Showing posts with label Vitamin membanyakkan susu ibu. Show all posts
Showing posts with label Vitamin membanyakkan susu ibu. Show all posts

Thursday, 4 December 2014

1001 SOALAN BERKENAAN PENYUSUAN SUSU IBU - BAHAGIAN 1

Semasa hamil, badan akan meningkatkan penghasilan hormon yang dipanggil prolaktin. Hormon ini akan merangsang sel dalam payu dara untuk menghasilkan susu. Jumlah prolaktin ini akan meningkat semasa anda menyusukan bayi. Hormon ini akan dihasilkan dari ibu hamil sehingga selesai menyusukan anak. Mengikut kajian, hormon prolaktin lebih tinggi terhasil semasa waktu malam.

tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee sri penara, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya, keburukan set penyusuan Shaklee, esp banyakkan susu badan, set budget Shaklee, Shaklee, pakar penyusuan susu ibu
Lebih jelas dengan maksud gambar ni kan? comel je hormon oksitosin tu kan.


Oksitosin merupakan sejenis hormon lagi yang meningkat ketika hamil. Hormon ini menyebabkan sel otot kecil payu dara mengecut dan memerah susu keluar dari saluran susu ke puting. Proses ini dikenali sebagai refleks pengaliran turun yang berlaku setiap kali anda menyusukan bayi. Hormon ini akan dihasilkan dari ibu hamil sehingga selesai menyusukan anak.

Saiz payu dara bukanlah merupakan faktor yang mempengaruhi pengeluaran susu. Bayi yang sedang menyusu itulah yang mengawal pengeluaran susu. Dengan kata lain, semakin kerap anda menyusukan bayi semakin banyak susu akan dihasilkan.


tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee sri penara, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya, keburukan set penyusuan Shaklee, esp banyakkan susu badan, set budget Shaklee, Shaklee, pakar penyusuan susu ibu



Mengapa susu badan dianggap terbaik?

Susu ibu dan susu formula (susu tin) adalah berbeza. Susu ibu bukan sahaja menyediakan kesemua protein, gula, lemak dan vitamin yang diperlukan oleh bayi untuk menjadikannya sihat, tetapi faedah-faedah lain yang tidak terdapat di dalam susu formula. Ia membantu melindungi bayi dari serangan sesetengah penyakit dan jangkitan. Disebabkan bahan-bahan perlindungan (antibiotik) yang terdapat di dalam susu ibu inilah, maka kanak-kanak yang diberi susu ibu jarang sekali diserang penyakit/masalah berikut:
  • Jangkitan dalam telinga (otitis media)
  • Alahan
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Pneumonia, bunyi ronkus, bronkiolitis
  • Meningitis
Kajian juga telah menunjukkan bahawa penyusuan dengan susu ibu dapat melindungi bayi dari serangan Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).
Faedah.faedah susu ibu yang lain, termasuklah:
  • Mudah untuk dihadamkan oleh bayi.
  • Tidak perlu disediakan.
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan sentiasa terdapat bekalan yang mencukupi.
  • Ia baik untuk alam sekitar kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak yang perlu dibuang ke dalam tong sampah.
Penyusuan susu ibu juga dapat memberikan sentuhan fizikal, menjalin kemesraan dan mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayinya.
Dari segi kesihatan terdapat banyak faedahnya:
  • Membakar lebih banyak kalori dan membantu mengembalikan semula berat badan anda yang dahulu dengan lebih cepat.
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser ovari dan kanser payu dara di kalangan wanita yang belum putus haid.
  • Membina kekuatan tulang serta mencegah kepatahan tulang ketika usia lanjut.
  • Melambatkan kedatangan semula haid selepas bersalin, oleh itu dapat menjarakkan kehamilan (anda perlu ingat bahawa menyusukan bayi sahaja tidak dapat mencegah kehamilan).
  • Membantu rahim kembali kepada saiz asalnya dengan cepat.
Lebih lama anda menyusukan bayi anda dengan susu sendiri, lebih banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh anda dan bayi, dan lebih lama pula kebaikan itu dapat bertahan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pakar-pakar kesihatan menyarankan ibu-ibu supaya menyusukan bayi mereka seberapa lama yang boleh, satu tahun atau lebih lama, kerana susu ibu merupakan pemakanan yang terbaik di samping dapat melindungi bayi dari serangan penyakit atau jangkitan.


