Thursday, 30 October 2014

HADIAH BEST DENGAN HANYA 5 MINIT SAHAJA - HANYA LIKE, SHARE & COMMENT


Assalammualaikum.. Selamat pagi semua

Hari baik bulan baik ni, saja saya nak panjang-panjangkan kegembiraan saya dengan anda semua. Saya nak berikan hadiah-hadiah ini untuk anda semua yang boleh bantu saya untuk ikut langkah-langkah dibawah.

Insyallah dengan bantuan anda semua, mungkin anda merupakan orang yang bertuah untuk memenangi hadiah best ini. Boleh beri hadiah ini untuk anak tersayang atau sesiapa sahaja. Banyak hadiah untuk dimenangi.

Langkah-langkah:

1- jika anda ada FB,
(a) mohon like page kami babyshop.com


https://www.facebook.com/pages/babyshopcom/190568560971796?ref=bookmarks

(b) share link blog ini di wall fb anda
(c) seterusnya komen, ''saya sayang babyshop.com'' di ruangan komen di bawah ini.


2- jika anda ada instagram (IG)
(a) mohon follow kami di nastasha azli
(b) like page fb kami di babyshop.com
(c) seterusnya komen, ''saya sayang babyshop.com'' di ruangan komen di bawah ini.


Hanya dengan simple steps ini, anda mampu menjadi orang yang bertuah dan memenangi hadiah best ini. Hanya tak sampai 5 minit pon.

Cubalah.
Saya akan umumkan pemenang pada 20 November 2014.

Bantuan anda sedikit sebanyak menceriakan lagi hari-hari saya dan dapat memanjangkan sikaturahim diantara kita.

Terima kasih banyak-banyak. Semoga bantuan anda ini dirahmati selalu.

Terima kasih.Lebiu.

Posted via Blogaway

Tuesday, 28 October 2014

ENERGIZING SOY PROTEIN - NON GMO PRODUCT



Energizing soy protein with non GMO product.apetu?
Protein base soya yang disediakan dari soya terpilih dan dimasak mengikut cara yang terbaik. Dimasak dengan api yang slow untuk mengelakkan nutrien soya terhapus. Hanya memilih soya yang terbaik.

Non GMO produk tu macam ni,
NON Genetic Modified Organism. Tidak diubah genetik sesuatu produk tu. Saya bagi contoh yang senang.pernah jumpa tembikai berbiji putih tak? Itu adalah satu contoh produk yang diubah genetiknya. Asalnya biji hitam. Tembikai melalui proses untuk 'dimasak dengan cepat' untuk menampung permintaan peminat tembikai di seluruh dunia. Itu sebab bijinya putih.sebenarnya belum masak lagi. Produk seperti inila yang kurang nutrien dan tidak mampu menyokong nutrien harian manusia. So kene hati- hati dalam memilih produk ya.


Pernah dengar orang cakap orang mengandung tak boleh makan soya? Nanti anak jadi lembut. Atau hormon progesteron tinggi.
Maaf sangat-sangat. Saya ada kawan yang memang amalkan soya sepanjang proses mengandung dan ternyata anak lelakinya tak lembut pon. malah jadi sangat putih.hehehe.setakat ini tak ada kajian pon yang cakap soya membawa kepada anak jadi lembut.


Lebih-lebih lagi bila amalkan Energizing Soy Protein. Insyallah memang amalan saya sekeluarga. Untuk kesihatan harian. Dan saya minum untuk membanyakkan susu badan.

Alhamdullilah susu jadi banyak dan perut pon tak lapar. Masih lapar selepas menyusukan anak.tapi kalau lapar cecepat saya minum ESP. At least tak asyik makan bila lapar..boleh gantikan dengan ESP ni.

Ada orang memang tak boleh minum ESP dengan air masak. Rasa muak. Kalau saya suka campur dengan milo sejum atau jus oren.wallah rasanye. Tak muak malah lagi banyak khasiatnya. Cer try.

Jika ada yang masih ragu-ragu lagi, boleh  komen dibawah atau contact saya untuk keterangan berkenaan ESP ini.
Terima Kasih.

Posted via Blogaway

Monday, 27 October 2014

HERB LAX BANTU PERUT TAK SIHAT



Bercuti 5 hari ke Kuantan, makan minum pon tak menentu. Asyik minum air manis dan ais. Buat perut jadi tak selesa dan memulas. Dah 3 hari tak membuang jugak. Rasa keras perut. Dah tak tau nak buat apa.

Kebetulan pagi tadi nampak kat umah makcik ada herb lax. So saya ambil 2 biji selepas breakfast tadi. Then on the way balik KL perut dah rasa sakit-sakit, tapi bukan bermaksud sampai cirit birit atau gila-gila sakit perut. Just geli-geli je.hahaha..Masih boleh tahan tapi dah start kentut-kentut menandakan angin keluar. Itupon dah rasa lega sebenarnya. Tapi lagi best kalau semua dapat dihapuskan segera.

Sampai KL, ambil herb lax lagi 2 biji sebelum mandi. Sempat masak dan basuh baju dulu. Then makan keropok lekor , terus rasa nak membuang..fuhhh..lega sangat-sangat lepas membuang tu. Rasa kosong perut. Rasa ringan je badan. Tak rasa memulas dah macam sebelum ni. Serius, rasa macam tarik nafas dalam-dalam then lepas kan sehabisnya..

Lege beb..


Ini saja nak bagitahu, sorry kalau menjijikkan, tapi kebenaran. Struktur tahi tadi nampak sangat gelap dan berbuih-buih. Mungkin dah banyak sangat toksin dan angin yang keluar. Ianya tidak keras sangat dan sangat mudah dan lancar semasa membuang tadi.

