Wednesday 15 October 2014

RESIPI OVERNIGHT OAT YANG SEDAP & MUDAH

Popular sungguh overnight oats ni sekarang ye. Kalau di wall facebook tu rata-rata dah ramai yang mencuba dan cerita keberkesanan resipi ini untuk mengenyangkan perut anda. Wah, menu hebat untuk si diet.

Saya pon dah mencuba resipi ini, alamdullilah tekak boleh terima dan saya rasa sungguh mengenyangkan. Kalau makan pagi, boleh tahan lama jugakla. dan rasa bertenaga. Kirenya macam diet kurang kalori. Bukan diet tanpa makanan tau. Ini first time saya buat. Jom semak resipi overnight oat yang sedap & mudah ni

RESIPI OVERNIGHT OAT
1. Rolled Oat (saya guna Instant Oat sebab dah habis masa beli haritu)
2. Susu Rendah Lemak
3. Yoghurt
4. Buah-buahan yang manis dan masam (saya guna pisang, kiwi, strawbery)
5. Tambahan untuk kekalkan tenaga berpanjangan. Saya guna ESP dan Mealshake


abaikan blender dan periuk tu ye.


Punyalah semangat nak buat resipi ini, saya sampai cari bekas kaca ni. Harga murah aja. Cuba cari di kedai rm2. Bekas kuih raya ni. Boleh juga letakkan dalam bekas kaca recycle macam bekas bollognese ke atau bekas plastik. Dalam bekas kaca ni, sejuk dia lain macam sikit. tu yang sedap dimakan tu.hehehe.





1. Letak beberapa sudu oat di dalam bekas. Elakkan letak terlalu banyak sebab bila diperam semalaman, ianya akan jadi kembang. Sebagai permulaan, saya letak 5 sudu besar sahaja. Oat kaya dengan serat dan kalori yang rendah. 





2. Letakkan 2 sudu yoghurt. Dan saya memilih yoghurt jenis ini sebab ianya tak terlalu masam. tapi bergantung pada selera masing-masing ye. Ada juga yoghurt yang berperisa. Boleh guna juga jika anda suka. Yoghurt sumber kalsium yang baik.





3. Seperti yoghurt, anda boleh juga memilih susu yang berperisa. Pastikan perisanya sesuai dengan rasa yoguart dan buah yang anda pilih. Letakkan susu sehingga oat tenggelam. Jangan terlalu banyak, nanti oat semakin kembang. Susu sumber kalsium yang baik dan rendah lemak.




4. Bagi mengekalkan tenaga, saya letak sesudu ESP dan sesudu Mealshake. Ianya sebagai pelengkap nutrien seharian saya. ESP mengandungi protein tinggi dan Mealshake kaya dengan sumber multivitamin. 



5. Potong nipis buah yang dipilih. Saya pilih buat pisang untuk manis, strawbery untuk masam, kiwi untuk rasa masam dan manis. Lagipon warna yang cantik boleh tarik minat nak makan jugak kan.
Boleh juga letak mangga, kismis, perahan lemon, nenas atau lain-lain lagi. Bergantung pada selera anda tau. Yang terbaik, cari buah yang baik untuk sistem penghadaman anda.



6. Habis..licin. Saya makan 2 hari untuk bancuhan yang sama, saya rasa yang hari kedua lebih rasa sedap berbanding yang pertama mungkin sebab dah lama diperam. Rasa buah pon lebih ketara.


Saya nak cadangkan beberapa perkara:

1- Bagi mereka yang suka rasa manis, boleh campurkan air gula sedikit atau susu pekat sedikit untuk dapatkan perasa manis yang ketara. Saya lebihkan buah pisang untuk dapatkan kemanisannya.

2- Boleh masak dulu oat untuk lembutkan teksturnya. Masak sekejap pon sudah mencukupi. Kalau dah dimasak, susu boleh letak sikit je sebab oat dah tak kembang sangat.

3- Lagi bagus kalau letak oat,yogurt, susu dan buah berlapis-lapis untuk rasa yang lebih blend. Buat 2 lapisan terus.


Baik, saya dah kongsikannya. Selamat Mencuba. Diharap anda dapat khasiat yang terbaik.

Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment