Showing posts with label milkbooster. Show all posts
Showing posts with label milkbooster. Show all posts

Wednesday, 12 November 2014

HASIL PERAHAN SUSU IBU DARI 3 BOTOL KE 12 BOTOL SEHARI - TESTIMONI SET PENYUSUAN SHAKLEE

Baca tajuk diatas pon dah buat saya sangat gembira. Ya, sangat-sangat gembira. Ini merupakan testimoni seorang customer saya yang mengamalkan SET PENYUSUAN BUDGET SHAKLEE. Bayangkan jika customer kita dapat hasil yang meningkat 4 kali ganda selepas hampir sebulan amalkan SET PENYUSUAN BUDGET SHAKLEE serta tips eksklusif yang saya berikan, mestilah sangat gembirakan. Syukur Ya Allah izinkan semuanya berlaku. Lompat bintang sikit. hehehe


milkbooster, masalah penyusuan susu ibu, susu ibu, pakar penyusuan susu ibu


Yang paling best, testimoni SET PENYUSUAN BUDGET SHAKLEE ini diberikan dengan ikhlas oleh suaminya sendiri tanpa saya minta. Sangat menyokong penyusuan susu ibu. Sanggup berhabis duit untuk kemudahan isteri dan anak tersayang. Bertuahnye anda.

Al kisahnya, suami beliau merupakan seorang kawan lama masa saya belajar di KUSESS. Mungkin disebabkan selalu membaca celoteh saya di wall fb berkenaan Penyusuan Susu Ibu serta Tips-tips eksklusif Penyusuan Susu Ibu yang saya berikan, membuatkan suaminya sendiri yang wasap saya untuk bertanyakan berkenaan SET PENYUSUAN SHAKLEE. Selepas beberapa kali wasap, saya setuju untuk COD sendiri SET PENYUSUAN SHAKLEE kerumah dan berniat untuk 'post mortem' masalah penyusuan isteri beliau. (customer bertuah saya ni).

Mereka ni pasangan doktor perubatan yang bekerja di sebuah hospital kerajaan. Yang nyata, kerjaya ini sangatlah sibuk dan tak ada masa yang banyak untuk diri sendiri kan. Namun, ketabahan dan kegagahan seorang ibu tiada siapa boleh sangkal/persoalkan. Eh, sambung cerita. (heheh). Hasil dari post mortem berkenaan masalah penyusuan susu ibu beliau, saya sedar beberapa perkara yang boleh saya kongsikan disini.

Antara masalah penyusuan dan tips eksklusif dari saya:

1- Pemilihan Pam - ini sangat penting. Bagi saya, pam merupakan kawan baik yang sangat penting untuk semua ibu menyusu. Pemilihan pam perlu berdasarkan kerjaya dan kesibukan bekerja bagi ibu bekerjaya. Ada sesetengah ibu yang tidak boleh pam ketika bekerja. Ada yang tidak boleh pam terlalu lama untuk satu sesi pam. Ada juga yang tak suka dengan plug in pam. Ada yang jenis travel dan tak suka pam yang bising atau terlalu berat. Pemilihan pam sangtlah penting.

2- Masa untuk mengepam susu - Sebaiknya pam 3 kali sepanjang 8 jam waktu bekerja. Jarakkan 3 jam sekali untuk pam. Cara yang saya cadangkan, pam ketika 10am, 2pm dan 5pm. Atau ibu yang tidak boleh pam semasa bekerja boleh pam sebelum masuk bekerja (7.30am), waktu lunch (1pm) dan selepas pulang (6pm). Ianya masa yang sesuai untuk ibu pam susu. Konsistenkan masa pam susu ya. Biarkan masa yang sama diambil untuk set otak berkenaan penghasilan susu ibu. Kawan saya bekerja di kilang dan tidak ada masa untuk mengepam susu. Jadi dia akan pam di dlm kereta, semasa ke ofis (7am), selepas lunch (1.30pm) di surau dan semasa dalam kereta untuk pulang ke rumah (6pm).

