Showing posts with label celoteh mama. Show all posts
Showing posts with label celoteh mama. Show all posts

Thursday, 4 December 2014

CELOTEH MAMA DAY 19 - SUSU IBU BANYAK MELIMPAH - SABAR DAN TERUS BERDOA


Syukur Alhamdullilah. Dengan izinNya.


Gembira saya bile kawan penyusuan saya merangkap bisnes partner dalam shaklee tunjukkan hasil perahan beliau untuk anak tersayang. Banyak kan. Berkat konsisten amalkan SET PENYUSUAN SHAKLEE. Akhirnya beliau dapat buktikan yang beliau sudah mampu simpan stock.

Gembira tak tehingga saya rasakan. macam saya pulak yang dapat award. Tapi inilah yang dikatakan kepuasan. Memang saya gembira dan rasa puas bila dapat bantu ibu-ibu menyusu dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Ibu perlu kuat, sabar dan lebih bertekad untuk berjaya dalam penyusuan. Elakkan perkara-perkara negetif kerana perkara negetif inilah yang menghalang penyusuan susu ibu. Seperti masalah susu kurang sebab keturunan tak ada susu atau susu kurang sebab saiz payudara yang kecil. Itu semua mitos atau antara alasan yang menggagalkan penyusuan susu ibu.

Disebabkan itulah rakan penyusuan itu penting. Cari mereka yang boleh beri kekuatan serta share masalah penyusuan anda itu. Jangan malu bertanya kalau nak herjaya. Anda ibu yang hebat. Anda pejuang susu ibu!

Jika anda idamkan antara peluang untuk ke syurga, pilihla peluang ini untuk menyusukan anak anda.



Pakar Penyusuan Susu Ibu


Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

Sunday, 30 November 2014

CELOTEH MAMA DAY 18 - MINYAK IKAN VITAMIN TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK

Ada customer saya cakap, minyak ikan yang dibeli masa promo November 2014 haritu busuk. Omega Guard latu.heheh.

Itu memang hakikat. Bukan busuk sebab rosak tau. Tapi sebab memang bau die busuk. Busuk sebab ianya fresh. Bau ikan.

Pernah dengar tak orang selalu cakap macam ni:
Yang baik semuanya tak best/busuk/buruk - macam ubat-ubat
Yang tak baik semua wangi/cantik/sedap. - macam gula-gula






Untuk anak-anak saya Ariq dan Aisyah memang tak lepas dari gula-gula atau jajan. Memang sedang buang satu-satu jajan yang tak baik. Bagi yang elok sikit. Macam buah or coco crunch. Ataupon kismis. Bgaus jugak kan.

Kalau dah sakit nanti, memang payah nak makan ubat spital ni. Padahal ubat-ubat tu kan cantik/manis/ada perisa. Pelik tau anak-anak ni.

Tapi kalau bagi Nutriferon atau Omega Guard. Yang tidak sedap itu dan tidak cantik tu, mereka akan berlari nak sambil sanggup buang puting atau boleh stop main sebab nak makan Nutriferon atau Omega Guard. Pelik kali kedua. Tapi itulah hakikatnya. Keluarga terdekat saya memang selalulah nampak benda-benda ni. Tak payah kami nak buat cerita pon dieorang tau.hehehehe.

Omega guard serius tak sedap. lagi-lagi kalau dipecahkan. Tapi kita yang dewasa ni telan terusla. Tak rasa apa-apa pon. Anak-anak ni siap pecahkan then jilat-jilat bibir masing-masing. Pandai dieorang pilih 'benda' yang baikkan.

Saya bagi Omega Guard untuk bantu mereka tingkatkan DHA dan EPA utk perkembangan minda mereka. Selain itu nak tingkatkan metabolisme badan untuk mereka kekal cergas dan bertenaga.







Sebagai ibu ayah pasti nak anak bijak kan serta peningkatan mendadak dalam pembelajaran. Try untuk anak-anak. Ianya membantu. Percayalah.

