Friday 3 October 2014

AKSESORI LENGKAP UNTUK PENYUSUAN SUSU IBU - APA YANG PERLU ADA?

Cabaran sangat kuat bagi pejuang susu ibu. Lebih-lebih lagi para ibu akan sangat terasa akan kehebatan hentakan cabaran ini. Yang kuat akan terus berjaya. Manakala yang lemah akan mudah saja mengalah. Cabaran kuat akan mudah terasa lebih-lebih lagi untuk ibu bekerja. Pelbagai perkara perlu dibuat segera. Jadi hari ini, saya suka nak berkongsi satu entry berkenaan aksesori/gadjet lengkap untuk seorang ibu bekerja bagi menjayakan penyusuan susu ibu.

Biasalah, semua orang perlukan kesempurnaan untuk menjayakan sesuatu perkara. Kalau kita diberi bantuan, lagi mudah kita nak siapkan kerja kita kan. Tak la kerja tadi menjadi satu beban terhadap diri kita. Jadi, disebabkan cabaran penyusuan susu ibu ini sangat kuat, jom ibu semua lengkapkan diri.

Apa aksesori lengkap untuk penyusuan susu ibu yang semua perlu tahu?

1- Pam Susu 
Bagi ibu yang bekerja serta menyusukan anak, pam susu adalah aksesori penting yang perlu dipertimbangkan. Memang boleh menggunakan teknik mermet (pam susu menggunakan tangan), namun ianya menjadi sangat lambat dan leceh jika ibu tidak pandai menggunakannya. Sebaiknya ibu perlu menyimpan sedikit modal untuk membeli pam susu. Terpulang pada penggunaan untuk dapatkan pam elektrik atau manual.

Terdapat pelbagai jenis pam susu di pasaran dan juga pelbagai model. Apa yang penting, sebelum membeli, ibu perlu membuat sedikit survey tentang beberapa perkara:
(a) modal untuk beli pam
(b) keperluan untuk membeli pam elektrik atau manual
(c) keadaan kerja yang menentukan model pam yang hendak dibeli (elektrik atau manual/ double pump atau single pump)
(d) testimoni tentang jangka hayat pam itu
(e) warranty tentang pam
(f) barang gantian (spare part) mudah dicari atau tidak
(g) pam mudah dibawa/ bising/ penggunaan bateri

Saya bagi sedikit contoh berkenaan diri saya.

Dulu saya bekerja dan mampu membeli pam elektrik. Keadaan kerja yang semua nak cepat memaksa saya membeli double pump. Saya perlukan pam susu untuk memudahkan saya pam di ofis sebanyak 3 kali dalam tempoh 8 jam bekerja. Ianya mempercepatkan proses pam saya. Saya pastikan warranty dari kedai yang saya beli. Dan terdapat banyak kedai baby yang boleh saya beli spare part jika pam saya ada masalah. Disebabkan rumah yang jauh dari office, saya mencari pam yang boleh digunakan ketika memandu kereta. Pam yang dipilih sangat ringan dan boleh dimasukkan kedalam handbeg. Kurang bising dan menggunakan battery yang boleh dicharge semula.
Jadi, saya memilih pam jenis MEDELA model FREESTYLE. 



gambar dari google. Kalau beli Medela Freestyle, kita akan dapat semua set diatas ini.


2-Botol penyimpanan susu ibu
Bagi ibu bekerja, botol ini penting untuk menyimpan susu perahan tadi. Terdapat pelbagai jenis botol boleh dibeli namun awas, carilah botol yang free BPA (Bisphenol A). Kenapa ianya perlu FREE BPA? kerana BPA boleh mengakibatkan gangguan hormon estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak yang boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon anak. Ibu perlu lebih peka ya.



gambar dari google. terdapat pelbagai jenis storage bottle.



3-Plastik penyimpanan susu ibu
Selain botol, plastik merupakan alternatif lain untuk simpan susu perahan. Kawasan simpanan yang besar sehingga 12 oz serta boleh menjimatkan ruang di dalam peti sejuk kerana ianya boleh dibaringkan dan disusun sebaiknya. Pastikan ianya turut FREE BPA ya. Plastik hanya boleh pakai sekali sahaja. Pakai dan buang.


4-Pemanas botol
Ini satu aksesori yang memudahkan penjaga untuk memanaskan susu untuk si manja. Kalau kita mudahkan orang, pasti mereka mudah nak jaga anak kita kan. Tak perlulah nak panaskan air terlebih dahulu kemudian rendam. Ianya mengambil masa yang lama untuk panaskan susu ibu. Pemanas botol sudah ada sukatan suhu. Boleh dijadikan rujukan kepada penjaga untuk memanaskan susu anda. Elak panaskan susu di dalam ketuhar atau di atas dapur. Ianya mampu menghancurkan antibodi di dalam susu tersebut. Rugilah anak kita tak dapat khasiat tu.


gambar dari google.saya pon pakai yang ini. beli pakej ini lebih jimat (sterilizer + warmer)



5-Bra Penyusuan
Bila pakai bra penyusuan ini boleh memudahkan proses pam susu dan menyusukan anak. Hanya buka klip dan ianya masih menyokong payudara anda. Pilih bra yang sesuai dengan saiz anda.


6-Cooler beg dan ice pack
Bagi ibu bekerje ini adalah penting. Ianya untuk membawa pulang susu yang telah dipam di office. Cooler beg bertindak untuk mengelakkan susu cair dengan mengekalkan suhu dari ice pack. Cari cooler beg dan ice pack yang mahal sikit supaya tahan lama dan berbaloi.



Saya pilih brand MLO (mum little one). Beg yang tidak terlalu besar cukup untuk 6 botol penyimpan susu ibu dan mudah digalas. Ice pack juga brand yang sama dan ianya mampu beku lebih lama sehingga 6 jam. Pastikan tidak terdedah terlalu direct kepada matahari.

7-Nursing cover
Ini penting untuk ibu yang suka menyusu secara public. bantu cover tempat terdedah serta ibu lebih yakin menyusukan anak tanpa perlu risau pandangan orang sekeliling. Ada yang gunakan tudung labuh, ada yang tutup dengan beg. Asalkan ibu yakin aurat tidak terdedah serta anak tidak lemas ketika menyusu ya.

8-Supliment untuk ibu menyusukan anak
Boleh dikatakan semua ibu akan merasa penat dan kering apabila menyusukan anak. Pemakanan sangat penting untuk pasti khasiat susu ibu sampai ke anak yang disusukan. Ibu perlu ambil lebih kerana ianya dikongsikan bersama. bayangkan jika badan ibu lemah dan tidak sihat, macam mana untuk menampung penghasilan susu ibu.

Cabaran ibu keluar bekerja sangat mencabar. Jika penat, penghasilan susu kurang, anak tak cukup susu semasa di penjaga. Kesian anak. jadi ibulah bertanggungjawab menjaga kesihatan ibu agar ibu dan anak berjaya dalam proses penyusuan ini.

Saya mencadangkan pengambilan vitamin untuk ibu menyusu. Sambil sihat, ibu boleh membanyakkan susu ibu.



Inilah sedikit perkongsian dari saya. Harap ibu dapat sedikit idea bagi menjayakan penyusuan susu ibu ya. Bagi yang ingin bertanya, boleh tulis diruangan komen dan saya akan sharekan tips atau idea saya melalui pengalaman saya sendiri.

Baca testimoni disini untuk lebih yakin dengan produk - testimoni saya sendiri

Jika nak dapatkan vitamin ibu menyusu, boleh terus hubungi saya di

Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
email: nastasha.nordin@gmail.com

No comments:

Post a Comment