3- Keadaan ibu ketika pam - Ini juga penting. Ibu perlu rasa kenyang semasa mahu menyusukan/mengepam susu. Ini kerana, jika ibu lapar atau kurang air, penghasilan susu tidak membantu sedikit pon. Malah bandan akan jadi semakin teruk dan kurang bertenaga. Cara yang saya cadangkan, pam selepas makan makanan atau selepas minum ESP Shaklee. Ianya membantu menghasilkan susu dengan cepat serta bantu ibu tahan lapar lebih lama. Ibu juga boleh sediakan biskut kesihatan untuk tidak lapar.

4- Pil Perancang/Period/Ibu mengandung - keadaan ini juga boleh menyebabkan kurang penghasilan susu kerana ianya melibatkan hormon. Namun tidak semua boleh terjadi jika ibu ikuti beberapa tips penyusuan eksklusif dengan betul dan konsisten. Melainkan penyusuan diberhentikan atas nasihat doktor.

milkbooster, masalah penyusuan susu ibu, susu ibu, pakar penyusuan susu ibu, tips penyusuan susu ibu, tips banyakkan susu ibu, makanan banyakkan susu ibu, milkbooster, set bersalin murah, set berpantang murah, set penyusuan shaklee,testimoni, kebaikan shaklee,

tips penyusuan susu ibu, tips banyakkan susu ibu, makanan banyakkan susu ibu, milkbooster, set bersalin murah, set berpantang murah, set penyusuan shaklee,testimoni, kebaikan shaklee,


Selepas sesi 'post mortem' masalah penyusuan susu ibu ini, beliau bertekad untuk beli pam baru yang saya cadangkan. Jadi beliau boleh pam susu ketika dalam kereta dengan tenang dan mudah. Beliau juga konsisten untuk mengambil SET PENYUSUAN BUDGET SHAKLEE untuk vitamin ibu menyusu. Dan beliau tidak lagi menjadikan alasan pengambilan pil perancang membuatkan susu terjejas. Beliau sangat positif dan kuat semangat.

Alhamdullilah. Inilah yang saya berkehendak. Kejayaan seseorang diatas keizianan Yang Esa dan hasil usaha yang berterusan dan konsisten. Suami dan keluarga sangat-sangat menyokong kuat.

Dari 3 botol sehari boleh hasilkan 12 botol sehari? Masyallah.

Inilah janji Allah untuk hambaNya yang berusaha. Kerjaya yang sibuk bukan penyebab kegagalan Penyusuan Susu Ibu. Lebih-lebih lagi kerjaya beliau di kawasan Emergency dan perlu oncall membuatkan dirinya penuh kesibukan. Namun beliau masih boleh berjaya.

Minta dan berdoa padaNya. Insyallah akan ditunjukkan jalan.
Ini juga merupakan set kesayangan saya. Baca disini KINI SAYA MAMPU TERSENYUM LEBAR untuk testimoni saya sendiri.

Selain itu, saya sedia membantu masalah penyusuan anda. Pelbagai tips eksklusif saya sedia kongsikan. Baca sini untuk TIP PENYUSUAN SUSU IBU YANG HEBAT.

Dan jika berhampiran, saya sedia post mortem masalah penyusuan anda dan ajar cara untuk menyusukan baby dengan mudah dan baik. Insyallah.

Pakar Penyusuan Susu Ibu

Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

Friday, 3 October 2014

MAKANAN ASAS PENAMBAH SUSU IBU - NATURAL MILKBOOSTER

Assalammualaikum ibu semua, semalam ada saya terbaca berkenaan sumber makanan penambah susu ibu di dalam majalah Pa&Ma bulan Ogos 2014. Terus datang idea nak kongsikan satu entry berkenaan tajuk yang sama serta pengalaman saya sebagai ibu yang menyusukan anak.

Sebelum itu, ibu kena tahu, apa yang dimaksudkan dengan makanan penambah susu ibu (milkbooster)?

Makanan penambah susu ibu juga bermaksud sesuatu yang ibu makan atau amalkan untuk menggalakkan penghasilan susu ibu. Umum tahu bahawa, antara tips membanyakkan susu ibu ialah ibu perlu sihat tubuh badan dan berada di dalam keadaan happy selalu. Bagaimana ibu nak merasa sihat? Melalui pemakanan yang ibu ambil seharian. Jika cukup semua nutrisi dan khasiatnya seimbang, badan ibu boleh kekal sihat dan bertenaga seharian. Ada juga bermaksud, sesuatu yang ibu makan atau amalkan yang boleh melancarkan peredaran darah seterusnya mampu melancarkan penghasilan susu ibu seperti bersauna atau berurut. Tapi hari ini saya nak kongsikan berkenaan sumber makanan penambah susu ibu.




