Friday 21 November 2014

CELOTEH MAMA DAY 11 - ATASI BENGKAK SUSU

Alhamdullilah. Hari Jumaat dah tiba. Jangan lupa bersedekah dan selawat banyak- banyak ya kawan-kawan. Sekarang saya dalam kereta nak pergi COD barang dengan bisnes partner saya di Nilai dan Sepang.

Suka sangat hari jumaat sebab suami saya kerja separuh hari sahaja. Bestkan. Kami dapat masa 2 hari setengah untuk anak-anak dan keluarga.

pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee sri cendana, pengedar shaklee sepang
3 plastik untuk di hantar kepada tuannya. Semuanya omega guard kan. Promosila katakan. 2 botol Omega Guard di Sri Cendana, Cheras untuk makcik kesayangan saya, 2 botol lagi untuk bisnes partner di Nilai dan sebotol untuk kawan baik saya di Sepang. Shaklee untuk kita. Wah


Saja nak cerita harini saya dapat panggilan dari seorang kawan fb nak tanya berkenaan bengkak susu. Katanya tak tahan sangat dah sakit melampau. Ini merupakan anak kedua beliau. Yang mana beliau tidak menyusukan anak pertama dan tiada pengalaman.

Seperti yang saya katakan ianya mudah. JANGAN DIRECT ANAK DAHULU. Sebab ia mungkin menghasilkan susu yang laju dan anak boleh merajuk. Ia dinamakan nursing strike. Susu anda akan laju sebab banyak dan ia boleh membuatkan anak tidak selesa atau susu laju itu menyucuk/menembak mulut anak. Ini boleh buat anak tidak mahu direct lagi.

Apa yang boleh dibuat bila bengkak susu ialah, tuam dulu dengan air panas. Boleh guna kain yang direndam air panas. Atau saya lebih suka guna cara ni. Letak air panas dalam botol kecil dan gelekkan di payudara. Kita akan rasa payudara tidak membengkak lagi dan boleh menyusukan anak. Atau boleh juga pam sedikit dahulu dan menyusukan anak jika anak mahu menyusu ketika itu.

Kajian pula mengatakan ketika ibu bengkak susu, tekanan kuat berada dalam duktus susu ibu. Itu yang kita rasa panas dan payudara membengkak. Tapi tahulah bahawa ianya sangat nikmat bila si anak dapat menyedut semua susu itu. Tapi seperti yang saya katakan tadi, hati-hati takut ianya boleh membuatkan anak nursing strike.

Ada yang letak kobis sejuk untuk menghilangakn tekanan payudara. Ianya antara cara nak menghilangkan tegang dan panas payudara. Tapi bukan untuk membaikkan bengkak susu. Bengkak susu akan hilang apabila susu dikeluarkan sepenuhnya. Ada yang mermet dahulu sebelum beri anak. Sebab katanya bengkak susu merupakan susu yang ada angin. Takut anak sakit perut sebab minum susu yang awal tu. Itu semua mitos sahaja.

Selain itu, saya cadangkan pengambilan lecithin untuk kurangkan masalah bengkak susu. Susu yang terkumpul di dalam duktus susu boleh mengalir dengan lancar setelah di pam atau ketika anak menyusu. Malah, lecithin bantu membakar lemak dan bantu ibu kurus dengan cepat.

Insyallah saya akan completekan entry berkenaan bengkak susu saya kemudian. Harini saya akan pos barang dan COD barang dahulu. Jumpa next entry ya.

Customer dari Seremban nak Set Penyusuan Budget: Esp dan alfalfa. Dan barang hadiah contest Like, Share & Komen.


Pakar Penyusuan Susu Ibu

Agen: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

No comments:

Post a Comment