Siapakah yang dapat membantu di dalam penyusuan?

Selepas membuat keputusan untuk menyusukan bayi anda dengan susu sendiri, adalah baik jika anda memperolehi sokongan sosial dari keluarga dan rakan-rakan. Walaupun si bapa tidak dapat merasakan kemesraan yang wujud ketika penyusuan, mereka juga berpeluang berkongsi saat-saat indah dan istimewa yang lain bersama bayi mereka. Adik beradiknya yang lebih tua boleh membantu dengan memegang bayi, menukarkan lampin dan bermain -main dengannya.

Sebelum bersalin, pelajari seberapa banyak yang boleh mengenai penyusuan susu ibu. Membaca, menonton televisyen atau video mengenai penyusuan dan berbincang sesama rakan lain yang pernah menyusukan bayi boleh membantu anda dalam perkara ini. Anda boleh menghadiri kelas mengenai penyusuan susu ibu. Kebanyakan hospital, klinik kesihatan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela kesihatan mengadakan khidmat ini. Sumber-sumber seperti yang tercatat di bawah ini boleh juga membantu anda:
  • Pakar Obstetrik dan Pediatrik.
  • Jururawat/Bidan.
  • Kaunselor Penyusuan di hospital yang berhampiran.
  • Anggota kesihatan di klinik yang berdekatan boleh membantu anda sekeluarga mengenai teknik-teknik penyusuan susu ibu dengan betul.
Sebelum bayi anda dilahirkan, anda perlu memberitahu doktor bahawa anda telah membuat keputusan untuk menyusukan bayi anda dengan susu sendiri. Cara yang terbaik untuk memulakan penyusuan bayi adalah selepas 1 jam bayi dilahirkan. Semasa anda berada di hospital, anda perlu berada di sisi bayi sepanjang masa. Mendampingi bayi setiap ketika dapat membantu menjayakan penyusuan anda.

Berbincanglah dengan pakar Obstetrik dan Pediatrik untuk memastikan ubat-ubat yang anda ambil tidak membahayakan bayi anda melalui penyusuan. Walau bagaimanapun, kebanyakan ubat tidak memudaratkan, oleh itu anda tidak perlu merasa risau.


Adakah saiz payudara penting bagi menjayakan penyusuan susu ibu?

Saiz payu dara bukanlah suatu masalah. Payu dara yang lebih besar bermakna ia mengandungi lebih banyak tisu lemak. Ini tiada kaitannya dengan penghasilan susu. Jarang sekali seseorang wanita itu dilahirkan dengan kekurangan tisu glandular sehingga boleh menjejaskan usahanya untuk menyusukan bayi secukupnya. (Sebenarnya, wanita yang mempunyai payu dara kecil lebih mudah mengaturkan kedudukannya ketika menyusu berbanding mereka yang mempunyai payu dara yang besar).

Apabila bayi anda dilahirkan, ia pasti akan mendapat susu yang cukup, jika:
  • Ia disusukan sekurang-kurangnya 10 -12 kali sehari.
  • Menjelang hari ketiga, bayi akan membuang air kecil sekurang-kurangnya 3 - 4 kali sehari dan air besar sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari. Pada hari ke 6 bayi akan membuang air kecil 6 - 8 kali sehari dan air besar 2-3 kali sehari.
  • Air kencing berwarna kuning pucat dan bukannya berwarna kuning pekat atau berwarna oren.
  • Bayi akan kehilangan tidak lebih 10% dari berat badannya semasa lahir, dan memperolehinya semula semasa melakukan pemeriksaan di minggu kedua . Selepas itu berat badannya akan stabil.
  • Bayi akan tidur lena selepas menyusu dan kelihatan sihat dan ceria.

Jangan merasa risau semasa menyusukan bayi. Bayangkan yang anda sedang menyusukan bayi anda dan susu anda mengalir dengan begitu baik. Semuanya akan berjalan dengan baik.

