Showing posts with label set Penyusuan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label set Penyusuan Shaklee. Show all posts

Friday, 21 November 2014

RAHSIA MUDAH BANYAKKAN SUSU IBU DENGAN KONSISTEN

Jika anda seorang ibu yang bekerjaya dan mempunyai impian untuk menyusukan anak dengan sepenuhnya (sehingga 2 tahun) sebaiknya bermula tekadkan diri semasa mengandung lagi. Ianya merupakan permulaan yang terbaik. Seterusnya perlulah berusaha mengumpul stok susu ketika masih di dalam pantang lagi. Dan ia sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi dari seorang ibu. Kenapa saya katakan begitu?




Tahukah anda yang proses penyusuan susu ibu bukanlah satu proses yang mudah?

Lebih-lebih lagi untuk ibu yang melahirkan anak pertama. Ianya seperti seorang bayi yang baru mula untuk belajar berjalan. Pelbagai cara dan teknik yang perlu dicuba untuk berjaya. Orang putih cakap Try and Error. Sebab lain orang lain pemangkin susu nya.

Sejujurnya rata-rata ibu yang mempunyai masalah susu kurang disebabkan mereka tunggu last minute baru nak pam susu. Tunggu lagi 2 minggu nak masuk kerja baru nak pam. Dan biarkan susu yang dipam semasa berpantang untuk diminum habis oleh anak ketika dalam pantang. Mereka tidak menyimpan stock susu untuk standby ketika mereka bekerja nanti. Kebanyakan alasan tak mau mengepam di dalam berpantang sebab tak mahu susu kurang ketika anak mahu menyusu. Itu hanya mitos penyususan susu ibu!

Dah mula nak masuk kerja baru nak pam susu. Sudahnya rasa stress yang kuat dan membuatkan penghasilan susu mula terbantut. Seterusnya mengambil pelbagai suppliment dan tidak berhasil. Mula nak salahkan suppliment yang sebelum ini dilabel sebagai 'ubat ajaib'. Memang sebenarnya suppliment boleh membantu. Tapi ianya perlukan masa dan disiplin yang tinggi. Perlu ambil suppliment dan ikuti jadual pam yang betul. Ianya membantu badan ibu boleh serasi dengan suppliment dan disiplin (pam dan menyusu) ibu selama ini.

Saya galakkan seawal minggu pertama lagi sudah pam susu. Kerana ketika berpantanglah dikatakan 'masa susu subur'. Penghasilan susu sedang sangat banyak. Jika anda merupakan customer Set Berpantang Shaklee dan Set Penyusuan Shaklee saya, pasti pelbagai tips dan consultation berterusan saya akan berikan. Dan jika kawasan rumah berdekatan, saya akan ke rumah untuk ajar posisi dan post mortem masalah penyusuan susu ibu anda.


RAHSIA MUDAH BANYAKKAN SUSU IBU DENGAN KONSISTEN


1- Berniat dari awal semasa mengandung lagi untuk menyusukan anak.

2- Berfikiran positif akan berjaya tanpa memandang masalah badan kurus atau jenis keturunan tak ada susu.

3- Menyususkan anak direct sejak hari pertama dan pastikan anak sudah selesa menyusu bersama anda.

4- Mulakan pam dan mengikut jadual pam berperingkat. Lagi banyak pam, lagi banyak susu keluar. 

5- Penuhi konsep Demand & Supply (demand dari anak dan pam)

6- Kosongkan payudara sekerapnya. 3 jam sekali wajib dikosongkan (samada pam atau anak direct for both). Payudara yang tak penuh tidak bermakna tiada susu, keep pum.

7- Semasa anak sedang menyusu di payudara sebelah, amalkan pam sebelah lagi payudara. Ianya merupakan teknik Tendem Nursing. Susu akan terhasil lagi banyak.

8- Jika susu sedikit (normal bagi diawal kelahiran anak) amalkan konsep Power Pumping. Pam 10 minit then stop, pam lagi 10 min then stop. Amalkan sehingga payudara terasa kosong.

9- Pastikan pengambilan air masak cukup atau lebih dari 3 liter sehari. Dan pastikan pengambilan air dengan betul. Bukan main minum je.

10- Jaga pemakanan. Ingat apa yang kita makan, itu yang anak kita dapat.
Ianya untuk kesihatan ibu dan anak juga, bukan semata-mata hanya untuk banyak susu sahaja. Ianya untuk kesihatan ibu an anak berpanjangan.

11- Berdoa dan bertawakal setelah berusaha. Kuatkan berzikir Ya Mattin semasa menyusukan anak atau mengepam susu.

Ketahui RAHSIA PENYUSUAN SUSU IBU dengan lebih detail dengan membaca TIPS MEMBANYAKKAN SUSU IBU & MEMBUATKAN PENYUSUAN SUSU IBU INDAH

Berusahala dengan lebih kuat. Jika semua rahsia diatas sudah diikuti, namun masih belum ada hasil. Saya cadangkan amalkan Set Penyusuan Shaklee. saya juga akan bantu anda selesaikan masalah penyusuan anda. Saya pasti anda boleh teruskan penyusuan susu ibu. Andalah pejuang susu ibu.

Jika dari awal ibu sudah amalkan konsep mengepam dan amalkan suppliment dengan konsisten, insyallh seawal seminggu dah boleh nampak hasil yang memberangsangkan. Kenapa saya kata begitu? Sebab saya sudah membuktikannya. Baca kisah saya disini. - Kini Saya Mampu Tersenyum Lebar

Bukan hanya saya, malah ramai sudah berjaya. Jemput baca testimoni mereka.