Pakar Penyusuan Susu Ibu


Agen: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

Thursday, 27 November 2014

CELOTEH MAMA DAY 17 - LENCUN BAJU DEK SUSU IBU

Memang normal kalau saya dipandang sinis oleh beberapa orang apabila menyusukan Aisyah di public. Nampak pelik sebab Aisyah dah besar dan dah boleh berlari. Namun Aisyah masih 1 tahun 6 bulan. Ini memang normal sebenarnya sebab orang dulu-dulu menganggap menyusukan anak yang dah besar (dah jalan dianggap besar kot) memang sesuatu yang lain. Sebab mungkin zaman mereka kesedaran tu tidak ada. 

Even mak dan mak mertua saya pon pelik semasa saya bertekad untuk menyusukan anak ketika di dalam pantang dan sangat struggle nak hasilakan susu badan. Tapi sekarang, merekalah pemangkin semangat saya untuk terus menyusukan anak tersayang.

Saja saya upkan status ni di fb saya, sebab saya tau, zaman sekarang ni kesedaran untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun amatlah terbuka. Dah banyak hospital dan klinik yang berusaha untuk membantu ibu-ibu baru lepas bersalin untuk terus menyusukan anak. Malah kelas penyusuan secara percuma turut diberikan. Baguskan.


susu ibu, set penyusuan shaklee, tips banyakkan susu ibu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee sri johor, pengedar shaklee sri penara


Nampak tak antara feedback kawan saya. Seorang pejuang susu ibu.
Anak kami sebaya. Anak beliau lelaki dan masih kuat menyusu susu ibu. Tengok komen beliau, baju masih lencun. Wah, memang hebat. Anak sudah 1 tahun 6 bulan, tapi masih meriah susunya. Bertuah badan. Dan alhamdullilah, Aisyah turut dapat susu yang terbaik dan masih cukup untuk pembesarannya.

Terima kasih Allah dengan izinNya. Dan terima kasih semua yang menyokong penyusuan susu ibu.
Tahniah untuk semua ibu-ibu yang sangat berusaha untuk menyusukan anak.

Pakar Penyusuan Susu Ibu


Agen: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

Tuesday, 25 November 2014

CELOTEH MAMA DAY 15 - AMANAH SYURGA

Hari ini rasa tak sihat sangat. Mungkin sebab asik kena hujan. Semalaman keluar dengan anak-anak syurga saya. Pergi shaklee beli barang, COD di Ampang dan Cheras. Kemudian nak poskan barang. Angkut anak-anak syurga saya ni.

Macam-macam ragam, tapi sebagai ibu yang bekerja dari rumah, saya perlu bawa mereka. Sebab itulah saya jadi surirumah dan berhenti kerja. Nak jaga anak-anak. Tapi mak saya yang selalu marah saya angkut mereka sebab takut mereke keletihan. Mak saya pon tak nak saya penat, dia sanggup nak jaga anak saya pulak. Pengorbanan ibu ini unpredictible kan.

Sebagai surirumah yang saya dah lalui setahun lebih, memang banyak pancaroba. Saya memang tak biasa dengan tekanan yang kuat. Menjadi surirumah sekaligus menjana pendapatan dari rumah memang sangat kuat tekanan nya. Tapi saya pilih juga. So terpaksa harung!

Merekalah permata hati saya, merekalah penguat jantung saya, merekalah yang transform saya jadi singa.hahaha.

Thanx Allah izinkan saya amik peluang ini. Saya percaya pilihan semua ibu adalah yang terbaik. Insyallah semoga saya tetap kuat menjadi seorang work at home mama.

Dan saya pilih Shaklee sebagai kerjaya saya sebab??
Ianya flexible. Tak perlu jaga kedai, tak perlu simpan stock banyak-banyak.
Kalau nak jalan-jalan pon tak risau customer lari sebab kita still boleh amik oder melalui fon je. Dan boleh terus buat online oder di www.shaklee.com.my
Mudahkan.



Ni anak-anak syurga saya.
Muhammad Ariq Ikhwan
Nur Aisyah Imani
Aqeef Zubayr ( ni anak susuan kesayangan saya).

Abi dan papa suka main badminton sama-sama,
So anak-anak pon main sama-sama la. Seronokkan nampak ukhwah mereka.

Melalui susu ibu, Allah jumpakan saya pada mereka.
Kami jumpa melalui online sahaja.
Allah yang izinkan, Allah yang satukan. Masyaallh =)

Sunday, 23 November 2014

CELOTEH MAMA DAY 14 - HANDBEG BRANDED SAYA PUNYA

Korang peminat tegar barangan branded? Macam handbeg, jam, baju atau collection. Jangan tanya saya, sebab saya memang tergolong dalam golongan buta jenama. Hehehe. Saya tidak kisah. Bagi saya ianya bukan satu impian atau keperluan. Ia hanyalah satu kehendak.