Sumber dari FB ini. Terima kasih di atas perkongsian ilmu

Baca sini untuk 1001 Soalan Berkenaan Penyusuan Susu Ibu - Bahagian 2

tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee sri penara, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya, keburukan set penyusuan Shaklee, esp banyakkan susu badan, set budget Shaklee, Shaklee, pakar penyusuan susu ibu

Hanya berkongsi kegembiraan seorang kawan penyusuan. Beliau sangat gembira dapat hasil susu yang banyak dan kelihatan amat pekat untuk si manja tersayang. Sesungguhnya usaha murni beliau ini dipermudah Allah.

Jika anda mahukan Tips Penyusuan Susu Ibu serta inginkan teman penyusuan yang boleh 'post mortem masalah penyusuan anda' , saya sedia bantu. 

Pakar Penyusuan Susu Ibu


Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

Wednesday, 3 December 2014

PENDEDAHAN TERBARU - KESAN NEGATIF SUSU IBU UNTUK ANAK

Ibu-ibu perasan tak bila kita pam susu, 3 minit pertama, susu jadi cair sikit then 3 minit seterusnya susu akan nampak lebih pekat dan berminyak. Ini yang dinamakan kandungan susu ibu perahan yang penuh dengan foremilk (susu awal) dan hindmilk (susu akhir). Baca lebih disini.<---


Hal ini berlaku biasanya, apabila bayi menyusu hanya untuk beberapa minit sahaja pada sebelah payudara dan terus bertukar ke payudara sebelah lagi. Akibatnya, bayi hanya mendapat foremilk yang berlebihan sebelum mendapat hindmilk. Sama juga dengan susu yang diperah, sebaiknya payudara di perah sehingga ketitisan terakhir untuk dapatkan kedua-dua foremilk dan hindmilk supaya susu lebih seimbang dengan segala vitamin, karbohidrat, protein dan lemak.

tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee sri penara, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya, keburukan set penyusuan Shaklee, esp banyakkan susu badan, set budget Shaklee, Shaklee, pakar penyusuan susu ibu


Oleh itu, ibu harus menyusukan bayi sehingga kenyang iaitu sehingga ia mendapat hindmilk pada sebelah payudara sahaja. Manakala payudara yang satu lagi hendaklah di perah untuk mengelakkan daripada mengalami bengkak susu. Jika selepas beberapa minit kita terus pindah payudara, pasti bayi kita belum mendapat hindmilk (susu akhir) dan terus berpindah untuk mendapatkan foremilk sekali lagi daripada payudara yang sebelah lagi. Ini merupakan satu kesilapan yang membawa kepada beberapa kesan pada bayi. Nak tau kesannya? Cuba lihat beberapa fakta di bawah untuk memastikan sama ada anak kita mendapat kandungan susu yang tidak seimbang.


SIMPTOM KETIDAKSEIMBANGAN FOREMILK DAN HINDMILK


1) Najis bayi yang kehijauan diselangi sakit perut
2) Bayi banyak meludah/ keluar liur yang banyak
3) Bayi tidak kenyang dan sentiasa ingin menyusu
4) Gassiness
5) Najis berdarah
6) Tumbesaran yang perlahan
7) Bayi mengalami diaper rash disebabkan najis berasid
8) Bayi mengalami pergerakan usus serta merta selepas penyususan

Hal di atas disebabkan kandungan foremilk yang berlebihan (oversupply) di mana, bayi kenyang awal (hanya dengan foremilk) dan tidak sempat mendapat hindmilk. Ia juga disebabkan penyusuan yang sekejap.

Contohnya seperti kita orang dewasa, kalau banyak sangat minum air, akan dapat kembung perut kan. Dan kita akan rasa kenyang disebabkan perut dah terlalu sebu banyak air. Bukan kenyang disebabkan makanan.


CARA MENGATASI KETIDAKSEIMBANGAN FOREMILK DAN HINDMILK


1) Susui bayi lebih lama sehingga kenyang pada satu payudara. Iaitu sehingga ibu merasakan payudara menjadi ringan.

2) Jika ibu merasa bahawa ia mengalami 'oversupply', cuba pam dahulu sebelum menyusukan bayi untuk pastikan bayi dapat kedua-dua khasiat susu tersebut.

3) Untuk merawat ketidakseimbangan  foremilk & hindmilk ni, cuba selang selikan penyusuan antara payudara pada setiap 12 jam hingga 24 jam.


tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee sri penara, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya, keburukan set penyusuan Shaklee, esp banyakkan susu badan, set budget Shaklee, Shaklee, pakar penyusuan susu ibu


Ibu dah faham berkenaan foremilk (susu awal yang kelihatan cair) dan hindmilk (susu akhir yang kelihatan lebih pekat). Kalau masih kurang jelas, sila komen ya, saya akan kongsikan lagi.