Perut tak keras lagi, semua dah dibuang dalam-dalam. Herb Lax ini selamat untuk ibu mengandung dan ibu menyusu ye. Sebaranag soalan tanya saya je saya akan bantu. Jangan tunggu sehingga dah sembelit atau dah buasir baru nak cari penyelesaiannya tau. Cegah segera!

Pakar Penyusuan Susu Ibu
www.nastashanordin.blogspot.com
0129334940


Posted via Blogaway

Sunday, 26 October 2014

TESTIMONI SET BERSALIN SHAKLEE DENGAN HARGA MURAH - PERCAYA SETELAH MENCUBA



Bila ada orang bertanya berkenaan keberkesanan produk. Saya lebih suka merujuk kepada testimoni diri sendiri atau orang lain yang dah berjaya.
Tapi kene ingat.setiap produk yang diambil perlu konsisten.baru dapat hasil yang setimpal.bukannye baru amik seminggu atau sebulan dah cakap tak berhasil.

Tapi ada jugak yang dapat hasil yang cepat dan ketara.contohnya.
Saya amik set menyusu budget diawal2 masalah penyusuan saya.

Hasilnya - badan jadi sihat dan kurnag letih. Tak asik mengantuk je.
Susu tak terus banyak pon.tapi hasil konsisten dan tak putus asa amalkan tips2 penyusuan yang betul..maka terhasillah susu yang banyak.
Banyak pulak fungsinye.kate set penyusuan aje.hehehe


Alhamdullilah..ini testimoni seorang customer saya yang konsisten dalam pengambilan vitamin shaklee.

Asalnya beliau makan shaklee untuk vitamin ketika menyusukan anak.
Sekaligus mengambil vitamin untuk suami dan family yang lain. Alahmdullilah berkat konsisten, beliau disahkan mengandung lagi. Padahal sebelum ni jarak anak sangat jauh setelah puas berusaha. Mungkin disebabkan fungsi badan dah seimbang dan rasa sihat. Nampak sangat gembira semasa beritahu saya dulu..masyallah.


Sekarang tanpa diminta terus bagi testimoni terbaik menandakan beliau berpuas hati dengan kesan produk ini.
Alhamdullilah..syukur Ya Allah.
Semua hanya dengan izinmu.


Jika kalian nak bertanya berkenaan produk atau tips-tips penyusuan.atau ingin menjadi ahli dan join bisnes kami,
Terus aja komen dibawah ni.
Atau call saya 0129334940.


Agen: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

Posted via Blogaway

Friday, 24 October 2014

DOKTOR CAKAP IBU MENGANDUNG ORANG YANG SELFISH? KENAPA PULAK? - KISAH BENAR

Teringat kisah semasa saya mengandungkan Ariq Ikhwan tahun 2011. Ketika tu dah 7 bulan kandungan. Ada sesi talk bersama dentist kat klinik kerajaan. Kan antara syarat untuk ibu mengandung perlu check gigi at least sekali sepanjang tempoh hamil kan. Rasa malas nak pergi. Tapi sebab anak pertama, gagah juga nak tau semua info. Pepagi buta saya dah ada kat klinik kesihatan. Cewah, kata malas tapi semangat jugak kan. Anak first la katakan.

Masa datang, nurse cakap Doktor lambat sikit sebab ada appoiment dekat luar. Tak apa, tunggu sambil baca-baca info kat klinik tu. Ada juga beberapa orang ibu mengandung yang datang. Bolehla borak-borak sikit. Lepas beberapa minit, Doktor datang. Manis je orangnya, tapi tegas berbisa segala perkongsiannya hari ini.


Isi slide dalam 15 minit pastu sesi borak-borak sikit. Sebab ibu mengandung tak ramai, so boleh la layan berborak jap. Dalam sesi soal jawab tu tetibe telinga 'periuk kuali' ku ini terdengar ayat panas ni,

''...Memang hakikat ibu mengandung ni SELFISH. Tak kisah orang lain, fikir diri sendiri je...''

Eh..eh..sesukahati je. Daku dah datang ni dah tak selfish tau patutnya. Siap datang awal lagi. Walaupon rasa malas nak datang, tetap datang nak kutip info. Tapi makin lama sesi borak-borak tu, dari telinga rasa panas, lama-lama makin sejuk pulak. Rasa betul jugak apa yang Doktor muka manis ni cakap. Terdiam jap tengok diri sendiri.

Rasa terkene setepek..
Rasa terpana sekejap..

Tetibe rasa sayu je..
Rasa kene baling ngan batu..cewah..

Betullah..ibu mengandung ni SELFISH sangat-sangat (termasuklah saya ketika itu). Nak nangis bila nak mengaku betul dengan apa yang Doktor cakap kan tu.

Doktor cakap, ibu mengadung ni akan makan apa yang dia nak je. Apa yang dia rasa sedap je. Ikutkan nafsu makan masa mengandungtu. Kalau dia cakap


"..tak boleh minum susu..rasa nak muntah.."
"..tak boleh makan kurma..tekak kembang.."

''..tak boleh makan ubat..rasa tak sedap tekak..''

Dan dia memang tak akan amik. Lagi bagus makanan tu lagi banyak alasan dia nak makan.






Ibu tak sedar yang itu hanya untuk tekak ibu je. Bukan keperluan pembesaran anak dalam perut tu. Bukan keperluan perkembangan minda anak. Ada ibu mengandung HB low. Bila cakap makan ubat ni bagus. Semua cakap tak boleh telan la. Besar sangat, pahit sangat. Ibu tak kesah kesan dari penyakit itu, apa jadi kat anak dalam kandungan tu nanti.

Ada juga ibu yang suka sangat makan masam atau air bergas atau makanan pelik-pelik. Mengidam kononnya. Tak kan mengidam "sup seliper"?


