugilah anda kerana rahim anda sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.
  • Menyingkir Mekonium
Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.
  • Mudah DiHadam  
Khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman.
Tahukah anda bahawa susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit. Oleh itu, jika bayi disusukan secara eksklusif, mereka terlindung daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia,bronkitis, influenza dan banyak lagi.
  • Mengelak  Berlakunya Pendarahan
Apabila menyusukan bayi, si ibu akan mengeluarkan oksitosin yang merangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Sekaligus pendarahan dapat dielakkan.
  • Mengurangkan Kadar Insulin
Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis kerana kadar insulin dapat dikurangkan dengan hanya menyusukan bayi.
Salah satu khasiat susu ibu adalah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.
  • Bertindak Sebagai Ubat Penenang
Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat membantu menenangkan bayi. Oleh itu,bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.
Kesimpulan
Ibu-ibu yang menyusu perlulah melengkapkan diri serba sedikit dengan ilmu tentang penyusuan bagi mempermudahkan proses penyusuan bayi anda. Sesungguhnya susu ibu merupakan pengerat kasih sayang antara ibu dan anak.
Perkongsian dari sumber. Terima kasih.



tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee sri penara, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya, keburukan set penyusuan Shaklee, esp banyakkan susu badan, set budget Shaklee, Shaklee, pakar penyusuan susu ibu, testimony set penyusuan, testimony set budget Shaklee, testimony Shaklee, susu banyak, Shaklee murah, Shaklee berkesan

Saya ingin kongsikan pengalaman dan cara saya membanyakkan susu badan dengan mudah dan konsisten. Sebelum ini, saya juga pernah gagal sehingga terpaksa membiarkan orang lain menyuapkan formula milk untuk anak saya. (nangis). Negetif
 mindset dan sering stress penyumbang terbesar penghasilan susu terbantut namun percayalah Allah sentiasa ada dengan kita. Dia hadirkan idea ini untuk bantu saya mulakan sesuatu untuk banyakkan susu badan saya.

Jemput baca perkongsian saya =)

Pakar Penyusuan Susu Ibu


Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

Saturday, 6 December 2014

TIPS TENTUKAN POSISI PENYUSUAN ANTARA IBU DAN ANAK - BANTU BANYAKKAN SUSU IBU

Ramai ibu-ibu yang mempunyai masalah dalam penyusuan susu ibu. Antaranya cara untuk tentukan kedudukan untuk menyusukan anak dan bayi.


Percaya atau tidak, semua ibu baru gagal selesakan diri ketika menyusukan anak secara direct. Bila ibu tidak berjaya, anak turut tdak selesa dan ini akan menimbulkan masalah antara ibu dan anak. Jika dibiarkan, ianya boleh menjadi penyebab kurangnya penghasilan susu ibu. kenapa? Sebab ibu stress dan sakit.
Bila stress dan terasa sakit, makin susahla nak meneruskan proses menyusukan susu anak ini.

Langkah berikut ini menerangkan cara memegang bayi dengan betul supaya ia dapat menghisap susu dengan banyak dan mengelakkan puting dari kesakitan.


1.    Betulkan kedudukan ibu ketika menyusukan anak.

Adalah lebih mudah jika anda dapat duduk untuk memulakan penyusuan. Duduklah di atas katil, kerusi menyandar yang selesa atau kerusi goyang. Gunakan bantal untuk mengampu belakang anda, di bawah siku dan di atas peha untuk menyokong bayi. Lapikkan dengan bantal atau kusyen yang lembut untuk meninggikan sedikit lutut anda. Anda perlu bertenang dan relaks tanpa menegangkan mana-mana otot.

Cara saya, saya akan duduk di tempat yang sama, sofa yang sama, yang mana saya dah setkan bantal dan kedudukan yang sama sahaja setiap kali saya nak menyusukan anak. Ini permulaan terbaik untuk ibu baru. Selain itu, sediakan meja ditepi untuk letakkan botol air yang berisi penuh 3 liter untuk kegunaan sehari serta pam susu. Jika semua kelengkapan sudah lengkap, mudah untuk ibu minum air semasa menyusukan anak dan mudah juga ibu nak belajar teknik tendem nursing semasa menyusukan anak. Bila dah mudah, perjalanan penyusuan ibu menjadi semakin lancar. 