 


Namun jangan salah paham, orang yang suka barangan branded ni bukannya orang yang membazir tau. Mereka orang yang bercita-cita tinggi dan ada impian untuk hidup dengan cara yang mereka mahukan. Mereka akan usaha untuk dapatkan impian mereka. Impian untuk hidup lebih mewah atau lebih selesa. Bila dah capai impian yang mereka kehen dakkan, mereka akan rasa gembira dan senang hati. Itukan satu perkara yang sihat.

Disebabkan saya ni buta jenama, saya hanya tau beberapa jenama yang saya rasa mewah tapi masih mampu beli. Sebab impian saya bukan barangan branded tapi saya jenis suka berjalan. Travelling made my life. Cewah.

Kalau tanya berapa handbeg yang saya ada?
Saya akan jawab 3 kot dalam tempoh 5 tahun. Itupon bukan brended. Ala-ala beg barang anak-anak jugak. Official handbeg memang tak ada. Kesian kan.


Kalau tanya handbeg apa yang paling mahal saya ada?
Paling mahal rm1500 siap postage.hahaha.


Puas hati.besar dan bergaya untuk saya. Muat baju anak, pampers anak dan semua jenis barang mainan anak-anak.






Ni dia. Beg medela freestyle saya. Beli pam dapat beg free. Berbaloi sangat membelinya.

Encik suami pon terkejut saya ada beg mahal bila dia tanya soalan yang sama. Bila bagitau beg medela. Gelak manjang dia. Terima kasih papa, belikan. Boleh guna sampai bertahun-tahun. Boleh ngam dengan semua baju dan tudung. Senang.

Bila dia tanya beg apa yang saya suke?
Saya memang tak ada jawapan khusus, sebab saya suke tengok, rasa berbaloi then beli. Jenama apa? Entahla. Wrong person kalau tanya pasal barangan branded ni. Kesian kat saya kan.


Tapi insyallah jika saya ada lebihan duit, mungkin saya akan beli satu atau dua beg branded dan bukan untuk buat collection. Its really not me. Dan duit banyak yang saya ada, pasti akan dibuat berjalan. As sebelum ni fully sponsor 9 adult dan 2 orang permata syurga saya untuk ke Bandung for 4 days 3 night. Bandung je pon. But for me, bila boleh buat family gembira is the precious. Seronok jalan ramai-ramai. Dieorang pon seronok dapat jalan-jalan free, makan free, tidur free. bawak duit shopping jela. Alhamdullilah. gembira sangat. 

Doakan rezeki di dalam Shaklee semakin mantap. Sebab banyak lagi tempat-tempat yang saya ingin pergi dan bawak family saya jalan-jalan. Mungkin itu buat mereka gembira kan.

Semoga bisnes Shaklee kami makin meriah dan dapat bantu lebih ramai lagi bisnes partner untuk pergi lebih jauh lagi. Izinkan kami Ya Allah.

Pakar Penyusuan Susu Ibu


Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com


Saturday, 22 November 2014

CELOTEH MAMA DAY 13 - MAMA'S DAY OUT

Hari ni saja jalan-jalan nak jumpa baby baru Hanim. Sedapnya bau permata syurga. Sekarang cerita pasal anak kedua pulak. Dan kebanyakan anak kedua kami ialah anak perempuan. Asik tidur je anim cakap. Anak daku si Aisyah pon dalam pantang asik tidur je. Senang mama nak buat kerja. Tu yang naik supervisor cepat tu. Hehehe.. Dah tau Jiha dan Kak Nor pon nak pergi, terus daku pon set date nak jumpa. Yea..rindu kawan-kawan terubat sikit.

Comel baby Izz Hannah. Kecil je lagi. Selamat datang ke dunia baru. Teringat ayat Jiha tadi. Bukan baby yang kecik, tapi kita yang besar..heheh.. Terngiang-ngiang ayat tu. Macam-macam perangai kawan-kawan kita kan. But we still accept each others. Respect.