TESTIMONI 1 : MASALAH SUSU KURANG BILA ANAK 5 BULAN. DARI 3 BOTOL SETIAP HARI KE 12 BOTOL.

pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya


TESTIMONI 2 : SUSU BANYAK SETELAH KETAHUI TIPS & RAHSIA MEMBANYAKKAN SUSU IBU

tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya


TESTIMONI 3 : SUSU TETAP BANYAK DENGAN SET PENYUSUAN SHAKLEE

tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya


TESTIMONI 4 : SUPPLIMENT SHAKLEE MENAMBAHKAN SUSU BADAN


TESTIMONI 5 : SUSU BERKURANG DISEBABKAN ANAK MASUK KE HOSPITAL. SETELAH MENGGUNAKAN SET PENYUSUAN SHAKLEE, SUSU BERTAMBAH BANYAK.

tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya



Pakar Penyusuan Susu Ibu


Agen: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang

Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

Wednesday, 12 November 2014

HASIL PERAHAN SUSU IBU DARI 3 BOTOL KE 12 BOTOL SEHARI - TESTIMONI SET PENYUSUAN SHAKLEE

Baca tajuk diatas pon dah buat saya sangat gembira. Ya, sangat-sangat gembira. Ini merupakan testimoni seorang customer saya yang mengamalkan SET PENYUSUAN BUDGET SHAKLEE. Bayangkan jika customer kita dapat hasil yang meningkat 4 kali ganda selepas hampir sebulan amalkan SET PENYUSUAN BUDGET SHAKLEE serta tips eksklusif yang saya berikan, mestilah sangat gembirakan. Syukur Ya Allah izinkan semuanya berlaku. Lompat bintang sikit. hehehe


milkbooster, masalah penyusuan susu ibu, susu ibu, pakar penyusuan susu ibu


Yang paling best, testimoni SET PENYUSUAN BUDGET SHAKLEE ini diberikan dengan ikhlas oleh suaminya sendiri tanpa saya minta. Sangat menyokong penyusuan susu ibu. Sanggup berhabis duit untuk kemudahan isteri dan anak tersayang. Bertuahnye anda.

Al kisahnya, suami beliau merupakan seorang kawan lama masa saya belajar di KUSESS. Mungkin disebabkan selalu membaca celoteh saya di wall fb berkenaan Penyusuan Susu Ibu serta Tips-tips eksklusif Penyusuan Susu Ibu yang saya berikan, membuatkan suaminya sendiri yang wasap saya untuk bertanyakan berkenaan SET PENYUSUAN SHAKLEE. Selepas beberapa kali wasap, saya setuju untuk COD sendiri SET PENYUSUAN SHAKLEE kerumah dan berniat untuk 'post mortem' masalah penyusuan isteri beliau. (customer bertuah saya ni).

Mereka ni pasangan doktor perubatan yang bekerja di sebuah hospital kerajaan. Yang nyata, kerjaya ini sangatlah sibuk dan tak ada masa yang banyak untuk diri sendiri kan. Namun, ketabahan dan kegagahan seorang ibu tiada siapa boleh sangkal/persoalkan. Eh, sambung cerita. (heheh). Hasil dari post mortem berkenaan masalah penyusuan susu ibu beliau, saya sedar beberapa perkara yang boleh saya kongsikan disini.

Antara masalah penyusuan dan tips eksklusif dari saya:

1- Pemilihan Pam - ini sangat penting. Bagi saya, pam merupakan kawan baik yang sangat penting untuk semua ibu menyusu. Pemilihan pam perlu berdasarkan kerjaya dan kesibukan bekerja bagi ibu bekerjaya. Ada sesetengah ibu yang tidak boleh pam ketika bekerja. Ada yang tidak boleh pam terlalu lama untuk satu sesi pam. Ada juga yang tak suka dengan plug in pam. Ada yang jenis travel dan tak suka pam yang bising atau terlalu berat. Pemilihan pam sangtlah penting.

2- Masa untuk mengepam susu - Sebaiknya pam 3 kali sepanjang 8 jam waktu bekerja. Jarakkan 3 jam sekali untuk pam. Cara yang saya cadangkan, pam ketika 10am, 2pm dan 5pm. Atau ibu yang tidak boleh pam semasa bekerja boleh pam sebelum masuk bekerja (7.30am), waktu lunch (1pm) dan selepas pulang (6pm). Ianya masa yang sesuai untuk ibu pam susu. Konsistenkan masa pam susu ya. Biarkan masa yang sama diambil untuk set otak berkenaan penghasilan susu ibu. Kawan saya bekerja di kilang dan tidak ada masa untuk mengepam susu. Jadi dia akan pam di dlm kereta, semasa ke ofis (7am), selepas lunch (1.30pm) di surau dan semasa dalam kereta untuk pulang ke rumah (6pm).

3- Keadaan ibu ketika pam - Ini juga penting. Ibu perlu rasa kenyang semasa mahu menyusukan/mengepam susu. Ini kerana, jika ibu lapar atau kurang air, penghasilan susu tidak membantu sedikit pon. Malah bandan akan jadi semakin teruk dan kurang bertenaga. Cara yang saya cadangkan, pam selepas makan makanan atau selepas minum ESP Shaklee. Ianya membantu menghasilkan susu dengan cepat serta bantu ibu tahan lapar lebih lama. Ibu juga boleh sediakan biskut kesihatan untuk tidak lapar.