Cuba tengok testimoni di atas ini, ini bukan hasil dari hindmilk atau foremilk. Ini hasil selepas mengamalkan Set Penyusuan Susu Ibu Shaklee. Set ini membantu untuk ibu-ibu membanyakkan susu ibu sekaligus menambah kualiti dah khasiat susu ibu mereka. saya juga sudah membuktikannya.

Apa yang dimaksudkan susu without ESP dan susu with ESP? (seperti dalam gambar diatas).Baik saya terangkan.

Kita semua tahu, perahan 3 minit pertama akan menghasilkan foremilk yang kita tau lebih kandungan air dan ternyata ianya lebih cair. Perahan seterusnya akan lebih pekat disebabkan hindmilk yang terhasil. Tapi selalunya hasil hindmilk dan foremilk tadi akan bercampur sama-sama di dalam satu botol kan? Dan kita tak tau bila masa hindmilk atau foremilk akan keluar.

Hasil kedua-dua (foremilk dan hindmilk) sudah digabungkan didalam satu botol. Jadi dengan pengambilan Set Penyusuan Susu Ibu Shaklee ini, kadar kepekatan yang terdiri daripada lemak akan lebih di dalam susu ibu perahan tadi tidak kira di dalam foremilk atau hindmilk. Kerana Set Penyusuan Susu Ibu Shaklee ini, membekalkan beberapa vitamin hebat untuk membantu menghasilkan susu yang lebih berkualiti dan berlemak. Berpatutan dengan pembesaran si anak yang perlukan lebih vitamin dalam diet seharian mereka.

Erm..ibu jelas tak apa yang saya nak kongsikan ni? hehhe.
Maksudnye Set Penyusuan Susu Ibu tadi mampu menambah kepekatan di dalam susu ibu. Kepekatan ini ialah hasil dari kandungan lemak yang maximum untuk keperluan si anak. Beza warna susu yang diperah tanpa dan dengan Set Penyusuan Susu Ibu Shaklee menentukan kualiti susu ibu.

Ketahui khasiat Set Penyusuan Susu Ibu Shaklee ini dan saya kongsikan testimoni saya setalah hampir 3 tahun mengamalkannya. (bermula penyusuan anak pertama sehingga anak kedua). Dan baca cerita kegagalan saya menyusukan anak.

Pakar Penyusuan Susu Ibu


Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

Wednesday, 15 October 2014

SOALAN-SOALAN POPULAR TENTANG BAYI YANG PERLU IBU TAHU

Harini saya kongsikan tentang soalan-soalan popular yang sering menjadi tanda tanya dan merisaukan ibu tentang anak kesayangan mereka (baby). Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak kerungsingan ibu ya.


1-Anak saya tidak mahu menyusu badan (direct feeding)

Yang penting didahulukan: Periksa dengan pakar Pediatrik untuk memastikan anak anda tidak sakit atau cedera. (seluruh badan) Jika anak dalam keadaan baik, dia mungkin enggan menyusu kerana rasa cemas atau kurang selese. Perasaan ini tidak boleh wujud diantara anak dan ibu. Ibu perlu elakkan perasaan kurang selese itu untuk wujudkan bonding yang baik. Anak boleh rasakan perasaan ibu yang tak selese itu. Bagi mengatasi masalah ini, ibu perlu cari rakan penyusuan untuk ajar cara atau posisi bagi menyusukan anak dengan selesa dan baik.

Selain itu, cuba bertenang. Selalunye ianya terjadi bagi ibu yang pertama kali menyusukan anak atau ibu yang dah lama tak menyusukan anak. Susukanlah anak di dalam bilik yang sunyi dan berikan sepenuh perhatian kepadanya. Tenangkan anak dengan sentuhan kulit ke kulit sepanjang proses penyusuan. Untuk menenangkannya, elakkan anak daripada dikerumuni oleh ahli keluarga yang datang menziarahi kalian, melakukan perjalanan jauh atau mengalami perubahan jadual yang ketara. Elakkan bunyi bising yang bayi belum biasa lagi di dunia baru ini. Biasalah, anak baru sahaja keluar dari perut ibu yang sempurna itu.