Ada yang mengidam nak makan jeruk asam je.
Ada yang suka air gas atau air manis-manis.
Ada jugak yang nak benda pelik-pelik macam nak jantung lembu, sate landak..hish ngeri, minta kita semua di jauhkan ya. Kesian kat suami kita kena cari benda-benda ni semua.

Ibu lupa kalau mengidam benda pelik-pelik ni kesannya teruk kat ibu dan anak dalam kandungan. Anak yang baru nak hidup di dunia ni dah tercemar dengan benda-benda tak elok. Kurang berkhasiat. Kesian kat anak. Sebab kehendak ibu, anak tanggung penyakitnya. 


Ada kisah anak asthma teruk sebab ibu suke minum air sejuk masa mengandung. Suka gigit ais memanjang. Katanya nak elak morning sickness. Pada pendapat saya, boleh je, tapi semua benda kita buat kene bersederhana. Tak boleh ikutkan sangat hatitu. Kena fikirkan kesan positif/negetif untuk mak dan anak dulu, baru buat. Lama-lama ibu boleh set mind untuk tidak buat. Berwasatiah ye. Wallahualam. Semoga kita semua terhindar dari segala penyakit berat di dunia ini.

Ok, nak cerita kisah saya. Apa sebabnya saya sentap sangat Doktor cakap ibu mengandung ni SELFISH.


Alkisahnya saya ni suka sangat minum susu. Memang dari kecil saya memang suka minum susu. Tapi bila mengandungkan Ariq Ikhwan, semua jadi terbalik. Tak boleh langsung minum susu. Nak muntahla. Tak sedap la. Rasa macam susu basila. Tapi selepas kene ceramah free tadi, terus terdiam. Terdiam sebab saya memang ikut nafsu diri. Selfish sendiri. Tak fikir hal anak dalam kandungan pon.

Baca sini berapa keperluan kalsium untuk ibu mengandung.

"..kalau tak minum susu atau makan pil kalsium, macam mana tulang anak nak kuat? gigi anak nak cantik dan kuat? jangan fikir ibu tak rasa kaki tangan cramp so cukupla kalsium tu..ibu tau ke anak perlukan berapa nutrien? macam mana dengan protein, karbo, sayur, buah? jangan main ikut sedap tekak je?nanti bila anak dah lahir ada macam-macam penyakit..baru nak tergadah.baru nak meggelabah.mula cakap ni takdir anak..bukan senang nak dapat anak..semua kena jaga..tapi jangan amik mudah.."

Ok serius tersusuk sembilu..selama 7 bulan saya tak nak minum susu. Start dari haritu terus saya minum susu..tak boleh susu biasa yang saya minum, saya try susu kambing. Boleh pulak minum setiap hari. Konpius betul. Tetibe boleh makan kurma. Tak kembang tekak pulak..hehehe. Itu sebab kepala otak ini dah dicuci oleh kata-kata tusukan Doktor manis tu. Dan Alhamdullilah saya boleh terima kata-kata Doktor tadi secara positif. So, positifla result dia.

So ibu-ibu mengandung. Kenala lebih hati-hati. Jangan main sambil lewa je ye. Kene kuatkan semangat. Tak boleh makan ubat, pujuk hati dulu, try sikit. Kuatkan minda. Set dekat minda yang wajib amik untuk kesihatan anak dan ibu..


PERLU..MUST..WAJIB

Show them ibu mengandung tak SELFISH okeh!


Baca sini untuk vitamin ibu mengandung yang selamat dan semulajadi.


Agen: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com


Thursday, 23 October 2014

BARANG BABY MURAH & HARGA BORONG DI WAREHOUSE SALE MY DEAR

Ada ibu  ayah yang mencari barang baby murah-murah atau tahap harga borong?

Memang saya rekomenkan belilah kat WAREHOUSE SALE MY DEAR 2014 ni.
Boleh dapatkan stroller murah, rocker murah, car seat murah, barang mainan baby yang murah, botol susu murah, pagar anak-kanak murah, playground kanak-kanak murah, buaian elektrik murah, pam susu murah, peralatan penyusuan lain dan macam-macam lagi lah barang baby yang murah.

WAREHOUSE SALE MY DEAR ni hanya setahun sekali je dan berlangsung kat warehouse MY DEAR sahaja di puchong. Brand MY DEAR ni buatan Malaysia tapi bukan calang-calang brand ya. Boleh tengok kebanyakan barang baby MY DEAR memang dah banyak bertapak di kedai-kedai baby. So jangan risau dengan kualitinya.

Dan sekarang sedang berlangsung WAREHOUSE SALE MY DEAR 2014
dari 22 October 2014 sehingga 2 NOV 2014. Tengok iklan sini untuk alamat dan tarikh WAREHOUSE SALE MY DEAR 2014.



Pengalaman saya pernah pergi sekali masa mengandungkan Ariq. Asalnya nak cuci mata ja. Tapi sebab offer yang murah untuk barang yang bagus, saya terus rembat stroller dan car seat MY DEAR. Time tu saya dapat harga RM700 lebih untuk both. Dan sehingga sekarang saya masih guna untuk anak-anak. Dah hampir 4 tahun dan stroller n car seat ni berbakti pada kami..heheh..masih utuh dan dipercayai.

Semalam dah ramai ibu ayah yang pergi borong kat WAREHOUSE SALE MY DEAR 2014 ni. Dan ramai yang upload hasil tangkapan mereka. nampak berbaloi. saya plan nak pergi jugaklah untuk ' cuci mata '. kalau tak tahan sangat saya rembat jugak kot.

Dan banyak lagi gambar-gambar yang saya amik dari perkongsian ibu ayah di fb dan google tentang barang yang dijual kat sana. Cuci mata lah dulu. Kalau berkenan, boleh pergi serang jugak weekand ni.