4- Pil Perancang/Period/Ibu mengandung - keadaan ini juga boleh menyebabkan kurang penghasilan susu kerana ianya melibatkan hormon. Namun tidak semua boleh terjadi jika ibu ikuti beberapa tips penyusuan eksklusif dengan betul dan konsisten. Melainkan penyusuan diberhentikan atas nasihat doktor.

milkbooster, masalah penyusuan susu ibu, susu ibu, pakar penyusuan susu ibu, tips penyusuan susu ibu, tips banyakkan susu ibu, makanan banyakkan susu ibu, milkbooster, set bersalin murah, set berpantang murah, set penyusuan shaklee,testimoni, kebaikan shaklee,

tips penyusuan susu ibu, tips banyakkan susu ibu, makanan banyakkan susu ibu, milkbooster, set bersalin murah, set berpantang murah, set penyusuan shaklee,testimoni, kebaikan shaklee,


Selepas sesi 'post mortem' masalah penyusuan susu ibu ini, beliau bertekad untuk beli pam baru yang saya cadangkan. Jadi beliau boleh pam susu ketika dalam kereta dengan tenang dan mudah. Beliau juga konsisten untuk mengambil SET PENYUSUAN BUDGET SHAKLEE untuk vitamin ibu menyusu. Dan beliau tidak lagi menjadikan alasan pengambilan pil perancang membuatkan susu terjejas. Beliau sangat positif dan kuat semangat.

Alhamdullilah. Inilah yang saya berkehendak. Kejayaan seseorang diatas keizianan Yang Esa dan hasil usaha yang berterusan dan konsisten. Suami dan keluarga sangat-sangat menyokong kuat.

Dari 3 botol sehari boleh hasilkan 12 botol sehari? Masyallah.

Inilah janji Allah untuk hambaNya yang berusaha. Kerjaya yang sibuk bukan penyebab kegagalan Penyusuan Susu Ibu. Lebih-lebih lagi kerjaya beliau di kawasan Emergency dan perlu oncall membuatkan dirinya penuh kesibukan. Namun beliau masih boleh berjaya.

Minta dan berdoa padaNya. Insyallah akan ditunjukkan jalan.
Ini juga merupakan set kesayangan saya. Baca disini KINI SAYA MAMPU TERSENYUM LEBAR untuk testimoni saya sendiri.

Selain itu, saya sedia membantu masalah penyusuan anda. Pelbagai tips eksklusif saya sedia kongsikan. Baca sini untuk TIP PENYUSUAN SUSU IBU YANG HEBAT.

Dan jika berhampiran, saya sedia post mortem masalah penyusuan anda dan ajar cara untuk menyusukan baby dengan mudah dan baik. Insyallah.

Pakar Penyusuan Susu Ibu

Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

Tuesday, 21 October 2014

2 KUNCI UTAMA RAHSIA PENYUSUAN SUSU IBU SUDAH TERBONGKAR

PAKEJ COMBO VITAMIN PENYUSUAN TERHEBAT : EMOSI + SUPPLIMENT


Ramai yang bertanya.

"kak macam mana nak banyakkan susu

 badan?"


Saya cuma nasihatkan, pastikan amalkan makanan yang berkhasiat dan ibu jangan stress-stress ya. Sebab selain makanan, emosi turut mainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Iya ke emosi penting?

Baik macam ini. Saya bagi contoh.


Pernah tak anda bangun lambat waktu pagi, kemudian terkejar-kejar nak pergi kerja. Then semua benda pon tidak menjadi. Tertinggal kunci bilik office kat rumahla. Tiba-tiba jalan sangat jem ketika nak ke office. Mula la nak bebel-bebel dalam kereta nak salahkan orang lain sebab buat anda semakin lambat. Ditambah dengan rasa lapar. Mula rasa migrain sebab angin naik ke kepala. Kena marah dengan bos lagi sebab sampai lambat ke office. Kawan-kawan dah pandang semacam je. Start jalan laju-laju sebab takut kantoi dengan bos yang lain dan akan jadi cerita semakin besar. Penatkan kalau jadi macam tu.  


Seterusnya boleh mempengaruhi emosi anda. Itulah dinamakan stress. Stress yang terjadi akibat satu benda simple yang anda tidak sedar. Dan tahukah anda ianya boleh mempengaruhi sistem penghasilan susu badan? Silap-silap terjejas penghasilan susu badan anda seharian. Pasti makin stress dan sedih kan.

Tahu...Jadi bagaimana nak atasi dengan selamat?

Cuba anda berada dalam keadaan rilex je. Jika dah bangun lambat, terus positifkan diri. Fikirkan yang anda akan sentiasa berasa selamat walaupon dah bangun lambat. Set di kepala yang anda akan sampai ke office tanpa gangguan dan halangan yang akan menyusahkan hidup anda seharian. Paling senang sentiasa beristigfar agar roh anda tenang sepanjang tindakan anda. Tarik nafas 
dalam-dalam dan hembus.

Maknanya sama maksud diatas dengan keadaan ini, jika anda rasa susu anda semakin merudum, cepat-cepat atasi dengan berfikiran positif. tapi jangan positif bermaksud,

''Susu kurang, bermaksud Allah cakap sampai ini sahaja aku menyusukan anak''

Ini berfikiran positif yang tidak kreatif. Positif tidak bertempat sangat-sangat ni. jadi apa perlu anda buat? Cuba pam susu sambil baca fb. Atau sambil berzikir atau dengan ayat-ayat Al-Quran. Boleh juga sambil borak-borak dengan kawan sebelah jika keadaan mengizinkan. Sambil tengok gambar atau video anak. pasti makin banyak susu anda nanti. Tiba-tiba je rasa eh, cepatnya penuh botol ni. Padahal dah setengah jam mengepam. Hati pun rasa tenang. Susu pon tak muat botol. Pinjam kawan sebelah. Kan best gitu.



