Friday 5 December 2014

RESIPI ROTI DAGING CHEESE LELEH-LELEH YANG SEDAP DAN RINGKAS

Salam semua. Petang jumaat ni rasa nak fefiling omputih sikit. Dah lama nak buat tunggu hari jumaat sebab usben kita half day harini. Ewah. Jom cikidaut

RESIPI ROTI DAGING CHEESE LELEH-LELEH

Ada 2 bahagian dalam sediakan resipi ni. Kita tengok barang-barang dulu ye:

Bahagian 1 - Inti Daging

Bawang Merah
Bawang Holland (feling omputih sikit)
Bawang Putih
Carrot
Capsicum (tak kisah hijau, merah atau kuning)
Tomato
Daging kisar (tak kisah ayam atau daging)
Tomato puree
Tomato sauce
Cili kisar (optional)
Cendawan butang

Bahagian 2 - Persediaan Roti

Roti keping
Susu
Telur
Cheese (saya guna cheesedale dan mozarella)





(1) Tumis semua bawang merah, bawang putih, bawang holland, capsicum, tomato, carrot, cendawan butang (tiada dalam gambar) sehingga lembut dan dah masak. Atau apa-apa sayur yang sesuai. Tak payah letak perisa lagi tau. Dah siap, asingkan masuk dalam mangkuk. Sebab nak guna kualiti yang sama, lebih perisa gitu.
Nyesal tak amik capsicum hijau, nak warna-warni la kononnye.




(2) Lepas tu, goreng ayam kisar dengan kuali yang sama. Nak dapatkan perisa sayur tadi la kononnye. Goreng sehingga masak ye. Nampak tak ada air yang keluar hasil dari gorengan tadi, itu boleh buat perisa tau.




(3) Then, letak tomato puree dan tomato sauce sikit untuk rasa masam-masam. Kalau suka pedas, ada 2 option, boleh tumis cili kisar dulu sebelum masuk tomato puree atau potong sikit cili merah yang besar tu. Erm, pasti terangkat.
Then campur semula dengan sayur-sayur yang digoreng tadi.
Masak sehingga kering. Mudah untuk dijadikan inti. Saya masih tak letak sebarang perisa tambahan sebab cheese nanti dah masin.




(4) Sediakan bahagian roti untuk lapisan pulak. Letak susu, 2 biji telur dan sedikit garam dalam mangkuk dan kacau. Rendam roti dalam adunan tadi dan susun dalam loyang elok-elok.


resipi roti daging cheese leleh-leleh, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee sri johor


(5) Lepas letak roti, letak inti yang dah dimasak tadi. Taburkan cheese mozarela atau cheesedale tadi. peminat cheese, boleh letak banyak-banyak ye.




(6) Buat beberapa tingkat dan ulang perbuatan yang sama. Cheese tak banyak pon, Kalau lagi banyak, lagi best.hehehe..sure leleh-leleh. Kalau ada lebihan adunan susu+telur tadi, boleh tuang terus atas roti ni.


resipi roti daging cheese leleh-leleh, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee sri johor


(7) Then, bakar dalam oven. 180 degree dalam 30 minit. Nampak tak kecantikan dan kegemukannye. tak sabar...


resipi roti daging cheese leleh-leleh, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee sri johor


(8) Siap sedia di makan. Kalau banyak cheese, tarik pon macam pizza punye. Alhamdullilah. siap makan petang kami. eh kenyang seharian tau. sebab dah cukup kabohidrat, protein dan sayur dalam ni.
Pssttt..dah banyak cheese ni kene makan Omega Guard untuk bakar lemak ye.

Hati-hati dengan garam. sebab takut masin, sebab cheese dah rasa masin. So agak-agak ye. Sedap di makan panas-panas, tapi kalau potong masa panas, die hancur sket. Kalau dah sejuk, still dalam fizikal.

Resipi lebih kurang macam lasagna kan?
tapi saya guna roti untuk rasa lebih 'berat' dan lebih kenyang.

Selamat mencuba. =)

No comments:

Post a Comment