Alasan nak tengok baby Hannah ja, padahal nak kumpul reramai. Hope sangat dapat jumpa ramai lagi tadi. Tapi masing-masing ada hal yang menghalang. Len kali kita jumpa-jumpa lagi ya.

Encik suami pon dah rancang percutian seterusnya. Anak-anak ade gelagatnya. Rebut mainan, shouting others, nangis.. Semua patern ade. Nasib anak Hanim baik je. Dua-dua tidur. Senang mama jaga.

Mungkin tak semua rasa perasaan ni. Tapi as WAHM yang pernah bekerja, saya sebenarnya rindukan masa bersama kawan-kawan. Kadang-kadang ada rasa nak kerja semula bukan sebab apa. Tapi sebab nak jumpa kawan-kawan. Nak ada masa untuk see each other, mengadu, tengok wayang dan macam-macam lagi la. Bukan sebab nak kerja sangat.hahah. Hope sangat dapat hari 'Mama's Day Out' seminggu sekali untuk hilangkan stress or uruskan tentang diri sendiri tanpa fikirkan hal-hal lain. Mybe antara sebab Mah tak cantik sebabkan tiada masa untuk diri sendiri kot (tetibe...hahaha).

Kalau dapat hari tu, mama berangan nak g swimming, then nak g meet friend tengok wayang atau shopping. Pergi spa nak buat facial dan urut badan. Atau pon tidur sepuas hati. But I really know the real me. Kalau dapat hari tu pon, pasti akan pergi jumpa bisnes partner, pergi hantar flyers kat rumah-rumah orang, pergi buat iklan untuk Shaklee, update blog, jumpa kawan-kawan Shaklee untuk sedut ilmu atau buat apa saja berkenaan bisnes pilihan saya ni. Tak boleh dok saja. Pasti nak buat sesuatu. So, bila nak rehatnye?
Maybe lepas dah dapat money freedom and time freedom. Insyallh the time will come.

Allah dah janji pada hambaNya yang berusaha. So, sekarang usaha susah-susah dulu, nanti kita senang-senang kemudian. Kan Master Nastasha Nordin.
Amin. (korang doakan jugak tau)



Mama Hanim still glowing even dalam pantang. Nak tau rahsia dia? Shaklee la.



Geng Gurl Tripple A - Amni Insyirah, Auni Nadra, Aisyah Imani
Baru lepas bergaduh, shouting, rebut toys dan macam-macam lagi.
Yang sorang tu tak nak dok dekat. Kakak antara 3 orang ni.

CELOTEH MAMA DAY 12 - AKTIVITI ARIQ AISYAH 1 PAGI

Anak-anak bertuah mama ni tak tidur lagi. time capture dalam 1.36am. Amboi time ni pon lom tidur lagi. Nak teman mama buat blog kot. Mama study lagi ni. Nak lengkap kan entry pasal bengkak susu. Semalam ada kawan call tanya pasal bengkak susu. Kesian dia. Saya dah alami, memang sakit tau.

Malam ni Ari Aisyah sangat bejave, syukur mama boleh stady jap. Tapi bila dieorang buat baik ni, mama plak sibuk kacau. Dapatla capture beberapa moment nak tunjuk kat papa. Yes, papa dah tidur. Orang bekerja la katakan. hehehe



Nampak disitu, Aisyah dah pandai pegang pensil warna. Yea, memang setiap kali akan tunjuk cara nak pegang pensil. Hp wajib ada kat sebelah abang Ariq. 


Ariq dah pandai warnakan tanpa keluar garisan. Dan Ariq memang betul-betul anak mama, suka warna pekat-pekat dan striking. Yea. Kongsi sebelah-sebelah, suka dieorang. Selalunya boleh bikin gadoh ni. Harini behave.
Best buku warna ni. Tebal dan murah sebab beli kat Big Bad Wolf. Tak sabar nak tunggu BBW lagi.
Memborong =)

Friday, 21 November 2014

CELOTEH MAMA DAY 11 - ATASI BENGKAK SUSU

Alhamdullilah. Hari Jumaat dah tiba. Jangan lupa bersedekah dan selawat banyak- banyak ya kawan-kawan. Sekarang saya dalam kereta nak pergi COD barang dengan bisnes partner saya di Nilai dan Sepang.