Saya sehingga sekarang akan beli katil yang mempunyai kepala yang menegak untuk memudahkan saya menyusukan anak duduk. Namun bila dah lama, saya dah pandai menyusukan anak secara baring. Ianya juga satu cara untuk memudahkan ibu.



Perhatikan cara ibu pegang kepala dan badan baby. Ianya boleh berubah mengikut keadaan baby itu sendiri.


2.    Betulkan kedudukan bayi. 

Bayi seharusnya baring mengiring menghala ke badan anda. Kepalanya hendaklah diletak dalam pelukan anda manakala belakangnya diampu dengan lengan dan pegang punggung atau paha atasnya dengan tapak tangan anda. Kepala, bahu dan pinggang hendaklah diluruskan. Bayi harus dipegang di paras payu dara untuk membolehkan anda membongkok sedikit dan tidak menyukarkan bayi untuk mencapai puting anda. Meletakkan bantal di atas riba anda akan mengurangkan masalah ini.

Cara saya, sebaiknya cari bantal yang selesa dan cukup-cukup untuk diletakkan di bawah tangan anda. Agar anda tidak rasa strees untuk mengampu anak. Bila stress tangan, bahu ibu akan jadi sakit dan berdenyut-denyut. Masalah ini akan membuatkan ibu terasa susah untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Kerana ibu rasa susah dan sukar.



Posisi yang sering ibu gunakan. Perhatikan tapak tangan dan tangan ibu dimana


3.    Hulurkan payu dara anda kepada bayi

Genggam payu dara anda dengan tangan dan diampu oleh jari-jari anda di bahagian bawahnya dan ibu jari di atas. Ibu jari dan jari telunjuk anda sepatutnya membentuk seperti huruf 'C'. Pastikan jari-jari anda jauh dari areola.

Cara saya, selepas dah buat bentuk C, saya akan acukan payudara ke arah mulut baby, jika menyusukan anak sebelah kanan, tangan sebelah kanan akan mengampu anak manakala tangan sebelah kiri, akan memegang payudara untuk acukan kepada anak. Dan sebaliknya. Jika payudara ibu lebih besar (sebab baby masih kecil), sebaiknya jangan lepaskan tangan yang memegang payudara kerana berkemungkinan bayi boleh terlepas dari puting atau bayi boleh lemas. Awas, ini kerap terjadi. 

Selain itu, jangan pegang payudara terlalu kuat, ianya boleh menutup duktus susu. hanya pegang dengan lembut sahaja.




4.    Galakkan bayi anda melekap dengan betul

Sentuhkan puting ke bibir bayi beberapa kali. Jika bayi berpaling ke arah lain, cuitkan pipinya yang dekat dengan anda perlahan-lahan. Bila ia memandang ke arah anda, sentuhkan bibirnya semula dengan puting sambil bercakap-cakap dan menggalakkan bayi membuka mulutnya. 

Apabila mulutnya terbuka, cepat-cepat acukan puting ke tengah mulutnya dan rapatkan badannya ke badan anda. Adalah penting untuk anda menarik bayi rapat kepada anda dan bukan sebaliknya. Anda perlu melakukan percubaan ini beberapa kali sehinggalah reaksi bayi bersesuaian dengan tindakan anda untuk memastikan proses pelekapan ini berjalan lancar. Jika bayi gagal menyusu dengan betul, anda mungkin terpaksa berhenti dan memujuknya sebelum mencuba sekali lagi.

Cara saya, tarik bayi kepada badan anda, bukan badan anda kepada bayi. Ini akan meletihkan badan ibu. Ingat, kedudukan badan ibu itu penting. Bayi boleh sedar jika ibu dalam keadaan tidak selesa seterusnya mereka pon turut tidak selesa dan mula menjauhi penyusuan secara direct.