Antara saranan saya, selepas lahirkan anak, ibu perlu cari peluang untuk belajar secara langsung dengan nurse tentang cara untuk handle anak dengan baik serta lakukan praktikal menyusukan anak secara duduk atau baring agar nurse boleh advice ibu yang terbaik. 




2-Anak saya menangis dan meragam semasa proses penyusuan.  Apa yang patut saya buat?

Anak mungkin meragam ketika proses penyusuan susu ibu. Ibu perlu tahu anak masih baru dengan dunia baru mereka serta sedang membiasakan diri dengan proses tumbesaran hari demi hari. Kemungkinan juga, anak akan menangis atau meragam sekiranya mereka lambat dapat susu kerana tidak sabar dengan aliran susu ibu yang lambat atau terlalu laju. Jika alirannya lambat, ibu boleh stimulate dulu payudara ibu sebelum menyusukan anak. Tapi jika aliran terlalu laju, ibu digalakkan pam sedikit sebelum menyusukan anak. Simptom ini dinamakan nursing strike. Jika simptom ini berterusan, kemungkinan anak tidak mahu direct feeding lagi.

Jika anak meragam pada penghujung penyusuan, ini mungkin menandakan dia sudah kenyang, mahu disendawakan atau sekadar mahu menghisap terus (mengempeng). Jangan biarkan anak mengempeng terlalu lama takut jadi kebiasaan. sebaiknya bedung mereka dan tidurkan dengan baik. Anak cuma mahu dekat di dalam pelukan ibu namun akan jadi susah jika dibiasakan. Ibu perlu atasi dengan baik.

Anak meragam dan menangis juga mungkin berpunca daripada pemakanan ibu. Adakah ibu mengambil makanan tertentu seperti makanan berangin atau makanan yang membuatkan anak sakit perut? Jika ya, berhenti mengambil makanan tersebut selama seminggu dua dan perhatikan sama ada keadaannya bertambah baik. Kemungkinan makanan ini membuatkan perut anak tidak selesa seterusnya membuatkan mereka kerap meragam. Urut perut dan kaki anak elok-elok sehingga mood kembali ceria.

Anak meragam pada waktu petang merupakan satu perkara biasa. Cuba susukannya dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan disertai dengan dakapan dan membawanya berjalan-jalan. Kemungkinan ianya disebabkan anak tidak selesa dengan cuaca panas atau berangin.

3-Aduh! Anak saya menggigit puting ketika menyusu.

Apabila ini terjadi, alihkan anak perlahan-lahan dan katakan dengan tegas, “Jangan gigit mama ya sayang.”..Ibu perlu kawal mood tegang sebentar walaupon berada di dalam kesakitan. Kawal nada percakapan. Jangan menjerit atau gunakan nada tinggi kerana berkemungkinan anak akan merasa terkejut sekaligus merasakan ibu memarahi mereka. Ingat, anak boleh tau perasaan ibu.

Serahkan anak kepada orang lain untuk seminit sebelum mengambilnya semula untuk disusukan. Ini mengajarnya bahawa dia tidak dapat menyusu
jika dia menggigit. Namun ibu perlu senyum tegas menandakan ibu tidak marah tetapi memberi peringatan. Ibu perlu lebih main drama disini.

Jika anak menggigit pada penghujung penyusuan, cuba lepaskan hisapannya lebih awal sedikit daripada kebiasaannya (setelah dia kenyang). Anak mungkin menggigit jika dia mengalami selsema atau hidungnya tersumbat kerana ini
boleh menjejaskan cara anak menghisap. Anak juga mungkin menggigit ketika mula tumbuh gigi kerana mereka rasa tidak selesa. Ianya dipanggil asah gigi. memang ibu akan jadi mangsanya. Ada lagi satu cara, jika ibu merasakan kelainan cara ketika anak menyusu, sedia untuk tutup sebentar hidung anak. Ini membuatkan anak akan berhenti menggigit dan beringat yang dia tidak boleh bernafas jika mengulangi perkara yang sama (menggigit). 

Cuba berikannya sesuatu untuk dikunyah sebelum dan di antara penyusuan seperti gegelang gigit, tuala muka yang dibekukan atau jari anda. Ini memang petanda anak nak asah gigi.




