Showing posts with label Set Mengandung Asas (Second & Third Trimester). Show all posts
Showing posts with label Set Mengandung Asas (Second & Third Trimester). Show all posts

Friday, 24 October 2014

DOKTOR CAKAP IBU MENGANDUNG ORANG YANG SELFISH? KENAPA PULAK? - KISAH BENAR

Teringat kisah semasa saya mengandungkan Ariq Ikhwan tahun 2011. Ketika tu dah 7 bulan kandungan. Ada sesi talk bersama dentist kat klinik kerajaan. Kan antara syarat untuk ibu mengandung perlu check gigi at least sekali sepanjang tempoh hamil kan. Rasa malas nak pergi. Tapi sebab anak pertama, gagah juga nak tau semua info. Pepagi buta saya dah ada kat klinik kesihatan. Cewah, kata malas tapi semangat jugak kan. Anak first la katakan.

Masa datang, nurse cakap Doktor lambat sikit sebab ada appoiment dekat luar. Tak apa, tunggu sambil baca-baca info kat klinik tu. Ada juga beberapa orang ibu mengandung yang datang. Bolehla borak-borak sikit. Lepas beberapa minit, Doktor datang. Manis je orangnya, tapi tegas berbisa segala perkongsiannya hari ini.


Isi slide dalam 15 minit pastu sesi borak-borak sikit. Sebab ibu mengandung tak ramai, so boleh la layan berborak jap. Dalam sesi soal jawab tu tetibe telinga 'periuk kuali' ku ini terdengar ayat panas ni,

''...Memang hakikat ibu mengandung ni SELFISH. Tak kisah orang lain, fikir diri sendiri je...''

Eh..eh..sesukahati je. Daku dah datang ni dah tak selfish tau patutnya. Siap datang awal lagi. Walaupon rasa malas nak datang, tetap datang nak kutip info. Tapi makin lama sesi borak-borak tu, dari telinga rasa panas, lama-lama makin sejuk pulak. Rasa betul jugak apa yang Doktor muka manis ni cakap. Terdiam jap tengok diri sendiri.

Rasa terkene setepek..
Rasa terpana sekejap..

Tetibe rasa sayu je..
Rasa kene baling ngan batu..cewah..

Betullah..ibu mengandung ni SELFISH sangat-sangat (termasuklah saya ketika itu). Nak nangis bila nak mengaku betul dengan apa yang Doktor cakap kan tu.

Doktor cakap, ibu mengadung ni akan makan apa yang dia nak je. Apa yang dia rasa sedap je. Ikutkan nafsu makan masa mengandungtu. Kalau dia cakap


"..tak boleh minum susu..rasa nak muntah.."
"..tak boleh makan kurma..tekak kembang.."

''..tak boleh makan ubat..rasa tak sedap tekak..''

Dan dia memang tak akan amik. Lagi bagus makanan tu lagi banyak alasan dia nak makan.






Ibu tak sedar yang itu hanya untuk tekak ibu je. Bukan keperluan pembesaran anak dalam perut tu. Bukan keperluan perkembangan minda anak. Ada ibu mengandung HB low. Bila cakap makan ubat ni bagus. Semua cakap tak boleh telan la. Besar sangat, pahit sangat. Ibu tak kesah kesan dari penyakit itu, apa jadi kat anak dalam kandungan tu nanti.

Ada juga ibu yang suka sangat makan masam atau air bergas atau makanan pelik-pelik. Mengidam kononnya. Tak kan mengidam "sup seliper"?


Ada yang mengidam nak makan jeruk asam je.
Ada yang suka air gas atau air manis-manis.
Ada jugak yang nak benda pelik-pelik macam nak jantung lembu, sate landak..hish ngeri, minta kita semua di jauhkan ya. Kesian kat suami kita kena cari benda-benda ni semua.

Ibu lupa kalau mengidam benda pelik-pelik ni kesannya teruk kat ibu dan anak dalam kandungan. Anak yang baru nak hidup di dunia ni dah tercemar dengan benda-benda tak elok. Kurang berkhasiat. Kesian kat anak. Sebab kehendak ibu, anak tanggung penyakitnya. 