Sebenarnya anda trick otak anda untuk alihkan masalah kepada penyelesaian yang mudah. Bila tak ada masalah, anda akan rasa rilex. Bila rilex, susu pon rilex je nak keluar ikut suka. Anda mampu kawal emosi.

Cara saya, saya suka tengok cerita kelakar ketika saya pam susu. Tengok cerita runningman atau cerita kartun yang boleh buat saya happy, buat saya lupa masalah atau kesakitan. Sebab ianya boleh trick minda saya untuk lupakan masalah sekejap. Tak percaya? Cuba amalkan. Itu yang saya katakan emosi memainkn peranan penting dalam penghasilan susu badan.

Jadi apa kena mengena dengan suppliment ni?

Baik. Saya nak bagi contoh lagi. Badan yang sihat dan bertenaga boleh mempengaruhi emosi anda. Cuba kalau anda letih dan demam, production susu akan berkurangan. Namun apabila anda bertenaga dan gembira, penghasilan susu akan jadi sebaliknya. Susu akan dihasilkan dengan baik. Pengambilan supplimen yang konsisten mampu mengaktifkan sistem peredaran darah yang baik serta sistem badan yang sempurna. Apabila badan anda sihat, tidak akan rasa letih atau nak marah-marah kan. Dan alhamdullilah perjalanan hidup anda pon nampak lancar je kan. Bdan sihat, emosi pon stabil. kan?

Pernah tak anda check penghasilan susu anda ketika anda datang bulan?

Ketika itu badan anda letih dan tidak bermaya akibat perubahan hormon badan yang tidak menentu. Jika anda senggugut lagi mengharukan keadaan kan. Pengambilan suppliment untuk membanyakkan susu pon tidak membantu ketika itu. Namun anda boleh ambil suppliment untuk mengelakkan anda rasa sakit ketika datang bulan. Ianya membantu badan anda rasa lebih segar. Ini juga penyebab, emosi tak stabil ketika datang bulan walaupon makan suppliment penyusuan.

Nampak tak PAKEJ COMBO VITAMIN PENYUSUAN TERHEBAT INI : 
EMOSI + SUPPLIMENT membantu untuk membanyakkan susu ibu. Anda hanya perlu kontrol 2 kunci utama rahsia penyusuan ini jika anda nak maintainkan penyusuan anda.

Namun, jangan lupa kerapkan pam dan direct baby. Kalau tak pam, bagaimana nak banyakkan atau keluarkan susu kan?

Saja saya nak kongsikan testimoni diri sendiri. Saya berkongsi sesuatu yang berjaya dalam diri saya.

Berpantang hari ke 14.
Hari mengempeng adik Aisyah sebab tak nak tidur. Alhamdullilah. masih ada rezeki untuk dijadikan stock ebm nanti.7oz ni hasil sebelah sahaja. Sebab Aisyah suka mengempeng sebelah aja. saya buat tendem nursing (menyusu sambil pam)




Saya juga pernah gagal ketika sebulan awal menyusukan Ariq Ikhwan. Namun niat menyusukan anak amat kuat dan Allah bantu saya. Yang penting kena kuat semangat dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Doa dan useha kena seiring. Jangan mencipta alasan atau letak sesuatu sebagai alasan untuk berhenti menyusukan anak.

Boleh baca sini untuk tips penyusuan yang hebat.


Dan suka saya nak konsikan, saya mengamalkan suppliment hebat ini untuk membanyakkan susu badan saya dan maintainkan pengeluaran susu badan saya ketika datang bulan atau sedang sakit.

Boleh baca sini untuk ketahui bagaimana saya diuji dengan masalah penyusuan seterusnya saya berjaya sehingga sekarang. Kini saya mampu tersenyum lebar.

saya amalkan set hebat 3 serangkai ini:

Gabungan hebat ESP + Alfalfa + Ostematrik atau boleh juga amalkan
ESP + Performance Drink ( kedua-duanya dalam bentuk serbuk dan boleh dibancuh bersama).

Baca pengalaman hebat pengguna yang amalkan set 3 serangkai.


Jadikan setiap masalah permulaan untuk satu kejayaan
Ibu pejuang susu ibu!


Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

Sunday, 5 October 2014

SET PENYUSUAN ASAS SHAKLEE - DIKATAKAN PIL KUDA?

SET PENYUSUAN ASAS SHAKLEE - DIKATAKAN PIL KUDA?

Tengok pada tajuk memang dramatik sikit. Tapi itulah hakikat sebenarnya. Kalau set penyusuan asas dah dapat hasil yang extra begini. Bagaimana dengan set lengkap penyusuan? Pasti ada yang terkejut dengan statement saya ini kan? Tapi percayalah, inilah yang rakan saya bagitau selepas consume set penyusuan asas ini untuk pertama kali. Dalam hanya sehari sudah dapat kesan yang mengkagumkan. Saya pasti beliau tak pernah consume pil kuda ataupon viagra, tetapi disebabkan kesan yang begitu memuaskan hati sehingga tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Memang niat asal beliau ambil set penyusuan asas ini untuk membantu masalah penyusuan beliau. Tapi setelah tahu khasiatnya tidak hanya untuk ibu menyusu, beliau tekad berkongsi dengan suami. Sebab ketika itu, suami beliau kerja jauh dan perlukan travel setiap hari menyebabkan suami sering letih. Set inilah yang membantu beliau dan suami kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari. Siapa tak sayang suami dik non.