Suka sangat hari jumaat sebab suami saya kerja separuh hari sahaja. Bestkan. Kami dapat masa 2 hari setengah untuk anak-anak dan keluarga.

pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee sri cendana, pengedar shaklee sepang
3 plastik untuk di hantar kepada tuannya. Semuanya omega guard kan. Promosila katakan. 2 botol Omega Guard di Sri Cendana, Cheras untuk makcik kesayangan saya, 2 botol lagi untuk bisnes partner di Nilai dan sebotol untuk kawan baik saya di Sepang. Shaklee untuk kita. Wah


Saja nak cerita harini saya dapat panggilan dari seorang kawan fb nak tanya berkenaan bengkak susu. Katanya tak tahan sangat dah sakit melampau. Ini merupakan anak kedua beliau. Yang mana beliau tidak menyusukan anak pertama dan tiada pengalaman.

Seperti yang saya katakan ianya mudah. JANGAN DIRECT ANAK DAHULU. Sebab ia mungkin menghasilkan susu yang laju dan anak boleh merajuk. Ia dinamakan nursing strike. Susu anda akan laju sebab banyak dan ia boleh membuatkan anak tidak selesa atau susu laju itu menyucuk/menembak mulut anak. Ini boleh buat anak tidak mahu direct lagi.

Apa yang boleh dibuat bila bengkak susu ialah, tuam dulu dengan air panas. Boleh guna kain yang direndam air panas. Atau saya lebih suka guna cara ni. Letak air panas dalam botol kecil dan gelekkan di payudara. Kita akan rasa payudara tidak membengkak lagi dan boleh menyusukan anak. Atau boleh juga pam sedikit dahulu dan menyusukan anak jika anak mahu menyusu ketika itu.

Kajian pula mengatakan ketika ibu bengkak susu, tekanan kuat berada dalam duktus susu ibu. Itu yang kita rasa panas dan payudara membengkak. Tapi tahulah bahawa ianya sangat nikmat bila si anak dapat menyedut semua susu itu. Tapi seperti yang saya katakan tadi, hati-hati takut ianya boleh membuatkan anak nursing strike.

Ada yang letak kobis sejuk untuk menghilangakn tekanan payudara. Ianya antara cara nak menghilangkan tegang dan panas payudara. Tapi bukan untuk membaikkan bengkak susu. Bengkak susu akan hilang apabila susu dikeluarkan sepenuhnya. Ada yang mermet dahulu sebelum beri anak. Sebab katanya bengkak susu merupakan susu yang ada angin. Takut anak sakit perut sebab minum susu yang awal tu. Itu semua mitos sahaja.

Selain itu, saya cadangkan pengambilan lecithin untuk kurangkan masalah bengkak susu. Susu yang terkumpul di dalam duktus susu boleh mengalir dengan lancar setelah di pam atau ketika anak menyusu. Malah, lecithin bantu membakar lemak dan bantu ibu kurus dengan cepat.

Insyallah saya akan completekan entry berkenaan bengkak susu saya kemudian. Harini saya akan pos barang dan COD barang dahulu. Jumpa next entry ya.

Customer dari Seremban nak Set Penyusuan Budget: Esp dan alfalfa. Dan barang hadiah contest Like, Share & Komen.


Pakar Penyusuan Susu Ibu

Agen: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

Thursday, 20 November 2014

VITAMIN IBU MENYUSU BANTU IBU YANG SIBUK MEMBANYAKKAN SUSU BADAN

Hari-hari buat pasal Shaklee, fikir pasal Shaklee. Kene lebih fokus. So hari-hari pon ada je cerita pasal Shaklee kan. Harini saya nak COD barang kat bisnes partner saya di Tesco Ampang. Beliau staff nurse di Hospital Ampang. Memang berat kerja beliau tapi masih boleh menyusukan anak. Memang kagum.

Anak ketiga sebaya Aisyah dah hampir 1 tahun 6 bulan, tapi kesibukan ibu tak menghalang untuk menyusukan anak. Jadual kerja yang tak menentu, masih mampu balik dan menyusukan anak secara direct. Disebabkan anak dah tak nak susu dan botol susu, tapi beliau masih struggle balik kerja malam dan menyusukan anak. Serius kagum dengan ibu-ibu yang menyusukan ni. Dahla ada 2 orang anak lagi. Kene urus rumahtangga lagi.