5.    Teknik hisapan yang berkesan

Untuk menghisap dengan berkesan, bayi perlu memasukkan sebahagian besar dari areola dan puting ke dalam mulutnya. Rerongga susu yang perlu diperah/ditekan untuk mengeluarkan susu terletak di bawah areola. Gusi bayi sepatutnya melepasi puting sejauh satu inci ke bahagian areola. Pastikan puting terletak di tengah-tengah mulut bayi dan di atas lidahnya. Bayi hendaklah dirapatkan ke badan anda sehingga hujung hidungnya menyentuh payu dara anda. Jika hidungnya terhalang oleh payu dara untuk bernafas, perbetulkannya dengan mengangkat payu dara anda sedikit atau menarik bayi lebih rapat ke badan anda.

Cara saya, saya akan pastikan mulut anak seperti mulut burung. Atas dan bawah. bila betul cara lekapannya, bayi akan selesa seterusnya meneruskan penyusuan dengan senang. Mula-mula agak susah nak ajar bayi untuk besarkan mulutnya sebab normally payudara ibu akan lebih besar dari mulut comel mereka itu, namun jika amalkan teknik pegangan C tadi, anda boleh adjust payudara untuk masuk ke dalam mulut bayi.

Sama juga jika bayi minum suus dalam botol, terus kembangkan bibir anak untuk pastikan mereka menyusu dengan betul samaada dengan botol atau direct payudara ibu.

Pastikan mulut baby seperti mulut burung


6.    Kesakitan puting. 

Jika bayi melekap dan menghisap dengan betul anda tidak sepatutnya terasa sakit. Jika bayi tidak menghisap dengan betul atau anda terasa sakit, penyusuan perlu dihentikan sekejap. Kemudian mulakannya semula. 

Masukkan jari anda ke dalam mulut bayi (di sisi yang menekan payu dara) untuk menghentikan hisapan atau menarik pipi bayi dengan lembut. Jangan biarkan bayi terus menghisap dengan cara yang salah kerana ini akan menyebabkan puting anda membengkak dan corak hisapan yang tidak betul ini menjadi sukar untuk diperbetulkan kemudian nanti. 

Jika puting masih terus membengkak dan sakit, kemungkinan ia disebabkan oleh hal-hal berikut:

(a)      Jangan biarkan bayi menghisap puting anda, ini bukan cara yang betul. Pastikan bayi membuka mulutnya dengan luas supaya puting dapat masuk ke dalam mulutnya. Apabila bayi mencengkam terlalu kuat ketika hendak mula menghisap, tekan rahang bawahnya dengan jari sambil menolak turun dagunya. Minta bayi anda membuka mulutnya dengan suara yang jelas dan tegas.

(b)     Jika puting anda masih sakit, tarikkan bibir bawah bayi semasa ia masih menghisap dan periksa sama ada lidahnya terletak di antara bibir bawah dengan payu dara anda ataupun tidak. Jika tidak dapat melihat lidahnya, bayi mungkin sedang menghisapnya bersama-sama puting anda. Lepaskan bayi dari penyusuan dan mulakan prosedur ini semula. Pastikan mulut bayi dibuka dengan luas dan lidahnya berada di bawah puting ketika melekap.


7.    Cara menghisap dengan berkesan

Kebanyakan bayi mengetahui cara menghisap dengan betul sejak mereka dilahirkan. Sesetengah dari mereka yang lain mengambil masa untuk belajar dan memerlukan panduan tertentu seperti yang dinyatakan di atas. Ia memerlukan keselesaan dan kesabaran yang tinggi. 

Tetapi apabila bayi mula menghisap dengan penuh bertenaga, anda akan terasa puas apabila merenungnya. Ketika ini, otot-otot di mukanya akan bekerja lebih keras sehingga telinganya kelihatan bergerak-gerak. Anda dapat melihat kekuatan otot rahangnya dan dapat mendengar bunyi ia menelan. Apabila bayi telah kenyang, ia kembali tenang, dan hisapan diperlahankan, dan hanya menelan sedikit demi sedikit. Dia kelihatan sedang dilamun kenikmatan berada dalam pangkuan ibunya.

