Saturday 15 November 2014

CELOTEH MAMA DAY 4 - BAGI BUAH FREE UNTUK STAFF

Bagi buah free untuk staff kat office. Baguskan? Masa dengar usben cakap dia dapat buah free dari company setiap hari Selasa dan Khamis, saya rasa terkejut sangat. Tak pernah lagi dengar ada company sanggup habiskan duit untuk bagi buah-buahan untuk staff makan. Ke memang perkara biasa. Tapi saya baru tau.hehehe..Tak kisahla, tapi saya eksited lak.


Yela, bukan senang international company nak keluarkan duit yang banyak untuk semua staff kan. 2 kali seminggu pulak tu bagi free makan buah. Staff bukannya 3 orang aje. Ramai kot.

Rasanya reoson dia bagi staff buah-buahan free sebab nak suruh staff menjalani kehidupan yang sihat dan tak nak stress-stress. Itu lah sebabnya. Tapi kalau staff stress jugak, tak tau la nak cakap apa kan.hehehe..

Since usben baru 2 minggu tukar kerja baru ni, so baru 4 kali usben dapat makan buah. First week dapat makan epal (Selasa) dan strawbery (Khamis). Second week dapat orange (Selase) dan pisang kaki (Khamis). bergaya jugakla buah-buahnya. Ingatkan asik bagi pisang je sebab murahkan. Sebenarnya kalau bukan sebab dapat makan pisang kaki, mesti saya pon tak tau cerita ini. Usben pelik kot dengan buah pisang kaki ni. Tu yang die cerita.

Pasal pisang kaki, baru saya tau company die bagi buah-buahan untuk hilang stress. Hope encik usben tak stress ye. Korang tau tak pisang kaki tu macam mana?





Terus cari sedikit info pasal pisnag kaki ni. Harap ianya betl-betul bagus untuk kesihatan.


Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi



Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukosa, sukrosa, fruktosa dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.

Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.

Pakar Penyusuan Susu Ibu

Agen: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 

email: nastasha.nordin@gmail.com

No comments:

Post a Comment