Tuesday 21 October 2014

2 KUNCI UTAMA RAHSIA PENYUSUAN SUSU IBU SUDAH TERBONGKAR

PAKEJ COMBO VITAMIN PENYUSUAN TERHEBAT : EMOSI + SUPPLIMENT


Ramai yang bertanya.

"kak macam mana nak banyakkan susu

 badan?"


Saya cuma nasihatkan, pastikan amalkan makanan yang berkhasiat dan ibu jangan stress-stress ya. Sebab selain makanan, emosi turut mainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Iya ke emosi penting?

Baik macam ini. Saya bagi contoh.


Pernah tak anda bangun lambat waktu pagi, kemudian terkejar-kejar nak pergi kerja. Then semua benda pon tidak menjadi. Tertinggal kunci bilik office kat rumahla. Tiba-tiba jalan sangat jem ketika nak ke office. Mula la nak bebel-bebel dalam kereta nak salahkan orang lain sebab buat anda semakin lambat. Ditambah dengan rasa lapar. Mula rasa migrain sebab angin naik ke kepala. Kena marah dengan bos lagi sebab sampai lambat ke office. Kawan-kawan dah pandang semacam je. Start jalan laju-laju sebab takut kantoi dengan bos yang lain dan akan jadi cerita semakin besar. Penatkan kalau jadi macam tu.  


Seterusnya boleh mempengaruhi emosi anda. Itulah dinamakan stress. Stress yang terjadi akibat satu benda simple yang anda tidak sedar. Dan tahukah anda ianya boleh mempengaruhi sistem penghasilan susu badan? Silap-silap terjejas penghasilan susu badan anda seharian. Pasti makin stress dan sedih kan.

Tahu...Jadi bagaimana nak atasi dengan selamat?

Cuba anda berada dalam keadaan rilex je. Jika dah bangun lambat, terus positifkan diri. Fikirkan yang anda akan sentiasa berasa selamat walaupon dah bangun lambat. Set di kepala yang anda akan sampai ke office tanpa gangguan dan halangan yang akan menyusahkan hidup anda seharian. Paling senang sentiasa beristigfar agar roh anda tenang sepanjang tindakan anda. Tarik nafas 
dalam-dalam dan hembus.

Maknanya sama maksud diatas dengan keadaan ini, jika anda rasa susu anda semakin merudum, cepat-cepat atasi dengan berfikiran positif. tapi jangan positif bermaksud,

''Susu kurang, bermaksud Allah cakap sampai ini sahaja aku menyusukan anak''

Ini berfikiran positif yang tidak kreatif. Positif tidak bertempat sangat-sangat ni. jadi apa perlu anda buat? Cuba pam susu sambil baca fb. Atau sambil berzikir atau dengan ayat-ayat Al-Quran. Boleh juga sambil borak-borak dengan kawan sebelah jika keadaan mengizinkan. Sambil tengok gambar atau video anak. pasti makin banyak susu anda nanti. Tiba-tiba je rasa eh, cepatnya penuh botol ni. Padahal dah setengah jam mengepam. Hati pun rasa tenang. Susu pon tak muat botol. Pinjam kawan sebelah. Kan best gitu.



Sebenarnya anda trick otak anda untuk alihkan masalah kepada penyelesaian yang mudah. Bila tak ada masalah, anda akan rasa rilex. Bila rilex, susu pon rilex je nak keluar ikut suka. Anda mampu kawal emosi.

Cara saya, saya suka tengok cerita kelakar ketika saya pam susu. Tengok cerita runningman atau cerita kartun yang boleh buat saya happy, buat saya lupa masalah atau kesakitan. Sebab ianya boleh trick minda saya untuk lupakan masalah sekejap. Tak percaya? Cuba amalkan. Itu yang saya katakan emosi memainkn peranan penting dalam penghasilan susu badan.

Jadi apa kena mengena dengan suppliment ni?

Baik. Saya nak bagi contoh lagi. Badan yang sihat dan bertenaga boleh mempengaruhi emosi anda. Cuba kalau anda letih dan demam, production susu akan berkurangan. Namun apabila anda bertenaga dan gembira, penghasilan susu akan jadi sebaliknya. Susu akan dihasilkan dengan baik. Pengambilan supplimen yang konsisten mampu mengaktifkan sistem peredaran darah yang baik serta sistem badan yang sempurna. Apabila badan anda sihat, tidak akan rasa letih atau nak marah-marah kan. Dan alhamdullilah perjalanan hidup anda pon nampak lancar je kan. Bdan sihat, emosi pon stabil. kan?

Pernah tak anda check penghasilan susu anda ketika anda datang bulan?

Ketika itu badan anda letih dan tidak bermaya akibat perubahan hormon badan yang tidak menentu. Jika anda senggugut lagi mengharukan keadaan kan. Pengambilan suppliment untuk membanyakkan susu pon tidak membantu ketika itu. Namun anda boleh ambil suppliment untuk mengelakkan anda rasa sakit ketika datang bulan. Ianya membantu badan anda rasa lebih segar. Ini juga penyebab, emosi tak stabil ketika datang bulan walaupon makan suppliment penyusuan.

Nampak tak PAKEJ COMBO VITAMIN PENYUSUAN TERHEBAT INI : 
EMOSI + SUPPLIMENT membantu untuk membanyakkan susu ibu. Anda hanya perlu kontrol 2 kunci utama rahsia penyusuan ini jika anda nak maintainkan penyusuan anda.

Namun, jangan lupa kerapkan pam dan direct baby. Kalau tak pam, bagaimana nak banyakkan atau keluarkan susu kan?

Saja saya nak kongsikan testimoni diri sendiri. Saya berkongsi sesuatu yang berjaya dalam diri saya.

Berpantang hari ke 14.
Hari mengempeng adik Aisyah sebab tak nak tidur. Alhamdullilah. masih ada rezeki untuk dijadikan stock ebm nanti.7oz ni hasil sebelah sahaja. Sebab Aisyah suka mengempeng sebelah aja. saya buat tendem nursing (menyusu sambil pam)




Saya juga pernah gagal ketika sebulan awal menyusukan Ariq Ikhwan. Namun niat menyusukan anak amat kuat dan Allah bantu saya. Yang penting kena kuat semangat dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Doa dan useha kena seiring. Jangan mencipta alasan atau letak sesuatu sebagai alasan untuk berhenti menyusukan anak.

Boleh baca sini untuk tips penyusuan yang hebat.


Dan suka saya nak konsikan, saya mengamalkan suppliment hebat ini untuk membanyakkan susu badan saya dan maintainkan pengeluaran susu badan saya ketika datang bulan atau sedang sakit.

Boleh baca sini untuk ketahui bagaimana saya diuji dengan masalah penyusuan seterusnya saya berjaya sehingga sekarang. Kini saya mampu tersenyum lebar.

saya amalkan set hebat 3 serangkai ini:

Gabungan hebat ESP + Alfalfa + Ostematrik atau boleh juga amalkan
ESP + Performance Drink ( kedua-duanya dalam bentuk serbuk dan boleh dibancuh bersama).

Baca pengalaman hebat pengguna yang amalkan set 3 serangkai.


Jadikan setiap masalah permulaan untuk satu kejayaan
Ibu pejuang susu ibu!


Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

No comments:

Post a Comment