Monday 20 October 2014

RESIPI JERUK MANGGA ASAM BOI YANG SEDAP & MUDAH DIBUAT

Sekarang ini popular sungguh snek lazat jeruk mangga + asam boi tu kan. memang kecur air liur bila tengok gambarnya. Terus terbayang macam mana rasanya yang masam manis lemak-lemak gitu kan. 

Dulu masa mengandungkan Ariq Ikhwan, emak mertua saya selalu bagi buah mangga epal depan rumah. Tapi time tu, tak rasa nak makan mangga-mangga ni. Sebab saya bukan jenis yang kecur air liur dengan benda-benda masam ni. Atau mungkin sebab saya mengandungkan anak lelaki, so tak rasa nak makan mangga masam-masam ni. Tapi bila tak mengandung, cepat pulak kecur air liur bila tengok gambar jeruk mangga asam boi ni.

Ada juga encik suami request nak makan. Sebab memang kegilaan suami saya ni. So, saya pon carilah resipinya. Meh nak kongsikan.

RESIPI JERUK MANGGA ASAM BOI 

1. Mangga (sebaiknya yang masam)
2. Gula
3. Garam
4. Cili api potong
5. Asam Boi (tak kesah yang putih atau merah)

CARA-CARA NAK BUAT

1. Potong buah mangga tadi ikut suka rasa hati. Kalau potong nipis-nipis senang nak makan nanti.
2. Letakkan gula dan garam secukup rasa.
3. Letak bersama asam boi dan cili potong.
4. Pastikan letak dalam bekas tertutup, mudah nak peram dan simpan lama dalam peti ais nanti.

Telan air liur sat.heheheh..Meh saya belanja gambar dulu. 




Resipi kat atas ni memang resipi sanded aja. Saya nak kongsikan cara yang mak mertua saya selalu buat untuk kami anak beranak. Sebabnya suami saya memang suka bende ni.

Cara mak mertua saya:

1. Hiris halus mangga. Nanti tekstur macam kerabu mangga tu. Mudah nak makan.
2. Letak sedikit air. Sebab senang nak sebatikan gula dan garam nanti.
3. Letakkan gula dan garam secukup rasa tekak.
4. Peramkan. Sejuk-sejuk sedap makan. Kadang tak sempat nak peram dah habis makan. ( Lap air liur tu)
5. Kami tak letak asam boi sebab mangga dah memang masam. Selalunye mangga depan rumah aja.
6. Tak letak cili api sebab takut sakit perut. Berlawan pedas dan masam.

Anda juga boleh:

1. Gantikan mangga tadi dengan betik muda atau jambu. Potong kecik-kecik atau potong halus.
2. Letakkan sedikit kicap manis sekiranya mangga tadi terlalu masam. Yang ni saya memang suka. Sebab rasa dia akan lebih pelbagai. pergh..

Tapi hati-hati ya, jika ibu mengandung atau ibu menyusu makan. Sebab campuran masam manis pedas ni adakala buat perut kita memulas atau tidak selesa. Takut nanti ghairah makan sampai terlupa nak berhenti makan. Kesian kat anak dalam perut atau anak yang menyusu nanti.

Meh saya belanja gambar lagi. Terima kasih untuk resipi ini. Yang gambar kat bawah ini ialah jeruk jambu asam boi dan jeruk betik asam boi. Sedappp. Selamat mencuba.




No comments:

Post a Comment