Wednesday 3 December 2014

APA YANG ADA DALAM SUSU IBU

Susu ibu ialah cecair/makanan yang dihasilkan secara semula jadi dan psikologi untuk bayi manusia. Saintis terus menemui kelebihan-kelebihan terbaru yang ada pada susu ibu. Berbanding susu formula, susu ibu kerap bertukar berdasarkan keperluan anak. Susu formula tetap sama tanpa mengira keperluan dan usia anak. Susu ibu berubah berdasarkan usia anak.


Didapati ada dua lapisan lemak (hindmilk) dan cair (foremilk). Kandungan susuibu adalah 88% air, jadi tidak hairanlah mengapa lapisan yang cair itu lebih banyak dari yang pekat. Ini juga merupakan sebab utama mengapa anak yang berumur kurang daripada 6 bulan tidak perlu diberikan sebarang air tambahan. Selagi anak belum makan solid food, air masak tambahan tidak diperlukan, cuma susu ibu sahaja.
  • susu ibu untuk anak pra-matang mengandungi kandungan protein yang tinggi
  • susu ibu bagi anak usia lapan bulan pula mempunyai jumlah kalori yang tinggi berbanding anak berusia sebulan
  • susu ibu berubah mengikut cuaca. Dalam cuaca panas susu ibu mengandungi lebih banyak cecair. Dan dalam cuaca sejuk, susu ibu mengandungi lebih banyak lemak.
  • susu ibu berubah dari segi rasa bergantung kepada jenis pemakanan ibu. Ini memberi peluang kepada anak untuk mencuba pelbagai jenis rasa sepanjang tempoh penyusuan mereka.

tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee sri penara, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya, keburukan set penyusuan Shaklee, esp banyakkan susu badan, set budget Shaklee, Shaklee, pakar penyusuan susu ibu


Terdapat tiga jenis breastmilk yang sangat penting untuk bayi kita, iaitu, 'foremilk' , 'hindmilk' , dan 'kolostrum'. Jom kenali apa maksud ni:

(1) KOLOSTROM ialah susu yang berwarna kekuningan yang dihasilkan selepas beberapa jam atau beberapa hari selepas ibu melahirkan anak mereka. Ada yang kata kolostrom ini merupakan ibu susu yang kaya dengan antibiotik untuk anak. 

(2) FOREMILK ialah susu yang berada pada kedudukan hadapan payudara. Ia juga disebut sebagai susu awal. Di awal penyusuan, anak kita akan mula dapat foremilk sahaja. Susu ni agak cair dan mengandungi air yang banyak serta berperanan untuk menghilangkan dahaga si anak. Jadi sebab itulah, untuk 6 bulan pertama, anak kita tak perlu minum air masak sekalipun. Warnanya pula agak kebiruan dan ia mengandungi khasiat seperti karbohidrat, protein dan vitamin yang sangat penting untuk anak.

(3) HINDMILK pula adalah susu yang berada pada kedudukan belakang payudara, dimana anak hanya akan mendapatnya di akhir sesi penyusuan iaitu setelah menghabiskan foremilk (susu awal). Oleh itu, hindmilk juga disebut sebagai susu akhir. Ia mengandungi kandungan lemak yang lebih dan agak pekat jika dibandingkan dengan foremilk yang cair. Warnanya juga kelihatan pekat dan agak kekuningan. Hindmilk juga tinggi kandungan kalori dan penting untuk tenaga serta tumbesaran bayi.

Mitos Penyususan Susu ibu:

Pernah dengar tak begini, ibu perlu beri kedua-dua belah payudara untuk satu sesi penyusuan kerana payudara kanan merupakan makanan dan payudara kiri merupakan air. Maksudnya lepas makan perlu bilas dengan air.

Ianya hanya mitos sahaja. Orang dulu-dulu hanya berpendapat begitu bagi mengelakkan ketidakseimbangan saiz payudara ibu jika tidak diberi dengan adil. kiri dan kanan. Allah Maha Adil, tidak akan dicipta sesuatu kesusahan utk hambaNya. Bagaimana pula jika si ibu hanya ada satu payudara atau mengalami sakit sebelah payudara? tak kan anak hanya makan sahaja tanpa minum kan?

Jika ini tejadi, si anak hanya dapat foremilk sahaja (susu awal) yang kaya dengan air dan bukan lemak seperti terdapat lebih didalam hindmilk.
Perlu beri sebelah payudara dahulu sehingga rasa kosong kemudian teruskan kepada payudara sebelah lagi.



Apabila susu dihasilkan, oleh alveoli (yang menghasilkan sel susu) kebanyakannya mengandungi lemak yang tinggi dan dan ia terhasil di belakang payudara menjadi hindmilk dan selebihnya, susu tersebut terkumpul di bahagian hadapan payudara menjadi foremilk.

Jadi, lemak yang dihasilkan itu sebenarnya tersekat di belakang payudara dan inilah yang menyebabkan perbezaan yang besar pada kandungan susu ibu. kandungan lemak dalam susu meningkat secara beransur-ansur dalam penyusuan sebagai dua lapisan lemak yang dibebaskan dari alveoli.

Lebih lama ibu menunggu untuk menyusukan/ memerah maka lebih banyak foremilk (susu awal) yang akan dihasilkan. Namun ia juga akan membuatkan bayi menunggu lama untuk mendapatkan hindmilk (hind milk)

Level laktosa yang tinggi  yang ditemui dalam foremilk (susu awal) sangat penting untuk tenaga dan perkembangan otak bayi serta mampu menghilangkan dahaga bayi. Manakala hindmilk (susu akhir) pula penting untuk tumbesaran bayi serta mampu membuatkan bayi kenyang.


tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee sri penara, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya, keburukan set penyusuan Shaklee, esp banyakkan susu badan, set budget Shaklee, Shaklee, pakar penyusuan susu ibu

Ingin ketahui rahsia saya untuk dapatkan hasil pam sebelah payudara sahaja dapat 8.5 oz? Malah saya sedia kongsikan Tips penyusuan Susu Ibu yang Eksklusif khas untuk anda semua.

Jemput baca pengalaman indah saya.<--- 

Pakar Penyusuan Susu Ibu



Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

No comments:

Post a Comment