Thursday 27 November 2014

CELOTEH MAMA DAY 17 - LENCUN BAJU DEK SUSU IBU

Memang normal kalau saya dipandang sinis oleh beberapa orang apabila menyusukan Aisyah di public. Nampak pelik sebab Aisyah dah besar dan dah boleh berlari. Namun Aisyah masih 1 tahun 6 bulan. Ini memang normal sebenarnya sebab orang dulu-dulu menganggap menyusukan anak yang dah besar (dah jalan dianggap besar kot) memang sesuatu yang lain. Sebab mungkin zaman mereka kesedaran tu tidak ada. 

Even mak dan mak mertua saya pon pelik semasa saya bertekad untuk menyusukan anak ketika di dalam pantang dan sangat struggle nak hasilakan susu badan. Tapi sekarang, merekalah pemangkin semangat saya untuk terus menyusukan anak tersayang.

Saja saya upkan status ni di fb saya, sebab saya tau, zaman sekarang ni kesedaran untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun amatlah terbuka. Dah banyak hospital dan klinik yang berusaha untuk membantu ibu-ibu baru lepas bersalin untuk terus menyusukan anak. Malah kelas penyusuan secara percuma turut diberikan. Baguskan.


susu ibu, set penyusuan shaklee, tips banyakkan susu ibu, pengedar shaklee cheras, pengedar shaklee sri johor, pengedar shaklee sri penara


Nampak tak antara feedback kawan saya. Seorang pejuang susu ibu.
Anak kami sebaya. Anak beliau lelaki dan masih kuat menyusu susu ibu. Tengok komen beliau, baju masih lencun. Wah, memang hebat. Anak sudah 1 tahun 6 bulan, tapi masih meriah susunya. Bertuah badan. Dan alhamdullilah, Aisyah turut dapat susu yang terbaik dan masih cukup untuk pembesarannya.

Terima kasih Allah dengan izinNya. Dan terima kasih semua yang menyokong penyusuan susu ibu.
Tahniah untuk semua ibu-ibu yang sangat berusaha untuk menyusukan anak.

Pakar Penyusuan Susu Ibu


Agen: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

No comments:

Post a Comment