Antara sumber makanan penambah susu ibu yang popular ialah:

1- Kacang Soya
Antara sumber makanan yang mengandungi protein tinggi yang mampu menyokong kesihatan dan diet pemakanan ibu. Namun begitu, elakkan minum soya didalam tin kerana ianya sangat manis dan tidak diketahui jangka hayatnya. Selain itu, pilihla soya yang dimasak dengan sempurna untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

2-Lobak
Apa sahaja lobak dikatakan mampu membanyakkan susu ibu. Tapi terbukti lobak putih antara penggalak susu yang popular. boleh buat sup lobak putih dan campurkan sedikit halia. Pasti ianya mampu melancarkan peredaran darah dengan baik. Lobak merah boleh dijadikan sebagai salad anda.

3-Halba
Selalunya ia popular dikalangan masakan india. Kerana jika kita makan halba, badan kita akan berasa panas membuatkan peredaran darah kita berjalan dengan lancar. Badan rasa berpeluh lepas amalkan halba. Boleh dimakan begitu sahaja atau direndam dengan air panas dan minum airnya.

4-Bawang Putih
Ianya kaya dengan sulfur dan bagus untuk sendi. Bagus amalkan pada setiap masakan kita kerana ia mampu menyegarkan badan.

5-Kurma dan kismis
Makanan sunnah ini kaya dengan pelbagai vitamin antaranya protein, serat, glukosa, vit A, vit C dan banyak lagi. Ia juga mengandungi glukosa untuk tenaga segera bagi ibu menyusu badan. Apabila badan bertenaga, penghasilan susu badan pon lancar.

6-Pegaga
Makanan ulam seperti ini kaya dengan vitamin yang tinggi. Disebabkan ianya ditanam bebas, ia tidak mengandungi bahan pengawet/racun. Ini membuktikan makanan ini selamat. Sedap dibuat ulam makan dengan nasi panas-panas atau boleh buat jus pegaga dan kurma. Kisarkan sekali.

7-Susu
Susu ialah sumber kalsium yang utama. Bila badan kita cukup sumber kalsium, tulang kita kuat menyokong badan dengan baik. Tak la rasa lemah-lemah badan atau sakit pinggang. Bila sakit kurang, badan sihat, susu pon tak malu nak keluar. Amalan minum susu ini bagus untuk semua golongan. Samaada susu kambing atau susu lembu. Kalau tak tahan bau susu, boleh makan pil kalsium.

8-Habbatus sauda/Jintan hitam
Antara makanan sunnah yang sesuai untuk menggalakkan penghasilan susu badan. Ianya juga merupakan makanan yang boleh menyihatkan badan.

Peringatan:
Makanan asas penambah susu ibu ini mungkin tidak berkesan untuk semua ibu. Ia bergantung kepada setiap individu mengikut kesesuaian badan terhadap makanan yang diambil.
Dan jika segala tips penyusuan eksklusif tidak diikuti, jangan harap untuk susu dihasilkan dengan baik. Ianya kena seiring. Ibu perlu ikuti semua tips untuk membanyakkan susu ibu dan hasilnya pasti berbaloi.

Baca sini untuk 
TIPS EKSKLUSIF UNTUK MEMBANYAKKAN SUSU IBU.

Selain itu, ada juga beberapa makanan asas penambah susu ibu yang boleh dicuba mengikut kesesuaian badan.

1-Daun kucai
2-Barli
3-Sawi
4-Oat
5-Betik muda
6-Jantung Pisang
7-Ketam
8-Alfalfa
9-Madu
10-Pengambilan air masak lebih 3 liter sehari

Semua info sudah lengkap tersusun, tinggal ibu nak amalkan sahaja. Jangan gopoh dan stress untuk melengkapkan proses penyusuan ini kerana setiap hari ialah hari latihan untuk ibu lebih pandai dan berjaya dalam proses penyusuan susu ibu ini.

Tak lengkap rasanya kalau saya tak kongsikan pengalaman saya pula.
Saya memang akui, kebanyakan makanan asas penambah susu ibu diatas telah saya cuba dan amalkan. Ternyata ada yang berkesan namun ada juga yang kurang berkesan.