Untuk lebih sempurna lagi, baik saya kongsikan kebaikan set penyusuan asas ini dulu. Untuk set penyusuan asas ini, mengandungi 4 vitamin utama iaitu:

1-VITALEA MULTIVITAMIN
Multivitamin terbaik kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal untuk mantapkan kesihatan kolon, hati, mata dan tingkatkan sistem imunisasi badan dalam jangka masa yang panjang. Mempunyai antioksidan mencegah radikal bebas, kalsium utk pertumbuhan tulang, magnesium utk seimbangkan rentak jantung dan denyutan nadi serta biotin yg menyokong proses pengeluaran tenaga. Ianya merupakan multivitamin pertama dunia yang dihasilkan. Namun pesakit telesemia tidak boleh makan tanpa keizinan dari doktor.

2-B-COMPLEKS 

Mengandungi 8 komponen vitamin B dan asid folik yang memastikan kesihatan saraf sekaligus meredakan tekanan dan sakit kepala. Ianya merupakan agen antistress terbaik. Vitamin ini membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Asid folic membantu mencegah kecacatan tiub neutral bagi wanita yang merancang kehamilan.

3-VITAMIN C 

Menyokong sistem pertahanan badan dan memelihara sel2 badan. Membantu menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah. Memelihara kesihatan kulit agar kelihatan cantik serta merangsang penghasilan kologen dlm badan.

4-ALFALFA 

Agen penghasilan susu badan terbaik dengan cepat. Ia juga berfungsi menyerap protein dan karbohidrat dengan baik. Membantu merawat sistem pencernaan dan sembelit. Kurangkan risiko sakit jantung dan strok. Kurangkan masalah ketika monopos, masalah dalman wanita, keputihan. Berfungsi mengetatkan peranakan dan yang paling best mampu menghangatkan hubungan suami isteri. khasiatnya sebaik kacip fatimah.

Pelbagaikan khasiatnya, bukan sekadar sesuai untuk masalah penyusuan sahaja. Malah membantu menghangatkan lagi hubungan suami isteri. Masalah susu anak selesai, malah dapat ikat kasih sayang suami tercinta. Lagi seronok apabila suami isteri makan bersama agar masing-maisng mendapat khasiat yang tak terhingga ini. Wah.


Saya juga sertakan beberapa testimoni pengguna set penyusuan asas ini.







Syukur atas kurniaan rezeki Allah ini. Sesungguhnya tiada perkara indah seperti yang dikabarkan. Kita masih perlu berusaha untuk dapatkan sesuatu. Kita juga boleh. Jika ramai ornag sudah berjaya dengan set penyusuan asas ini, kenapa kta maish lagi tidak mahu berusaha begini. Disebabkan inilah, saya tidak mahu anda semua hanya makan set penyusuan asas ini tanpa mendapatkan consultation dari saya. Saya sedia jadi rakan pembimbing bersama anda bagi menjayakan misi menyusukan anak sehingga 2 tahun.

Kerana saya dah berjayakan 2 orang anak saya Ariq Ikhwan (2011) dan Aisyah Imani (2013) serta 4 ornag anak susuan lagi dengan bantuan set penyusuan Shaklee. Semua hanya dengan keizinan dan keredhaan dari yang Esa.
Saya pasti ibu diluar sana perlukan set penyusuan ini.

Malah Rasulullah S.A.W pernah bersabda,
” Dan tidak ada seorang pun perempuan yang hamil dari suaminya, kecuali ia berada dalam naungan Allah azza wa jalla, sampai ia merasakan sakit kerana melahirkan, dan setiap rasa sakit yang ia rasakan pahalanya seperti memerdekakan seorang hamba yang mukmin. Jika ia telah melahirkan anaknya dan menyusuinya, maka tak ada setitis pun air susu yang dihisap oleh anaknya kecuali ia akan menjadi cahaya yang memancar di hadapannya kelak di hari kiamat, yang menakjubkan setiap orang yang melihatnya dari umat terdahulu hingga yang kemudian. Selain itu ia dicatat sebagai seorang yang berpuasa, dan sekiranya puasa itu tanpa berbuka nescaya pahalanya dicatat seperti pahala puasa dan qiyamullail sepanjang masa.
Ketika ia menyapih (cerai susu) anaknya Allah Yang Maha Agung sebutan-Nya berfirman: ‘Wahai perempuan, Aku telah mengampuni dosa-dosamu yang lalu, maka perbaruilah amalmu.”
(Mustadrak Al-Wasail 2: bab 47, hlmn 623)

Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
email: nastasha.nordin@gmail.com

Friday, 3 October 2014

AKSESORI LENGKAP UNTUK PENYUSUAN SUSU IBU - APA YANG PERLU ADA?

Cabaran sangat kuat bagi pejuang susu ibu. Lebih-lebih lagi para ibu akan sangat terasa akan kehebatan hentakan cabaran ini. Yang kuat akan terus berjaya. Manakala yang lemah akan mudah saja mengalah. Cabaran kuat akan mudah terasa lebih-lebih lagi untuk ibu bekerja. Pelbagai perkara perlu dibuat segera. Jadi hari ini, saya suka nak berkongsi satu entry berkenaan aksesori/gadjet lengkap untuk seorang ibu bekerja bagi menjayakan penyusuan susu ibu.

