Wednesday 26 November 2014

TIPS MENYUSUKAN ANAK DI TEMPAT AWAM - NURSING IN PUBLIC

Pernah nampak ibu menyusukan anak di tempat awam secara terbuka? Apa reaksi anda? Ada sesetengah pendapat merasakan kurang sopan menyusukan anak secara terbuka di tempat awam. Tapi sebagai ibu yang menyusukan anak, ianya merupakan satu keperluan dan kemudahan untuk si ibu dan anak. Asalkan ada ilmu dan sedikit teknik, insyallah ianya tidak salah dimata sesiapa pon.

Anak kecil tidak pandai nak beritahu mereka lapar. Hanya tangisan je yang mereka boleh express. Kadang menangis sebab lapar, kadang menangis sebab nak tidur atau mungkin rasa kurang selesa. Tapi sebagai ibu, tindakan pertama bila anak menangis ialah dengan menyusukan anak. Kalau ibu menyusukan anak ianya jadi mudah, sebab boleh selak baju dan menyusukan anak secara direct. Kalau anak yang minum formula, ibu akan ambil masa untuk buat susu sekejap. Mudah sangatkan.

Bagi term ibu menyusu, Penyusuan Susu Ibu di Tempat Awam = NIP (Nursing In Public).

Ada beberapa perkara ibu menyusu kena belajar sebelum bertindak menyusukan anak di tempat awam. Bagi saya, ia asas penting yang ibu menyusu perlu tekankan. Pelbagai cara boleh ibu aplikasikan antaranya,

Cara Yang Boleh Ibu Lakukan Untuk Menyusukan Anak Di Tempat Awam

1- belajar menyusukan anak dengan menggunakan nursing cover dahulu dirumah. Cari nursing cover yang selesa dan tidak panas.

2- belajar menyusukan anak dengan carrier yang mesra breasfeed. Dah semakin banyak jenis carrier yang sesuai untuk menyusukan anak. Cari di google ye. Yang harga murah pon ada.

3- boleh juga belajar cover anak dengan pakaian penyusuan yang baik dan tudung yang labuh. Saya suka yang ini.

Alhamdullilah menyusukan anak di tempat awam membuatkan kehidupan saya amat selesa. Bayangkan ketika saya di restoran sedang makan, bila anak menangis, saya hanya perlu selak baju dan cover dengan tudung labuh. Ianya tidak menggangu urusan saya dan anak. Suami pon tidak merasa susah jika terpaksa menunggu saya di nursing room. Malu? Bagi saya malu perlu bertempat. Jika ibu sudah buat preparation lengkap, tak akan ada masalah yang ibu hadapi. Mari saya kongsikan sedikit Tips Menyusukan Anak Di Tempat Awam

Tips Menyusukan Anak Di Tempat Awam

1- ibu perlu yakin dan buang perasaan teragak-agak.

2- pastikan sudah belajar di rumah untuk cover si anak.


3- Sebaiknya menyusukan anak di dalam kereta terlebih dahulu sebelum sampai di tempat yang nak ditujui. Hanya suakan payudara walaupon anak tidak menangis untuk nak menyusu. Lama kelamaan ianya jadi suatu kebiasaan.


4- Minta bantuan suami untuk cover anda sebelum baby berjaya latch dengan ibu. 


5- Pastikan ibu duduk di tempat yang terlindung atau tepi dinding. Ianya sudut yang baik untuk ibu.


6- Pastikan pakaian ibu tidak ketat atau mesra breasfeed.

7- Yang terbaik, carilah tempat (yang ingin ditujui) yang anda dah biasa. Yang anda pasti dimana tempat makannya, nursing roomnya, suraunya. Ini sebagai langkah berjaga-jaga sahaja. Jika anak meragam nanti, sekurang-kurangnya ibu sudah boleh tujui tempat yang sesuai untuk menyusukan anak.



NIP semasa Aisyah Imani 4 bulan. Kebetulan jumpa gambar ni. Gedebabkan Aisyah Imani. Mama baru settle makan pizza, Aisyah pon nak makan pizza jugak.




Saya gunakan tudung untuk cover Aisyah dan bahagian payudara itu. Aisyah memang suka tarik-tarik tudung mama, itu yang kena perhatikan sebab takut akan ternampak.


Ini Aisyah semasa 4 bulan. Memang bambamkan. Alhamdullilah penyusuan susu ibu. Saya kekal maintain penggunaan VITAMIN IBU MENYUSU.


Sekarang Aisyah sudah 1 tahun 6 bulan, masih lagi meneruskan penyusuan susu ibu dengan cemerlang. Ni dalam kereta, Aisyah lapar, kena isi perut dulu supaya tak meragam.


Dan inilah yang mama tunggukan. Happy face selepas menyusu.
Yeah, teruskan breasfeed!
Saya pejuang susu ibu

Nak share, saya mengamalkan Set Penyusuan Budget Shaklee ini untuk banyakkan dan maintainkan pengeluaran susu ibu saya. Meh baca kisah sedih saya sebelum saya berjaya menyusukan anak.

tips banyakkan susu badan, makanan banyakkan susu badan, masalah susu kurang, set penyusuan shaklee, vitamin ibu menyusu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee bandar sri permaisuri, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee kajang, rahsia membanyakkan susu badan, esp, ostematriks, pengedar shaklee sri penara, pengedar shaklee sepang, pengedar shaklee putrajaya, keburukan set penyusuan Shaklee, esp banyakkan susu badan, set budget Shaklee, Shaklee, pakar penyusuan susu ibu

Pakar Penyusuan Susu Ibu

Agen Shaklee: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

No comments:

Post a Comment