Saya pasti, jika kedudukan penyusuan ini berjaya di atur dengan baik, pasti perjalanan penyusuan antara ibu dan anak menjadi lebih mudha dan selesa. Hati ibu senang, anak pon gembira.

Jika ibu dah pandai menyusu duduk, boleh belajar untuk menyusu baring pula. ianya memudahkan ibu nanti.

Awas, apabila menyusukan anak secara duduk, jangan biarkan selalu menunduk untuk melihat anak menyusu. Sekali sekala tak apa. Jika berterusan, ibu akan terasa sakit bahu dan tengkuk. Urat-urat di badan akan terasa tegang sangat. 

Jadi, pastikan ibu selesa dulu, baru selesakan anak. Bukannya sebelah pihak sahaja yang selesa, ianya tidka akan berjaya.




Pakar Penyusuan Susu Ibu


Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com 

Friday, 5 December 2014

RESIPI ROTI DAGING CHEESE LELEH-LELEH YANG SEDAP DAN RINGKAS

Salam semua. Petang jumaat ni rasa nak fefiling omputih sikit. Dah lama nak buat tunggu hari jumaat sebab usben kita half day harini. Ewah. Jom cikidaut

RESIPI ROTI DAGING CHEESE LELEH-LELEH

Ada 2 bahagian dalam sediakan resipi ni. Kita tengok barang-barang dulu ye:

Bahagian 1 - Inti Daging

Bawang Merah
Bawang Holland (feling omputih sikit)
Bawang Putih
Carrot
Capsicum (tak kisah hijau, merah atau kuning)
Tomato
Daging kisar (tak kisah ayam atau daging)
Tomato puree
Tomato sauce
Cili kisar (optional)
Cendawan butang

Bahagian 2 - Persediaan Roti

Roti keping
Susu
Telur
Cheese (saya guna cheesedale dan mozarella)





(1) Tumis semua bawang merah, bawang putih, bawang holland, capsicum, tomato, carrot, cendawan butang (tiada dalam gambar) sehingga lembut dan dah masak. Atau apa-apa sayur yang sesuai. Tak payah letak perisa lagi tau. Dah siap, asingkan masuk dalam mangkuk. Sebab nak guna kualiti yang sama, lebih perisa gitu.
Nyesal tak amik capsicum hijau, nak warna-warni la kononnye.




(2) Lepas tu, goreng ayam kisar dengan kuali yang sama. Nak dapatkan perisa sayur tadi la kononnye. Goreng sehingga masak ye. Nampak tak ada air yang keluar hasil dari gorengan tadi, itu boleh buat perisa tau.




(3) Then, letak tomato puree dan tomato sauce sikit untuk rasa masam-masam. Kalau suka pedas, ada 2 option, boleh tumis cili kisar dulu sebelum masuk tomato puree atau potong sikit cili merah yang besar tu. Erm, pasti terangkat.
Then campur semula dengan sayur-sayur yang digoreng tadi.
Masak sehingga kering. Mudah untuk dijadikan inti. Saya masih tak letak sebarang perisa tambahan sebab cheese nanti dah masin.




(4) Sediakan bahagian roti untuk lapisan pulak. Letak susu, 2 biji telur dan sedikit garam dalam mangkuk dan kacau. Rendam roti dalam adunan tadi dan susun dalam loyang elok-elok.


resipi roti daging cheese leleh-leleh, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee sri johor


(5) Lepas letak roti, letak inti yang dah dimasak tadi. Taburkan cheese mozarela atau cheesedale tadi. peminat cheese, boleh letak banyak-banyak ye.




(6) Buat beberapa tingkat dan ulang perbuatan yang sama. Cheese tak banyak pon, Kalau lagi banyak, lagi best.hehehe..sure leleh-leleh. Kalau ada lebihan adunan susu+telur tadi, boleh tuang terus atas roti ni.


resipi roti daging cheese leleh-leleh, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee sri johor


(7) Then, bakar dalam oven. 180 degree dalam 30 minit. Nampak tak kecantikan dan kegemukannye. tak sabar...


resipi roti daging cheese leleh-leleh, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee sri johor


(8) Siap sedia di makan. Kalau banyak cheese, tarik pon macam pizza punye. Alhamdullilah. siap makan petang kami. eh kenyang seharian tau. sebab dah cukup kabohidrat, protein dan sayur dalam ni.
Pssttt..dah banyak cheese ni kene makan Omega Guard untuk bakar lemak ye.

