Friday 5 December 2014

1001 SOALAN BERKENAAN PENYUSUAN SUSU IBU - BAHAGIAN 3

Bagaimana diet yang diambil mempengaruhi kualiti susu anda? 

Kualiti pemakanan yang terkandung di dalam susu ibu pada amnya sentiasa mencukupi, dan jarang dipengaruhi oleh keadaan ibu, walaupun kalori dan pengambilan pemakanan ibu tidak mencukupi.

Jawatankuasa Taraf Pemakanan Semasa Mengandung dan Laktasi dari The Institute of Medicine, " tersangat kagum dengan bukti bahawa ibu masih mampu menghasilkan susu yang mencukupi dari segi jumlah dan kualitinya untuk menyokong dan menggalakkan tumbesaran dan kesihatan bayi, walaupun bekalan nutrien dan tenaga untuk ibu itu terhad." (1991)

Ini tidak bermakna kita tidak perlu menggalakkan ibu-ibu mengambil makanan mengikut selera mereka dan mendapatkan sekurang-kurangnya 1800 kalori sehari. Pada dasarnya, seseorang ibu yang menyusu bayi perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. Sebenarnya, kebanyakan ibu telah lama bersedia sejak mereka hamil lagi untuk menyusukan bayi. Kita perlu ingat bahawa seseorang ibu itu tidak perlu terlalu sempurna pemakanannya semata-mata untuk membolehkannya menyusu.

Adakah anda perlu pantang mengambil makanan tertentu?


Kebanyakan ibu tidak perlu mengubah makanan berkhasiat yang mereka ambil ketika menyusu. Makanan yang 'baik' dan 'tidak baik' ketika menyusukan bayi selalunya lebih berasaskan kepada sesuatu budaya daripada keperluan fisiologi itu sendiri. Contohnya, di kalangan kaum Red Indian bawang putih dikatakan sangat baik untuk penyusuan tetapi di kalangan ibu-ibu berbangsa Amerika menganggap bawang putih tidak baik dan akan mengelak dari mengambilnya ketika menyusu.

Namun penting untuk ibu mengmbil makanan yang seimbang dan kaya dengan nutrien. Ini kerana, ibu sedang berkongsi khasiat dan nutrien yang kaya dengan zat-zat yang seimbang untuk keperluan tumbesaran si anak. Malah, ibu yang menghasilkan susu ibu perlu kekal bertenaga dan sihat untuk teruskan penghasilan susu yang kaya dengan kualiti. Disebabkan itu pentingnya pengambilan vitamin untuk ibu yang tidak menghalang proses penyusuan susu ibu.

tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee sri penara, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya, keburukan set penyusuan Shaklee, esp banyakkan susu badan, set budget Shaklee, Shaklee, pakar penyusuan susu ibu, testimony set penyusuan, testimony set budget Shaklee, testimony Shaklee, susu banyak, Shaklee murah, Shaklee berkesan


Sensitif terhadap makanan

Kadangkala bayi yang menyusui susu ibu bertindak balas terhadap sesetengah makanan yang dimakan oleh ibunya. Anda boleh perhatikan bahawa selepas mengambil makanan yang berempah atau makanan yang bergas, bayi anda akan menangis atau meragam.

Oleh kerana bayi yang mengalami kolik atau sakit dalam perut juga menunjukkan gejala yang sama, cara yang terbaik untuk membezakannya ialah dengan memerhatikan berapa lama gejala itu berlanjutan. Jika ia disebabkan oleh makanan, gejala selalunya lebih singkat, berakhir dalam masa kurang dari 24 jam. Tetapi jika ia disebabkan oleh kolik ia akan berlaku setiap hari dan selalunya berlanjutan sehingga beberapa hari atau beberapa minggu.

Jika bayi anda mendapat gejala tersebut setiap kali anda mengambil makanan tertentu, lebih baik sahaja anda berhenti mengambil makanan tersebut. Jika anda mempunyai sejarah keluarga menghidapi alahan, termasuklah asma dan penyakit kulit tertentu, anda perlulah elakkan dari mengambil hasil tenusu ataupun makanan lain yang menimbulkan alahan ketika anda menyusu bayi. 

Anda haruslah berbincang dengan petugas kesihatan jika ingin menukar diet anda, supaya mereka dapat memastikan semua keperluan nutrien anda diperolehi. Sesetengah bayi tersangat sensitif terhadap makanan tertentu di dalam diet ibunya. Anda tidak harus mengambil tindakan sewenang-wenangnya untuk menghadkan diet anda melainkan ada sebab-sebab tertentu yang mengganggu bayi anda. Jika bayi anda terlalu sensitif terhadap penyusuan yang anda berikan, ini mungkin disebabkan protein asing yang terdapat dalam susu ibu. 