4-Anak saya enggan menyusu apabila dia tidak sihat. Perlukah saya terus cuba 
menyusukannya?

Sakit tekak atau jangkitan telinga boleh menyebabkan anak hilang selera. Selsema, batuk dan demam juga antara sebab anak tidak mahu menyusu. Galakkannya menyusu dengan posisi yang berbeza terutamanya bila dia dalam keadaan tegak. Suakan payudara anda kepada anak pada setiap jam. Adakalanya ketika menyusu anak merasa lemas akibat hidung yang tersumbat. Jika anak masih enggan menyusu, cuba berikannya perahan susu menggunakan sudu. 

Sebaiknya ibu atasi masalah kesihatan anak dahulu dengan baik. Cepat ke doktor untuk buat pengesahan kesihatan. Jika ianya tidak serius, ibu perlu pujuk anak sikit demi sikit untuk minum susu. sama ada secara direct, sudu atau syringe.

Perlu diingat, susu ibu merupakan ubat terbaik di dunia untuk anak kecil kita. Jadi, jangan berhenti untuk menyusukan anak lebih-lebih lagi ketika mereka sedang sakit.

5-Bagaimana saya boleh tahu jika anak saya mengalami cirit-birit?

Anak yang menyusu badan mungkin membuang air besar beberapa kali dalam sehari. Najisnya lembut, berwarna kuning cair atau coklat keemasan, cair dengan sedikit berbiji. Selagi najisnya mempunyai tekstur dan warna yang normal, usah khuatir dengan kekerapannya membuang air besar. Akan tetapi, jika anak anda tiba-tiba membuang air besar dengan kerap, atau jika najisnya cair atau berair dan berbau busuk, dia mungkin mengalami cirit birit yang berpanjangan, perlu lebih berjaga-jaga ya. Cepat berjumpa doktor, takut masalah jangkitan akan menjadi lebih teruk. Cirit-birit juga boleh menyebabkan punggung bayi menjadi merah dan melecet. Kesian mereka nanti.

Selalunye apabila anak mengalami masalah ketidakselesaan perut, anak akan mula meragam dan sering merengek. Itu petanda awal menunjukkan ibu perlu buat sesuatu. Jangan tunggu sehingga anak sudah cirit birit, perhatikan keadaan najis serta perangai anak dengan lebih sensitif dan peka ya.

Cirit-birit menyebabkan kehilangan cecair yang banyak dari tubuh dan boleh mengancam nyawa anak. Jadi, segeralah membawa anak berjumpa
doktor.

Namun, perlu diingat, anak yang menyusu badan berkemungkinan juga tidak akan membuang air besar selama seminggu. Ibu usah khuatir selagi anak tidak meragam atau kerap menangis. Ini perkara normal disebabkan susu ibu yang diskrit itu dapat menyerap dengan baik ke dalam badan anak. Tapi saranan saya, sebaiknya ibu kerapkan urut-urut badan dan kaki anak agar sistem badan mereka lebih lancar. Ini mungkin membantu proses pembuangan nanti. Saya juga galakkan ibu selalu perahkan sedikit air di dubur anak (tempat keluar najis) agar anak lebih selese. Kerana jika anak sembelit, najis akan jadi panas. Air perahan tadi membantu proses kemutan untuk anak anda.

Notakaki:
komen dibawah jika kurang jelas dengan penerangan ya.Saya akan bantu.

6-Anak saya di dalam hospital. Boleh saya masih menyusukannya?

Tentu boleh. Itulah ynag sebaiknya. Sila maklumkan pasukan penjagaan kesihatan tentang keputusan ibu untuk menyusukan anak. Jika anak tidak boleh menghisap, mereka akan mengajar anda cara untuk memerah susu baginya.

Jika anak sakit dan di tempatkan di hospital, inilah cara terbaik untuk menenangkan si manja. Peluk dan susukan mereka. Anak pasti akan lebih kuat untuk mengatasi masalah itu. malah susu ibu itulah penawar terbaik untuk cepatkan anak sihat dengan cepat.

Harap semua perkongsian ini bermanfaat. Jika ada soalaj, boleh komen di bawah ya untuk sama-sama belajar.
Terima Kasih.

Agen: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com