Tuesday, 21 October 2014

TESTIMONI VITALEA SHAKLEE - MULTIVITAMIN TERBAIK


Hari ini nak kongsikan testimoni dari makteh saya (kakak ayah).
Terima kasih sebab sudi bagi testimoni best macam ni ya.

Makteh saya dah berusia 64 tahun. Biasalah badan pon dah tak sihat. Tapi kalau tengok makteh saya ni nampak masih kuat dan bersemangat lagi. Boleh layan borak-borak lagi. Tapi disebabkan makteh masih aktif, suka berkebun, buat kuih, kerap juga diuji masalah kesihatan.


Alkisahnya, dah hampir 3 minggu makteh sakit-sakit. Demam katanya. Lepas baik demam, badan masih rasa lemah. Tak kuat nak buat kerja. Tiba-tiba dapat panggilan dari makteh minta cadangkan vitamin yang sesuai. Disebabkan tak tau apa penyakit sebenar, saya hanya cadangkan vitalea multivitamin dulu sebab makteh baru baik demam tapi belum sihat sepenuhnya.

Saya pasti ianya kesan ubat yang diambil sepanjang demam. Kesan ubat ini yang boleh buat badan jadi sangat lemah. Lebih-lebih lagi kalau pengambilan yang banyak dan berterusan. Kalau kurang pengambilan air, pasti lagi teruk kan.

Saya balik kampung dan tengok keadaan makteh. Orangnya putih, nampak merah muka makteh. Terase sayu bila nampak makteh tak sihat. Saya cadangkan pengambilan vitalea multivitamin sebiji sehari selepas makan pagi. Tapi makteh makan waktu malam pulak.hehehe

Alhamdullilah. Selepas beberapa hari, saya dapat massage di inbox tentang keadaan makteh. Siap testimoni lagi. Bantu saya berniaga. Patutla tak call.hehehe

Syukur Ya Allah. Apa yang lebih baik dari janjiMu kepada hambaMu yang berusaha.

Rupanya baru saya tahu. Memang dulu makteh ada amalkan pengambilan multivitamin dan dapat kesannya. Jadi sesuaila saya bekalkan vitalea multivitamin ini untuk keperluan harian makteh saya. Doa saya, berikanlah kesihatan yang berterusan untuk makteh dan izinkan kesihatan ini untuk beliau meneruskan amalan ibadah dengan baik.

Baca sini untuk kebaikan & kelebihan vitalea multivitamin.

Posted via Blogaway

2 KUNCI UTAMA RAHSIA PENYUSUAN SUSU IBU SUDAH TERBONGKAR

PAKEJ COMBO VITAMIN PENYUSUAN TERHEBAT : EMOSI + SUPPLIMENT


Ramai yang bertanya.

"kak macam mana nak banyakkan susu

 badan?"


Saya cuma nasihatkan, pastikan amalkan makanan yang berkhasiat dan ibu jangan stress-stress ya. Sebab selain makanan, emosi turut mainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Iya ke emosi penting?

Baik macam ini. Saya bagi contoh.


Pernah tak anda bangun lambat waktu pagi, kemudian terkejar-kejar nak pergi kerja. Then semua benda pon tidak menjadi. Tertinggal kunci bilik office kat rumahla. Tiba-tiba jalan sangat jem ketika nak ke office. Mula la nak bebel-bebel dalam kereta nak salahkan orang lain sebab buat anda semakin lambat. Ditambah dengan rasa lapar. Mula rasa migrain sebab angin naik ke kepala. Kena marah dengan bos lagi sebab sampai lambat ke office. Kawan-kawan dah pandang semacam je. Start jalan laju-laju sebab takut kantoi dengan bos yang lain dan akan jadi cerita semakin besar. Penatkan kalau jadi macam tu.  


Seterusnya boleh mempengaruhi emosi anda. Itulah dinamakan stress. Stress yang terjadi akibat satu benda simple yang anda tidak sedar. Dan tahukah anda ianya boleh mempengaruhi sistem penghasilan susu badan? Silap-silap terjejas penghasilan susu badan anda seharian. Pasti makin stress dan sedih kan.

Tahu...Jadi bagaimana nak atasi dengan selamat?

Cuba anda berada dalam keadaan rilex je. Jika dah bangun lambat, terus positifkan diri. Fikirkan yang anda akan sentiasa berasa selamat walaupon dah bangun lambat. Set di kepala yang anda akan sampai ke office tanpa gangguan dan halangan yang akan menyusahkan hidup anda seharian. Paling senang sentiasa beristigfar agar roh anda tenang sepanjang tindakan anda. Tarik nafas 
dalam-dalam dan hembus.

Maknanya sama maksud diatas dengan keadaan ini, jika anda rasa susu anda semakin merudum, cepat-cepat atasi dengan berfikiran positif. tapi jangan positif bermaksud,

''Susu kurang, bermaksud Allah cakap sampai ini sahaja aku menyusukan anak''

Ini berfikiran positif yang tidak kreatif. Positif tidak bertempat sangat-sangat ni. jadi apa perlu anda buat? Cuba pam susu sambil baca fb. Atau sambil berzikir atau dengan ayat-ayat Al-Quran. Boleh juga sambil borak-borak dengan kawan sebelah jika keadaan mengizinkan. Sambil tengok gambar atau video anak. pasti makin banyak susu anda nanti. Tiba-tiba je rasa eh, cepatnya penuh botol ni. Padahal dah setengah jam mengepam. Hati pun rasa tenang. Susu pon tak muat botol. Pinjam kawan sebelah. Kan best gitu.



Sebenarnya anda trick otak anda untuk alihkan masalah kepada penyelesaian yang mudah. Bila tak ada masalah, anda akan rasa rilex. Bila rilex, susu pon rilex je nak keluar ikut suka. Anda mampu kawal emosi.