Alhamdullilah beliau masih menggunakan Set Menyusu Shaklee sebagai kawan baik beliau. Sekurang-kurangnya jika beliau tak sempat makan atau minum, masih boleh berikan cukup nutrien untuk si anak hasil dari nutrisi lengkap dari Set Menyusu Shaklee.

pengedar shaklee sri johor, pengedar shaklee sri melaka, pengedar shaklee sri sabah




Haish.. kalau cerita pasal breastfeeding memang tak habis. Sanggup berdiri panas-panas tadi then berkongsi maklumat. Haila kan. Ni la kesah mak-mak yang menyusukan anak ni.

Sebelum ni, beliau memang amik oder dari kawan dan doctor-doctor di hospital. Dan mungkin disebabkan kesibukan, menyebabkan beliau tak cukup masa nak fokus sepenuhnya. Tapi saya berjanji untuk bantu beliau belikan barang dan sokong jika perlu. Sebab saya dah tak kerjakan. Stock Shaklee memang sentiasa ada dan boleh run bila-bila perlu. hehehe. Senangkan bisnes Shaklee.

Nila hebatnya kerja berpasukan. Bantu membantu. Ada yang tak sempat amik stock, boleh kita poskan. Dan keep ingatkan antara satu sama lain.
Kalau anda di kawasan Ampang yang memerlukan Shaklee, boleh contact bisnes partner saya ni Sazaleena (boleh pm di fb). Beliau akan bantu berikan tips yang terbaik serta berkongsi maklumat penyusuan yang sebaiknya.


Pakar Penyusuan Susu Ibu

Agen: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

CELOTEH MAMA DAY 10 - ROUTINE HARIAN SEBAGAI WORK AT HOME MAMA

Bangun pagi harini rasa penat sangat badan. Selalunya bila dah ambil 4 biji ostematrik sebelum tidur pasti lega badan bangun tidur. Ni sebab dah lupa nak telan ostematrik, bangun pon melayu jela. Tambahan pula, melayan abang ariq yang tak lena tidur sebab demam. Asikla menangis. Macam minta perhatian lebih mama pon ada jugak. Tak bagi mama pusing mengadap adik aisyah. Macam-macam anak bijak ni.

Lepas hantar suami pergi kerja. Eh kat luar rumah je. Terus bukak laptop. Ade hutang satu entru semalam. Buat sarapan sikit then update pemenang contest yang babyshop.com buat. Contest LIKE,SHARE N KOMEN. Best-best dapatlah seramai seribu lebih likers yang menyokong page babyshop.com. Pemenang boleh tengok di page ya. Esok saya poskan hadiah. Saja suka-suka.


Dalam pukul 11, terus jumpa bisnes partner saya kat petronas Tesco Ampang untuk hantar barang yang dioder. Borak-borak kejap then balik. Best borak dengan kawan satu kepala. Sebab kami suke bab breasfeeding ni. Panas-panas pon borak lagi. Hahaha





Dah settle tu, pergi cuci kereta encik suami jap. Masuk spa murah je harini ye. Sebab tak boleh tunggu lama. Mama is busy today. Abang ariq tak sihat.
Settle tu pergi cari air kelapa muda untuk abang ariq. Nak detox virus-virus itu. Kasi buang semua. Lepas minum air kelapa ni barula bagi abang ariq amik nutriferon untuk tingkatkan imunisasi badan dia. Sebab sure-sure la dia akan reject ubat demam. Ubat sapu untuk rashes dia pon dia dah anti. Inikan ubat demam. Nasibla die memang die hard fan nutriferon tau. Kipas susah mati ni. Sangat-sangat bersyukur ada nutriferon. Mertua saya datang dari temerloh bawa nutriferon sebab bekalan kami di rumah dah habis. Kat HQ pon dah habis stock. Sebab nak tukar baju baru rasanya.




Dak Aisyah ni kalau masuk wash car ni memang die takut sangat. Terus pergi belakang. Takut kene cuci kot. hahaha



Nah, air kelapa untuk abang Ariq. satu ni dah naik rm4 tau. terkejut jugak. Kelapa pon dah apply GST ke? rasanya borong amik 50 sen je. ke saya yang salah?