Hati-hati dengan garam. sebab takut masin, sebab cheese dah rasa masin. So agak-agak ye. Sedap di makan panas-panas, tapi kalau potong masa panas, die hancur sket. Kalau dah sejuk, still dalam fizikal.

Resipi lebih kurang macam lasagna kan?
tapi saya guna roti untuk rasa lebih 'berat' dan lebih kenyang.

Selamat mencuba. =)

1001 SOALAN BERKENAAN PENYUSUAN SUSU IBU - BAHAGIAN 3

Bagaimana diet yang diambil mempengaruhi kualiti susu anda? 

Kualiti pemakanan yang terkandung di dalam susu ibu pada amnya sentiasa mencukupi, dan jarang dipengaruhi oleh keadaan ibu, walaupun kalori dan pengambilan pemakanan ibu tidak mencukupi.

Jawatankuasa Taraf Pemakanan Semasa Mengandung dan Laktasi dari The Institute of Medicine, " tersangat kagum dengan bukti bahawa ibu masih mampu menghasilkan susu yang mencukupi dari segi jumlah dan kualitinya untuk menyokong dan menggalakkan tumbesaran dan kesihatan bayi, walaupun bekalan nutrien dan tenaga untuk ibu itu terhad." (1991)

Ini tidak bermakna kita tidak perlu menggalakkan ibu-ibu mengambil makanan mengikut selera mereka dan mendapatkan sekurang-kurangnya 1800 kalori sehari. Pada dasarnya, seseorang ibu yang menyusu bayi perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. Sebenarnya, kebanyakan ibu telah lama bersedia sejak mereka hamil lagi untuk menyusukan bayi. Kita perlu ingat bahawa seseorang ibu itu tidak perlu terlalu sempurna pemakanannya semata-mata untuk membolehkannya menyusu.

Adakah anda perlu pantang mengambil makanan tertentu?


Kebanyakan ibu tidak perlu mengubah makanan berkhasiat yang mereka ambil ketika menyusu. Makanan yang 'baik' dan 'tidak baik' ketika menyusukan bayi selalunya lebih berasaskan kepada sesuatu budaya daripada keperluan fisiologi itu sendiri. Contohnya, di kalangan kaum Red Indian bawang putih dikatakan sangat baik untuk penyusuan tetapi di kalangan ibu-ibu berbangsa Amerika menganggap bawang putih tidak baik dan akan mengelak dari mengambilnya ketika menyusu.

Namun penting untuk ibu mengmbil makanan yang seimbang dan kaya dengan nutrien. Ini kerana, ibu sedang berkongsi khasiat dan nutrien yang kaya dengan zat-zat yang seimbang untuk keperluan tumbesaran si anak. Malah, ibu yang menghasilkan susu ibu perlu kekal bertenaga dan sihat untuk teruskan penghasilan susu yang kaya dengan kualiti. Disebabkan itu pentingnya pengambilan vitamin untuk ibu yang tidak menghalang proses penyusuan susu ibu.

tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee sri penara, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya, keburukan set penyusuan Shaklee, esp banyakkan susu badan, set budget Shaklee, Shaklee, pakar penyusuan susu ibu, testimony set penyusuan, testimony set budget Shaklee, testimony Shaklee, susu banyak, Shaklee murah, Shaklee berkesan


Sensitif terhadap makanan

Kadangkala bayi yang menyusui susu ibu bertindak balas terhadap sesetengah makanan yang dimakan oleh ibunya. Anda boleh perhatikan bahawa selepas mengambil makanan yang berempah atau makanan yang bergas, bayi anda akan menangis atau meragam.