Biasalah, semua orang perlukan kesempurnaan untuk menjayakan sesuatu perkara. Kalau kita diberi bantuan, lagi mudah kita nak siapkan kerja kita kan. Tak la kerja tadi menjadi satu beban terhadap diri kita. Jadi, disebabkan cabaran penyusuan susu ibu ini sangat kuat, jom ibu semua lengkapkan diri.

Apa aksesori lengkap untuk penyusuan susu ibu yang semua perlu tahu?

1- Pam Susu 
Bagi ibu yang bekerja serta menyusukan anak, pam susu adalah aksesori penting yang perlu dipertimbangkan. Memang boleh menggunakan teknik mermet (pam susu menggunakan tangan), namun ianya menjadi sangat lambat dan leceh jika ibu tidak pandai menggunakannya. Sebaiknya ibu perlu menyimpan sedikit modal untuk membeli pam susu. Terpulang pada penggunaan untuk dapatkan pam elektrik atau manual.

Terdapat pelbagai jenis pam susu di pasaran dan juga pelbagai model. Apa yang penting, sebelum membeli, ibu perlu membuat sedikit survey tentang beberapa perkara:
(a) modal untuk beli pam
(b) keperluan untuk membeli pam elektrik atau manual
(c) keadaan kerja yang menentukan model pam yang hendak dibeli (elektrik atau manual/ double pump atau single pump)
(d) testimoni tentang jangka hayat pam itu
(e) warranty tentang pam
(f) barang gantian (spare part) mudah dicari atau tidak
(g) pam mudah dibawa/ bising/ penggunaan bateri

Saya bagi sedikit contoh berkenaan diri saya.

Dulu saya bekerja dan mampu membeli pam elektrik. Keadaan kerja yang semua nak cepat memaksa saya membeli double pump. Saya perlukan pam susu untuk memudahkan saya pam di ofis sebanyak 3 kali dalam tempoh 8 jam bekerja. Ianya mempercepatkan proses pam saya. Saya pastikan warranty dari kedai yang saya beli. Dan terdapat banyak kedai baby yang boleh saya beli spare part jika pam saya ada masalah. Disebabkan rumah yang jauh dari office, saya mencari pam yang boleh digunakan ketika memandu kereta. Pam yang dipilih sangat ringan dan boleh dimasukkan kedalam handbeg. Kurang bising dan menggunakan battery yang boleh dicharge semula.
Jadi, saya memilih pam jenis MEDELA model FREESTYLE. 



gambar dari google. Kalau beli Medela Freestyle, kita akan dapat semua set diatas ini.


2-Botol penyimpanan susu ibu
Bagi ibu bekerja, botol ini penting untuk menyimpan susu perahan tadi. Terdapat pelbagai jenis botol boleh dibeli namun awas, carilah botol yang free BPA (Bisphenol A). Kenapa ianya perlu FREE BPA? kerana BPA boleh mengakibatkan gangguan hormon estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak yang boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon anak. Ibu perlu lebih peka ya.



gambar dari google. terdapat pelbagai jenis storage bottle.



3-Plastik penyimpanan susu ibu
Selain botol, plastik merupakan alternatif lain untuk simpan susu perahan. Kawasan simpanan yang besar sehingga 12 oz serta boleh menjimatkan ruang di dalam peti sejuk kerana ianya boleh dibaringkan dan disusun sebaiknya. Pastikan ianya turut FREE BPA ya. Plastik hanya boleh pakai sekali sahaja. Pakai dan buang.


4-Pemanas botol
Ini satu aksesori yang memudahkan penjaga untuk memanaskan susu untuk si manja. Kalau kita mudahkan orang, pasti mereka mudah nak jaga anak kita kan. Tak perlulah nak panaskan air terlebih dahulu kemudian rendam. Ianya mengambil masa yang lama untuk panaskan susu ibu. Pemanas botol sudah ada sukatan suhu. Boleh dijadikan rujukan kepada penjaga untuk memanaskan susu anda. Elak panaskan susu di dalam ketuhar atau di atas dapur. Ianya mampu menghancurkan antibodi di dalam susu tersebut. Rugilah anak kita tak dapat khasiat tu.


gambar dari google.saya pon pakai yang ini. beli pakej ini lebih jimat (sterilizer + warmer)



5-Bra Penyusuan
Bila pakai bra penyusuan ini boleh memudahkan proses pam susu dan menyusukan anak. Hanya buka klip dan ianya masih menyokong payudara anda. Pilih bra yang sesuai dengan saiz anda.


6-Cooler beg dan ice pack
Bagi ibu bekerje ini adalah penting. Ianya untuk membawa pulang susu yang telah dipam di office. Cooler beg bertindak untuk mengelakkan susu cair dengan mengekalkan suhu dari ice pack. Cari cooler beg dan ice pack yang mahal sikit supaya tahan lama dan berbaloi.



Saya pilih brand MLO (mum little one). Beg yang tidak terlalu besar cukup untuk 6 botol penyimpan susu ibu dan mudah digalas. Ice pack juga brand yang sama dan ianya mampu beku lebih lama sehingga 6 jam. Pastikan tidak terdedah terlalu direct kepada matahari.

7-Nursing cover
Ini penting untuk ibu yang suka menyusu secara public. bantu cover tempat terdedah serta ibu lebih yakin menyusukan anak tanpa perlu risau pandangan orang sekeliling. Ada yang gunakan tudung labuh, ada yang tutup dengan beg. Asalkan ibu yakin aurat tidak terdedah serta anak tidak lemas ketika menyusu ya.

