Friday 14 November 2014

TIPS MENGAJAR ANAK FREE DYPERS CARA MUDAH & CEPAT

Ramai ibu yang masih tertanya-tanya umur berapa tahun sepatutnya anak free dypers atau kata lain dah tak pakai pampers. Diwaktu siang ataupon malam. Erti kata lain 100% dah tak pakai pampers la.






Mama dan Abang Ariq. Yang nilah anak bujang kesayangan mama yang dah free dypers. Jimat papa. Sama tak muka kami?


Ramai juga anak-anak seawal 2 tahun sudah diajar untuk tidak pakai pampers (free dypers) di waktu siang seterusnya train mereka terus untuk waktu malam. Untuk anak bujang saya Ariq Ikhwan seawal 3 tahun 4 bulan sudah free dypers 100%. Proses latihan bukan mudah dan perlukan komitmen yang tinggi dari mak dan ayah. Tapi saya tau kelemahan anak saya, jadi kami suami isteri gunakannya.hahaha

Bukan satu perkara yang mudah tau. Namun dah ramai sebenarnya kawan-kawan saya yang mempunyai anak sekitar umur Ariq berjaya melatih anak untuk free dypers seawal 2 tahun lagi. Bagus bukan? Ibu ayah sanggup bercuti panjang untuk ajar anak selama seminggu direct untuk train anak sendiri dan hasilnya berbaloi.

Namun bagi saya, anak saya bukan semudah begitu. Sebelum tau kelemahan si anak bujang, saya ada train untuk free dypers. Masa tu belum umur 3 tahun lagi. Tapi hasilnya GAGAL.hehe.. Mencecer shishi merata-rata. Ada kala berjaya, ada kala gagal. Disebabkan itu, mama pon surrender awal-awal. Mak saya pon cakap masih awal untuk train Ariq untuk free dypers, tapi jauh kat sudut hati, nak jugak usahakan awal. Lets free dypers.

Dan melalui pemerhatian saya, anak yang tidak ke taska atau pusat jagaan memang susah untuk free dypers dengan awal sebab tiada saingan. Kalau duduk dirumah tak jumpa kawan, so tak ada semangat nak buat sesuatu perubahan. Cewah.

So apa kami buat? Jemput baca cara kami untuk latih Ariq free dypers dengan cepat. Kalau anda ada idea jugak, sudilah kirenya share dengan kami ye.

TIPS AJAR ANAK FREE DYPERS CARA MUDAH & CEPAT


1- Cari kelemahan si anak. Tengok dia suka apa. Dan pancing dia untuk ikut apa kita nak. Pastikan apa yang dia nak tu baik dan berbaloi.

Contoh:
Ariq sangat tak sabar untuk ke sekolah. Sebab nak jumpa kawan dan main permainan yang banyak.


Apa saya buat:
Sepanjang cubaan pertama kegagalan saya train ariq untuk free dypers, saya dan suami sering advice Ariq tentang budak ke sekolah tak pakai pampers. (free dypers). Anak yang pandai kene cepat free dypers. Dan macam-macam benda yang mengaitkan kehendak ariq nak ke sekolah dengan perlu free dypers.


Lama jugak nak cuci hati Ariq ni. Tapi lama-lama dia sendiri nak free dypers sebab dah termakan cakap mama papa untuk pergi ke sekolah kene free dypers. Padahal time tu baru awal 3 tahun. Kami plan nak masukkan ariq sekolah 4 tahun.hehehe. Sekarang kami dah kene menuntut janji. Terus daftar sekolah untuk 4 tahun.

Dalam hampir 3 bulan juga kami cuci hati dan tanamkan kata-kata muslihat (wah,nampak jahat..tapi baik tau). Akhirnya berhasil juga. Ariq nak free dypers sendiri. Mula-mula tak pakai siang ja. Lama-lama malam pon dia tak nak. Dengan sendirinya.

2- Buat satu carta award. Untuk nampakkan performance dia. Buat cantik-cantik dan tampal sticker ikut yang anak nak. Asalnya saya nak cari sticker star, tapi ariq nak cars. So layan kan ajala. Setiap kali anak berjaya shishi dan yak dengan beritahu kita, terus bagi sticker depan-depan mereka.


pengedar sah shaklee cheras, pengedar sah shaklee sri penara, sri johor, sri melaka cheras


Kalau tengok hari kedua tu, banyak pulak sticker kan. Sebabnya ariq hanya nak sticker ja. Tak taula sungguh ke tak.hahaha

Yang pangkah-pangkah tu tanda kegagalan ketika itu. Dah tak sabar sangatla tu. Takpe,mama maafkan. (sambil lap shishi itu)

Tapi papa dah janji nak bagi hadiah untuk kejayaan seminggu ini. Makin semangatla anak bujang itu. Sebab ariq nak lego. (tak beragak permintaan itu)

3- Pujila sikit setiap apa yang anak berjaya buat. Dan ceritakan tentang kejayaan orang lain.

Contoh:
Ariq berjaya shishi dan yak dengan sendirinya dalam satu hari. Then pujila dia sikit dan cerita tentang kawan yang dia kenal. Yang memang dah free dypers. Cakap yang ariq dan kawan tu anak yang pandai. Boleh main sama-sama kat school. Boleh jadi orang besar yang bijak,ensem,lawa,bergaya,baik..semua lah. (jangan over sangat nanti kembang semangkuk).


4- Ajar anak pakai spender/panties. Ajak mereka pilih sendiri spender/panties mereka. Mana pilihan mereka itulah yang mereka nak pakai. 

Bagitau spender/panties lagi lawa dari pampers tu. Dan biasakan anak pakai spender/panties sebab mereka dah biasa pakai pampers, dah biasa ada bende tahan dibawah. So, mereka akan suka bila pakai spenders/panties. Sekiranya ter 'yak' pon, tak la terkeluar ketul-ketul. Sebab dah ada filter. (upss)

Alhamdullilah. Dah selamat semuanya. Mungkin saya yang surirumah nampak lagi mudah tapi kalau tak ada kesabaran yang tinggi, boleh jadi angry bird jugak. Kalau ada maid atau pengasuh, boleh minta mereka implement benda yang sama. Insyallah dipermudahkan.

Ibu bekerja pon boleh juga. Mulakan sikit-sikit ya. Tak mula sekarang tak tau macam mana kan. Selamat mencuba. Ada tips lain, komen kat bawah ya.kita kongsi-kongsi idea.

Pakar Penyusuan Susu Ibu

Agen: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com


No comments:

Post a Comment