Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

KISAH RUMPUT & KASIH SAYANG

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm… baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye… mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah… apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia 
Sebenarnya inilah cerita yang suami saya kongsikan masa nak 'berkawan' dengan saya dulu. Terkesan betul cerita ni, sebab manusia selalu nak cari yang sempurna tanpa sedar diri sendiri juga tidak sempurna.
Cukupla satu hubungan itu terjalin dengan ikhlas dan setia. Kasih sayang dan cinta akan menyusul kemudian.
Bila blogwalking tadi, saya ternapak cerita ni, terus rasa nak kongsikan cerita ini untuk tatapan semua. Selamat membaca.

Terima kasih iluvislam.

Thursday, 25 September 2014

PERBEZAAN PENYUSUAN ANAK LELAKI DAN ANAK PEREMPUAN SAYA




Tiada kata indah yang saya mampu katakan atau luahkan dengan keizinan rezeki melalui keberkatan usaha dariNya. Allah Maha Basar.

Satu masa dahulu saya sangat taksub nak menyusukan anak, dan Allah uji saya. Dalam tak sedar, saya melawan kelemahan diri sendiri dan saya berjaya meneruskan impian saya. Impian nak menyusukan anak sehingga 2 tahun lebih. Impian yang telah dibina beserta segala usaha dan pengorbanan, tak kan nak tinggalkan lupus sahaja kan. Kene kuat lawan dan lawan.

Akhirnya dengan izinNya, selepas pelbagai ujian, saya berjaya kenal siapa diri saya sendiri. Saya tak kan lupa kerana jika sesuatu benda yang berlaku, hanya Allah la tempat kita mengadu. Syukur Ya Rahman, Ya Rahim

Cerita berkenaan jatuh bangun saya diawal Penyusuan Ariq Ikhwan telah saya kongsikan sebelum ini. Jemput baca, semoga memberi manfaat kepada semua.

Entry kali ini, saya nak berkongsi berkenaan Perbezaan Penyusuan Dua Orang Cinta hatiku - Ariq Ikhwan dan Aisyah Imani (sedang menginjak usia 1 tahun 5 bulan pada Oktober 2014). Bertuah Aisyah Imani, seawal  usia 4 bulan, saya sudah berhenti kerja untuk memberi peluang pada diri untuk membesarkan dan menjaga kedua anak-anak manja saya. Ariq Ikwan dan Aisyah Imani.

Sebenarnya terdapat beberapa perbezaan yang saya alami ketika menyusukan kedua orang anak saya ini. Perbezaan ini saya ukur sejak mereka lahir sehingga usia mereka ketika ini. Dan saya tahu, apa yang saya kongsikan merupakan pengalaman saya sendiri dan tidak semestinya sama dengan orang lain. Kita kongsi-kongsi ilmu ya ibu semua.





MUHAMMAD ARIQ IKHWAN B. MOHAMAD AZLI (MAIMA)

- mempunyai masalah polihydromial menyebabkan MAIMA terpaksa di check dahulu sebelum diberi minum susu mama
- seawal dilahirkan MAIMA merupakan seorang anak lelaki yang kuat menyusu.
- sehinggakan sejam sekali nak menyusu dan hanya tidur 20 minit sahaja.Tidur   lama jika saya peluk sahaja
- MAIMA tidak boleh tidur lama sehingga ada yang berpendapat mengatakan    anak saya tak kenyang
- bulan pertama MAIMA disokong dengan susu FM disebabkan masalah    penyusuan
- Bermula bulan kedua dan seterusnya, MAIMA dah boleh direct feeding dan    menerima susu saya sepenuhnya
- kerap bangun malam untuk menyusu.
- membesar tanpa ayah disisi membuatkan lebih rapat dengan saya. Hanya    dapat jumpa ayahnya weekand sahaja.
- MAIMA dijaga sepenuhnya oleh nenek dan atuk dan merupakan cucu sulung  kedua belah keluarga
- Bagi MAIMA, penyusuan ialah makanannya. Dia akan menyusu bersungguh-  sungguh sehingga benar-benar kenyang.
- MAIMA start disokong dengan susu kambing ketika umur 1 tahun 8 bulan    kerana ketika itu, saya mengandungkan Aisyah Imani bulan ke 4.
- pada umur 1 tahun 10 bulan, dia fully susu formula.MAIMA sendiri yang tak  nak susu badan disebabkan perbezaan rasa..tak sedap katanya.(hehehe)
- Berjalan pada usia 10 bulan
- Boleh bercakap pada usia 1 tahun 2 bulan
- Anak yang sangat aktif dan sangat independent
- Bulan ketiga sudah minum 3.5oz sekali minum dan bulan ke 5 sudah minum  5oz sekali minum.
- Sekarang 3 tahun 6 bulan, 110z susu setiap kali minum
- Sejak adik ada, sangat manja dengan ayahnya