Ada kisah anak asthma teruk sebab ibu suke minum air sejuk masa mengandung. Suka gigit ais memanjang. Katanya nak elak morning sickness. Pada pendapat saya, boleh je, tapi semua benda kita buat kene bersederhana. Tak boleh ikutkan sangat hatitu. Kena fikirkan kesan positif/negetif untuk mak dan anak dulu, baru buat. Lama-lama ibu boleh set mind untuk tidak buat. Berwasatiah ye. Wallahualam. Semoga kita semua terhindar dari segala penyakit berat di dunia ini.

Ok, nak cerita kisah saya. Apa sebabnya saya sentap sangat Doktor cakap ibu mengandung ni SELFISH.


Alkisahnya saya ni suka sangat minum susu. Memang dari kecil saya memang suka minum susu. Tapi bila mengandungkan Ariq Ikhwan, semua jadi terbalik. Tak boleh langsung minum susu. Nak muntahla. Tak sedap la. Rasa macam susu basila. Tapi selepas kene ceramah free tadi, terus terdiam. Terdiam sebab saya memang ikut nafsu diri. Selfish sendiri. Tak fikir hal anak dalam kandungan pon.

Baca sini berapa keperluan kalsium untuk ibu mengandung.

"..kalau tak minum susu atau makan pil kalsium, macam mana tulang anak nak kuat? gigi anak nak cantik dan kuat? jangan fikir ibu tak rasa kaki tangan cramp so cukupla kalsium tu..ibu tau ke anak perlukan berapa nutrien? macam mana dengan protein, karbo, sayur, buah? jangan main ikut sedap tekak je?nanti bila anak dah lahir ada macam-macam penyakit..baru nak tergadah.baru nak meggelabah.mula cakap ni takdir anak..bukan senang nak dapat anak..semua kena jaga..tapi jangan amik mudah.."

Ok serius tersusuk sembilu..selama 7 bulan saya tak nak minum susu. Start dari haritu terus saya minum susu..tak boleh susu biasa yang saya minum, saya try susu kambing. Boleh pulak minum setiap hari. Konpius betul. Tetibe boleh makan kurma. Tak kembang tekak pulak..hehehe. Itu sebab kepala otak ini dah dicuci oleh kata-kata tusukan Doktor manis tu. Dan Alhamdullilah saya boleh terima kata-kata Doktor tadi secara positif. So, positifla result dia.

So ibu-ibu mengandung. Kenala lebih hati-hati. Jangan main sambil lewa je ye. Kene kuatkan semangat. Tak boleh makan ubat, pujuk hati dulu, try sikit. Kuatkan minda. Set dekat minda yang wajib amik untuk kesihatan anak dan ibu..


PERLU..MUST..WAJIB

Show them ibu mengandung tak SELFISH okeh!


Baca sini untuk vitamin ibu mengandung yang selamat dan semulajadi.


Agen: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com


Friday, 12 September 2014

16 TIPS MEMBANYAKKAN SUSU IBU & MEMBUATKAN PENYUSUAN ITU INDAH - BAHAGIAN 1 (SEMASA MENGANDUNG)

Salam Satu Malaysia semua, gembira saya nak kongsikan topik hebat ini kerana saya memang penyokong setia ibu-ibu yang berminat untuk menyusukan anak secara eksklusif.

"menyusukan anak itu indah..tanggungjawab setiap ibu-ibu yg melahirkan anaknya"

Tahniah ibu kerana anda memilih untuk menyusukan anak anda. Anak merupakan permata dari syurga yang sangat bernilai. Sebagai seorang ibu, kita sanggup melakukan apa saja yang terbaik untuk si manja walaupon ianya susah dan perit untuk dilakukan. Dan kenyataannya, menyusukan anak merupakan satu cabaran hebat yang setiap ibu perlu hadapi. Dan saya pasti, ibu-ibu sanggup bukan?

Keputusan ibu adalah yang terbaik. Saya sokong 500%.




Namun pernahkah ibu buat sedikit research berkenaan Tips Menyusukan Anak atau Tips Membanyakkan Susu Ibu atau pon Tips Membuatkan Penyusuan Itu Menjadi Sangat Indah?