Then masak lunch jap. Layan anak-anak mandi. Ni baru rasa nak berehat jap. Sebab tak cukup tidur malam kan. Aisyah pon dah tidur lepas makan nasi. So mama pon nak rehat. Abang ariq layan tv sat ye. 


Hati tak tenang nak tidur sebab jarang dah tidur siang. So kasi update celoteh mama sikit. Nanti kita sambung ek

Tuesday, 18 November 2014

CELOTEH MAMA DAY 8 - SEDEKAH SUBUH

Haritu ada bagi TIPS REZEKI MENCURAH-CURAH kat semua bisnes partner saya. Dan antaranya ialah sedekah. Sebenarnya kita memang semua maklum yang sedekah ini memang membanyakkan rezeki kita kan. Tapi ada caranya juga.



Saya berpeluang ke satu seminar free yang mana ianya memang membantu membuka mata saya tentang matlamat bersedekah ni. Dalam seminar, penceramah bagi 4 tips kejayaan dan kekal positif sepanjang hari.

 1- bangun pagi terus amalkan konsep bersyukur. Terus luahkan perkara-perkara yang membuatkan kita bersyukur sepanjang waktu. Senyum dan bersyukur bersungguh-sungguh.

2- amalkan teknik pernafasan dengan baik. Tarik nafas dalam-dalam dan hold sekejap. Sambil doakan apa yang kita nak. Selepas beberapa minit tu, lepaskan nafas dengan kuat.

3- bersedekah setiap hari. mulakan dengan rm1, tapi perlu setiap hari konsisten.

4- bangun pagi elakkan baca/tengok benda-benda yang negetif. Jangan terus baca fb, jangan tengok berita, jangan baca surat khabar dulu. Hanya buat konsep diatas dan terus mandi dan solat. Sebaiknya cium suami/isteri dan anak-anak dulu. Amik aura positif. Elakkan baca/tau hal-hal duniawi sekejap.

Lepas ke kelas, saya sharekan dengan semua bisnes partner saya. dan alhamdullilah, ada seorang bisnes partner, Kak Hidayah bagi kami satu idea yang best. Sama konsep yang no 3 tadi bersedekah setiap hari. Tapi kita buat betul-betul di awal pagi. Sedekah Subuh namanya.

Caranya, letak satu bekas duit kat tempat yang kita senang nampak. Setiap hari bangun je pagi, kita terus masukkan duit (sebaiknya amoun yang sama) untuk kita sedekah. dah cukup sebulan, kita sedekahkan kepada orang yang memerlukan. Atau boleh juga kita buat makan dan sedekahkan kepada mereka-mereka yang berjumaat. Yang penting ianya dibuat setiap hari dan konsisten. Ianya tanda kita bersyukur dan berniat untuk berkongsi rezeki. Amalkan bermula dengan rm1 dulu sebagai permulaan dan untuk tidak membebankan, lama-lama tingkatkan sedekah anda bulan demi bulan mengikut kemampuan. Islam itu indahkan. Tidak memaksa kita namun mendorong kita untk jadi lebih baik. Bila ianya dibuat di waktu pagi/subuh, ianya lebih afdal sebab diawal waktu.

Sebelum ni saya akan buat online transaction sahaja. namun bukan setiap pagi. lepas tau konsep sedekah subuh ni, insyallah akan dipraktikkan setiap hari. Insyallah. 

sedekah - membanyakkan harta
zakat - menyucikan harta (wajib didahulukan)

Monday, 17 November 2014

CELOTEH MAMA DAY 6 - ANAK-ANAK KOREK GAMBAR LAMA

Dah balik Temerloh ni, rajin pulak anak-anak korek gambar lama. Tak banyak pon gambar 'bercinta' mama dan papa. hehehe.. Sebab kami tak bercinta lame pon. (tutup mulut mata kelip-kelip)

Ada 2 gambar kelas masa kami di UTEM dulu. Gambar ni memang tergantung kat bilik encik suami dah lama. So, Ariq Aisyah memang suka betul amik gambar tu. Dok belek-belek gambarnya.

Dan soalan yang suka ditanya. Mana gambar mama dan mana gambar papa?
hahaha..Nasib Ariq Aisyah tau yang mana satu, al maklumla, dah lari diameter ni, takut anak tak perasan. Gambar skema papa dan gambar gengster mama tu nampak lain betul kalau nak compare dengan sekarang ni. Tapi memula dulu, memang lama jugakla nak pilih mana satu gambarnya. Skang dieorang dah tau dah. 