Oleh kerana bayi yang mengalami kolik atau sakit dalam perut juga menunjukkan gejala yang sama, cara yang terbaik untuk membezakannya ialah dengan memerhatikan berapa lama gejala itu berlanjutan. Jika ia disebabkan oleh makanan, gejala selalunya lebih singkat, berakhir dalam masa kurang dari 24 jam. Tetapi jika ia disebabkan oleh kolik ia akan berlaku setiap hari dan selalunya berlanjutan sehingga beberapa hari atau beberapa minggu.

Jika bayi anda mendapat gejala tersebut setiap kali anda mengambil makanan tertentu, lebih baik sahaja anda berhenti mengambil makanan tersebut. Jika anda mempunyai sejarah keluarga menghidapi alahan, termasuklah asma dan penyakit kulit tertentu, anda perlulah elakkan dari mengambil hasil tenusu ataupun makanan lain yang menimbulkan alahan ketika anda menyusu bayi. 

Anda haruslah berbincang dengan petugas kesihatan jika ingin menukar diet anda, supaya mereka dapat memastikan semua keperluan nutrien anda diperolehi. Sesetengah bayi tersangat sensitif terhadap makanan tertentu di dalam diet ibunya. Anda tidak harus mengambil tindakan sewenang-wenangnya untuk menghadkan diet anda melainkan ada sebab-sebab tertentu yang mengganggu bayi anda. Jika bayi anda terlalu sensitif terhadap penyusuan yang anda berikan, ini mungkin disebabkan protein asing yang terdapat dalam susu ibu. 

Dalam kes ini, cuba elakkan dari makanan tertentu yang anda syaki bertanggung jawab terhadap masalah ini, sekurang-kurangnya selama seminggu (jangan lupa untuk membaca semua label makanan). Jika anda dapati tiada sebarang perubahan, anda boleh mengambil semula makanan itu. Cuba ambil makanan lain sekiranya ia merupakan penyebabnya. Mungkin berguna jika anda menyimpan rekod makanan yang anda ambil dan tindak balas bayi terhadap makanan ini. Ia akan membantu menyelesaikan masalah ini.

Jika anda rasakan anda tersalah makan, cuba bilas dengan air kelapa muda. Amalkan beberapa hari dan pastikan anda ambil air masak dengan banyak dan betul. Ini akan membantu proses detox sekaligus menghindar si anak untuk menerima kesan dari 'salah makan' anda itu.

Hasil tenusu: Dalam beberapa kes kecil, ada ketikanya bayi mendapat alahan akibat susu lembu yang terdapat dalam diet anda. Gejala yang mungkin timbul untuk beberapa minit atau beberapa jam selepas menyusu ialah cirit-birit, ruam, meragam dan kembung.

Untuk mengetahui sama ada bayi anda mengalami alahan atau pun tidak terhadap hasilan ini, hentikan semua produk tenusu dalam diet anda untuk selama 2 minggu. Kemudian ambilnya semula satu persatu setiap hari ke dalam diet anda. Saksikan tindak balas bayi terhadapa bahan-bahan ini. Anda pasti mendapat jawapannya.

tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee sri penara, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya, keburukan set penyusuan Shaklee, esp banyakkan susu badan, set budget Shaklee, Shaklee, pakar penyusuan susu ibu, testimony set penyusuan, testimony set budget Shaklee, testimony Shaklee, susu banyak, Shaklee murah, Shaklee berkesan


Makanan lain yang diambil yang boleh menyebabkan bayi mengalami alahan
termasuklah telur, kacang tanah dan kekacang, gandum, soya, jagung, tomato, bawang, kubis, rempah, makanan laut, buah oren dan jusnya serta coklat.

Kopi: Cuba elakkan kafein atau kurangkan pengambilannya ketika anda menyusukan bayi. Kafein akan terkumpul dalam sistem tubuh bayi kerana bukan mudah untuk menyingkirkannya. Jika meminum secawan kopi di waktu pagi tidaklah begitu memudaratkan bayi anda, tetapi terlalu banyak kafein boleh menimbulkan masalah seperti sukar tidur, gementar, kerengsaan dan kurang susu. Anda bolehlah mengambil kopi tanpa-kafein dan juga teh. Elak dari mengambil minuman kola serta lain-lain minuman berkarbonat yang mengandungi kafein tambahan.