Mungkin cerita saya sedikit berbeza, namun suka saya nak kongsikan disini.
Penghasilan susu badan saya sangat berhasil jika saya makan sup petola. tetapi kalau ia dijadikan amalan, rasanya kurang berhasil juga. Tapi kalau kadang-kadang dapat makan sup petola, boleh lebih dari 15oz saya dapat untuk sekali perahan. Saya akan makan nasi panas dan sup petola, kemudian pam susu setelah saya sudah kenyang. hasilnya tidak mengecewakan.


Selain itu, saya alah dengan kuah kacang. Alahan yang baik la jika dapat membanyakkan susu ibu kan. Pernah waktu raya 2011, ketika itu Ariq Ikhwan bau 3 bulan, saya perlu pam setiap kali lepas makan kuah kacang dan nasi impit. Tapi saya tak menolak jika saya katakan itu antara makanan kegemaran saya. Jadi, perasaan happy itu sangat tinggi jika dapat makan lebih-lebih lagi masakan mak saya. Jadi mungkin itulah penyebabnya. Rasa happy menyebabkan hormon prolaktin meningkat dan hasilkan susu ibu.

Dan pernah sekali saya makan durian bersama suami. balik terus bengkak susu dan perlu dipam. sebab ketika itu, Aisyah Imani sudah kenyang. Bukan kerap pon terjadi, tapi ketika itu saya teringin sangat nak makan durian dan suami bawa makan di tempat best. Jadi perasaan seronok itulah yang membantu hasilkan lebih lagi susu.

Seperti yang saya katakan tadi, bukan semua yang kita makan akan menjadi milkbooster untuk susu kita seharian. Ada tika menjadi, ada tika gagal. Dan setiap orang pon tak sama makanan penambah susu nya. Ibu kene try and error baru ibu boleh rasakan sendiri.

Tapi saya ada satu lagi makanan penambah susu yang saya amalkan seharian. Ianya memang benar-benar terjadi dan berhasil dan saya amalkan sehingga sekarang bermula tahun 2011 lagi. Bukan semata-mata susu jadi banyak, tapi badan saya rasa sihat dan bertenaga seharian. Stock susu bertambah sehingga berjaya dikongsikan bersama 4 anak susuan lain. Alhamdullilah dengan izin Allah. Boleh baca disini untuk pengalaman pertama saya amalkan makanan ini.

Nak tau apa?taraaa..
SET PENYUSUAN SHAKLEE



Ianya set lengkap penyusuan yang mana mengandungi semua vitamin yang ibu menyusu perlukan. Jika tadi setiap makanan asas penambah susu ibu yang saya kongsikan diatas, ianya lebih lengkap jika ibu mengamalkan set 3M penyusuan ini. 3M bermaksud making more milk. Ia lengkap dengan protein, kalsium, serat, vit A, vit B, vit C serta semua vitamin di dalam multivitamin untuk menyokong menyihatkan badan ibu. Bile ibu sihat, ibu rasa happy dan penghasilan susu pon lancar (dengan syarat ibu ikuti tips supply vs demand).

Jika ibu khuatir dan ragu-ragu, beritahu saya dan saya akan berikan cadangan terbaik berkenaan set dan harga mampu milik. Saya akan berikan cadangan mengikut keperluan dan kemampuan ibu. Jangan asik stress aja, cepat bertindak untuk atasi masalah susu kurang. Ini saya kongsikan testimoni ibu-ibu yang sudah berjaya dengan set penyusuan Shaklee.








Alhamdullilah saya harap ibu semua dapat sesuatu dari perkongsian saya hari ini. Saya tahu, ibu semua berusaha bersungguh-sungguh untuk menyusukan anak. Sesiapa pon tidak boleh menyangkal setiap usaha ibu kerana sesungguhnya hanya ibu sahaja yang tahu tahap pengorbanan yang ibu sanggup lakukan demi anak tersayang. Usaha lah untuk menyusukan anak. Jangan pernah putus asa. Teruskan pejuang susu ibu !

Jika ibu nak dapatkan consultation berkenaan masalah penyusuan, boleh hubungi saya. Malah saya sedia bantu ibu mengatasi masalah bersama. Ada kawan penyusuan lebih seronok kan.

Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
email: nastasha.nordin@gmail.com