Layan jela gambar-gambar ni.



Pilih-pilih makcik mana yang cantik. Mama dok tengah sekali. Pakai baju hijau striking lagi tu. Sure la anak-anak nampak. ahaks




Ada 2 gambar. Satu gambar kelas full house. Ada dalam hampir 80 orang kot. Satu lagi gambar kumpulan.
Hep, dok sopan sikit anak dara, kurang duit hantaran nanti.



Eh comel pulak gambar ni. Tapi Aisyah belum sempat nak buat peace. Anak dara i memang suka bergambar tau. Lebih-lebih lagi kalau selpie sendiri. Memang syok sendiri. Ikut papa ke ikut mama? ups



Nah, nila Nur Aisyah Imani saya. Belum di booking lagi. =)
Alhamdulllah masih menyusu badan sepenuhnya 1 tahun 6 bulan.

Pakar Penyusuan Susu Ibu

Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

Sunday, 16 November 2014

CELOTEH MAMA DAY 5 - HERO-HEROKU DEMAM

Susah hati si ibu bila anak-anak demam. Ditambah pulak dengan encik suami pon nak demam jugak dalam waktu yang sama. Alhamdullilah bukan demam yang merengek, demam nak pandai sesuatu kot. (doa-doa)

Al kisahnya, since encik suami tukar kerja ni, memang letih sikitla sebab kene berebut-rebut naik LRT dan asik kene hujan je. Yang mana aktiviti ni memang boleh dikatakan tak pernah nak buatla. Since balik kerja hari Khamis dah cakap nak demam sebab kena hujan. So lepas, mandi, terus berehat. Esoknya ke ofis, balik dan terus tidur jugak. Demam katanya.

Malam hari jumaat tu, plan nak balik Temerloh, tengok-tengok badan Ariq pon panas. Padahal sebelum tu berendam dengan adik Aisyah dalam bilik air sampai setengah jam, rilex je. Jarang Ariq demam sebenarnya, tapi sebab dia tak merengek, rasa macam tak demam je. Penjagaan pon kurang sikit sebab tak nampak macam sakit. Happy go lucky aja.

Malam pertama tidur kat rumah wan, Ariq tidur sendiri. Memang tak bagi ubat langsung hanya nutriferon sahaja. Nasib kat rumah wan masih ada bekalan, kat rumah kami dah habis dah..(hot stuff la katakan). Lepas makan, main jap terus tidur. 2 kali jugak mama bangun untuk check suhu Ariq, memang panas. Tak bawak termometer sebab tak sangka die demam kan. 

Esok lepas subuh, Ariq bangun ajak borak, which is pelik sebab bangun awal in a good mood. Siap puji acu nana lagi. Dan cakap mama baik, nak tidur dengan mama, nak borak dengan mama, aish..pelik budak ni. Takpa lah, mama layan je. papa sambung tidur sebab demam lagikan (demam tak panas tapi ngades..hehehe..sori papa). Dah cukup tidur, bangun dalam pukul 10am, siap speaking dengan mama. Bila mama ajak makan, Ariq cakap, No!, jom mandi, No!...Wah, demam nak pandai speaking ke? hahahaha

Tapi alhamdullilah, walaupon badan panas, masih aktif macam tak de hal. Main kehulur hilir die harini. Sebab tula mama sampai terlupa nak check suhu dia. Lupa yang anak demam.hahaha..

Hope Ariq cepatla sihat. Risau kalau demam tetibe ni. Jarang demam tetibe macam ni melainkan kalau batuk or selseme yang menyebabkan infection. Doakan anak saya sihat ya.

Alhamdullilah Aisyah still steady. Orang cakap anak yang masih menyusu badan ni memang payah nak berjangkit demam. Sebab Ariq ketika masih menyusu pon susah nak berjangkit demam. Lepas stop susu badan, kebarangkalian berjangkit tu tinggi tapi cepat kebah la. Patutla orang cakap susu ibu ni magic milk. Memang magic pon.

Ok, hope kesihatan Ariq dan encik suami cepat pulih. Boleh pergi jenjalan. Dan tak la mama risau hati ja.

Pakar Penyusuan Susu Ibu

Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com