Dalam kes ini, cuba elakkan dari makanan tertentu yang anda syaki bertanggung jawab terhadap masalah ini, sekurang-kurangnya selama seminggu (jangan lupa untuk membaca semua label makanan). Jika anda dapati tiada sebarang perubahan, anda boleh mengambil semula makanan itu. Cuba ambil makanan lain sekiranya ia merupakan penyebabnya. Mungkin berguna jika anda menyimpan rekod makanan yang anda ambil dan tindak balas bayi terhadap makanan ini. Ia akan membantu menyelesaikan masalah ini.

Jika anda rasakan anda tersalah makan, cuba bilas dengan air kelapa muda. Amalkan beberapa hari dan pastikan anda ambil air masak dengan banyak dan betul. Ini akan membantu proses detox sekaligus menghindar si anak untuk menerima kesan dari 'salah makan' anda itu.

Hasil tenusu: Dalam beberapa kes kecil, ada ketikanya bayi mendapat alahan akibat susu lembu yang terdapat dalam diet anda. Gejala yang mungkin timbul untuk beberapa minit atau beberapa jam selepas menyusu ialah cirit-birit, ruam, meragam dan kembung.

Untuk mengetahui sama ada bayi anda mengalami alahan atau pun tidak terhadap hasilan ini, hentikan semua produk tenusu dalam diet anda untuk selama 2 minggu. Kemudian ambilnya semula satu persatu setiap hari ke dalam diet anda. Saksikan tindak balas bayi terhadapa bahan-bahan ini. Anda pasti mendapat jawapannya.

tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee sri penara, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya, keburukan set penyusuan Shaklee, esp banyakkan susu badan, set budget Shaklee, Shaklee, pakar penyusuan susu ibu, testimony set penyusuan, testimony set budget Shaklee, testimony Shaklee, susu banyak, Shaklee murah, Shaklee berkesan


Makanan lain yang diambil yang boleh menyebabkan bayi mengalami alahan
termasuklah telur, kacang tanah dan kekacang, gandum, soya, jagung, tomato, bawang, kubis, rempah, makanan laut, buah oren dan jusnya serta coklat.

Kopi: Cuba elakkan kafein atau kurangkan pengambilannya ketika anda menyusukan bayi. Kafein akan terkumpul dalam sistem tubuh bayi kerana bukan mudah untuk menyingkirkannya. Jika meminum secawan kopi di waktu pagi tidaklah begitu memudaratkan bayi anda, tetapi terlalu banyak kafein boleh menimbulkan masalah seperti sukar tidur, gementar, kerengsaan dan kurang susu. Anda bolehlah mengambil kopi tanpa-kafein dan juga teh. Elak dari mengambil minuman kola serta lain-lain minuman berkarbonat yang mengandungi kafein tambahan.

Alkohol: Elak dari mengambil alkohol semasa menyusu anak anda kerana ia boleh menyerap ke dalam susu ibu. Jika anda memilih untuk mengambil alkohol, minumlah selepas anda menyusukan bayi.

Merokok: Jangan merokok semasa sedang menyusu bayi atau merokok berdekatan dengan anak-anak anda. Perokok pasif di kalangan kanak-kanak adalah merbahaya, terutamanya di kalangan bayi. Ia boleh meningkatkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).

Pada dasarnya, ambillah makanan yang terbaik dan berkhasiat setiap hari ketika anda menyusukan bayi.

Ubat-ubatan
Kebanyakan ubat adalah selamat diambil semasa menyusu bayi, tetapi terdapat beberapa jenis ubat yang boleh memudaratkan bayi. Untuk mendapatkan kepastian ini, beritahu doktor atau pakar pediatrik yang anda menyusu bayi dengan susu badan. Dapatkan pengesahan untuk semua jenis ubat termasuklah ubat yang dibeli sendiri. Anda boleh mengambil ubat anda sebaik sahaja selesai menyusukan bayi. Sesetengah pil perancang keluarga juga boleh mendatangkan kesan terhadap penghasilan susu, tetapi kesan yang dialami berbeza dari seorang wanita ke seorang yang lain. Ia juga bergantung kepada jenis pil yang diambil. Berbincanglah dengan doktor anda.

Sumber dari FB ini. Terima kasih di atas perkongsian ilmu


Pakar Penyusuan Susu Ibu


Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

No comments:

Post a Comment