Kalau tak pernah, jemput baca 16 Tips Membanyakkan Susu Ibu & Membuatkan Penyusuan itu Indah ini selanjutnya. Untuk menjadikan entry ini lebih eksklusif dan bernilai, saya akan kongsikan secara berperingkat agar ibu mudah buat rujukan dikemudian hari. Selamat membaca =)

16 TIPS EKSKLUSIF MEMBANYAKKAN SUSU IBU & MEMBUATKAN PENYUSUAN ITU MENJADI INDAH.

BAHAGIAN 1 - (PERSEDIAAN KETIKA MENGANDUNG)

Persediaan bagi menyusukan anak yang bakal lahir perlu dibuat ketika mengandung lagi. Ini kerana, seperti yang saya sudah beritahu sebelum ini, penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang sangat sukar. Cabarannya sangat besar. Yang lemah akan mudah mengalah. Yang sudah bersedia, akan terus berjaya.

Ianya tidak boleh pandai hanya dalam satu hari atau satu bulan ataupon satu tahun kita belajar. Tapi sebenarnya ia akan pandai jika kita sudah menjalani proses penyusuan itu sendiri. Jadi, sebelum melahirkan anak, proses ini dikira sebagai proses teori bagi Tips Membanyakkan Susu Ibu & Membuatkan Penyusuan Itu Indah.

Soalan:
Bila ibu boleh bermula mengikuti 16 Tips Membanyakkan Susu Ibu & Membuatkan Penyusuan Itu Indah?

Jawapan:
Seawal ibu mengetahui yang ibu sudah mengandung.

Jom ikuti tips eksklusif ini,

1-Berniat untuk menyusukan anak 
Walaupon ketika belum berkahwin lagi, setiap wanita perlu ada niat untuk menyusukan anak. Ini kerana, Allah menciptakan wanita dengan sifat pelindung dan kasih sayang yang sangat kuat. Pertalian antara ibu dan anak sangat utuh. Jangan niat sebab nak ikut kawan atau sebab trend terkini. Berniatlah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

2-Minta izin suami untuk menyusukan anak
Kebanyakan ibu terlupa untuk meminta kebenaran suami. Jangan sedikitpon membelakangkan mereka. Berbincang dengan suami berkenaan kebaikan dan keburukan ketika proses menyusukan anak. Insyallah suami akan mudah faham dan menyokong ibu kerana keizinan suami akan memudahkan usaha ibu nanti. Malah mereka juga yang akan menjadi tulang belakang menjayakan proses penyusuan ini.


3-Mencari maklumat penyusuan susu ibu 
Ini sangat penting. Dah banyak maklumat yang boleh kita dapat dari internet atau buku tentang kebaikan penyusuan susu ibu. Rajinkan membaca dan kongsikan dengan suami anda. Percayalah, mereka sangat suka dan excited ingin belajar.

4-Cari kumpulan sokongan penyusuan susu ibu
Sekarang ini, sudah banyak kumpulan yang dibina untuk membantu bakal ibu dalam menjayakan proses penyusuan mereka. Untuk lebih mudah, di FB banyak kumpulan yang ibu boleh join dan bertanyakan pendapat atau baca setiap soalan dari kumpulan. Ini antara proses pembelajaran yang mudah dan cepat untuk ibu fahami proses penyusuan nanti. Sebaiknya cuba bina ukhwah dengan kawan maya yang ibu rasakan terbaik untuk ibu rujuk di kemudian hari.

5-Mencari kawan rapat yang sudah berjaya dalam penyusuan mereka
Ini antara tips penyusuan hebat yang sangat bagus. Saya berjaya kerana ada kawan-kawan hebat yang sedia membantu ketika waktu susah saya. Sebaiknya cuba belajar secara direct ketika mereka menyusukan anak. Dengan ini, ibu akan nampak secara praktikal cara untuk menyusukan anak kelak. Malah senang ibu nak rujuk jika ada perkara yang tidak difahami kelak.

