Thursday 13 November 2014

CELOTEH MAMA DAY 2 - TIPS KURANGKAN PERBELANJAAN DAPUR

Semalam berbincang dengan suami berkenaan perbelanjaan makan yang meningkat sesuka hati ni. Termasuklah perbelanjaan dapur dan makan luar lagi. Haih..kalau difikir-fikirkan, memang tak pernah tau budget sebenar untuk perbelanjaan makanan untu sebulan. Sebab ia uncountable walaupon duit boleh dikira pengeluarannya..Kan?


Hari tu ada terbaca di satu FB Sifu Raja Kamil yang saya suka sangat baca, cara beliau sampaikan ilmu sangat logik dan mudah paham. Memang tak kedekut ilmu menyebabkan ramai orang follow die. Termasuklah saya.

Beliau ada kongsi ilmu ni di wall FB beliau, saya copy direct je berkenaan



shaklee side income, tips banyakkan duit simpanan


Tips Kurangkan Perbelanjaan Dapur :


1. Ketika buat bajet perbelanjaan bulan ini, isteri dapati, belanja makan minum sehari adalah RM50.
2. Jadi, 30 hari = RM1500
3. Lalu apa saya buat, saya sediakan 30 keping, wang kertas RM50
4. Saya beritahu kepada isteri, sehari ambil sekeping
5. Maksimum boleh belanja, ialah RM50
6. Jika ada lebih, simpan dalam satu bekas yang takkan diusik sehingga bulan depan.
7. Duit makan ini, termasuklah, beli lauk siap, makan di luar, beli barang dapur dan apa-apa sahaja berkaitan mengenyangkan perut kami sekeluarga


Bila saya baca Tips Kurangkan Perbelanjaan Dapur ini, saya rasa ianya satu cara yang best dan mudah. So sebagai ibu merangkap orang yang uruskan hal duit perbelanjaan dapur, saya pon bagi idea yang sama dekat suami. Apa yang saya kira, perbelanjaan kami sehari dalam rm30. Ini termasuklah perbelanjaan anak nak makan coklat, nak beli kerepek atau pon bila rasa nak makan luar sebab mak malas masak.(hehehe). So kalau didarabkan untuk sebulan, 30 hari, perbelanjaan makanan kami dalam rm900 la kan. Kalau suami nak bagi rm1000 pon, mak suka aja..hehehe.

Since baru je bentangkan idea Tips Kurangkan Perbelanjaan Dapur dengan suami semalam, so kita tunggu je idea ini diluluskan atau tidak. Nampak macam positif je sebabnya sejujurnya selama ini, duit perbelanjaan makan semuanya duit suami. Walaupon hanya nak beli burger tepi jalan. Jarang amik kisah berapa harga total yang suami keluarkan masa shopping barang dapur kat pasaraya. Selalu amik je tanpa kesah. Tau-tau orang bayar je. So saya rasa, kalau benda macam ni di implement dekat saya, mesti saya jimat-jimat guna. Sebab ala-ala kedekut nak guna duit suami bagi. hahaha. Dan tak la rasa asyik nak makan kat lua je. Sebab duit yang sama akan digunakan. Harap macam tu la.


Wah, berdebar rasa nak try Tips Kurangkan Perbelanjaan Dapur cara sifu Raja Kamil ni. Yang paling best, mungkin duit harian yang tak digunakan, boleh disimpan dengan baik. Agak-agak dapat tak segram emas setiap bulan? hahaha..berangan tak perlu bayar kan.

Kalau diluluskan oleh suami Tips Kurangkan Perbelanjaan Dapur ini, nanti saya update berhasil ke tak ye untuk saya dan keluarga. Yang baik saya kongsikan, yang tak baik, diperbetulkan.

Terima kasih semua. Jom sama-sama beramal.

Pakar Penyusuan Susu Ibu

Agen: Cheras, Ampang, Bandar Tun Razak, Kajang
Call/Wasap/Msg: 012-9334940
Fanpage: babyshop.com
blog: www.nastashanordin.blogspot.com 
email: nastasha.nordin@gmail.com

3 comments:

  1. Good idea sya,.. I da try sebelum ni,,, jadi... Tp sbb ssh nak tuka rm50 sebnyak 30 keping.. Lama2 da x buat da. Tp cm nk try balik la buat hehe.....

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. thank you. jom apply sama-sama, boleh bantu kurangkan perbelnjaan dapur

      Delete