Tuesday, 20 May 2014

BREAKFAST WITH LOVE

Selamat Pagi semua.
Tengok tajuk pun dah teruja dan rasa sangat lapar kan?

saja saya nak berkongsi cerita berkenaan tajuk ini, sebab masa saya mula mengarang, saya baru siapkan satu sarapan indah buat encik usben nak bergegas ke tempat kerja.Semestinya satu sarapan yang sangat ringkas dan mudah dimasak dimana saya pastikan ianya pasti sedap,sihat dan memudahkan encik usben makan.siapa tak sayang suami kan.

sayanggg sangat.. (mata di kelip-kelip kan)

breakfast, sarapan mudah, resipi sihat, resipi cepat dan mudah
simple breakfast for my love

BREAKFAST = SARAPAN PAGI
namapun BREAK-FAST..sepatutnya kena makan dengan cepat.sebab waktu break hanya sekejap sahaja.hehe..ini kalau boleh waktu pagilah kita nak makan nasi lemak 2 pinggan, roti canai sampai 2 keping..siap kuih muih bagai lagi..

kalau orang pantai timur, pastilah popular dengan nasi dagang ataupun nasi kerabunya sebagai sarapan pagi.. wah,sedapnya.memang lagi terliur.. tapi ada beberapa sebab kenapa kita wajib amik breakfast setiap hari dan apa yang bagus diambil untuk badan kita.

Untuk entri kali ini saya nak kongsikan info best ni.sedia untuk menggali ilmu

KENAPA WAJIB AMIK BREAKFAST SETIAP PAGI?


1) Memenuhi Nutrisi Yang Diperlukan Badan Seharian
Hidangan terbaik untuk sarapan pagi adalah yang mempunyai karbohidrat atau berserat tinggi. Makanan seperti oat, bijirin dan roti gandum amat sesuai dijadikan hidangan pada waktu pagi kerana ia membekalkan tenaga dan tidak cepat lapar. 

Namun perlu diingatkan, kita juga perlu elakkan pengambilan nasi sebagai sumber karbohidrat kerana ianya dianggap sangat 'berat' dan mampu membuatkan kita mudah mengantuk dan kelesuan.

2)Kurangkan Berat Badan
Sarapan pagi dengan perut yang masih kosong akan mempercepatkan pembakaran kalori secara lebih efisien.

Nah,ini merupakan info yang baru.Bagi sesetengah orang, mereka beranggapan jika makan sarapan pagi mampu menaikan berat badan. Ada juga yang beranggapan,perlu amik dengan kuantiti yang banyak kerana pembakaran kalori memerlukan banyak makanan.Tidak,ianya satu pemahaman yang salah. Sepatutnya makan pagi perlu diambil dengan kuantiti yag sedikit tetapi dikerapkan pengambilannya.kerana proses pembakaran kalori berlaku setiap waktu.bukan hanya sekali bakar sahaja.

3)Tingkatkan daya tumpuan
Ketika kita bangun pagi, sebahagian besar tenaga dalam bentuk glukosa dan glikogen telah digunakan pada hari sebelumnya. Oleh itu, pengambilan makanan yang berglukosa diperlukan untuk menjana perkembangan otak dan daya tumpuan. Tanpa glukosa, kita akan berasa letih dan kurang tumpuan terhadap kerja yang dilakukan.

Jika kita bekerja dalam sektor yang berat seperti di ladang, di sawah dan di site, pastikan pengambilan glukosa ditingkatkan atau diambil secara kerap kerana kerja-kerja berat seperti ini memprcepatkan proses pembakaran glukosa.Glukosa yang dibakar akan menjadi tenaga yang akan digunakan seharian.

4)Cegah Sakit Jantung
Kandungan serat yang diperoleh daripada bijirin dapat menyerap kolesterol yang terdapat di dalam badan. Penyerapan kolesterol ini sekaligus mengurangkan tahap kolesterol yang boleh membahayakan kesihatan.

Betapa pentingnya sarapan pagi untuk badan kita kan. Jadi, apa menu yang sesuai untuk sarapan pagi kita ni?
Jom semak menu pilihan di dalam carian google ni.
 1- bijirin seperti oat bersam air milo
2- bijirin kanak-kanak seperti honey star/coco crunch bersama susu segar
3-roti telur yang dilengkapi bersama cheese dan sayuran (timun/tomato/salad segar)
4-roti bakar yang disapu mentega dicelup bersama minuman panas

Bagi saya pula,sebagai seorang suri rumah, dengan tugas seharian yang tidak terlalu berat dan berpanas, saya memilih satu menu sarapan pagi yang sangat mudah disediakan..dan pastinya sangat sedapppp..

bangun pagi..shake shake aja..then bersihkan dapur dan siapkan makanan sebelum anak-anak pulak bangun pagi.

ESP, pengedar sah shaklee cheras
ESP dan PEEL FRESH.tambahkan ais sebagai perasa tambahan.lazat punya
Korang semua dah pernah try gabungan mantap ni?
Rugitau tau kalau tak pernah rasa.

Meh pm saya,
segala info akan dikongsikan

Agen: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fb : Nastasha Nordin
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

Salam penuh kasih sayang.


No comments:

Post a Comment