NUR AISYAH IMANI BT. MOHAMAD AZLI (NAIMA)

- selepas dilahirkan terus diletakkan ke badan saya
- sangat mudah nak mencari susu badan ibu.selepas lahir, terus tidur sepanjang malam di sebelah saya
- minum sangat sedikit dan terus tidur
- jadikan susu sebagai pelepas lelah sahaja dan bukan untuk kenyang.
- tidak mahu bangun malam untuk menyusu. dan memaksa saya bangun untuk mengepam
- lebih kuat makan makanan dari menyusu badan
- bertubuh kecil dan halus dari baby lagi
- seawal 4 bulan saya sendiri menjaga dan membesarkan NAIMA. Jadi sangat manja dan tak boleh hilang sikit
- seawal 3 bulan susu hanya 2.5oz sahaja
- berjalan pada usia 11 bulan
- ketika 1 tahun 5 bulan belum mahu bercakap.tapi sangat paham cakap orang dan boleh minta disuruh.
- pernah diberi susu kambing ketika saya sakit teruk namun NAIMA tak mahu
- tidak menyusu botol sejak berumur 4 bulan
- sangat manja dan terlalu aktif

Ini lah perbezaan penyusuan 2 orang anak saya. memang terdapat perbezaan penyusuan di antara mereka. Sorang kuat menyusu, sorang tak kuat menyusu. namun mereka masih aktif dan kuat bermain. Manja juga tak sama.
Disebabkan ini juga yang membuatkan pelbagai pengalaman telah saya rasai. Seronok kan boleh menjadi ibu dan menyusukan anak.

Saya juga suka nak berkongsi berkenaan penyusuan susu ibu. Jika ada yang nak share, boleh tulis diruangan komen ya. Boleh tukar-tukar pengalaman.

Jika ibu inginkan SET PENYUSUAN SHAKLEE, boleh dapatkan consultation dan berkongsi pengalaman penyusuan anda dengan saya.


Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

Thursday, 5 June 2014

MISTERI TULANG SUAMIKU YANG HILANG?

Oh..misteri sungguh.ala-ala misteri nusantara gitu.
Macam mana pulak boleh hilang tulang suamiku itu?
Nasib tulang hilang dan jumpa semula.
Kat mana soroknya?

Alkisahnya, saja nak cerita pasal tulang rusuk suamiku.(tulang rusuk rupanya).semalaman encik suami cuba terangkan berkenaan kejadian Siti Hawa isteri Nabi Adam..5 minit jugakla daku nak menghadamnya..makcik dah lupa dah sejarah ni..hehe..Siap boleh konpius lagi..alahai..kene makan banyak lagi OMEGA GUARD untuk menajamkan fikiran ni..banyak sangat telan semut agaknya.

Kami borak-borak pasal perkahwinan kami..syukur alhamdullilah..dah masuk 4 tahun dengan 2 cahayamata (Ariq Ikhwan & Aisyah Imani). Saja kacau encik suami dengn soalan-soalan menjerut leher dan menegangkan urat-murat semuanya..dan dan la encik suami pon cakap..
"nila tulang rusuk abang yang hilang tu.."

Nasib tunjuk kat daku..kalau tak, sure dah sentap memalam anibersari kan.bangga sikit bila encik suami cakap camtu.hehe..


Ada hadis sahih berkenaan Siti Hawa dijadikan dari tulang rusuk Nabi Adam..dan kenapa Allah SWT memilih tulang rusuk?


Kerana tulang rusuk dekat dengn hati untuk dilindungi

Tulang rusuk dekat dengan tangan untuk selalu dipeluk

Tulang rusuk sebagai pelindung organ dalaman yang sensitif
Bukan dibuat dari kepala untuk dijadikan tuan
Bukan dibuat dari kaki untuk dipijak pijak

Ok..i sayang u lebih la sayang..





Indahnya kejadian allah..setiap satu kejadian mesti bersebab yang indah dan benar sekali.
So..bile encik suami cakap camtu..rase sngat bertuah bila allah jadikan kita ini sebagai isteri yang perlu sangat dilindungi,disayangi dan dicintai..kan..
Dikesempatan ini..nak ucapkan

Terima kasih pemilik tulang rusuk ni.


SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 4
5 June 2014

(5 June 2010-5 June 2014)

Semoga ikatan perkahwinan kita ini diredhai Allah selalu dan sentiasa dibawah lindunganNya..dapat melahirkan khalifah2 islam yang berjaya didunia dan akhirat..serta kite akan menjadi kaya dan berjaya di dunia dan akhirat.amin..


Love u banyak2
Mohamad Azli Che Azhar




Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com


Posted via Blogaway