Alkohol: Elak dari mengambil alkohol semasa menyusu anak anda kerana ia boleh menyerap ke dalam susu ibu. Jika anda memilih untuk mengambil alkohol, minumlah selepas anda menyusukan bayi.

Merokok: Jangan merokok semasa sedang menyusu bayi atau merokok berdekatan dengan anak-anak anda. Perokok pasif di kalangan kanak-kanak adalah merbahaya, terutamanya di kalangan bayi. Ia boleh meningkatkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).

Pada dasarnya, ambillah makanan yang terbaik dan berkhasiat setiap hari ketika anda menyusukan bayi.

Ubat-ubatan
Kebanyakan ubat adalah selamat diambil semasa menyusu bayi, tetapi terdapat beberapa jenis ubat yang boleh memudaratkan bayi. Untuk mendapatkan kepastian ini, beritahu doktor atau pakar pediatrik yang anda menyusu bayi dengan susu badan. Dapatkan pengesahan untuk semua jenis ubat termasuklah ubat yang dibeli sendiri. Anda boleh mengambil ubat anda sebaik sahaja selesai menyusukan bayi. Sesetengah pil perancang keluarga juga boleh mendatangkan kesan terhadap penghasilan susu, tetapi kesan yang dialami berbeza dari seorang wanita ke seorang yang lain. Ia juga bergantung kepada jenis pil yang diambil. Berbincanglah dengan doktor anda.

Sumber dari FB ini. Terima kasih di atas perkongsian ilmu


Pakar Penyusuan Susu Ibu


Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

DI SEBALIK KISAH CHE TA BAGI ANAK KECIL MINUM SUSU FORMULA - PEJUANG SUSU IBU BERSUARA

Saya bukanla peminat setia gosip-gosip artis ini. Tapi sebagai pejuang susu ibu, saya terbaca satu artikel berkenaan isu Che Ta dan Zain Saidin yang beri anak kecil mereka minum susu formula seawal beberapa hari. Ini boleh bikin panas.


Namun, sebenarnya sifat manusia yang tertarik dengan hal-hal negetif seterusnya terjerumus dengan perkara-perkara yang dikategorikan sebagai 'sibuk tepi kain orang'. Disebabkan hal-hal inilah, manusia mudah bergaduh dan berperang.

Al-kisahnya, saya pon bukan tau cerita, lepas baca di blog berkenaan gosip artis fofular ini, saya terus membuat beberapa kesimpulan. Zain Saidin dengan gembira berkongsi gambar beliau sedang menyusukan anaknya di laman sosial instagram. (Sukahati dia la kan)

Beberapa isu timbul dari beberapa peminat fanatik atau 'fan'tastik iaitu:

(a) anak diberikan susu dalam botol = susu formula, kesian kat baby yang masih kecil dah minum susu formula.
(b) zain tak pandai jaga anak sebab baringkan anak ketika menyusukan. Sepatutnye tinggikan sedikit bantal. takut tersedak.
(c) zain seksi saja nak tunjukkan badan yang sado itu.


tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee sri penara, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya, keburukan set penyusuan Shaklee, esp banyakkan susu badan, set budget Shaklee, Shaklee, pakar penyusuan susu ibu, testimony set penyusuan, testimony set budget Shaklee, testimony Shaklee, susu banyak, Shaklee murah, Shaklee berkesan

Saya pinjam gambar dari blog beautifulnara. Abang nara, printscreen ye =)

Nampak, ramai tak orang cuba 'bantu' settlekan hal rumah tangga mereka dan cuba untuk jadi hakim nak tentukan yang mana betul yang mana salah. Kan mereka hanya nak kongsi cerita mereka je. (feling woooo)