6-Bersalin di Hopital Rakan Bayi
Hospital Rakan Bayi ialah hospital yang support breastfeeding. Sekarag dah banyak hospital berdaftar yang memegang polisi 'ibu perlu menyusukan nak'. Mereka tidak akan benarkan ibu membawa formula milk melainkan atas nasihat doktor. Disebabkan polisi mereka inila, ibu akan dibantu oleh nurse dan doktor cara-cara untuk menyusukan anak. Bagi yang first timer, ianya satu bonus untuk kalian belajar secara live. Anda boleh google untuk survey Hospital Rakan Bayi yang terdekat.

7-Berkenalan dengan Lactation Counsellor
Lactation Counsellor antara pakar dalam penyusuan secara berdaftar. Boleh bertemu mereka di kelas-kelas penyusuan atau kawan terdekat dan ambil contact number agar mudah mengenali dan bertanyakan tentang penyusuan susu ibu kelak.

8-Rajin ke kelas penyusuan susu ibu
Kebanyakan hospital rakan bayi (hospital kerajaan pon banyak) sangat menyokong penyusuan susu ibu. Jadi mereka akan adakan kelas ringkas atau berbayar berkenaan penyusuan susu ibu. Ibu boleh bertanya dengan pakar penyusuan susu ibu untuk membantu melancarkan proses penyusuan ibu nanti. 

9- Membuat persediaan kelengkapan penyusuan susu ibu (pam,botol,milk storage dll)
Survey.Itulah yang terbaik.Ibu perlu tau kelengkapan untuk penyusuan susu ibu nanti. dan cari jenama yang terbaik yang sesuai dengan kerja ibu seharian. Bertanyalah kepada pakar.
baca sini untuk kelengkapan penyusuan

10- Fahami keadaan puting susu ibu sendiri (nipple)
Kejadian Allah ini pelbagai, ada ibu yang mempunyai puting yang timbu, ada juga yang tenggelam. Bagi puting yang tenggelam, itu bukan alasan untuk tidak menyusukan anak. Ada cara untuk timbulkan ia. 

Untuk puting tenggelam (flat nipple atau inverted nipple), ibu perlu menarik sedikit puting kehadapan ketika mandi, jika ianya kerap dilakukan, keadaan puting boleh timbul sedikit. Ibu amalkan selalu ya. Insyallah ianya berhasil.

Lagi satu saya cuba kongsikan, ibu jangan pernah berfikiran negetif denagn saiz payudara. Kecil tidak melambangkan susu ibu kurang. Sudah ramai kawan saya yang  berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun dengan payudara sebesar bola tenis. PERCAYALAH.


gambar normal nipple (puting timbul), flat nipple (puting tidak timbul), inverted nipple (puting tenggelam)

11-Ibu perlu selalu cuci puting susu ibu sendiri
Walaubagaimanapon bentuk puting ibu, ibu perlu cucikan selalu. Cuci bermaksud ibu perlu gunakan cotton bud (pengorek telinga) dan minyak zaitun untuk hilangkan daki-daki atau kekotoran di puting. Selama ini kita tak tau apa yang dah melekat di sana.mungkin ketika mandi,sisa sabun boleh juga melekat. Ia akan menyebabkan lubang/saluran susu tertutup dan tersumbat. Ini antara sebab susu tak keluar di awal kelahiran nanti. Tapi jangan terlalu over membersihkannya,takut puting luka.Hati-hati ibu.

Untuk pengetahuan ibu, saluran susu seperti shower mandian di toilet kita. Banyak lubangnya. Pada awal kelahiran, baby sendiri perlu membuat saluran susu sendiri. Disebabkan itu, baby perlu menyusu dengan ibu seawal mereka dilahirkan. Jika saluran susu kita tidak tersumbat atau tertutup, baby boleh membuat salurannya dengan mudah. dan penghasilan susu semakin lancar.

**jika ibu tidak jelas dengan tips ini, boleh komen dibawah ya.Lebih baik contact saya terus.Saya akan terangkan dengan lebih jelas lagi untuk elakkan masalah/luka pada puting susu ibu.

12-Sediakan pakaian menyusu yang memudahkan ibu
Selain dari kelengkapan menyusu, ibu perlu juga survey berkenaan pakaian menyusu. Seperti bra menyusu, baju yang sesuai dipakai ketika menyusukan anak, nursing cover dan sebagainya. Ada ibu tutup dengan tudung besar yang dipakainya. Terpulang asalkan selesa. Be creative ibu. Beli atau survey sedikit dahulu kerana ibu belum fasa praktikal lagi.Baru dalam fasa teori.

