Friday 24 October 2014

DOKTOR CAKAP IBU MENGANDUNG ORANG YANG SELFISH? KENAPA PULAK? - KISAH BENAR

Teringat kisah semasa saya mengandungkan Ariq Ikhwan tahun 2011. Ketika tu dah 7 bulan kandungan. Ada sesi talk bersama dentist kat klinik kerajaan. Kan antara syarat untuk ibu mengandung perlu check gigi at least sekali sepanjang tempoh hamil kan. Rasa malas nak pergi. Tapi sebab anak pertama, gagah juga nak tau semua info. Pepagi buta saya dah ada kat klinik kesihatan. Cewah, kata malas tapi semangat jugak kan. Anak first la katakan.

Masa datang, nurse cakap Doktor lambat sikit sebab ada appoiment dekat luar. Tak apa, tunggu sambil baca-baca info kat klinik tu. Ada juga beberapa orang ibu mengandung yang datang. Bolehla borak-borak sikit. Lepas beberapa minit, Doktor datang. Manis je orangnya, tapi tegas berbisa segala perkongsiannya hari ini.


Isi slide dalam 15 minit pastu sesi borak-borak sikit. Sebab ibu mengandung tak ramai, so boleh la layan berborak jap. Dalam sesi soal jawab tu tetibe telinga 'periuk kuali' ku ini terdengar ayat panas ni,

''...Memang hakikat ibu mengandung ni SELFISH. Tak kisah orang lain, fikir diri sendiri je...''

Eh..eh..sesukahati je. Daku dah datang ni dah tak selfish tau patutnya. Siap datang awal lagi. Walaupon rasa malas nak datang, tetap datang nak kutip info. Tapi makin lama sesi borak-borak tu, dari telinga rasa panas, lama-lama makin sejuk pulak. Rasa betul jugak apa yang Doktor muka manis ni cakap. Terdiam jap tengok diri sendiri.

Rasa terkene setepek..
Rasa terpana sekejap..

Tetibe rasa sayu je..
Rasa kene baling ngan batu..cewah..

Betullah..ibu mengandung ni SELFISH sangat-sangat (termasuklah saya ketika itu). Nak nangis bila nak mengaku betul dengan apa yang Doktor cakap kan tu.

Doktor cakap, ibu mengadung ni akan makan apa yang dia nak je. Apa yang dia rasa sedap je. Ikutkan nafsu makan masa mengandungtu. Kalau dia cakap


"..tak boleh minum susu..rasa nak muntah.."
"..tak boleh makan kurma..tekak kembang.."

''..tak boleh makan ubat..rasa tak sedap tekak..''

Dan dia memang tak akan amik. Lagi bagus makanan tu lagi banyak alasan dia nak makan.






Ibu tak sedar yang itu hanya untuk tekak ibu je. Bukan keperluan pembesaran anak dalam perut tu. Bukan keperluan perkembangan minda anak. Ada ibu mengandung HB low. Bila cakap makan ubat ni bagus. Semua cakap tak boleh telan la. Besar sangat, pahit sangat. Ibu tak kesah kesan dari penyakit itu, apa jadi kat anak dalam kandungan tu nanti.

Ada juga ibu yang suka sangat makan masam atau air bergas atau makanan pelik-pelik. Mengidam kononnya. Tak kan mengidam "sup seliper"?


Ada yang mengidam nak makan jeruk asam je.
Ada yang suka air gas atau air manis-manis.
Ada jugak yang nak benda pelik-pelik macam nak jantung lembu, sate landak..hish ngeri, minta kita semua di jauhkan ya. Kesian kat suami kita kena cari benda-benda ni semua.

Ibu lupa kalau mengidam benda pelik-pelik ni kesannya teruk kat ibu dan anak dalam kandungan. Anak yang baru nak hidup di dunia ni dah tercemar dengan benda-benda tak elok. Kurang berkhasiat. Kesian kat anak. Sebab kehendak ibu, anak tanggung penyakitnya. 


Ada kisah anak asthma teruk sebab ibu suke minum air sejuk masa mengandung. Suka gigit ais memanjang. Katanya nak elak morning sickness. Pada pendapat saya, boleh je, tapi semua benda kita buat kene bersederhana. Tak boleh ikutkan sangat hatitu. Kena fikirkan kesan positif/negetif untuk mak dan anak dulu, baru buat. Lama-lama ibu boleh set mind untuk tidak buat. Berwasatiah ye. Wallahualam. Semoga kita semua terhindar dari segala penyakit berat di dunia ini.

Ok, nak cerita kisah saya. Apa sebabnya saya sentap sangat Doktor cakap ibu mengandung ni SELFISH.


Alkisahnya saya ni suka sangat minum susu. Memang dari kecil saya memang suka minum susu. Tapi bila mengandungkan Ariq Ikhwan, semua jadi terbalik. Tak boleh langsung minum susu. Nak muntahla. Tak sedap la. Rasa macam susu basila. Tapi selepas kene ceramah free tadi, terus terdiam. Terdiam sebab saya memang ikut nafsu diri. Selfish sendiri. Tak fikir hal anak dalam kandungan pon.

Baca sini berapa keperluan kalsium untuk ibu mengandung.

"..kalau tak minum susu atau makan pil kalsium, macam mana tulang anak nak kuat? gigi anak nak cantik dan kuat? jangan fikir ibu tak rasa kaki tangan cramp so cukupla kalsium tu..ibu tau ke anak perlukan berapa nutrien? macam mana dengan protein, karbo, sayur, buah? jangan main ikut sedap tekak je?nanti bila anak dah lahir ada macam-macam penyakit..baru nak tergadah.baru nak meggelabah.mula cakap ni takdir anak..bukan senang nak dapat anak..semua kena jaga..tapi jangan amik mudah.."

Ok serius tersusuk sembilu..selama 7 bulan saya tak nak minum susu. Start dari haritu terus saya minum susu..tak boleh susu biasa yang saya minum, saya try susu kambing. Boleh pulak minum setiap hari. Konpius betul. Tetibe boleh makan kurma. Tak kembang tekak pulak..hehehe. Itu sebab kepala otak ini dah dicuci oleh kata-kata tusukan Doktor manis tu. Dan Alhamdullilah saya boleh terima kata-kata Doktor tadi secara positif. So, positifla result dia.

So ibu-ibu mengandung. Kenala lebih hati-hati. Jangan main sambil lewa je ye. Kene kuatkan semangat. Tak boleh makan ubat, pujuk hati dulu, try sikit. Kuatkan minda. Set dekat minda yang wajib amik untuk kesihatan anak dan ibu..


PERLU..MUST..WAJIB

Show them ibu mengandung tak SELFISH okeh!


Baca sini untuk vitamin ibu mengandung yang selamat dan semulajadi.


Agen: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com


No comments:

Post a Comment