Cara saya, saya suka tengok cerita kelakar ketika saya pam susu. Tengok cerita runningman atau cerita kartun yang boleh buat saya happy, buat saya lupa masalah atau kesakitan. Sebab ianya boleh trick minda saya untuk lupakan masalah sekejap. Tak percaya? Cuba amalkan. Itu yang saya katakan emosi memainkn peranan penting dalam penghasilan susu badan.

Jadi apa kena mengena dengan suppliment ni?

Baik. Saya nak bagi contoh lagi. Badan yang sihat dan bertenaga boleh mempengaruhi emosi anda. Cuba kalau anda letih dan demam, production susu akan berkurangan. Namun apabila anda bertenaga dan gembira, penghasilan susu akan jadi sebaliknya. Susu akan dihasilkan dengan baik. Pengambilan supplimen yang konsisten mampu mengaktifkan sistem peredaran darah yang baik serta sistem badan yang sempurna. Apabila badan anda sihat, tidak akan rasa letih atau nak marah-marah kan. Dan alhamdullilah perjalanan hidup anda pon nampak lancar je kan. Bdan sihat, emosi pon stabil. kan?

Pernah tak anda check penghasilan susu anda ketika anda datang bulan?

Ketika itu badan anda letih dan tidak bermaya akibat perubahan hormon badan yang tidak menentu. Jika anda senggugut lagi mengharukan keadaan kan. Pengambilan suppliment untuk membanyakkan susu pon tidak membantu ketika itu. Namun anda boleh ambil suppliment untuk mengelakkan anda rasa sakit ketika datang bulan. Ianya membantu badan anda rasa lebih segar. Ini juga penyebab, emosi tak stabil ketika datang bulan walaupon makan suppliment penyusuan.

Nampak tak PAKEJ COMBO VITAMIN PENYUSUAN TERHEBAT INI : 
EMOSI + SUPPLIMENT membantu untuk membanyakkan susu ibu. Anda hanya perlu kontrol 2 kunci utama rahsia penyusuan ini jika anda nak maintainkan penyusuan anda.

Namun, jangan lupa kerapkan pam dan direct baby. Kalau tak pam, bagaimana nak banyakkan atau keluarkan susu kan?

Saja saya nak kongsikan testimoni diri sendiri. Saya berkongsi sesuatu yang berjaya dalam diri saya.

Berpantang hari ke 14.
Hari mengempeng adik Aisyah sebab tak nak tidur. Alhamdullilah. masih ada rezeki untuk dijadikan stock ebm nanti.7oz ni hasil sebelah sahaja. Sebab Aisyah suka mengempeng sebelah aja. saya buat tendem nursing (menyusu sambil pam)




Saya juga pernah gagal ketika sebulan awal menyusukan Ariq Ikhwan. Namun niat menyusukan anak amat kuat dan Allah bantu saya. Yang penting kena kuat semangat dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Doa dan useha kena seiring. Jangan mencipta alasan atau letak sesuatu sebagai alasan untuk berhenti menyusukan anak.

Boleh baca sini untuk tips penyusuan yang hebat.


Dan suka saya nak konsikan, saya mengamalkan suppliment hebat ini untuk membanyakkan susu badan saya dan maintainkan pengeluaran susu badan saya ketika datang bulan atau sedang sakit.

Boleh baca sini untuk ketahui bagaimana saya diuji dengan masalah penyusuan seterusnya saya berjaya sehingga sekarang. Kini saya mampu tersenyum lebar.

saya amalkan set hebat 3 serangkai ini:

Gabungan hebat ESP + Alfalfa + Ostematrik atau boleh juga amalkan
ESP + Performance Drink ( kedua-duanya dalam bentuk serbuk dan boleh dibancuh bersama).

Baca pengalaman hebat pengguna yang amalkan set 3 serangkai.


Jadikan setiap masalah permulaan untuk satu kejayaan
Ibu pejuang susu ibu!


Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

Monday, 20 October 2014

PERUBAHAN SEJAK ARIQ AMALKAN MEALSHAKE - KISAH BENAR

Assalammualaikum.

Memang naluri seorang ibu suka berkongsi sesuatu lebih-lebih lagi hal kebaikan. Kadang-kadang benda kecil pon suka nak kongsikan bila ianya boleh mendatangkan manfaat kepada orang lain jika mereka mempunyai nasib yang serupa dengan saya. Ya, saya hanya seorang ibu biasa yang nak kongsikan cerita anak kesayangan saya Ariq Ikhwan yang susah sangat nak makan.

Sebenarnya sejak dilahirkan, Ariq sangat kuat minum susu. Selang 2 jam pasti menangis nak susu. Mujur Ariq menyusu badan. Kadang tak terkejar saya nak siapkan diri sendiri sebab takut anak bujang menangis kelaparan. Dan berat badan Ariq pon naik mendadak namun tidak sampai obese.

Tapi sejak boleh berjalan kira-kira 10 bulan, permintaan terhadap makanan amat kurang. Ketika ini Ariq dah makan solid food dan masih minum susu ibu. Perubahan sangatlah mendadak sehingga mak saya pon perasan. Mulalah mak minta saya pelbagai menu dan rasa. Sebab ketika ini, saya masih pantangkan gula dan garam dalam makanan Ariq. Katanya, mungkin sebab saya terlalu cerewet menyebabkan Ariq tak dapat makan makanan yang pelbagai seterusnya dia jadi picky eater.


 Ariq dan Aisyah semakin sihat dan aktif


Hati ibu mana yang tak sedihkan. Bukan nak anak jadi sangat tembam atau gemuk membuktikan saya seorang mak yang berjaya. Tapi jauh disudut hati, nak la anak kita kuat makan untuk dapat pelbagai khasiatkan. Bukanlah dari susu ibu sahaja. Hati saya makin risau bila ada yang mengaitkan tentang anak menyusu badan memang akan jadi picky eater sikit. Cuba nak tenangkan diri, saya percaya akan statement, selagi anak saya tak mudah jatuh sakit, walaupon Ariq kurus, masih dikira sangat bagus untuk saya.