13-Terangkan pada keluarga keinginan anda untuk menyusukan anak
Support keluarga sangat penting dalam hal yang sukar ini. Lebih-lebih lagi jika ibu berpantang dengan keluarga. Pastikan keluarga tahu kelebihan susu ibu dan sentiasa menyokong susah senang kalian ketika menyusukan anak. Kena sentiasa amalkan konsep, more demand, more supply.

14- Sentiasa berfikiran positif
Mesti ibu pernah dengar tentang kisah ngeri menyusukan anak bukan? Tutup telinga dan senyum sahaja. Sebab ibu perlu berfikiran positif, setiap yang berlaku kerana Allah ingin mengajar dan membuatkan kita lebih matang. Bagi saya, setiap cerita gembira, sedih atau ngeri perlu diambil kira dengan positif dan mula pertimbangkan sebagai pengalaman kita nanti.

15- Jangan berhenti belajar
Seawal mengandung sekali pon, ianya permulaan yang bagus untuk belajar. Jangan pernah fikir, selagi belum nampak perut, belum masa untuk belajar ilmu penyusuan. Teruskan belajar bersungguh-sungguh ya. Ambil sekerap mana ilmu dari buku, alam maya atau rakan taulan. Anda akan lebih bersedia nanti.

16- Makan makanan berkhasiat untuk ibu dan bayi
Rahsia untuk membanyakkan susu ibu bukan hanya ketika ibu sudah melahirkan anak. Ibu perlu membuat persediaan seawal mengandung lagi dengan makan makanan berkhasiat dan berkualiti. Ini akan membuatkan badan ibu kekal bertenaga dan bersemangat. Ibu tidak mudah jatuh sakit dan sentiasa positif. Sifat inilah akan membina mind set yang bagus sekaligus hormon prolaktin akan terhasil. 

Kebanyakan ibu tidak mahu makan vitamin yang dibekalkan oleh doktor berikutan bau dan rasa yang kurang memuaskan. Ini satu tindakan yang kurang baik kerana tindakan ini akan memakan diri sendiri dan bayi anda juga. Cari inisiatif terbaik bagi mengatasi masalah ini. Jangan dibiarkan sahaja. 




Saya mencadangkan pengambilan SET MENGANDUNG SHAKLEE kerana ianya satu pilihan yang bijak.Seawal mengandung saya amalkan set ini tanpa mengambil vitamin tambahan dari hospital. 

Baca disini kenapa saya memilih untuk amalkan SET MENGANDUNG SHAKLEE

Sebagai agen shaklee, saya tidak akan janjikan ‪#‎setpenyusuanshaklee‬ kami akan benar-benar membanyakkan susu ibu selagi saya tidak pastikan ibu-ibu semua ikuti semua 16 Tips Membanyakkan Susu Ibu & Membuatkan Penyusuan Itu Indah yang telah saya kongsikan. Semua tips ini saya lahirkan dari pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan sepanjang proses kami menyusukan anak.


Saya percaya, dengan perkongsian hebat ini, ibu akan menjadi semakin berkeyakinan tinggi dan menanam azam yang kuat untuk teruskan impian untuk menyusukan anak. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Bertemu kita di bahagian 2:
TIPS MEMBANYAKKAN SUSU IBU & MEMBUATKAN PENYUSUAN ITU INDAH - BAHAGIAN 2 (SESUDAH MELAHIRKAN ANAK)

Tanpa usaha,mimpi tidak menjadi kenyataan,
Usaha yang kuat dan keazaman yang tinggi mampu membuahkan hasil yang indah.
Percayalah ibu. Anda akan berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun!


Jika ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi

Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

Thursday, 22 May 2014

SET MENGANDUNG SHAKLEE: VITAMIN TERBAIK & SELAMAT UNTUK IBU MENGANDUNG

Menjadi kebiasaan pasangan yang baru berkahwin akan mula fokuskan kepada mendapatkan cahayamata. Bagi mereka ianya merupakan 'lambang cinta' sebagai penyatuan perkahwinan mereka.


