Sunday 23 November 2014

CARA TERBAIK PENGAMBILAN AIR MASAK UNTUK IBU MENYUSU

Ibu menyusu sangat sinonim dengan ''wajib minum air masak dengan banyak''. Kenapa ya perlu minum air masak banyak-banyak ni?

Tahukah anda, susu ibu merupakan cecair yang mempunyai zat yang seimbang hasil dari pemakanan si ibu. Lagi banyak susu ibu keluar, lagi cepat ibu dyhydrate. Jadi, kalau lagi banyak ibu minum air masak, lagi banyak susu ibu terhasil kan? Ya, pengambilan air masak yang banyak merupakan antara Tips Membanyakkan Susu Ibu <---

Baru sebentar tadi saya memberi nasihat berkenaan Tips Penyusuan Susu Ibu kepada adik angkat saya. Tetiba rasa nak kongsikan beberapa soalan yang sering customer Set Penyusuan Shaklee saya tanyakan tentang isu minum air masak ni. Semoga ianya membantu.

Soalan 1 :
Berapa banyak air masak perlu diminum dalam satu hari?

Bergantung pada berat badan ibu. Sebaiknya di galakkan setiap 25kg=1 liter air. Jadi jika berat badan ibu 75kg=3 liter air MINIMUM. Namun jika pengambilan berlebihan lebih baik. Yang dicadangkan hanya minimum pengambilan sehari.

Soalan 2 :
Bagaimana nak atasi masalah kerap membuang air kecil untuk 3 liter air sehari?

Sebenarnya cara terbaik ialah dengan mengambil air masak dengan cara yang betul. Minum secara sikit-sikit namun kerap. Sedikit bermaksud 2 teguk sekali minum. Dan selepas 15 minit, minum semula. Bila ianya dijadikan amalan, kita dah terbiasa. Buang minded, ''kalau minum air banyak ni kan mesti nak pergi toilet''.

Soalan 3 :
Bagaimana cara terbaik untuk pastikan kita ambil air masak 3 liter sehari?

Cara saya, sediakan botol air besar. Yang paling besar saya pernah jumpa 2.5liter. Dan saya akan pastikan ianya habis ketika diofis. 8 pagi - 6 petang.
0.5 liter lagi, saya akan minum dirumah selepas makan malam. Boleh juga guna konsep ini, saya jumpa di google, ianya seperti satu matlamat yang kita perlu habiskan mengikut masa yang telah disetkan. Isi air penuh-penuh dan habiskan ikut sukatan masa ya.

terima kasih encik google


Soalan 4 : 
Bila perlu start minum air 3 liter sehari?

Sebaiknya start sepanjang hidup kita sebab ia bukan hanya untuk banyakkan susu ibu, tapi ia bantu untuk kesihatan seharian kita. Pernah nampak kenapa anak cina yang bersekolah akan bawa botol mineral besar ke sekolah? Kerana mereka diajar untuk hidup lebih sihat dengan air masak. Namun belum terlambat, ibu mengandung sebaiknya perlu buat disiplin ini. Boleh kurangkan pengambilan air masak dihujung-hujung trimester kerana time ini, kepala anak sudah dibawah. Kekerapan nak membuang air kecil tinggi. 

Soalan 5 :
Boleh ke ibu berpantang minum air masak dengan banyak?

Itu yang sebaiknya. Pernah dengar pesan orang tua-tua jangan minum air masak banyak-banyak di dalam pantang? Ianya tidak membantu sebenarnya, malah kurang air masak mampu menyebabkan ibu sembelit dan mungkin buasir. Ianya lebih menerukkan keadaan. Mereka larang kerana takut jahitan d bawah lambat kering dan mudah terbuka. Atau jika kerap minum air masak akan menyebabkan kerap membuang air kecil. Bila kerap buang air kecil, dikhuatiri ibu terlepas pandang cara nak jaga bahagian kemaluan ibu. Takut berbau dan berkulat. Disebabkan itu, ibu perlu lebihkan perhatian disitu jika kerap membuang air kecil. Bersihkan dengan air dan lapkan dengan kain kering. Lap dalam-dalam dengan berhati-hati.

Soalan 6 :
3 liter sehari hanya air masak sahaja ke?

Ya. Jangan campur kiraan air milo, air horlick atau air manis yang ibu ambil. 

Soalan 7 :
Adakah dengan minum air 3 liter dan ikut cara saya ini boleh membanyakkan susu badan?

Boleh jika ibu seimbangkan dengan Tips Penyusuan Susu Ibu yang telah saya berikan.

Soalan 8 :
Cara yang selalu saya apply semasa minum air masak di ofis

Saya akan letak botol air masak saya di sebelah atau di depan meja saya. Untuk saya mudah nampak dan ingat. Saya akan minum 2 teguk sahaja dan tutup. Saya kerapkan pengambilan air masak sebelum, semasa dan selepas mengepam. SEMASA mengepam, saya minum lebih banyak kerana ketika itu, susu badan sedang keluar dan saya bantu badan untuk tidak dyhdrate. Saya bawa kemana-mana sahaja botol saya. Termasuk ke meeting room dan ke surau.

vitamin ibu menyusu, banyakkan susu badan, tips banyakkan susu badan, masalah susu kurang, makanan penambah susu badan, susu meriah, set menyusu budget, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee tesco ampang, pengedar shaklee sepang



Alhamdullilah. Atas pengalaman saya sendiri, inilah yang saya buat untuk banyakkan susu ibu saya. Ianya membantu. Mula-mula agak menyusahkan, namun bila diapply selalu, ianya menjadi sangat mudah dan menyeronokkan. Lagi seronok bila nampak susu badan kita banyakkan.

Pakar Penyusuan Susu Ibu


Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

No comments:

Post a Comment