Isu bagi anak susu formula ni sangat sensitif bagi sesetengah ibu. Tiada siapa berhak untuk tentukan salah atau betul kenapa seseorang ibu beri anak minum formula walaupon pada hakikatnya susu ibu merupakan hak anak itu dan tanggungjawab seorang ibu untuk menunaikannya. Walaupon saya merupakan pejuang susu ibu yang mana saya amat menggalakkan semua ibu-ibu perlu berusaha menyusukan anaknya. Namun saya masih tiada hak untuk paksa atau tentukan keputusan si ibu. Ingat, tiada ibu yang nak lihat anak mereka tidak pandai, tidak sihat, tidak cantik, mudah dapat penyakit. Tidak seorang pon melainkan ibu itu 'sakit' (maaf penggunaan ayat tidak best)

Mungkin atas sebab-sebab tertentu juga, ibu harus memberi susu formula sebagai back up kepada anak untuk tidak lapar seperti, anak alah susu badan, ibu sedang berada dalam kesakitan, kesan ubat ketika bersalin yang menghalang anak disusukan.

dan sebagai pejuang susu ibu, saya hanya boleh menggalakkan dan menyokong 500% (ada ke..hehhe) jika Che Ta meneruskan penyusuan susu ibu sehingga anak beliau berusia 2 tahun. Tapi kalau tidak, jangan pernah menghina, mengata, judge people, perli, dendam kesumat atau apa-apa perkara negetif yang menyebabkan seseorang ibu itu stress. Stress ini yang menyebabkan
ibu kurang penghasilan susu atau rasa tidak sihat. Kenapa mesti buat orang macam ni, dapat hadiah ke?

Perlu encourage dan sampaikan dengan betul dan lembut. Bukan encourage dengan perli dan war-warkan secara 'sibuk tepi kain orang'. 
(eh, guna lagi ayat ni)

Bab Zain tak pandai jaga anak tu, saya tak nak komen, sebab saya rasa first time father, should not be as perfect to handle a baby. dah bantu pon dah cukup baik. Dah boleh bersukur sangat-sangat. Bukannye nak puji melambong, tapi bukan semua suami nak bantu. Kalau perfect sangat kang kene perli 
''eh, pandainye jaga anak, macam ade pengalaman je'' 
pulak dah!


tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee sri penara, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya, keburukan set penyusuan Shaklee, esp banyakkan susu badan, set budget Shaklee, Shaklee, pakar penyusuan susu ibu, testimony set penyusuan, testimony set budget Shaklee, testimony Shaklee, susu banyak, Shaklee murah, Shaklee berkesan


Printscreen abang Nara punye lagi. Mekasih bang.


kan dah cakap, sebagai ibu mesti sensitif isu susu formula vs susu badan ni. Kan Che Ta dah bagi jawapan tu.
''Susu badan perah masuk dalam botol''
(siap kena panahan tanda seru..hehe)

Aish..kan dah malu. tuduh-tuduh lagi. Teringat saya dulu, kene perah susu sebab nak berurut 3 jam. Kang anak tersayang lapar macam mana?
Lagi sekali, dont simply judge people badly, encourage them.

Takpa-takpa, tak marah anda pon..yela, anda yang komen tu. yang ada nama kat atas tu. Sebab saya tak dapat hadiah pon nak marah-marah anda.
Jom jadikan sebagai pengajaran ye.


Ok ni saya selidik sendiri then printscreen sendiri. Malu dah asik amik gambar Abang Nara je.heheh


Syukur, nampak tak ramai yang support Che Ta. Inilah yang dikatakan peminat fanatik. Kipas susah mati. Mereka positif dan terbuka. Sokongla sikit, bukan dump people.

Semoga entry ini tidak menyebabkan orang marah-marah saya. saya tak dapat hadiah dari Che Ta pon. saya cuma sampaikan pendapat saya dengan cara yang santai. Jika salah, ampun ye. dan saya bukan peminat setia Che Ta. saya hanya suka beliau sebagai seorang muslim sahaja.

Notakaki:
Kalau Che Ta nak Set Penyusuan Susu Ibu, saya boleh rekemenkan. Boleh banyakkan susu badan insyallah. Tips Penyusuan Eksklusif untuk semua customer saya.

Pakar Penyusuan Susu Ibu


Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com