Tahniah kepada semua ibu-ibu yang sedang mengandung atau yang sedang berusaha mendapatkan cahayamata.Sejujurnya bukan mudah kita nak mendapatkan rezeki yang tidak ternilai ini dari yang maha Esa. Disebabkan itu, sepatutnya kita sudah prepare beberapa keperluan asas sepanjang proses kehamilan ini.

vitamin terbaik & selamat untuk ibu mengandung, tips banyakkan susu ibu


Set Mengandung Shaklee merupakan rangkaian Vitamin Terbaik & Selamat untuk Ibu Mengandung.Kerana ianya memenuhi segala nutrisi yang ibu perlukan sepanjang kehamilan.

Set Mengandung Shaklee ini lengkap kerana ia merupakan kunci utama untuk memastikan ibu kekal sihat, bertenaga, dapat mengawal masalah morning sickness,menghasilakan susu yang berkualiti serta badan yang cergas sepanjang kehamilan. 

Saja saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri dimana saya mengamalkan Set Mengandung Shaklee yang Optimum dan Terbaik sepanjang tempoh kehamilan saya yang kedua (2012). Syukur alhamdullilah kerana masalah yang saya hadapi semasa kehamilan kedua ini tidak seteruk semasa saya hamilkan anak sulung. Lebih-lebih lagi tempat kerja yang jauh memang menguji tahap kesihatan saya seharian. Dan anak sulung masih lagi menyusu badan ketika itu.

Semasa mengandungkan anak pertama (2010), saya hanya mengambil vitamin yang dibekalkan oleh klinik kesihatan. Hasilnya saya kerap sembelit disebabkan pil coklat yang dibekalkan. Bau vitamin yang kuat juga menyebabkan saya rasa mual dan muntah-muntah.

Akhirnya saya stop makan vitamin yang dibekalkan dan hanya amik obimin yang dibeli di klinik swasta sebagai multivitamin badan.Manakala vitamin C dan minyak ikan saya beli berasingan di farmasi. Itu pon hasil dari pembacaan di internet tentang pentingnya vitamin ini semasa mengandung. Semasa itu, ianya tidak dibekalkan di klinik kesihatan.

Susu yang saya sangat gemar pon saya tidak boleh telan disebabkan terlalu ikutkan perasaan. Sehinggalah saya mendengar ceramah 'Kesihatan Ibu Mengandung' di klinik kesihatan oleh doktor yang bertugas,

''...ibu mengandung ini memang selfish..(tersentak bila dengar)..ikut tekak je nak makan apa,nak minum apa. tak pernah fikir pasal keperluan bayi,pasal pentingnya pengambilan susu dan vitamin. kalau rasa tak boleh telan, tak pernah pon nak usaha untuk atasinya. yang pasti hanya nak anak sihat,anak sempurna,tapi masih tidak menjaga makanan dan minuman..hanya ikut kesedapan tekak..''

ok serius saya sentap. panas jugak telinga dengar. Jadi, inilah pengajaran semasa saya mengandungkan anak kedua yang mana saya seawalnya sudah survey berkenaan Set Mengandung Shaklee Optimum & Terbaik. Sebab ianya lengkap dan tidak perlu dibeli secara berasingan. Yang lagi bertambah yakin, ianya terbukti selamat. Tidak ada bau yang meloyakan. Tanpa ragu-ragu saya terus jadi ahli.


Bagi saya memang mendalam kata-kata doktor klinik kesihatan tu. Memang saya akui sangat-sangat.Meh saya kongsikan pandangan pakar pulak. Mesti kalian kenal Dr. Hamid Arshat kan?




Walaupon saya sangat berpuas hati dengan Set Mengandung Shaklee ini,
Namun sering kali timbul pelbagai persoalan bila dikaitkan pengambilan vitamin tambahan untuk ibu mengandung ini. Jom kita baca soalan popular berkaitan dengan Set Mengandung Shaklee:

1)Mengapa Set Mengandung Shaklee ini dikatakan lengkap?