Saya mula berikan Ariq Mealshake Shaklee, multivitamin yang sesuai untuk kanak-kanak. Ketika itu Ariq berusia 1 tahun 8 bulan dan dah start Formula Milk sebab saya sedang mengandungkan Aisyah Imani 5 bulan. Saya risaukan khasiat susu formula tidak dapat menampung seperti khasiat susu ibu yang saya bekalkan selama ini. Risau sebab ini first time kan. Dan antara sebab saya bagi Mealshake sebab banyak testimoni tentang anak picky eater yang berjaya tambahkan selera makan.

Saya letakkan sedikit sahaja dalam susu Ariq sebanyak 3 kali setiap hari. nampaknya Ariq tak sukakan rasanya. Ariq boleh rasa perbezaan rasa bila susu dutch lady dicampur dengan Mealshake. Disebabkan itu, Ariq rasa saya menipu setiap kali bancuh susu dia. Ariq dah mula tak percayakan saya. Jadi, setiap kali nak susu, dia akan cari nyai (nenek) atau papa dia. Dahla tak nak makan, taknak menyusu pulak. Jadi saya mengalah untuk tidak sambung pemberian Mealshake lagi. Eksperimen saya tidak berjaya?

Rupanya mak saya masih letak Mealshake itu dengan kuantiti yang sedikit sangat. Katanya membazir jika tak habis. Syukur Ariq tak sedar dan masih percayakan nenek dia. Dan hasilnya susu dari 9oz setiap kali minum kepada 11 oz. Dan pertambahan minum susu banyak kali. Namun Ariq masih tidak berselera makan.

Ada juga mak mertua saya belikan vitamin lain untuk naikkan selera makan. namun tidak berjaya.





Sehingga la Ariq berumur 3 tahun, corak pemakanannya sama sahaja. Tidakla terlalu tak makan namun tidakla asik nak makan. Sehari hanya sekali sahaja nasi dan selebihnya susu. Adakala langsung tak makan nasi tapi kadar kekerapan susu tinggi. Tapi kalau dapat makanan kegemaran, boleh la makan banyak sikit. Masih tak tentu selera makannya. 

Apa yang saya nampak, punca susu berlebihan sebab Ariq lapar tapi tak nak makan. Bukan sebab dah kenyang susu jadi tak nak makan. Sebabnya, Ariq masih berusaha nak makan nasi dan lauk yang saya masak tapi akan buang bila dia rasa tak suka. Ariq masih minta makanan, tapi akhirnya tak habis atau tak makan langsung.

Tapi saiz dan berat badan Ariq tidak terlalu kurus sebab tulang Ariq besar. Kalau dilihat dengan rakan sebaya, Ariq masih dianggap besar dan tinggi. Tapi itu bukan alasan untuk saya berhenti berusaha nak mencari selera makannya. Mungkin ada ibu diluar sana yang rasa tak serius tentang Ariq ini, tapi sebagai seorang ibu yang ada anak tidak mahu makan seperti ini, kadang-kadang merasa sedih sebab tak dapat tackle hati anak sendiri.

Sehinggalah saya bermula semula misi Mealshake buat kali kedua dalam hidup Ariq. Ketika itu Ariq sedang demam dan memang tak nak makan dan minum susu. Doktor sahkan ariq sakit tonsel (tekak) jadi semua makanan tak sedap termasuk susu. Saya tetap bagi Mealshake dekat setiap makanan yang saya rasa boleh selitkan.

Dan hasil mengecewakan, bila Ariq cakap dia dah tak nak susu. Sebab Mealshake lagi ke? Adoi..mati kutu mama. Katanya puting botol susu jadi tak sedap. Bila buat susu tanpa Mealshake pon Ariq cakap tak sedap. Maksudnya bukan sebab Mealshake. Mungkin dah sampai masa Ariq nak kurangkan susu dan makan banyak-banyak.

Alhamdullilah betul. Sekarang Ariq dah banyak makan. Selera makan dah jatuh dari langit berkat doa tak putus-putus. Mungkin selera die tak sama banyak macam anak-anak yang lain, namun kami dah rasa gembira dengan perubahan ini. Banyak yang saya maksudkan ialah Ariq dah makan nasi setiap waktu, suka makan roti cicah milo, makan buah, makan roti canai 2 keping pon boleh walaupon dah makan sebelumnya. 





Dan saya masih meneruskan misi Mealshake Ariq setiap hari dan waktu. Letak sikit dalam sarapan pagi, coco crunch. Dalam milo. Kadang buat smoothies buah letak sikit. Sekarang Ariq pulak yang minta makanan yang dia nak. Bukak peti ais sendiri dan amik makanan yang dia nak. Dan hasilnya memberangsangkan. Berat dah naik 3 kg. Nampakla perut buncit dan dagu berlapis sikit. Alhamdullilah Ya Rahman Ya Rahim.

Seperti ibu-ibu lain, apa yang penting kita nak anak kita sihat kan. Saya sedar kurus tidak bermaksud anak tak sihat. tapi dalam kes saya ni, Ariq memang tak ada selera makan dan bergantung sepenuhnya dengan susu formula. Syukur Yang Maha Esa, berkat keizinannya. Misi kali kedua ini tercapai. Bila dah kenyang, Ariq dah kurang minum susu. Waktu malam sahaja Ariq minta susu. Dan adakalanya Ariq minum milo dalam cawan dan masuk tidur.