8-Supliment untuk ibu menyusukan anak
Boleh dikatakan semua ibu akan merasa penat dan kering apabila menyusukan anak. Pemakanan sangat penting untuk pasti khasiat susu ibu sampai ke anak yang disusukan. Ibu perlu ambil lebih kerana ianya dikongsikan bersama. bayangkan jika badan ibu lemah dan tidak sihat, macam mana untuk menampung penghasilan susu ibu.

Cabaran ibu keluar bekerja sangat mencabar. Jika penat, penghasilan susu kurang, anak tak cukup susu semasa di penjaga. Kesian anak. jadi ibulah bertanggungjawab menjaga kesihatan ibu agar ibu dan anak berjaya dalam proses penyusuan ini.

Saya mencadangkan pengambilan vitamin untuk ibu menyusu. Sambil sihat, ibu boleh membanyakkan susu ibu.



Inilah sedikit perkongsian dari saya. Harap ibu dapat sedikit idea bagi menjayakan penyusuan susu ibu ya. Bagi yang ingin bertanya, boleh tulis diruangan komen dan saya akan sharekan tips atau idea saya melalui pengalaman saya sendiri.

Baca testimoni disini untuk lebih yakin dengan produk - testimoni saya sendiri

Jika nak dapatkan vitamin ibu menyusu, boleh terus hubungi saya di

Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
email: nastasha.nordin@gmail.com

MAKANAN ASAS PENAMBAH SUSU IBU - NATURAL MILKBOOSTER

Assalammualaikum ibu semua, semalam ada saya terbaca berkenaan sumber makanan penambah susu ibu di dalam majalah Pa&Ma bulan Ogos 2014. Terus datang idea nak kongsikan satu entry berkenaan tajuk yang sama serta pengalaman saya sebagai ibu yang menyusukan anak.

Sebelum itu, ibu kena tahu, apa yang dimaksudkan dengan makanan penambah susu ibu (milkbooster)?

Makanan penambah susu ibu juga bermaksud sesuatu yang ibu makan atau amalkan untuk menggalakkan penghasilan susu ibu. Umum tahu bahawa, antara tips membanyakkan susu ibu ialah ibu perlu sihat tubuh badan dan berada di dalam keadaan happy selalu. Bagaimana ibu nak merasa sihat? Melalui pemakanan yang ibu ambil seharian. Jika cukup semua nutrisi dan khasiatnya seimbang, badan ibu boleh kekal sihat dan bertenaga seharian. Ada juga bermaksud, sesuatu yang ibu makan atau amalkan yang boleh melancarkan peredaran darah seterusnya mampu melancarkan penghasilan susu ibu seperti bersauna atau berurut. Tapi hari ini saya nak kongsikan berkenaan sumber makanan penambah susu ibu.




Antara sumber makanan penambah susu ibu yang popular ialah:

1- Kacang Soya
Antara sumber makanan yang mengandungi protein tinggi yang mampu menyokong kesihatan dan diet pemakanan ibu. Namun begitu, elakkan minum soya didalam tin kerana ianya sangat manis dan tidak diketahui jangka hayatnya. Selain itu, pilihla soya yang dimasak dengan sempurna untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

2-Lobak
Apa sahaja lobak dikatakan mampu membanyakkan susu ibu. Tapi terbukti lobak putih antara penggalak susu yang popular. boleh buat sup lobak putih dan campurkan sedikit halia. Pasti ianya mampu melancarkan peredaran darah dengan baik. Lobak merah boleh dijadikan sebagai salad anda.

3-Halba
Selalunya ia popular dikalangan masakan india. Kerana jika kita makan halba, badan kita akan berasa panas membuatkan peredaran darah kita berjalan dengan lancar. Badan rasa berpeluh lepas amalkan halba. Boleh dimakan begitu sahaja atau direndam dengan air panas dan minum airnya.

4-Bawang Putih
Ianya kaya dengan sulfur dan bagus untuk sendi. Bagus amalkan pada setiap masakan kita kerana ia mampu menyegarkan badan.

5-Kurma dan kismis
Makanan sunnah ini kaya dengan pelbagai vitamin antaranya protein, serat, glukosa, vit A, vit C dan banyak lagi. Ia juga mengandungi glukosa untuk tenaga segera bagi ibu menyusu badan. Apabila badan bertenaga, penghasilan susu badan pon lancar.

6-Pegaga
Makanan ulam seperti ini kaya dengan vitamin yang tinggi. Disebabkan ianya ditanam bebas, ia tidak mengandungi bahan pengawet/racun. Ini membuktikan makanan ini selamat. Sedap dibuat ulam makan dengan nasi panas-panas atau boleh buat jus pegaga dan kurma. Kisarkan sekali.

7-Susu
Susu ialah sumber kalsium yang utama. Bila badan kita cukup sumber kalsium, tulang kita kuat menyokong badan dengan baik. Tak la rasa lemah-lemah badan atau sakit pinggang. Bila sakit kurang, badan sihat, susu pon tak malu nak keluar. Amalan minum susu ini bagus untuk semua golongan. Samaada susu kambing atau susu lembu. Kalau tak tahan bau susu, boleh makan pil kalsium.

8-Habbatus sauda/Jintan hitam
Antara makanan sunnah yang sesuai untuk menggalakkan penghasilan susu badan. Ianya juga merupakan makanan yang boleh menyihatkan badan.