Set Mengandung Shaklee mengandungi: 

-Vitalea Multivitamin - vitamin lengkap terdiri daripada 28 vitamin
-B compleks - merupakan himpunan semua vitamin B dan mempunyai asid folic
-Vitamin C Sustaine Release - meningkatkan imunisasi badan untuk ibu dan bayi
-Ostematriks - sumber kalsium untuk proses pembentukan tulang dan gigi bayi.
-Omega Guard - mempunyai DHA untuk proses pembentukan minda bayi
-Energizing Soy Protein (ESP) - sumber protein untuk menghasilkan sel-sel baik untuk badan.

Semua khasiat dan kepentingan Set Mengandung Shaklee ini akan diterangkan lebih terperinci kemudian.

2)Bila saya boleh mula consume Set Mengandung Shaklee?

Sebaiknya sesudah mengetahui anda sudah mengandung.
Selalunya kehamilan dapat diketahui jika kita lewat datang bulan,jika test pregnancy menunjukkan tanda positive, kita dah boleh start consume Set Mengandung Shaklee.

3)Betul ke pengambilan Asid Folic perlu sebelum mengandung?

Betul. Sebaiknya Asid Folic perlu diambil 3 atau 6 bulan sebelum mengandung.Dalam Set Mengandung Shaklee, B Compleks mempunyai Asid Folic yang bertujuan mengurangkan kecacatan pada saraf tunjang, kurangkan masalah keguguran dan mengurangkan masalah kurang darah merah (anemia).

Selain itu,pengambilan B Compleks untuk lelaki membantu untuk mengurangkan kecacatan pada kromosom sperma lelaki. Jika pengambilan B Compleks konsisten, insyallah proses kehamilan atau peluang untuk hamil amat tinggi.

4) Jika dah amalkan Set Mengandung Shaklee, perlukah amalkan vitamin yang dibekalkan oleh Klinik?

Tidak perlu. Kerana kandungan Set Mengandung Shaklee ini sudah lengkap dan selamat untuk ibu mengandung.

5) Adakah Set Mengandung Shaklee ini berbau dan mempunyai pewarna tiruan?

Tidak. Semua vitamin shaklee di dalam Set Mengandung Shaklee ini tidak mempunyai pewarna tiruan dan berbau kerana ianya vitamin yang natural dan semulajadi. Malah tidak diragu sumber halalnya.

6) Bagaimana saya nak dapatkan consultation sebelum saya amalkan Set Mengandung Shaklee ini?

Sebarang soalan boleh terus hubungi saya sebagai Pengadar Shaklee yang dipercayai di sini:
Call/Msg/Wasap: 0129334940 (Fast Reply)

Saya akan consult dan guide sebaiknya mengikut keperluan dan budget anda.

Percaya atau tidak, kebanyakan ibu-ibu sangat berkira jika ianya melibatkan vitamin tambahan. Mereka lagi sanggup habiskan ratusan ringgit untuk barang seperti baju, tudung dan barang kecantikan.

Namun, ramai juga ibu-ibu yang sanggup laburkan ratusan ringgit hanya untuk dapatkan yang terbaik dan selamat untuk anak-anak mereka lebih-lebih lagi anak yang masih didalam kandungan yang kita sendiri tidak pasti proses perkembangan dan kesihatannya.

Disebabkan itu, Set mengandung Shaklee ini dibahagikan mengikut set-set mengikut budget dan keperluan anda.

Set Mengandung Shaklee ini terdiri daripada 3 set iaitu:

bila boleh makan set mengandung shaklee, testimoni set mengandung shaklee

(1) Set Mengandung Asas (First Trimester)

bila boleh makan set mengandung shaklee, testimoni set mengandung shaklee

(2) Set Mengandung Asas (Second & Third Trimester)

set mengandung asas, set mengandung shaklee, set budget mengandung, vitamin tambah darah, hb low, ibu hamil, ibu sembelit ketika hamil, masalah ketika mengandung,testimoni set mengandung, mudah bersalin dengan shaklee

(3) Set Mengandung Optimum & Terbaik


Mudah bukan?
Kini anda sudah mempunya satu Set Mengandung yang sangat lengkap dan selamat untuk ibu mengandung.