Inilah hasil yang saya nak kongsikan pada semua. Sejujurnya Mealshake bukanlah serbuk yang boleh buat anak kita tambah selera makan. Perlu tau fungsinya dahulu. Ia merupakan multivitamin untuk bekalkan nutrien dan zat-zat yang seimbang untuk tumbesaran anak. Jika anak kita lengkap dengan nutrien, mereka tidak akan merasa letih dan penat. Dan mereka juga akan kurang permintaan kepada makanan ringan seperti jajan. Apabila sistem badan sudah sempurna, sel-sel yang dihasilkan menjadi lebih sihat. Seterusnya tumbesaran lebih baik.

Terima kasih sayang. Semoga Ariq Ikhwan membesar dengan sihat dan bijak. 

Jika ada soalan atau perasaan ingin tahu, boleh komen dibawah ye. Suka saya nak kongsikan bersama.

Ibu Prihatin,
Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com



RESIPI JERUK MANGGA ASAM BOI YANG SEDAP & MUDAH DIBUAT

Sekarang ini popular sungguh snek lazat jeruk mangga + asam boi tu kan. memang kecur air liur bila tengok gambarnya. Terus terbayang macam mana rasanya yang masam manis lemak-lemak gitu kan. 

Dulu masa mengandungkan Ariq Ikhwan, emak mertua saya selalu bagi buah mangga epal depan rumah. Tapi time tu, tak rasa nak makan mangga-mangga ni. Sebab saya bukan jenis yang kecur air liur dengan benda-benda masam ni. Atau mungkin sebab saya mengandungkan anak lelaki, so tak rasa nak makan mangga masam-masam ni. Tapi bila tak mengandung, cepat pulak kecur air liur bila tengok gambar jeruk mangga asam boi ni.

Ada juga encik suami request nak makan. Sebab memang kegilaan suami saya ni. So, saya pon carilah resipinya. Meh nak kongsikan.

RESIPI JERUK MANGGA ASAM BOI 

1. Mangga (sebaiknya yang masam)
2. Gula
3. Garam
4. Cili api potong
5. Asam Boi (tak kesah yang putih atau merah)

CARA-CARA NAK BUAT

1. Potong buah mangga tadi ikut suka rasa hati. Kalau potong nipis-nipis senang nak makan nanti.
2. Letakkan gula dan garam secukup rasa.
3. Letak bersama asam boi dan cili potong.
4. Pastikan letak dalam bekas tertutup, mudah nak peram dan simpan lama dalam peti ais nanti.

Telan air liur sat.heheheh..Meh saya belanja gambar dulu. 




Resipi kat atas ni memang resipi sanded aja. Saya nak kongsikan cara yang mak mertua saya selalu buat untuk kami anak beranak. Sebabnya suami saya memang suka bende ni.

Cara mak mertua saya:

1. Hiris halus mangga. Nanti tekstur macam kerabu mangga tu. Mudah nak makan.
2. Letak sedikit air. Sebab senang nak sebatikan gula dan garam nanti.
3. Letakkan gula dan garam secukup rasa tekak.
4. Peramkan. Sejuk-sejuk sedap makan. Kadang tak sempat nak peram dah habis makan. ( Lap air liur tu)
5. Kami tak letak asam boi sebab mangga dah memang masam. Selalunye mangga depan rumah aja.
6. Tak letak cili api sebab takut sakit perut. Berlawan pedas dan masam.

Anda juga boleh:

1. Gantikan mangga tadi dengan betik muda atau jambu. Potong kecik-kecik atau potong halus.
2. Letakkan sedikit kicap manis sekiranya mangga tadi terlalu masam. Yang ni saya memang suka. Sebab rasa dia akan lebih pelbagai. pergh..

Tapi hati-hati ya, jika ibu mengandung atau ibu menyusu makan. Sebab campuran masam manis pedas ni adakala buat perut kita memulas atau tidak selesa. Takut nanti ghairah makan sampai terlupa nak berhenti makan. Kesian kat anak dalam perut atau anak yang menyusu nanti.

Meh saya belanja gambar lagi. Terima kasih untuk resipi ini. Yang gambar kat bawah ini ialah jeruk jambu asam boi dan jeruk betik asam boi. Sedappp. Selamat mencuba.




BENARKAH SUSU IBU BOLEH TERCEMAR?

Assalammualaikum.


Pernah tak ibu yang menyusukan anak risau akan statement susu ibu boleh
tercemar?
Lebih-lebih lagi ibu bekerja yang membekalkan susu perahan kepada anak yang ditinggalkan kepada penjaga. Sebelum ini saya pernah kongsikan di ruangan facebook, harini terpanggil saya untuk kongsikan diruang blog saya ini. Dapat kita sebarkan ilmu sama-sama. Jom baca perkongsian yang telah 
disimpulkan dari perbincangan:

Wanita Hari Ini 20 Julai 2011
bersama Dr. Nurashikin merupakan O&G Specialist dari Hospital Sg. Buloh,
Pn Nor Kamariah dari susuibu.com, 
Dynas Pengarah DNA (Dynas Nursing Attire)
Pn Nurshima wakil MLO (Mom Little Ones)



Hasil perbincangan ini merujuk kepada beberapa faktor atau tanggapan orang diluar sana tentang susu ibu yang boleh tercemar jika dikeluarkan atau disimpan.
1. Potensi susu ibu untuk tercemar adalah sangat minima. Malah ianya menghampiri mustahil jika ianya tidak terdedah kepada yang tidak sepatutnya. (ibu perlu merujuk kepada tips pengendalian susu ibu). 

Antara tips pengendalian susu ibu yang utama ialah kebersihan yang perlu ibu patuhi. Lebih-lebih lagi pengendalian semasa memerah susu ibu, perlu pastikan tangan, peralatan, pam, bekas menyimpan susu adalah bersih. Pastikan ianya telah disteril dan dibersihkan terlebih dahulu dengan air bersih dan pencuci yang sepatutnya. Malah selepas dibersihkan, ianya perlu disimpan di tempat tertutup yang menghalang bakteria mencemarkan peralatan tersebut.