Peringatan:
Makanan asas penambah susu ibu ini mungkin tidak berkesan untuk semua ibu. Ia bergantung kepada setiap individu mengikut kesesuaian badan terhadap makanan yang diambil.
Dan jika segala tips penyusuan eksklusif tidak diikuti, jangan harap untuk susu dihasilkan dengan baik. Ianya kena seiring. Ibu perlu ikuti semua tips untuk membanyakkan susu ibu dan hasilnya pasti berbaloi.

Baca sini untuk 
TIPS EKSKLUSIF UNTUK MEMBANYAKKAN SUSU IBU.

Selain itu, ada juga beberapa makanan asas penambah susu ibu yang boleh dicuba mengikut kesesuaian badan.

1-Daun kucai
2-Barli
3-Sawi
4-Oat
5-Betik muda
6-Jantung Pisang
7-Ketam
8-Alfalfa
9-Madu
10-Pengambilan air masak lebih 3 liter sehari

Semua info sudah lengkap tersusun, tinggal ibu nak amalkan sahaja. Jangan gopoh dan stress untuk melengkapkan proses penyusuan ini kerana setiap hari ialah hari latihan untuk ibu lebih pandai dan berjaya dalam proses penyusuan susu ibu ini.

Tak lengkap rasanya kalau saya tak kongsikan pengalaman saya pula.
Saya memang akui, kebanyakan makanan asas penambah susu ibu diatas telah saya cuba dan amalkan. Ternyata ada yang berkesan namun ada juga yang kurang berkesan.

Mungkin cerita saya sedikit berbeza, namun suka saya nak kongsikan disini.
Penghasilan susu badan saya sangat berhasil jika saya makan sup petola. tetapi kalau ia dijadikan amalan, rasanya kurang berhasil juga. Tapi kalau kadang-kadang dapat makan sup petola, boleh lebih dari 15oz saya dapat untuk sekali perahan. Saya akan makan nasi panas dan sup petola, kemudian pam susu setelah saya sudah kenyang. hasilnya tidak mengecewakan.


Selain itu, saya alah dengan kuah kacang. Alahan yang baik la jika dapat membanyakkan susu ibu kan. Pernah waktu raya 2011, ketika itu Ariq Ikhwan bau 3 bulan, saya perlu pam setiap kali lepas makan kuah kacang dan nasi impit. Tapi saya tak menolak jika saya katakan itu antara makanan kegemaran saya. Jadi, perasaan happy itu sangat tinggi jika dapat makan lebih-lebih lagi masakan mak saya. Jadi mungkin itulah penyebabnya. Rasa happy menyebabkan hormon prolaktin meningkat dan hasilkan susu ibu.

Dan pernah sekali saya makan durian bersama suami. balik terus bengkak susu dan perlu dipam. sebab ketika itu, Aisyah Imani sudah kenyang. Bukan kerap pon terjadi, tapi ketika itu saya teringin sangat nak makan durian dan suami bawa makan di tempat best. Jadi perasaan seronok itulah yang membantu hasilkan lebih lagi susu.

Seperti yang saya katakan tadi, bukan semua yang kita makan akan menjadi milkbooster untuk susu kita seharian. Ada tika menjadi, ada tika gagal. Dan setiap orang pon tak sama makanan penambah susu nya. Ibu kene try and error baru ibu boleh rasakan sendiri.

Tapi saya ada satu lagi makanan penambah susu yang saya amalkan seharian. Ianya memang benar-benar terjadi dan berhasil dan saya amalkan sehingga sekarang bermula tahun 2011 lagi. Bukan semata-mata susu jadi banyak, tapi badan saya rasa sihat dan bertenaga seharian. Stock susu bertambah sehingga berjaya dikongsikan bersama 4 anak susuan lain. Alhamdullilah dengan izin Allah. Boleh baca disini untuk pengalaman pertama saya amalkan makanan ini.

Nak tau apa?taraaa..
SET PENYUSUAN SHAKLEE



Ianya set lengkap penyusuan yang mana mengandungi semua vitamin yang ibu menyusu perlukan. Jika tadi setiap makanan asas penambah susu ibu yang saya kongsikan diatas, ianya lebih lengkap jika ibu mengamalkan set 3M penyusuan ini. 3M bermaksud making more milk. Ia lengkap dengan protein, kalsium, serat, vit A, vit B, vit C serta semua vitamin di dalam multivitamin untuk menyokong menyihatkan badan ibu. Bile ibu sihat, ibu rasa happy dan penghasilan susu pon lancar (dengan syarat ibu ikuti tips supply vs demand).

Jika ibu khuatir dan ragu-ragu, beritahu saya dan saya akan berikan cadangan terbaik berkenaan set dan harga mampu milik. Saya akan berikan cadangan mengikut keperluan dan kemampuan ibu. Jangan asik stress aja, cepat bertindak untuk atasi masalah susu kurang. Ini saya kongsikan testimoni ibu-ibu yang sudah berjaya dengan set penyusuan Shaklee.








Alhamdullilah saya harap ibu semua dapat sesuatu dari perkongsian saya hari ini. Saya tahu, ibu semua berusaha bersungguh-sungguh untuk menyusukan anak. Sesiapa pon tidak boleh menyangkal setiap usaha ibu kerana sesungguhnya hanya ibu sahaja yang tahu tahap pengorbanan yang ibu sanggup lakukan demi anak tersayang. Usaha lah untuk menyusukan anak. Jangan pernah putus asa. Teruskan pejuang susu ibu !

Jika ibu nak dapatkan consultation berkenaan masalah penyusuan, boleh hubungi saya. Malah saya sedia bantu ibu mengatasi masalah bersama. Ada kawan penyusuan lebih seronok kan.

Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
email: nastasha.nordin@gmail.com