Tapi jangan terkejut jika saya katakan yang anda juga sudah mempunyai Set Bersalin Shaklee yang ternyata sesuai untuk normal atau operate. Begitulah terbaiknya vitamin shaklee ini kerana penggunaanya menyeluruh dan tidak terikat. Set Mengandung Shaklee boleh digunakan menjadi Set Bersalin Shaklee dan ianya ternyata selamat dan terbaik untuk bayi anda.
Anda cuma perlu tambahkan Zinc Compleks sahaja bagi melengkapkan Set Bersalin Shaklee anda.

Apa kebaikan semua vitamin di dalam Set Mengandung Shaklee ini?


(1) VITALEA MULTIVITAMIN

-gabungan 28 jenis vitamin membentuk satu vitamin hebat dan terbaik dimana ianya merupakan multivitamin pertama yang dicipta didunia.

-vitalea mengandungi zat besi yang mana ianya membantu mengatasi masalah kelesuan, tidak bertenaga, kerap mengantuk dan keletihan berpanjangan.

-membantu membaiki dan meningkatkan hb darah darah untuk ibu mengandung.

-elakkan masalah anemia (kekurangan darah merah)


(2) B COMPLEKS

-gabungan mantap 8 vitamin B yang yang lengkap dengan Asid Folik dan Biotin.
-Asid Folik membantu untuk proses perkembangan dan pembentukan bayi.
-membantu mengurangkan kecacatan pada saraf tunjang, kurangkan masalah keguguran dan mengurangkan masalah kurang darah merah (anemia).
-B Compleks juga vitamin anti stress, bila tidak stress,penghasilan susu lebih lancar dan baik.


(3) VITAMIN C SUSTAINE RELEASE

-mengandungi 500mg sumber vitamin C
-merupakan anti oksidan dimana ianya membantu mengukuhkan sistem imunisasi badan untuk ibu dan bayi.
-kekurangan vitamin C didalam badan merencatkan penyerapan zat besi.bila zat besi kurang diserap, badan menjadi sangat lemah dan kerap lesu letih.


(4) OSTEMATRIKS

-sumber kalsium membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.lagi kuat tulang kita,lagi kukuh badan ibu dan bayi.
-membantu elak sembelit
-membantu mendapatkan tidur yang lena
-mengandungi magnesium bagi mengatasi masalah gestrik atau tidak selesa perut
-mengelakkan masalah cramp atau simpul biawak dibahagian kaki atau seluruh badan.


(5) ENERGIZING SOY PROTEIN

-protein berasaskan soya yang diproses dengan baik bagi mengekalkan genetik soya itu sendiri.Ianya dikenali sebagai non-GMO produk (Genetic Modified Organism).ESP TIDAK diubah genetiknya.
Contohnye: tembikai biji putih merupakan GMO produk dimana ia dipaksa untuk menukar genetik untuk cepat masak bagi menampung permintaan yang tinggi.
-protein penting bagi membentuk sel-sel badan.dimana sel-sel badan ini akan bercantum menjadi satu sistem di dalam badan.cuba bayangkan jika dari awal, sel yang terbentuk tidak berkualiti dan tidak sihat,bagaimana jika ia digabung menjadi satu sistem nanti.



(6) OMEGA GUARD

-membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi
-omega guard membantu menstabilkan gula dalam darah bagi ibu yang menghidap masalah GDM semasa mengandung.
-membantu mengurangkan masalah allergic pada bayi lebih-lebih lagi jika ada sejarah keluarga yang menghidap allergic atau asthma.


Pastikan vitamin yang diambil oleh ibu mengandung benar-benar selamat dan halal.Dan pastinya terbaik.

Macam mana nak tau Set Mengandung Shaklee ini memang terbaik?
Jom kita baca beberapa testimoni dari customer yang sudah mengamalkan Set Mengandung Shaklee ini:






Alhamdullilah saya hanya akan berkongsi sesuatu yang terbaik untuk anda.Disebabkan itu saya 100% PERCAYA akan kebaikan 

SET MENGANDUNG SHAKLEE MERUPAKAN VITAMIN TERBAIK & SELAMAT UNTUK IBU MENGANDUNG.

Anda mahu mencuba?


Agen: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com