Pam susu yang digunakan perlu dibersihkan segera. Bukan disimpan terus di dalam cooler beg sahaja. kerana ianya boleh mengaktifkan bakteria. Ibu mungkin tak sedar yang bakteria ini yang boleh mengganggu sistem perut si anak kelak. 

Selepas susu ibu dipam, pastikan ianya disimpan di botol atau plastik yang bersih. Kemudian diletakkan di dalam cooler beg yang tidak berbau dan bersih.
Kebersihan ialah kesihatan. Utamakan kebersihan.

2. Susu ibu mungkin tercemar jika ibu terdedah kepada ubatan kimoterapi, heroin atau ubatan kuat. Dan kebiasaanya doktor akan cadangkan untuk ibu berhenti menyusukan anak kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan si manja jika mereka tidak mempunyai antibodi yang kuat.

Walau bagaimanapun badan kita ada sistem penapis yang menapis bahan-bahan yang tidak elok, jadi peratusan tersalur ke susu ibu sangat sedikit. Apatah lagi ubatan yang lain, ianya selamat dan ibu jangan terlalu risau. Jika masih ragu-ragu, dapatkan nasihat dari doktor.

3. Kawasan tempat tinggal yang kurang sihat atau terdedah dari pelbagai penyakit, boleh menyumbang kepada penyakit kepada ibu dan anak. Namun ianya bukan penyebab susu badan boleh dicemari dengan begitu sahaja. Ibu yang terdedah kepada persekitaran yang kurang sihat perlu menghabiskan masa bersama bayi dengan lebih lama untuk membentuk sistem pertahanan badan yang akan disalurkan kepada bayi apabila anak menyusu.

4. Susu basi adalah satu mitos. Susu ibu mengandungi prebiotic yang tahan lebih lama berbanding (Formula Milk) FM.
Baca sini untuk cerita mitos susu ibu yang perlu ibu tahu.

5. Payudara adalah sterile secara semulajadi sifatnya. Susu ibu tidak sejuk walaupon ibu berada di kawasan yang sejuk atau suhu badan ibu rendah. Malah ianya tidak terlalu panas jika ibu demam atau bersuhu tinggi. Ibu yang demam tidak mempunyai masalah yang besar untuk menyusukan anak. Susu ibu tidak akan tercemar jika ibu hanya demam. Dan jangan berhenti menyusukan anak sekiranya ibu demam. Kerana ada 2 kemungkinan:

(i) Jika ibu demam (selsema & batuk), badan ibu sedang lemah, jangkitan melalui udara boleh dipindahkan jika ibu batuk atau selsema. Namun jangkitan tidak boleh berpindah melalui susu badan. Jika ibu tidak hati-hati kawal batuk dan selseme di depan anak, ianya boleh berjangkit. Disebabkan itu, ibu perlu meneruskan penyusuan susu ibu untuk mengelakkan anak dijangkiti penyakit.

(ii) Jika anak dijangkiti demam/selsema/batuk semasa ibu sedang sakit (hasil berjangkit dari ibu), jangan berhenti menyuskan anak anda. kerana ianya akan lebih memburukkan keadaan. Ibu perlu kuat dan teruskan penyusuan. Antibodi dari susu badan yang akan bantu anak agar sihat semulajadi. Jangan risaukan tentang ibu yang makan ubat demam, selsema dan batuk. Atau lebih baik, ibu beritahu doktor untuk beri ubat yang sesuai untuk menyusukan anak.

Kesimpulannya, jangkitan demam/selsema atau batuk dari ibu kepada anak bukan melalui susu ibu. Tetapi melalui bakteria batuk atau selsema di depan anak. Jadi ibu perlu memakai penutup mulut untuk elakkan batuk di depan anak.

6. Jenis pemakanan ibu akan mempengaruhi warna & rasa susu. 

Jika ibu mengepam susu selepas makan makanan yang mengandungi karbohidrat dan lebih protein, susu akan kelihatan lebih pekat berbanding jika perut ibu kosong kerana susu mengandungi khasiat yang ibu makan tadi. Jika ibu kuat makan sayur hijau, susu berkemungkinan bewarna hijau. Dan jika ibu makan makanan yang menyakitkan perut atau yang boleh membuatkan kembung perut, berkemungkinan si anak boleh terkena juga. 

Jadi ibu perlu kawal pemakanan yang baik untuk pastikan khasiatnya sampai ke anak anda. Sebaiknya ibu perlu amalkan vitamin ibu menyusu untuk pastikan badan ibu sihat dan anak mendapat khasiat secukupnya.
vitamin ibu menyusu yang terbaik selain membanyakkan susu badan.

7. Anak-anak yang menyusu susu ibu biasanya mudah untuk makan pelbagai jenis makanan apabila berumur 6 bulan kerana telah diperkenalkan dengan pelbagai rasa sejak dari kecil melalui susu ibu.
 
8. Susu ibu adalah benda hidup berbanding (Formula Milk) FM sifatnya yang '"mati''. Tiada susu tiruan lain dapat menyerupai susu ibu. Malah susu ibu mempunyai bonding yang kuat antara ibu dan anak. Disebabkan itu, kajian mengatakan anak yang minum susu ibu lebih bijak. 

9. Kesimpulannya susah untuk susu ibu tercemar jika kebersihan dijaga dengan baik. Proses menyusukan bayi adalah suatu proses yang menakjubkan. Ibu memberi cukup nutrien dan kasih sayang hanya melalui aliran susu ibu.

10. Jom sahut seruan Dynas untuk menjadikan BREASTFEEDING IS A TREND!


Jika anda mempunyai masalah penyusuan, saya sedia bantu.
Terima Kasih.

Rakan Penyusuan Anda,

Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com